My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Saturday, 31 August 2013

Big Bang Sedap Dan Khasiat Rumpai Laut

Assalammualaikum..

Siapa biasa makan Big Bang.. Sedap ni.. Sebenarnya ini adalah snack rumpai laut..
You all tak gaduhlah nak rendam ke apa ke.. Just kunyah macam makan keropok..
Soal halal? Memang ada tanda halal..Big Bang ni salah satu produk Tao Kae Noi..
Ia diimport dari negara jiran kita, Thailand.. Erin belum jumpa lagi produk berasaskan rumpai laut ni buatan Malaysia.. Ke dah ada, cuma Erin je yang tak tahu.. Tolong habaq sat kat chek..


Sesungguhnya kita semua sedia maklum bahawa rumpai laut begitu berkhasiat.. Dan kaya dengan antioksidan..Tapi mampukah kita untuk makan rumpai laut dengan begitu sahaja tanpa diinovasikan kepada bentuk yang mesra mulut..Hehe..(Patutlah ikan duyung awet muda kan.. sebab dok makan rumpai ni lah..ye ke? Dongeng je kot)

"Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta karotein serta protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit," Dr Muta Harah Zakaria, Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, UPM.

You tahu tak, kologen merupakan struktur protein yang berfungsi sebagai pelekat dalam badan..Ia dapat melindungi, menyokong tisu lembut yang dapat menyambungkan dengan tulang badan..Rumpai laut ini mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit.

INFO: Khasiat rumpai laut untuk kecantikan dan kesihatan
Kesihatan
• Terkenal sebagai ejen kecantikan kulit semula jadi.
• Menjadikan kulit lebih putih dan tegang.
• Melancarkan kitaran darah.
• Melicin dan menegangkan kulit dan payudara ( anti penuaan)
• Melambatkan proses penuaan dan melangsingkan badan.
• Mengekalkan kelembapan dan menganjalkan kulit.
• Menaikkan tekstur kulit dan seri wajah.
• Mengurangkan pembentukkan selulit.
• Menguatkan akar rambut dan menjadikan rambut sihat dan bersinar

Kecantikan
• Menambah baik dan meningkatkan tahap kesihatan sendi tulang.
• Meningkatkan nafsu dan daya keintiman
• Iodine yang ada di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah masalah Goiter iaitu kelenjar Thyroid membengkak.
• Membantu mengurangkan kolestorel dalam badan.
• Membantu dan merawat penyakit gastrik.

Keburukan
* Jangan mengambil terlalu berlebihan kerana rumpai laut mengandungi iodin yang boleh menyebabkan keracunan, sakit perut dan mampu menghakis perut. 

p/s : sumber  http://www.bharian.com.my

Friday, 30 August 2013

Aku CinTa PaDa Mu (MaLaYsiA)

Assalammualaikum..

Cewah.. Tajuk jiwang gituu kan..
Jangan salah faham yer.. Sebenarnya Aku cinta pada mu Malaysia..Itu bukan tema Merdeka tahun ni..
Tema Hari Kemerdekaan tahun ni ialah Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku..(Kena hafal ni..Nanti kalau pelancong tanya.. senang nak jawab..Kalau tak ingat.. nanti orang cakap apa pulakan.. Kata cintakan negara.. Tanya tajuk tema pun tak boleh jawab.. Malu eh..)

Inilah keratan akhbar yang berjaya menarik perhatian Erin..Tajuknya cukup membuatkan Erin nak tahu apa yang sedang penulis ini wacanakan..Sesudah membaca isinya.. Kepala Erin asyik angguk saja tak henti..Tanda sangat setuju dengan apa yang diperkatakan..Dari sudut pandangan yang bernas mengemukakan idea untuk meletakkan nama-nama pejuang kemerdekaan di tempat yang sewajarnya.. Sememangnya sudah diaplikasikan.. tetapi tidak menyeluruh.. Tujuan utama adalah supaya Rakyat Malaysia akan selalu mengingati sejarah dan sangat teruja untuk mengetahui sejarah serta asal usul pejuang kemerdekaan ini.. (Wow..panjang pulak entri Erin ni kan..?) - Untuk membaca rencana ini.. you all boleh semak akhbar utusan 28 Ogos 2013 di muka surat 20..

Yang ni Erin telah highlightkan.. Jika Erin setuju.. Anda pula bagai mana? Boleh kemukakan hujah-hujah anda supaya kita boleh berwacana di sini dan bertukar-tukar pendapat..Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysiaku Yang Ke-56..Semoga kekal aman sentosa dan terus maju menuju era permodenan..MERDEKA..!! MERDEKA..!! MERDEKA..!!

MeMaNDu DaLaM ShOpPiNg MaLL

Assalammualaikum..

"eh eh.. apa nih? Adik nak naik lah.. Nanti ibu tolak adik tau.. Ibu,ibu..Kreta ni ada kat giant sini saja ke?"

Hamboi..kemain Erin perembang telinga curi-curi dengar perbualan antara seorang kanak-kanak dengan ibunya..

Kenapalah baru sekarang ku berjumpa dengan kereta yang comel ni..
Bagus jugakan inovasi sekarang... Kreatif..!!
You all nak tahu tak, masa pergi Giant Kuala Pilah baru-baru ni.. Benda alah ni telah menarik perhatian Erin.. Teruja sangat.. (Terujo pun buet apo, ekau bukan ado anak layi haa.. Jangan buet-buet terujo eh..)

Selalunya kalau pergi shopping mall or shopping complex..Kita lihat ibu bapa atau penjaga akan letak kanak-kanak dalam troli barang-barang.. Macam tak sesuai je kan..Kanak-kanak pun nampak macam stress je bila dok dalam troli tu..Muka pun chom saja..

Dengan adanya Fun Mobile ni.. Kanak-kanak akan rasa tenang sedikit bila ikut ibu bapa mereka membeli belah keperluan rumah..Erin tengok mereka tu kemain lagi rasa seperti sedang memandu kereta..Padahal.. kena tolak dek ibu dan ayah atau penjaga.. Kikiki.. Erin gelak sesorang..

Tapi terfikir juga.. Kenapa tak diaplikasikan di serata pelusuk shopping mall di Malaysia ni..Nanti sonang haa nak bawak anak eden ni haa..(Tersampuk cakap orang Nogoqhi pulok ni..Huhuhu)

Ho aloh.. comey etep keto nih.. Nok suko kawe..(Klate pulak dah..Hehe..Whatever!!)

Thank you for reading my entry and leave your comment
Remember it..Sharing is caring..!!

KoLeKSi AyAT-AyaT CiNTa

Assalammualaikum..

This is silent entry.. Just viewing this pictures..







p/s : Sumber utama Facebook..

Yang Lama Jangan Dilupakan

Assalammualaikum..

Zaman teknologi..Masih adakah yang menggunakan mesin menaip seperti dalam gambar rajah ni??
Dahulu..Penulis sering berkarya menggunakan mesin ini.. Di Pejabat pula mesin ini perlu ada..
Sekarang orang dah guna komputer.. Mengingati sejarah dunia penulisan.. Datang yang baru.. Yang lama jangan sekali-kali dilupai..



Wajah Serius Tapi Klakar

Assalammualaikum..

Sebenarnya.. seriously Erin suka baca entri kat blog ni http://www.blogbeginsatforty.com
Uncle ni tulisannya simple.. Tapi cukup kelakar bagi Erin.. Wajah dia serius saja.. Tapi mampu bagi orang lain tersenyum dan ketawa dengan entri-entrinya yang bersahaja..Jika ada entri baru uncle ni tulis..Sure Erin akan view page dia.. Dan Erin sangat suka baca..sebab.. dari gambar yang dia publish pun Erin dah rasa klakar..Tambah pula dia tulis kat bawah setiap gambar tu.. Kadang-kadang gelak sampai guling-guling..Tahniah kepada uncle ni sebab berjaya mencuit hati blogger-blogger yang singgah di blognya.. Happy Blogging Uncle..Blog Begins At Forty..Terbaik!!!! I like it..!!


CiNTa iTu MeMbuNuH DiRi

Assalammualaikum..
Tajuk cinta lagi..Lagi-lagi cinta..
Why Erin identify cinta itu membunuh..?
Cinta itu menjadi racun dan senjata paling tajam jika kita tidak tahu menggunakannya..


Mencintai seseorang yang tidak memcintai kita..
Kan pelik tu bunyinya..
Dan itu yang selalu terjadi kepada kehidupan sekarang..
Andai kata bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi.. Peribahasa yang lengkap dengan maksud yang mendalam..

Bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi.. Tetapi sakitnya.. Hanya diri sendiri yang rasai..
Orang tua-tua cakap.."Dah orang tak hendak, Tak perlulah jadi hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Ibarat kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum.."

Walaupun kumbang bukan seekor, bunga bukannya sekuntum..Tetapi hasrat dihati mahu kumbang atau bunga itu juga..

Dalam hati tertanya juga.. Apa yang menarik..Ada magnetkah? Kita lihat dia biasa..Tapi kamu lihat dia luar biasa.. Malangnya..Dia tak memilih kamu..

Hati remuk bukan kepalang..Si teruna memendam rasa.. Si dara memendam kecewa.. Air mata dah penuh mangkuk.. Apa pun tak jadi.. Jangan hati jadi mati.. Kerana cinta itu sampai membunuh diri..

Ada kala berkata begini.."Jika aku tak dapat dia.. Sesiapa pun tak kan milikinya..!!"
Soalnya kenapa jodoh perlu dipaksa.. Jika sudah ketentuan Ilahi kita bukan pilihannya..
Sampai membunuh, seperti akal tak ada.. Sudah, sudahlah..Bawa mengucap..

Tetapi dia masih berkata.."Pantang maut sebelum ajal..Alang-alang celup pekasam biar sampai ke pangkal lengan..Biar genggam bara sampai menjadi abunya.."

Kau dah nekad, walaupun dia bukan ditakdirkan untuk kau? jangan dipaksa lagi..Ingat bukan di bumi, kita akan selamanya..Dan..
Benarlah cinta itu membunuh diri..Kerana iman yang tidak kukuh di jiwanya..

Sekian idea tersirat dari Puteri Airyn Ogos 2013..

Thursday, 29 August 2013

CaRTa HaTi PuTeRi AiRyN BLoG's

Assalammualaikum..

Senarai Carta HAti Puteriairyn Blog's

Ni lah carta hati blog puteriairyn.. Paling rajin komen ialah Norhasniza Khalid.. atau dikenali sebagai Mama..Yang kedua Tetamu Istimewa yang Erin panggil Cikgu Helmi.. Yang Ketiga ialah Aida.. Tapi kenapa Aida macam menyepi ye sekarang ni.. May be sibuk dengan study kot.. Yang keempat ialah Mizz Aiza atau Aiza..Thank you so much!! Kepada yang lain yang sentiasa komen blog Erin walaupun tidak tersenarai dalam carta hati blog ni.. Terima kasih juga Erin ucapkan.. Kalau you all selalu komen dan bertukar-tukar pendapat.. mesti akan naik kat carta hati tu..Erin ingat nak tambah senarai carta hati tu.. tapi.. limitnya 5 orang sahaja.. Dah try edit..Tetapi tak menjadi pun..

TeRjuNaM SuDaH

Assalammualaikum..

Huhuhu.. Terjunam sudah hari ni.. apsal?? Entri Erin tak bagus ek?? Amboi..macam marah je bunyinya kan.. Hehehe.. Tak kisah lah.. Janji i'm happy blogging..

Kepada yang sudi baca dan komen entri Erin terima kasih bebanyak yer.. Huhu.. Komen jap.. apsal graf overview Erin jadi macam ni hari ni..??

Wednesday, 28 August 2013

Bukan Sekadar Baca

Assalammualaikum

Lah.. Apsal publish gambar komik pulak ni?
You all jangan terkejut dan tersedu pulak yer bila tahu Erin ni juga penggemar komik..
Haha.. Dah tua bangka pun minat komik..Aip..Tua-tua jangan sebut ar..Jentik kang baru tahu..Haha..

Sebenarnya tak rugi kita banyak membaca.. Tak kiralah genre apa pun selagi ia bukanlah bacaan berunsur prono.Tu memang Erin tak baca.. Bahan ilmiah Erin sukalah..Bila tengok kartun tu, hati jadi berbunga-bunga dengan lawaknya yang bersahaja..Bila ketawa, boleh hilang segala stress di jiwa..Dan lara pun pergi..(Apa kena mengena ye dengan lara pulak nih?)

Ni adalah antara komik koleksi Erin.. Selalunya Erin akan beli komik ni di Kedai 24 Jam Seven Eleven.. You all tahu kan.. Harga pun tak mahal, antara RM6.00 ke RM8.00 sahaja.. Murah ooo...Macam Erin katakan bila baca komik boleh hilang stress kejap.. Kalau nak hilangkan stress yang lebih afdal.. Pergi baca al-Quran Nur Karim..

Okaylah nak cerita pasal komik ni pun tak kan habis 4 hari 4 malam.. Nak tahu apa kisahnya..Bolehlah beli di kedai Seven Eleven yang berdekatan..

Thank you for reading my entry..

Duit Yang Boleh Dimakan

Assalammualaikum

Wah banyaknya duit.. Ye ke ni duit.. Cuba perhatikan betul-betul..
Haa.. Kan Erin dah cakap ini bukan duit.. Tapi coklat duit..
Zaman kecik-kecik dulukan pernah makan..
Inilah satu-satunya duit yang boleh dikunyah dan dihadamkan..


 
Nampak macam betul kan bila sekali pandang..Dua kali pandang.. Eh eh.. boleh dimakanlah.. Hehe.. Okaylah.. Dah nama pun membaca sambil bersantai.. So, Erin dah pilih cara Erin tersendiri untuk mewujudkan mood bacaan dikalangan you all.. Kalau tak suka tak apa..Orang cakap tak kenal maka tak cinta.. Dah kenal..Baru tau cinta ke tidak..Thank you for reading my entry..very appriciate it..

Musical Fountain Di Taman Tasik Jubli Emas

Assalammualaikum

Siapa pernah tengok Musical Fountain? Cepat angkat jari..Hehe
Musical Fountain ni lebih kurang macam air pancut yang pandai menari ikut alunan muzik lah..

You all ingat, you all je boleh menari.. Air pun boleh menari paa.. Tak caya..?? Sila rujuk gambar di bawah ni. Gambar ni dirakamkan semperna Hari Keputraan Tuanku Sultan Kedah yang ke berapa tahun tu Erin tak ingat.. Cuma ingat ia sekitar tahun 2010 kot..

Nak tahu tempatnya di mana? Mestilah di Taman Tasik Jubli Emas Jalan Suka Menanti..Best sangat lihat air tu menari-nari mengikut alunan muzik selama 30 minit..





Sorry lah, gambar ni agak blur sebab kamera Erin tak cukup cahaya..Kalau you all tengok live lagi cantik tau..Okay Thank you sudi lihat dan baca my entry ni..Gambar ni pun terjumpa masa dok geledah fail-fail yang ada dalam pendrive Erin ni..So, bila belum diterjemahkan lagi ke dalam blog, Then Erin uploadkan je lah..Hope anda suka dengan apa yang dipaparkan di sini..Kesudian anda menjelajah ke blog kesayangan Erin ni amatlah Erin hargai..

Berita Terkini : Alor Setar, JeReBu NiH..

Assalammualaikum..

Jelebu ke jerebu.. ?? Aahh.. whatever..
Pagi tadi time nak pergi kerja.. Tengok keadaan macam suram saja.. Dah lah after sahur tadi rasa sakit tekak je..Ehem..ehem.. macam tu ke bunyi sakit tekak? Whatever.. hehe

Masuk dalam kereta, tengok cermin kereta macam kabur skit.. Apahal dengan pagi ni..
Time rehat di office, Erin tidur kejap kat bilik rehat.. Lepas bangun rasa macam nak demam.. Alahai kenapa nih..??

Rupanya ada officemate Erin bagi tahu.. Sekarang Alor Setar dilanda jerebu.. Ha jerebu? Mana-mana..?? Cepat-cepat capai tudung dan pakai..Lepas tu bergegas keluar office sebab nak tengok jerebu tu betul ke tak?

Kawan Erin tu bagitau sekarang ni dah 100 IPU.. Erin tanya IPU tu apa.. Apa punya tur lah Erin nih.. Yang tu pun tak tau.. Indeks Pencemaran Udaralah.. Ooooo....

So, Erin capai kamera Nikon terus snap picture jerebu tu.. Tapi, nampak macam tak teruk sangat pun.. May be kat kawasan tertentu saja kot..

Gambar ni diambil dari atas bangunan pejabat yang Erin kerja ni..Suram tak..Ni kira tak teruk sangat kot.. Kalau nanti dah teruk Erin upload lagi gambar..Cuaca oh Cuaca.. Kenapa jerebu sana jerebu sini.. Kabur dah mata eden nih..Alahai..

Sekian laporan berita terkini berkaitan jerebu di Alor Setar..Kalau you all ada info pasal jerebu ni.. Boleh lah kongsi di sini.. Erin pun nak tahu juga.. Sharing is caring lol...

1 Hari Je Lagi, Cayok Cayok

Assalammualaikum..

Apa kaher dengan tajuk entry ekau nih??
1 hari je lagi.. Merdeka? Lambat lagi kot...

Sebenarnya hari ni dah 5 hari diri ini berpuasa sunat enam.. So, tinggal lagi sehari ja lagi..
Cayok cayok cayok..(Entah apa perkataan ntah cayok cayok tu.. bahasa korea ke jepun pun tak tau..)
Kira macam nak bagi semangat kat diri lah tu..
Orang lain dah selamat beraya enam.. Erin baru hegeh-hegeh nak habiskan puasa..

Apa boleh buat.. Dugaan bila puasa di bulan Syawal ni.. Open house tu tok sah dok habaq lah noo..Banyak tak terkira..Belum lagi campoq mai campoq pi dengan kenduri kahwin.. Sabo je lah..

Nak habaq kat you all nih.. Bila puasa di bulan yang orang lain tak puasa.. Kita ada suatu perasaan yang luar biasa kot.. Sebab normal..time rehat, orang keluar pergi makan.. Kita terperap je kat office sambil layan kerja.. Agak-agak tak larat, terus tumbangkan diri di bilik rehat.. Cewah, office ku ada bilik rehat hoi..

Perasaan yang luar biasa tu sama dengan perasaan ketika mendaki sebuah gunung yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal.. Dasyat jugak tu..Perasaan Erin time puasa di bulan orang lain tak puasa seperti sedang mendaki gunung Kinabalu.. Walaaaweh...Huhuhu..

Gambar Hiasan gunung Kinabalu.. Begitulah perasaanku ketika ini.. Sehari ja lagi hoi...huahuahua..Fuh..fuh.. Macam-macam bunyi dah ni.. hehe.. (Geram tengok orang lain dah habis dah puasa enam..Erin je tertinggal di belakang..) Lepas ni boleh raya puaih puaih.. Lepas tu kembali puasa Qada pulak.. Wajib tau ganti.. siapa suruh tinggalkan.. hehe.. Dah nama pun wanita.. Kot mana pun kena..

Sekian luahan perasaan.. hehe.. Ayuh puasa.. best tau puasa ni.. merupakan suatu cabaran yang extream jugak lah..Godaan syaitan nirajim ada di mana-mana yer..Kena banyak zikir time puasa-puasa ni..

You all puasa tak.. meh kita sama-sama luahkan perasaan.. Yang dah meraya enam tu pun boleh kongsi cerita jugak dengan Erin ni..

TQ for reading my entry n leave your comment.. Appriciate tau...!!

Tuesday, 27 August 2013

Kenapa Ko Kalerkan Anak Ayam Tuuu?

Assalammualaikum

Aish unik bangat sih colour anak-anak ayam ni..Merah ado, pink pun ado..Kuning ado..biru pun adoo..
Haaa..Boleh mendatangkan selera tak?? Hehehe..Picture ni Erin jumpa kat google..
Sebenarnya bukan ketandusan idea untuk menulis.. Bahan untuk menulis di blog ni sebenarnya banyak terlampau..
Tetapi..Mood Erin untuk menulis..tetiba ke laut pulak.. (ke laut tu.. maknanya..mood sedang down lah tuu..)
Then just blogwalking baca hasil tulisan you all..You all pun janganlah segan/ malas menulis yer.. Erin suka baca tau..
Ye lah..Kadang-kadang apa yang Erin tak tahu.. you all yang tahu.. dan apa yang you all tak tahu.. Erin tahu..
So, kita sharing sharing lah yer..Omputeh kecek sharing is caring.. Not sharing come loving.. haha..bahaya gituu kan..



Kalau mak ayam tengok anak dia di colourkan jadi macam ni...Apa dia nak kata yer?? Agak-agak dia geleng kepala je kot.. Apa nak jadilah dengan anak-anak aku ni..Dah hilang segala keasliannya..

Sekian..Thank you for reading my entri..Kalau rajin komenlah sekali ye.. Haha..Kan sharing is caring..

Apa Cer Bila Lewat?

Assalammualaikum..

Apa cer bila lewat ni.. (I talk about lewat yer.. jangan nak tukar jadi liwat plak.. huh bahaya sih) Lewat tu tak kiralah time nak pergi kerja ke, nak kemana sahaja.. Temu janji atau segala bagai..Jika you all betul-betul tidak menghargai masa you all..Ia mungkin akan mendatangkan banyak keburukan kepada diri..

Lewat ke Pejabat
Tulisan Punch Card jangan haraplah nak hitam lagi kan.. Yang pastinya merah..Macam trafic light tuu.. merah je..Lepas tu kena marah dengan bos.. Dah la..time datang tu nak jumpa tempat parking kereta yang kosong punyalah payah.. dah sampai punch card merah then kena marah..Damage you know..Kritikal!!

Lewat ke Meeting
Jangan risau bila Tuan Pengerusi atau ahli-ahli lain pandang semacam je kat you all.. Dah lewat buat-buat senyum kambing je lah yer.. Hehe.. Kalau rasa malu.. pakai je topeng..

Lewat ke Majlis
Lebih baik jangan masuk ke Dewan tu.. Nanti you all jadi tumpuan yang amat dasyat.. hehe.. kalah selebriti oooii..

Lewat ke Masjid untuk tunaikan Solat Jumaat
Yang ni memang ramai yang buat.. cepat mengaku ye kaum adam.. You all ni time dah Khatib tu dah nak habis bagi khutubah baru you all nak sampai.. MasyaAllah..Macam mana nak jadi imam kepada keluarga ni.. Kalau kena rejek dengan bakal Pak Mertua.. Memang layak pun.. Hehe

Lewat Pergi Makan
Gastrik sedia tunggu you all.. Don't worry yer.. Kalau sakit perut..Jangan risau.. Hospital kan Adoooo...Hehe (Tiru iklan PTPTN)

Lewat ke Toilet
Tak payah ceritalah.. Mengarut je Erin ni..

Segala kelewatan yang kita semua lakukan adalah disebabkan tiada perancangan awal tentang sesuatu perkara yang kita lakukan.. Sebenarnya kita perlu mendisplinkan diri untuk pandang ke hadapan dan dapat menjangkakan kesan tindakan yang bakal kita hadapi..Jika sekali tersilap..Mungkin ia tidak disengajakan.. Jika banyak kali buat perkara yang sama..Itu bodoh namanya.. (Kejam betul ayat Erin tu kan..Hahaha)

Pagi ni pun dah lewat datang kerja..Merah tu my punch card.. Soryy bos.. I tertidur after sahur tadi..Bila terjaga..Ahh..Ini semua salah jamku sebab tak berbunyi..(Defend diri lah konon) Sampai office 8.04 pagi.. Huhuhu

TQ for reading my entry..  @_^

Monday, 26 August 2013

Ni Ke Durian Kucing Tidoq?

Assalammualaikum..

Tadi time rehat Erin dan officemate yang Erin panggil Kak Jah..Keluar jalan-jalan di sekitar pekan Alor Setar..Kak Jah ajak Erin teman dia ke Tabung Haji.. kemudian kami menyusur ke Pekan Rabu.. Pergi Pekan Rabu tu sebab nak beli Budu.. (Mesti you all hairankan..Hari ni hari Isnin..Tapi kami pergi Pekan Rabu..Sebenarnya nama pasar tu memang Pekan Rabu..Walaupun ia dibuka pada setiap hari bukan tertakluk kepada hari Rabu sahaja yer..Jangan salah faham..)

Turun je dari tangga Pekan Rabu.. Ternampak pulak goreng cempedak..Alamak..langkah memang tak bergerak dah bila terhidu bau goreng cempedak tu.. So, RM3 sudah terbang gara-gara goreng cempedak punya pasal..(Semalam baru bedal 2 biji cempedak yang dibeli di Pasar Malam Mergong..Hari ni makan goreng cempedak pulak dah..)

Erin : Kak Jah tunggu sat naa..Erin nak beli goreng cempedak..

Kak Jah : Okay..

Selepas beli goreng cempedak tu..

Erin : Kak Jah suka makan cempedak dak?

Kak Jah : Uhh..Tak larat nak makan dah aih.. Kak Jah ada dusun.. Masa bulan posa ri tu dok makan banyak dah.. Ni pun kat rumah still ada lagi setengah biji..Tapi yang tu Kak Jah beli lah..

Erin : Ooh bestnya ada dusun sendiri..Durian ada tak?

Kak Jah : Durian pun ada..Tapi tak banyak sangatlah..

Erin : Kak Jah.. Hari tu kan, Erin dengar kawan abah sembang bab durian..Pastu sebut durian kucing tidoq..Lagu mana tu durian kucing tidoq.. Pelik jugak bunyinya kan..

Kak Jah : Laa.. Durian kucing tidoq tu ialah durian yang dalam satu pangsa hanya ada seulas saja.. Kira bentuk dia macam kucing dok tidoq lah..

Erin : Oohhh..Macam tu..

Dalam hati dok tanya betul ka?? Tapi ada relevannya juga kata-kata Kak Jah tu..Kalau you all ada cerita pasal durian ni.. Boleh lah kita kongsi cerita yer.. Durian adalah buah kegemaran Erin.. Erin biasa makan durian yang isinya rasa lembut macam ais krim.. Sedap sungguh..Sehingga menjilat jari tangan..

Macam ni ke rupa durian kucing tidoq tu??

Sekian.. TQ sudi baca entry ni dan tinggalkan komen
Berkongsi pendapat itu kan amalan yang bagus..
Sharing is caring yer

Lagi Kes Buang Bayi Tak Cukup Bulan

Assalammualaikum..

Sekarang ni berleluasa kes buang bayi di merata-rata tempat..
Baru-baru ni Erin dan keluarga telah dikejutkan dengan kehadiran seekor bayi yang telah ditinggalkan di hadapan rumah dengan keadaan masih dipenuhi darah..
Tetapi malangnya..Bayi itu telah meninggal dunia akibat lahir tidak cukup bulan.. Kesian..
Ngeri tak?? Ngeri kan..?

Sebenarnya inilah baby kucing yang dilahirkan tidak cukup bulan..Tak dapat diselamatkan..Dah cukup sifat ni..Cuma tak cukup bulan.. Ibu bapa bayi ni masih belum dikenal pasti..


Sekian..TQ sudi baca dan lihat..

Sate Kajang Haji Samuri

Assalammualaikum..

Hai..Welcome back with my new entry.. Ahak ahak.. kecek omputeh youuuu..
Siapa suka makan sate?? Cepat angkat tangan..
Wah.. Ramai gituu..yang angkat tangan...You all yang gemar makan sate ni asal jumpa menu ni kat pasar malam ke, kat jamuan raya ke atau kat mana-mana saja, pasti akan menjadikan ia sebagai menu pilihan kan..

Samalah macam Erin ni.. Suka sangat makan sate.. Tapi paling banyak pun 10 cucuk saja..
Dalam perjalanan pulang dari Kuala Pilah ke Alor Setar, Erin singgah di hentian Sungai Buluh..Hentian yang ada jejantas tu..(You all tahu kan..)

So, kat situ ada satu Restoran Sate Kajang.. Apa lagi..Erin serbu je lah Restoran tu..Sebelum ni Erin memang dok dengar kabar angin yang mengatakan sate Restoran Haji Samuri ni sedap sangat..Sate Kajang memang famous Amous..Dulu besar-besar satenya.. Tapi kini Erin lihat.. Mana-mana pun susah nak jumpa sate yang paling besar..May be bahan mentah dah naik harga..Expecially AYAM..

Nilah Restoran Sate Kajang Haji Samuri..Ramainya pelanggan, sampai tak ada tempat nak duduk.. 
Ni pun baru cawangan di Hentian Jejantas Sg Buluh.. Kalau di Restoran Utama Sate ni, tak tau lah.. lagi ramai mungkin..

Ni view di kawasan Hentian Jejantas Sg Buluh.. Ada macam-macam weh.. Macam first time singggah.. hehe.. Padahal...Erin selalu je singgah kat sini..Tapi singgah waktu tengah malam dan waktu siang adalah lain suasananya..Lagi havoc dan best di siang hari..

Wah.. Nak makan sate sampai kena beratur kot..Sebenarnya you all kena bayar dulu makanan dan minuman yang dipesan..Beri nombor meja..Kemudian waiter akan hantar makanan dan minuman yang dipesan tadi..First time tengok orang beratur nak order makanan or minuman..

Ni pulak papan tanda harga.. Bukan sekadar sate daging lembu,ayam..Tetapi ada juga sate kambing, rabbit dan rusa..Teringgin jugak nak makan sate daging rabbit.. Tapi Erin dah pernah makan rabbit.. Isinya seakan-akan ayam.. tetapi urat daging lebih halus.. Sedap juga tau daging rabbit ni.. Jiran Erin dulu pernah bagi Erin rasa Kari Rabbit..Mula-mula dia sembunyi identiti kari tersebut.. bila dah makan, dia tanya sedap tak? Dan dia bagi tahu..tu daging rabbit yang dia bela.. Hehe..

Ni lah menu yang dipesan.. 10 cucuk sate ayam dan 10 cucuk sate daging lembu..Nasi impit, timun,bawang dan kuah..Kuah sate ni unik sikit..sebab ada sambal asing.. Dan kuah satenya marvelous sedap tak terhingga..Yum yum yummy..

Okay abah..okay mama..jom kita mengunyah sate..Hidangan yang kami order ni.. berharga RM25 sahaja..Haaa?? murahnya..Tahu..kenyang sampai ke Alor Setar.. Hidangannya nampak bersih je kan.. Ini yang kita mau..Halalan Toyyiban.. Bersih, Halal dan Suci.. Cewah.. Tahniah kepada Restoran ni berjaya mempamerkan kebersihan restoran ni..

Sebelum makan baca Bismillah dulu yer..
Bila dah kenyang..Ucapkan Alhamdulillah..Jika You all singgah ke Hentian Jejantas Sg Buluh..Jangan lupa ke Restoran ni tau.. Boleh rasa kenikmatan satenya yang marvelour tuu..

Okay..TQ for reading my entry N leave your comment ^_@

Sunday, 25 August 2013

Dari 11 malam ke 11 pagi Dan dari 11 pagi ke 9 malam

Assalammualaikum..

Kemana yer Erin menghilang tanpa entri 2,3 hari ni??
Nak tahu ke alkisahnya? 
Alkisah kecemasan dari 11 malam, ke 11 pagi kemudian dari 11 pagi ke 9 malam..

Perbualan melalui telefon pada jam 8 malam.

Erra : Abah, cikgu Erra cakap tak boleh lagi masuk kelas tu.. Masih tak ada kata putus..Erra rasa tak boleh dah nak teruskan berada di kelas tu.. Macam mana ni..Kalau Mama, Abah dan Kak Erin berada dekat dengan Erra kan best..Kita jauh ni 630 kilometer..(Dalam nada sebak)

Abah : Erra jangan sedih.. Abah dah call dan faks surat kepada Penolong Pengarah kolej Erra..Dan depa akan ambil action ..Mungkin next week baru Erra boleh tukar kelas..Erra jangan risau.. InsyaAllah kalau tak ada apa-apa tindakan..Kami akan pergi ke sana..

Erra : Tak apalah Abah jangan risau, nanti Erra try jumpa Penolong Pengarah tu tanya tentang pertukaran Erra.. Apa-apa Erra akan call bagi tau kat Abah, Mama dan Kak Erin..

Abah : Okay..(Talian telefon dimatikan)

Perbualan antara Mama, Abah dan Erin pada jam 9 malam :

Abah : Abah ingat nak pi kat Kuala Pilah tengok Erra lah.. Kita plan pi hari Ahad petang okay tak? Then kita balik sini hari Selasa..

Erin : Cuti tahunan Erin dah tinggal sikit..Kalau nak cadangkan sesuatu boleh tak, Abah..

Abah : Apa dia?

Erin : Kita pi malam ni lah.. Itu pun kalau Mama dan Abah setujulah..??

Abah dan Mama berfikir sejenak..Kemudian..

Abah : Abah rasa tak dak hal kalau kita bertolak malam ni.

Mama : Mama ikut saja keputusan..

Nasib ada Mr GPS..Dia lah yang guide perjalanan kami agar tak sesat.. Hehe
Tahu je lah bila sampai di KL, lebuhraya tu macam terputus sikit..risau termasuk jalan lain,
 jadi lewat sampai pula nanti

Dan kami sekeluarga pun berkemas beg pakaian dan bertolak dari Alor Setar ke Kuala Pilah pada jam 11 malam..Itu yang membuatkan Erin tak sempat untuk update apa-apa entri di blog ni..Di sana pula line internet tak berapa nak power.. So, terpaksalah hope dulu, segala bagai blogwalking atau sebagainya..

 Sessi perjumpaan dengan Erra di KMNS
Amboi Mama cekak pinggang, jangan marah dia.. cian kat Erra.. Huhu..

 Adik Erra yang comey dan manja.. Love you adik..Miss You Adik..

 Kami ambil adik dari KMNS.. dan menginap di Melang Inn..

 Abah, Mama dan Adik Erra..

Cantik hotel ni.. Kadar bayaran pun murah..

Dan jam 11 pagi Sabtu kami bertolak pulang dari Kuala Pilah ke Alor Setar.. Tiba di Alor Setar jam 9 malam..Agak letih.. Tetapi hari ni terpaksa hadiri meeting dan presentation..Nasib dapat siapkan presentation tu semalam..Hari ni dapat present dan dapat handle meeting tu.. Susah jugak yer jadi Setiausaha ni..Sabo je lah ekau.,. hehe

Sekian ceritanya..TQ for reading my entry and support my page..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer