Assalammualaikum..
Hai semua.. Apa khabar?? Erin harap you all berada di dalam keadaan walaafiat ye.. Sekrang ni cuaca panas sangat kan.. you all perasan tak? Hujan pun sesekali saja.. Bahang kepanasan ni lah yang membuatkan ramai yang tak sihat.. Ada yang kena denggi lagi kasihan tu.. Bahaya.. Kalau rasa macam tak sihat tu, cepat-cepatlah dapatkan rawatan di klinik atau hospital.. Jangan dah teruk baru nak pergi buat rawatan..Nanti tak pasal-pasal masuk ICU pulak..
Okaylah memandangkan cuaca panas ni.. Erin nak bagi beberapa nasihat.. Ye lah sharing is caring kan.. betul tak you all..
1. Minum banyak air masak atau air putih kosong.. Minum 3 liter sehari pun tak pa bagi mengelakkan penghidratan air dalam badan kita.. Bila tak cukup air dalam badan lah kuman atau virus cepat attact.
2. Amalkan vitamin C atau multivitamin setiap hari agar imunisasi kita tetap maintain.. Jika imun kita rendah, kuman dan virus pun cepat nak attact kita.. Bak kata orang mencegah lebih baik dari mengubati.. ye tak?
3. Kurang keluar rumah kerana cuaca terlalu panas.. Dah la panas, debu pulak tu.. Ini dapat menyebabkan suhu badan menjadi tinggi dan habuk serta debu tu boleh beri kita jangkitan selsema yang berpanjangan.. Sinaran matahari juga dapat merosakkan sel-sel kulit. Yang ada penyakit ekzema tu jangan keluar sangatlah waktu panas macam ni.. nanti alahan you all tu makin menjadi bila you all berpeluh..
4. Kerap mandi.. Jangan malas untukl mandi.. Dalam sehari mandi 5 kali pun tak pa.. bukan mandi koboi tau.. Mandi tu bagi basah kepala supaya suhu panas dalam badan dapat diturunkan.. Pastu sabun badan untuk hindari kuman.
Rasanya 4 tips dan nasihat je kot yang mampu Erin tulis setakat ni.. Semoga you all sentiasa sihat walau dalam apa jua keadaan.. Tak tahulah kenapa sekarang ni cuaca panas sangat.. Hanya Allah SWT saja yang tahu.. Semoga Allah menurunkan rahmat kepada kita dan kurangkan mala petaka.. Aamin...