My LuvLy Followers

Status Terkini :

Hai sahabat blogger sekelian.. Erin nak perkenalkan blog kawan Erin.. jom jadi follower kak ni.. http://daripenaseorangummi.blogspot.com


Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Friday, 30 August 2013

CiNTa iTu MeMbuNuH DiRi

Assalammualaikum..
Tajuk cinta lagi..Lagi-lagi cinta..
Why Erin identify cinta itu membunuh..?
Cinta itu menjadi racun dan senjata paling tajam jika kita tidak tahu menggunakannya..


Mencintai seseorang yang tidak memcintai kita..
Kan pelik tu bunyinya..
Dan itu yang selalu terjadi kepada kehidupan sekarang..
Andai kata bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi.. Peribahasa yang lengkap dengan maksud yang mendalam..

Bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi.. Tetapi sakitnya.. Hanya diri sendiri yang rasai..
Orang tua-tua cakap.."Dah orang tak hendak, Tak perlulah jadi hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Ibarat kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum.."

Walaupun kumbang bukan seekor, bunga bukannya sekuntum..Tetapi hasrat dihati mahu kumbang atau bunga itu juga..

Dalam hati tertanya juga.. Apa yang menarik..Ada magnetkah? Kita lihat dia biasa..Tapi kamu lihat dia luar biasa.. Malangnya..Dia tak memilih kamu..

Hati remuk bukan kepalang..Si teruna memendam rasa.. Si dara memendam kecewa.. Air mata dah penuh mangkuk.. Apa pun tak jadi.. Jangan hati jadi mati.. Kerana cinta itu sampai membunuh diri..

Ada kala berkata begini.."Jika aku tak dapat dia.. Sesiapa pun tak kan milikinya..!!"
Soalnya kenapa jodoh perlu dipaksa.. Jika sudah ketentuan Ilahi kita bukan pilihannya..
Sampai membunuh, seperti akal tak ada.. Sudah, sudahlah..Bawa mengucap..

Tetapi dia masih berkata.."Pantang maut sebelum ajal..Alang-alang celup pekasam biar sampai ke pangkal lengan..Biar genggam bara sampai menjadi abunya.."

Kau dah nekad, walaupun dia bukan ditakdirkan untuk kau? jangan dipaksa lagi..Ingat bukan di bumi, kita akan selamanya..Dan..
Benarlah cinta itu membunuh diri..Kerana iman yang tidak kukuh di jiwanya..

Sekian idea tersirat dari Puteri Airyn Ogos 2013..

8 comments:

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

hanya kita yang dapat mengawal diri kita agar tak terjerumus ke kancah yang hina.. ambil dari sudut positif, mungkin tiada jodoh sebenarnya antara kita dan si dia..

Norhasniza Khalid said...

ada sebabnya kita dipertemukan dengan orang yang salah.... mungkin bukan jodoh kita, belajar menerima ...

puteri airyn said...

Betul tu mama.. Tak perlu sampai nak membunuh jika cinta kita ditolak kan.. Dalam kehidupan ni..dok lihat dalam akhbar..bekas kekasih bunuh bekas kekasih.. Ada pula yang sanggup membunuh diri sendiri kerana dek kecewa disebabkan cinta..

S.K.A said...

sedih baca..hu3..kalau bertepuk sbelah tgn mmg rsa sedih sgt2..rsa mcm xdihargai je..

Cik Mun said...

sbb tu kena pikir betul bila bertindak..jgn ikut hati sgt..

Niena Reen said...

klu memang dia dah ditakdirkan untuk kita, buat mcm mana pon, walau dgn siapa pon dia skrg, dia tetap akan jadi milik kita. klu memang bukan dia yg ditakdirkan untuk kita, genggam dan ikat macam mana pon dia pasti terlepas jua. :)

Nory Zoulkefle said...

orang kata cinta ni adakala boleh jadi racun, adakala boleh jadi madu, adakala boleh jadi penawar...hehe

Tetamu Istimewa said...

Cinta itu ibarat madu yang memaniskan kehidupan. Cinta bisa menjadi racun andai mengalir dalam derai butir kaca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer

Google+ Followers