My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Friday 21 June 2013

Perancangan

Assalammualaikum...

Benar kata-kata di atas..Sebanyak mana perancangan kita.. Yang Menetukan Adalah Allah Yang Maha Esa..Jika ada jodoh..tentu tak kemana akhirnya.. Jika tiada jodoh..seusaha mana pun kita untuk mendapatkannya.. pasti tiada jua..

Apa yang membolehkan kita rasa dia adalah jodoh kita..?

Solat Istikharah..

Ye dalam segala hal..Kita memohon petunjuk dari Allah S.W.T.. Begitu juga dengan jodoh..Jika hati masih ragu-ragu..Buatlah solat ini..InsyaAllah..Sesungguhnya Allah tidak akan menghampakan kita..Allah Maha Penyayang Lagi Maha Mengasihani..

Selalu Berdoa

Berdoalah agar kita ditemukan dengan jodoh yang baik dan dapat membimbing kita ke jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T..Sesungguhnya Doa Itu Adalah Senjata Orang Mukmin.. Allah S.W.T sangat suka kepada hamb-hamba NYA yang suka berdoa.

Restu Keluarga

Yang ini adalah penting..Jika keluarga atau kedua-dua ibu bapa tidak merestui perkahwinan kita atau tidak suka akan bakal suami atau isteri kita..Mampukah kita mempertahankan perkahwinan?? Contohnya memperkenalkan bakal isteri atau suami kepada ibu bapa sebelum berbuat keputusan untuk berkahwin.

Berterus Terang

Kita boleh tahu sama ada dia itu jodoh kita atau pun tidak..Seseorang yang ikhlas menyayangi kita dan berkeinginan untuk berkahwin dengan kita..Pasti dia akan berterus terang dan tidak sesekali menyembunyikan apa-apa rahsia yang membolehkan kita jauh hati daripadanya.

Mengambil Berat

Hmm.. Orang putih cakap Take Care.. Jika benar dia ikhlas dengan kita, pasti dia selalu take care tentang kita. Ambil berat tentang family kita dan sebagainya..Dia mahu mengetahui semuanya tentang kita dan dia dapat terima kita seadanya.

p/s : Rasanya itu je kot yang Erin tahu pasal jodoh ni.. Yang selebihnya Usaha, Doa, Tawakal,dan Redha..Jika benar sudah tertulis namamu untuk ku di lauh Mahfus..Buat apa diri ini perlu risau lagi.. Sesungguhnya segala perancangan Allah adalah yang terbaik buatku..Jika ditakdirkan dirimu menjadi milikku akan ku cuba menjadi yang terbaik buatmu dan ku cuba membahagiakanmu.. - Khas buat bakal Zauj ku..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer