My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Saturday, 8 May 2010

SAYANG


Sayang beerti kita mengambil berat tentang sesuatu atau seseorang..perasaan ingin menjaganya, dan memelihara supaya sesuatu itu sentiasa berada di dalam keadaan yang baik atau elok...

Sayang itu seangkatan dengan perasaan cinta dan kasih...Perasaan sayang itu adalah kekuatan dalaman di mana ia adalah suntikan semangat kita untuk meneruskan kehidupan ini..tanpa perasaan sayang, jiwa kita mati atau lumpuh seperti tidak bermakna lagi..

Perasaan ini sebenarnya amat unik sekali dan ia hadir tanpa diundang..Menyelami perasaan ini sehinggakan seseorang yang pernah saya temui memberi tahu sayang yang ikhlas amat sukar untuk dinilai atau diterjemahkan dengan kata-kata...

Friday, 7 May 2010

Wali Band ~ Ya Allah FULL SONG WITH LYRICS 2

BAIK BAIK SAYANG --- BY WALI BAND

Candit skit..Chewah...



DISAAT....AKU PERLUKAN.....



KU LONTARKAN PERASAAN INI JAUH KE DASAR SUNGAI...BIAR IA TERUS DI BAWA KE MUARA DAN BERTEBARAN DI LAUTAN YANG LUAS...AKU YANG HANYUT DI DALAM PELAYARAN KU SENDIRI...HARUSKAH AKU???

Thursday, 6 May 2010

Taraa....hehe..Aper itu???

That's nothing to say...

hmmm..sebenarnya, dalam hidup kita ada bahagia dan ada duka..Kisah cinta pulak ada sedih dan ada gembira..Nak tahu apa itu cinta???hehe..ramai yang berminat ni...ok first sekali kita terus kepada definisinya, mengikut ulasan kamus dewan bahasa..CINTA ialah perasaaan atau berperasaan sangat sayang...hehe..anda pernah mengalaminya??? Hmmm.. of couse lah kan..tak kan nak nafi pulak..hehe..

Hmm..Cinta yang first sekali ialah kepada Tuhan dan Rasul Nya..Second one, Cinta kepada ibu bapa..Cinta kan diri sendiri..Opp!!! jgn terperangkap dengan cinta diri sendiri, sbb nanti boleh mendatangkan perasaan riak pulak..Then yang paling kita suka ialah cinta terhadap pasangan..ADAM dan HAWA lah katakan..Tp bukan cerita drama ADAMAYA tau.. itu lain, tp merungkai kisah cinta lah jugak drama tu..

Di sini..Mengapa Adam perlukan Hawa dan Hawa perlukan Adam??? Sebab, Hawa dijadikan dari tulang rusuk Adam.. Kaum lelaki, cuba kamu lihat ada tak tulang kamu yang hilang?? Hmm.. jangan tuduh Hawa yang curi pulak tau..Hawa rajin dan tak suka curi tulang..hehe..Ehh!! ke situ pulak saya ni...ok,ok...sebenarnya bukan bukan saya nk cerita kisah Nabi Adam atau pun isterinya Hawa..Tetapi nak cerita tentang buku yang saya baca ni..Tajuknya, Hmmm...Secret..haha..bukan lah...

Jap,jap...ok, buku ini bertajuk...50 Pesanan Rasullah kepada kaum wanita..yang ditulis oleh Syeikh Majdi Fathi Ibrahim..Chewah.. cam promote buku ni pulak..

Intipatinya berbunyi begini.....Wahai saudaraku wanita muslimah!! wah...gerun pulak saya...huhu...




Bismillahirahmanirahim... Dengan nama Mu yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Menghadaplah kepada Rabbmu dengan hati yang mantap. Dengarkanlah wasiat-wasiat Nabi SAW dengan hati yang jernih kerana kalian hanya mendengar sepintas lalu sahaja...

Perlulah kalian ketahui, bahawa kebaikan akan menghantarkanmu kepada kebahagiaan dan keselamatan di dunia dan akhirat iaitu dengan cara sentiasa taat kepada Allah SWT dan mengikuti sunnah RasulNya SAW..

Hmm.. ini adalah intro daripada buku tu...ada banyak lagi...yang lain akan menyusul kemudian..selamat membaca dan mengaplikasikannya yer.. Insyaallah, sama-sama lah kita...

Monday, 3 May 2010

Apakah Cinta Itu Milik Kita?

Bab 1

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat hampir tamat. Kelihatan seorang remaja lelaki berlari-lari anak ke arah sebuah kelas. “Amerah..” Tersentap jantung Amerah ketika namanya dilaung dari jarak 5 meter. “Saya ada benda nak kasi kat awak, hope Merah sudi” . Terukir sebuah senyuman kepada gadis comel itu dan tangan kanan terunanya masih dibelakang pinggang sambil sebungkus hadiah dipegang erat. “Akak nak masuk kelas dulu ni Afif”. Jawab Amerah bersahaja.

“Merah, hmmm..sudi kiranya terima hadiah ini sebagai tanda perkenalan kita dan saya tahu hari ini hari jadi Merah, kan?”. Gadis berwajah bujur sirih dengan kulitnya yang agak sawa matang kelihatan seperti terkeliru dengan kenyataan yang baru diterjemahkan oleh Afif.

“Errr…ini untuk akak ke? Terima kasih Afif..” Hadiah tersebut disambut dan terukir sekuntum senyuman yang memberi kekuatan kepada Afif. Tanpa berkata lagi gadis itu terus memasuki kelas untuk menyambung sesi pembelajaran yang tertangguh. Afif pula dengan riang pulang ke kelasnya.

“Apa yang kau senyum tu Fif? Kau teringat cerita kartun yang kita tonton semalam kat rumah aku tu ker?” Ibrahim cuba menyelami apa yang membuatkan remaja lelaki itu tersenyum keseorangan tanpa sebab. “Err..bukan pasal tu..” jawab afif sambil memandang ke arah Ibrahim yang sejak tadi kelihatan seperti seorang dalam kebingungan.

“Habis tu? Oh..kau mimpi puteri ye semalam. Kalau macam tu ada tandalah..” Ibrahim cuba meneka lagi. “Im..ini lebih dari puteri tau..cantik, lemah lembut, comel, cute, tak tahu aku nak gambarkan..kalau dia bersuarakan, lagi dasyat dari Dato’ Siti.” Berkerut-kerut dahi Ibrahim dengan kenyataan Afif itu.

“Cuba kau explain kat aku kejap, confuse dah ni..kau jumpa siapa sebenarnya ni?” Tanya Ibrahim untuk mendapat kepastian. Tiba-tiba Cikgu Kamala berdehem. Afif dan Ibrahim terus terkaku dan mendiamkan diri. Cikgu Kamala sebenarnya telah lama memerhatikan tingkah laku mereka berdua sejak di awal sesi pembelajaran sejarah tadi. Dia memang tidak menyukai apabila waktu mengajarnya diganggu dengan perbincangan peribadi oleh murid-muridnya. Orang kata ‘Pantang datuk nenek’. Selama 45 minit bertahan mata dan telinga akibat matapelajaran sejarah yang secara umumnya agak mengundang perasaan mengantuk. “Ok..setakat ini sahaja untuk hari ini, kita tangguh pelajaran ni pada hari Ahad minggu hadapan, dan jangan lupa saya nak nota yang lengkap oleh setiap pelajar pada esok hari. Afif..saya amanatkan kepada kamu untuk mengutip buku nota kawan-kawan kamu ye.” Setelah menyusun buku teks, Cikgu Mala terus beredar dari kelas 1 Cemerlang menuju ke Bilik Guru.

Bersambung....

Sunday, 2 May 2010

Mentarbiah mimpi di alam fantasi

Fantasi bermaksud berimaginasi atau berangan-angan. Bukan sekadar itu definisinya, boleh dikatakan fantasi itu seperti bercita-cita..manusia yang kuat berimaginasi adalah ketika zaman kanak-kanak..orang dewasa yang mendorong insan seperti kanak-kanak untuk berimaginasi atau berfantasi..berfantasi ke arah realiti adalah sangat baik untuk membentuk diri supaya menjadi lebih berjaya, ia bergantung kepada potensi diri masing-masing.

Bercerita berkaitan fantasi, kita tidak akan terlepas untuk mengimbau bagaimana hikayat-hikayat fantasi seperti Cinderella, Beauty and The Beast, The Mermaid dan lain-lain cerita fantasi yang penah kita baca, tonton di kaca television atau sebagainya. Acap kali saya lihat ramai insan yang berfantasi untuk menjadi seorang puteri atau putera. Sebenarnya perkara ini adalah normal bagi seseorang, kita sentiasa ingin meletakkan diri kita di tangga teratas sebagai suatu impost supaya diri lebih yakin untuk berhadapan dengan sesuatu situasi. Berfantasi menjadi seorang puteri seolah-olah ingin menjadikan diri setanding sebutir belian yang berkilauan. Jika saya mahu meletakkan diri saya sebagai ini " Diamond of the finest cut with many facets" dan saya yakin anda di luar sana juga punyai cogan kata untuk diri sendiri...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer