My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^
Showing posts with label Kisah Cinta. Show all posts
Showing posts with label Kisah Cinta. Show all posts

Saturday, 14 September 2013

Cinta Suami Isteri

Assalammulaikum..

Apsal eh sejak akhir-akhir ni macam banyak pula kisah cinta yang Erin nak kongsikan dengan you all.. Harap-harap you all sudilah untuk membacanya yer..Erin pun tak pandai sangat mengarang.. Bolehlah sikit-sikit merangkak..


Cerita ni berkisahkan tentang sepasang suami isteri yang miskin. Mereka tinggal jauh di pedalaman. Si suami hanya bekerja sebagai pengutip buah-buahan di dusun. manakala Si isteri mengambil upah membasuh pakaian. Hidup mereka daif, kais pagi makan pagi kais petang makannya petang. Malam pula kadang kala mengikat perut. 

Pasangan ini tidak dikurniakan anak. Walaupun begitu mereka berdua tetap bahagia. Mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Kasih sayang mereka tidak pernah berbelah bagi. Kesetiaan ini biarlah hingga ke akhir hayat. Menuju ke Jannah bersama-sama biar pun hidup di dunia tidak sesempurna. Asalkan mereka masih dapat menghirup kemanisan kebahagiaan rumah tangga. Itulah tanda bersyukur.

Al kisahnya pada suatu hari Si isteri merungut kepada Si suami bahawa, sikatnya telah patah. Si isteri menginginkan sebentuk sikat rambut kerana rambut Si isteri sudah panjang. Jika tidak disikatkan, pasti rambut itu kelihatan kusut dan tidak terurus. Tetapi malangnya, duit Si suami hanya cukup-cukup untuk mengantikan tali jamnya yang telah putus.

Pada keesokkan harinya, Si suami pergi ke bandar yang berhampiran. Ketika dalam perjalanan Si suami berjalan merentasi sebuah kedai jam. Niat Si suami dibatalkan sahaja dik teringatkan keperluan Si isteri iaitu sebentuk sikat rambut. Si suami segera membeli sebentuk sikat, lalu dibawa pulang.

Sesampainya dirumah, Si suami agak terkasima kerana melihat Si isteri telah memotong rambutnya sehingga pendek di paras bahu. Si Isteri menyambut kepulang Si suami dengan senyuman dan Si isteri menghulurkan seutas tali jam yang baru kepada Si suami. Si suami bertanya kepada Si Isteri, bagaimana isterinya mendapat wang untuk membeli tali jam tersebut. Si isteri memaklumkan bahawa dia telah mengguntingkan rambutnya dan menjual rambut tersebut, lalu dibelikan tali jam untuk suaminya.

Si suami pula menghulurkan sebentuk sikat kepada Si isteri. Si suami memberitahu dia membatalkan niat untuk membeli tali jam yang baru kerana keperluan Si isteri lebih diutamakan. Si suami terharu dengan tindakkan Si isteri. Beginilah hidup suami isteri saling berkorban demi sebuah kebahagiaan..

p/s : Kita sebagai umat Islam adalah haram menjual rambut untuk dijadikan rambut palsu.. Cerita tersebut adalah rekaan semata-mata..Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan..

Sekian..

Friday, 13 September 2013

Cinta Si Gadis Buta

Assalammualaikum..


Ohoo..Ohoo..mode love pulak kan..Di dalam dunia ni terdapat pelbagai kisah cinta.. Ada yang berakhir bahagia dan ada yang berakhir dengan derita.. Kalau you all, you all nak pilih yang mana?? Mesti nak pilih yang bahagia bukan? Tapi seperti yang kita sedia maklum, kita adalah manusia biasa yang hanya mampu merancang sahaja dan segala penentuan adalah dari Yang Maha Esa.

Kisah yang akan Erin bawa kepada you all nanti adalah berkisahkan Cinta Si Gadis Buta..Erin nak jadikan cerita ni sebagai cerita pendek saja.. Kalau terlalu panjang nanti mood membaca you all pun boleh hilang..Okay jom layan cerita yang Erin karangkan ni..Khas buat tatapan you all, yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan..

Ana adalah seorang gadis buta yang mempunyai impian yang besar..Dia yang sedari kecil lagi sudah hilang pancaindera yang begitu berharga iaitu mata akibat terkena percikan bunga api..Walaupun dia seorang yang buta, tetapi memiliki wajah yang sangat ayu dan cantik. Ana mempunyai seorang teman lelaki iaitu Alif. Alif sentiasa menemani Ana. Dia ikhlas menjadi teman kepada Ana. Lama-kelamaan Alif jatuh hati kepada Ana. Alif terima Ana seadanya walaupun Ana hanya seorang gadis yang buta. Beberapa kali Alif mengajak Ana untuk berkahwin. Dia ingin menjaga Ana hingga ke hujung usia.

Ana pula menolak lamaran Alif kerana dia berasa rendah diri. Ana memberi syarat kepada Alif iaitu jika dia dapat melihat semula, dia berjanji akan berkahwin dengan Alif. Alif terima segala syarat yang telah disuarakan oleh Ana.

Pada suatu hari, Ana mendapat perkhabaran gembira apabila doktor menyatakan bahawa Ana akan dapat melihat semula kerana ada seseorang sanggup mendermakan mata kepada Ana. Ana dengan gembiranya telah memberitahu Alif. Ana juga tidak sabar untuk melihat dunia dan melihat bakal suaminya Alif. Alif juga turut gembira apabila mata Ana dapat dipulihkan semula.. Syukur Alhamdulillah..

Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Setelah selesai pembedahan, Ana diminta untuk merehatkan diri di hospital untuk beberapa hari sehingga matanya benar-benar pulih. Tiga hari Ana berada di hospital itu, tetapi bayang Alif juga tidak kelihatan. Kemanakah menghilang bakal suaminya itu? Dia kehairanan. Pada Hari keempat, Ana sudah boleh keluar dari hospital. Dia amat teruja melihat keindahan dunia seperti yang diidam-idamkannya selama ini. Keluarga Ana juga gembira melihat Ana sudah pulih penglihatan.

Pada suatu hari Ana ternampak seorang lelaki buta sedang berbual dengan ayahnya. Lelaki itu seolah-olah menghulurkan suatu bekas yang mengandungi cincin kepada ayah Ana. Kemudian ayah Ana memberitahu bahawa lelaki itu ingin menyunting Ana sebagai permaisuri hatinya (Isteri). Ana menolak keras lamaran itu. Ana pergi kepada lelaki itu lalu dicampakkan bekas berisi cincin tersebut. Ana berkata lelaki itu tidak layak untuk berkahwin dengannya. Maka lelaki itu pun meraba-raba lantai untuk mengutip bekas cincin. Tanpa pedulikan lelaki itu, Ana berlalu pergi. 

You all tahu tak siapakah lelaki itu?? Lelaki itu ialah Alif.. Alif telah mendermakan kedua-dua matanya untuk insan yang dia sayangi.. Kenapa ayah Ana tidak memberitahu Ana bahawa itu adalah Alif? Jawapannya kerana ia adalah di atas permintaan Alif sendiri.. Alif mahu cinta Ana itu adalah ikhlas sebagai mana dia mencintai Ana.. Alif tidak kecewa dengan tindakan Ana.. Yang dia harapkan adalah kebahagiaan Ana.. Itu sudah memadai baginya..Dia merasa tenang kerana dapat menjaga Ana dengan kedua-dua biji mata yang telah dihadiakan buat Ana.. Dalam doa Alif sentiasa ada untuk Ana.. 

Sekian.. Kalau sedih cepat-cepat lap dengan tisu yer.. huhuuhuhu.. Erin sendiri yang karang, Erin pulak yang sedih.. Sesungguhnya mencintai itu tidak semestinya memiliki.. Benarkan??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer