Assalammualaikum..Hey Guys..
Serius.. Erin nak nangis and nak nangis.. Laa.. kenapa ni nak nangis pulak..??
Entahlah..Nanti cerita U all gelak pulak.. gelak macam ni.. "kah,kah,kah"
Cukup-cukuplah.. jangan lah gelak.. Ni malas nak cerita ni..
Perkara yang paling tak best :
"Erin..Bila nak kahwin?Kenapa lambat dan lewat sangat ni..."
Seriously akan buat Erin menangis..Huhuhu.. U all kan jangan la tanya macam tu..Jawapannya hanya Allah Yang Maha Esa je yang tahu.. Dah tak sampai jodoh lagi..
What can I say.. What can I do..Dah lah Erin ni seorang perempuan.. Kalau lah Erin ni lelaki.. For sure dah ask mana-mana girl and cakap macam ni.. "Will you married me?" Hehe..macam cerita kat TV gituuu....Tapi bila jadi perempuan atau wanita ni.. Hal itu amat terbatas..(Risau nanti over orang akan cakap kita gidiks or perigi cari baldi) No need mcm tu lah.. Huhuhu.. (Nangis lagi...)
Nak kata Erin ni tak da BoyFriend tu.. Huhu.. Tak tau nak cakap
(Yang rasa dia tu Mr. BF saya sila take note k.. Eh Erin ada BF ke??Kompius sekejap)
Lagi-lagi Erin dok view page-page bloger lain.. Best yang amat tengok picture-picture wedding diorang tu.. Romantik gilers..Bestlah bila dah bergelar Isteri kan.. Perkara yang memang dituntut dalam Islam.. Setakat nak jadi boyafren n gelyfren tu tak payah le sebenarnya.. Islam pun tak bagi..Huhuhu..(Insaf..insaf)
So, jom lah baca sikit-sikit tentang tugas seorang isteri ni.. Bukan apa.. just nak prepare walaupun rupa dan bayang nak kahwin bila tu tak tahu lagi...sama ada umur 30, 40 atau paling lewat 50 tahun.. Eh umur 50 tahun pun ada orang bertemu jodoh lagi ke?? Hmm.. ada kot.. umur 60 pun ada.. Kira diakhir usia lahkan.. sempat gak kahwin sebelum ajal menjemput..
Jom scroll bawah ni..----->
1. Menjadi Seorang Isteri yang baik.
So, kalau ada perangai-perangai yang suka berang tak tentu pasal tu..sila buang jauh-jauh tau..Lepas tu dengar cakap suami.. Kalau suami bagi keizinan baru boleh keluar pergi mana-mana pun.. Kira macam kena selalu bagi laporan lah..Ye ke?? Entahlah..(Orang cakap so, Erin tulis je lah)
2. Kena pandai memasak
Selalu yang kita tahu..Lelaki ni kaum yang kuat makan.. Kadang-kadang tu cerewek pulak tu.. Ada yang tak suka pedas..Ada yang suka pedas sangat.. Ada yang nak masak kena letak banyak minyak..(Hoho..suami ekau orang minyak ke?? Hehehe..)..dan ada yang suka makan kari setiap hari (Mak ai jenuh si bini tu kan..) So, wahai bini-bini sekelian masak lah ikut kehendak suami korang ye.. Kalau tak sodap, itu pasal suami cari makan kat kedai.. Lama-lama dia pun rasa macam nak kahwin sorang lagi dengan tukang masak kedai.. Sapa yang susah.. Ekau jugak kan..
3. Kena selalu jadi pendengar
Yelah..yang ni memang payah skit lah if U all dapat suami yang skit-skit nak mengadu itu ini.. Hal pejabat pun balik nak cerita kat bini..So, U all kena lah dengar luahan hati diorang ni.. kalau bini-bini tak nak dengar..Itu mungkin menjadi masalah besar.. sebab jangan sampai suami U all tu pi luah perasaan kat orang lain.. Nanti jadi lain pulak.. Korang jugak gigit jari..jenuh jugak tu..
4. Layan suami
Yang ni Erin tak boleh cerita.. Sebab tak kahwin lagi.. Fullstop..Hehehe
5. Bijak menguruskan kewangan.
Ini adalah penting.. sebab kajian menunjukkan banyak kes perceraian adalah berpunca daripada masalah kewangan..Ye lah duit tak cukup nak bayar itu ini.. So, decide nak cerai.. Oh My God.. U all ingat kes kahwin cerai ni perkara mudah je ke?? Adoilah..Fikir baik-baik yer..Tambah-tambah yang dah beranak pinak.. Huhu..kesian yang jadi mangsa keadaan anak-anak U all..
6. Menjaga keluarga mertua
Haa.. U all dah kahwin dengan anak orang.. so, U all kenalah jaga hati mak bapak dia jugak.. Kira Keluarga mertua tu macam keluarga U all jugak lah..Satu lagi pesanan..Walaupun seorang lelaki itu sudah berkahwin..Ibu dia tetap No. 1..So, U all tak boleh dengki-dengki bila suami U all tu lebihkan Ibu dia.. Sebab syurga suami U all tu masih dibawah telapak kaki ibunya.. Huhuhu...(Kira bersedia untuk kongsi kasih sayang dengan mak mertua..)
Okay lah..Itu je nak bagi petua.. (Macam ada pengalaman kan.. Heheh..Tak lah just view buku and blogwalking page orang lain..grap input-input berguna untuk diterjemahkan dalam versi Erin di blog ni..Sekian)