My LuvLy Followers

Status Terkini :

Hai sahabat blogger sekelian.. Erin nak perkenalkan blog kawan Erin.. jom jadi follower kak ni.. http://daripenaseorangummi.blogspot.com


Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Wednesday, 14 August 2013

My TrAVeLoG : BanDuNg JaKarTa - Part 3

Assalammualaikum..

Sambungan dari part 2 (Klik sini)

Perjalanan mengambil masa hampir beberapa jam.. (Haha..Erin dah tak ingat sebab cacatan perjalanan Erin ke sana telah hilang..Tak tau pi mana)

Perjalanan ke Tangkuban Perahu ni ala-ala perjalanan ke Tanah Tinggi Cameron.. Pusing pening Erin dibuatnya ketika bas berlengang lenggok menyusuri jalan ke kaki bukit.

U know about Tangkuban Perahu Story?? Why ia dinamakan Tangkuban Parahu? Ada perahukah? Tak nampak pun.. Ini adalah lagenda.. Seperti juga lagenda Mahsuri sumpah Langkawi selama Tujuh Keturunan Jadi Padang Jarak Padang Tekukur..
Nak juga ke Erin cerita tentang kisah lagenda ni? Nanti Jadi panjang pulak..Erin ni pun spesis penglipur lara jugak.. Jangan tak tau.. Hehe..So, Erin tak payah ceritalah yer.. Apa kata U all pi search je cerita sejarah Tangkuban Perahu Indonesia ni kat google..
Shawl yang warna koko tu Erin beli kat Tangkuban Parahu ni lah.. Cantik tak.. Harganya  jika di tukarkan ke Ringgit Malaysia ialah RM10.. Murahnya.. siapa bawa duit banyak boleh beli borong.. Harga boleh runding.. Balik je Malaysia jual dengan harga RM20.. hehe.. Untung-untung..Boleh buat business ni..

Ni peta yang ada di situ sebagai rujukan para pelancong..So, Erin just snap peta ni untuk tatapan U all..

Ini pula sedikit info yang dapat Erin snapkan.. Silalah baca ye.. 


Tangkuban Parahu ni mula ditemui pada 1830 tahun yang lalu.. Waktu tu di manakah kita?? Tak tahu di alam mana..Hmm..

Kawah gunung berapi di Tangkuban Parahu.. Masih aktif lagi tau.. Bau dia..Hmm.. memang tak tahan.. Kepada sesiapa yang ada astma tu.. Erin nasihatkan jangan pergilah.. Tak bagus untuk kesihatan anda.. Bau belerangnya agak tengit dan Erin sendiri pun hampir sesak nafas..

Seperti yang kita tahu.. Semakin tinggi dari paras laut.. Pokok-pokoknya adalah renek..dan kebanyakkan dahan berbentuk bongsai..Unik kan..Ciptaan Allah SWT..

Suasana yang tercantik pernah Erin rakamkan.. Tak sangka betul berpeluang jejak kaki ke kawasan gunung berapi ni.. Syukur kepada Mu Ya Allah..

Bersambung..^_@

2 comments:

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

subhanallah.. cantiknya alam ciptaan Allah..

Tetamu Istimewa said...

Sesungguhnya gambar-gambar ini memberi kenangan dan nilai yang tinggi pada diri kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer

Google+ Followers