My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Saturday, 17 August 2013

CeRiTa TeNTaNg CiNTa

Assalammualaikum..

Berbicara soal cinta pasti ada yang membayangkan akan naluri untuk berkasih sayang..Cinta itu bagaikan memberi semangat.. Dan hilang cinta bagaikan mengundang lara di jiwa..Begitulah penangan cinta..

Kata-kata cinta pula..

"Hanya seminit bagi mencari insan istimewa,
Sejam bagi menghargainya,
Sehari bagi mencintainya,
Tetapi seumur hidup bagi melupakannya."

Sering kita lihat kisah cinta ini diterjemahkan melalui cerita-cerita dongeng, puisi, dan paling disukai ramai ialah melalui novel. Selain itu, melalui media yakni drama dan filem yang juga mempamerkan kisah cinta.

Pernah anda menonton filem Titanic? Pernah anda menonton filem hindustan dan filem korea? Dalam menyampaikan mesej yang lain, unsur cinta pasti menjadi elemen penting diselitkan supaya ia dapat menarik minat penonton untuk terus mengikuti filem tersebut. Di sini dapat disimpulkan setiap manusia di muka bumi ini amat tertarik akan elemen cinta.

Apabila ada individu yang mengambil berat dan mencintai kita, 
ia akan membuatkan kita berasa sentiasa bersemangat.

Benarkah dengan fakta yang dikatakan Semakin bercinta, semakin sihat?
Menurut kajian Universiti Utah, Amerika Syarikat telah mengesahkan fakta ini.
"Manusia yang mempunyai perasaan cinta dan saling berbalas akan hidup dengan lebih lama, gembira serta mempunyai kesihatan yang lebih baik dan kedudukan kewangan yang lebih kukuh," Kata Glen Jenson, professor dan pakar dari Jabatan Kekeluargaan dan Pembangunan Manusia, Universiti Utah.
Cinta merupakan nikmat sekiranya kita tahu tentang asas bagaimana membentuk nilai cinta yang teguh dan kukuh. Ia bergantung kepada tiga elemen iaitu Akal, Agama dan Akhlak. Jika kita menjadikan ketiga-tiga elemen ini sebagai tiang dalam sesebuah percintaan, InsyaAllah kita akan menemui cinta yang dicari. 
"Kecantikan tidak sekadar pada wajah, tetapi bermula daripada kebersihan hati yang memancarkan cahaya ke wajah. Hal ini menjadi magnet ke atas individu lain untuk terus mendekati insan yang mempunyai kecantikan yang sebegitu."
"Dalam banyak-banyak kesakitan, kesakitan yang dasyat adalah mencintai, 
tetapi dengan cinta yang kosong."

Sumber : Buku Semurni Kasih Adam, Seutuh Cinta Hawa oleh Zambri Mohamad
Diterjemahkan dengan gaya tersendiri oleh Puteri Airyn

Part 1 : PoSiTive WoRdS

Assalammualaikum..

Today I want to post about positive words..As we know...The kind of word can make energy for us.. Isn't it? Which more we were think about it? Let's to read now..Hehe..(Sory..ayat English nya tunggang langgang)

1. Today's preparation deteermines tomorrow's achievements

2. To ask a question may bring a moment's shame, but not to ask and remain ignorant is lifetime of shame.

3. You will work better if you set yourself deadlines.

4. Doing your homework consistently better than complaining about your result later.

5. There is no success without effort.

6. When you stop learning, stop listening, stop looking and asking questions, then it is a time to die.

7. I hear and I forget. I see and I remember. I do and I understand.

8. You are free to choose, but the choices you make today will determine your tomorrows.

9. Know what you want. Have an aaim, a goal, an objective.

10. Failure is not necessarily missing top grades, but aiming too low.

To Be Continue.. @_^

HeADeR FoR My BloG

Assalammualaikum..

eh.. sukanya Erin dok edit header or banner untuk blog Erin ni..Yang mana yer paling cantik?? Comfius pulak..Kalau U all..Nak pilih yang mana yer??





Friday, 16 August 2013

Al-KiSaH OraNg YanG TaK JaGa MuLuT

Assalammualaikum..

U all nak tahu tak mood raya Erin telah di down kan oleh seorang kakak ni yang jugak officemate Erin.. Tapi kami cuma berlainan unit..

Alkisahnya.. Erin pun tak tahu dimana ketidakpuasan hati dia terhadap Erin. Kumpulan KIK baru ditubuhkan di jabatan Erin dan diwakili oleh 10 orang ahli..Termasuklah dengan kakak yang seorang ni.. Erin telah dilantik sebagai Setiausaha Kumpulan..Dan semua ahli bersetuju..

Sebagai seorang setiausaha..Kerja memang banyak tak terkiralah.. Mana nak taip minit mesyuarat lagi, taip surat panggilan lagi..berbincang dengan ketua tentang agenda lagi..

Erin faham..Erin buat minit mesyuarat pun bukannya perfect sangat..Dah orang lain tak mahu jadi setiausaha. So, secara fardu kifayahnya, Erin pun terimalah tugas tu..Bukan nak ucapkan terima kasih.. Siap boleh komplen-komplen Erin pulak..Dikatanya Erin ni tak layak jadi setiausaha.. Dah lah buat minit mesyuarat macam apa lagi.. Uish..Berdesing teliga ni dok dengar syarahan dia.. Tak jaga mulut dia dan sanggup mengguris perasaan Erin ni..

Yang paling Erin tak tahan sangat dia boleh cakap Erin ni nak sangat jadi setiausaha..Ya Allah Ya Rahman..Geramnya hati Erin ni.. Kalau tak puas hati.. Okay fine Erin boleh saja buat surat tarik diri dari menjadi ahli kumpulan tu.. Dari berpenat lelah tetapi tak ada yang menghargai..Apalah dia dengki sangat dengan Erin yang tak ada apa-apa ni..

Lepas tu dia cakap lagi yang tugas Erin buat unit pencen tu tak teruk..May be ada seorang saja yang akan pencen pada setiap tahun.. MasyaAllah..She is not in my shoe and she can talk anything else..Dia ingat kerja dia saja yang teruk..Lagipun dia ingat Erin ni budak baru kat office tu dia boleh cakap ikut suka mulut dia saja..Kalau ikutkan hati mau saja Erin ganyang mulut dia tu dengan cili melaka..Baru tahu langit tu..Tinggi atau rendah.. Baru dia boleh beza antara kaca dan permata..

Jika senior tak beradab.. Bolehkah jadi contoh yang baik kepada junior..Kalau senior tu samseng..So, tak payah respect pun tak apa.. Berbudi bahasa tu budaya kita.. So, kepada kakak tu..You tak perlu risau kerana I dah buat keputusan muktamat akan tarik diri dari joint group KIK ni.. Sekian.. Kalau still dalam kumpulan pun hati I dah hambar.. Masih boleh teruskan ke?? Silap-silap, meeting kemana.. Minit mesyuarat terus ke laut.. Ada Faham??

Sekian dari hati yang panas mendidih nih...

My TrAVeLoG : BanDuNg JaKarTa - Part 7

Assalammualaikum..
Ni travelog Bandung Jakarta part terakhir..Best dan teruja sangat menginap di hotel Orchardz Jakarta.. 5 start kot hotel ni..Nampak mewah sangat.. Bilik hotel pun bagus sangat..Erin dok bilik dengan Kak Salwa.. Setiap bilik dihadkan untuk 2 person sahaja..Ada dua katil besar tau.. Ah suka suka..

Ni di hadapan hotel.. Masa ni dah nak bertolak ke lapangan terbang Jakarta.. Kami pergi dan balik guna penerbangan MAS.. I like MAS service.. Memang terbaik derr..

Tut tut.. Hehe.. Dari atas bas Erin sempat snap picture tut tut ni..Teringin sih nak naik tut tut macam ni.. Tapi..tak berkesempatan.. Next time kalau pergi sendiri, Erin nak juga ambil peluang naik tut tut ni.. Tut tut.. tunggu hamba tau nanti.. hamba nak try naik tut tut ni..

Ni pun tut tut jugak.. Erin nak tergelak bila tengok tut tut ni.. lawak lah bentuk dia.. macam burung puyuh giant.. Kawan Erin tanya Erin apsal dok gelak.. Erin tunjukkan dia tut tut ni.. dia pun gelak.. hehe.. unik bangat sih..

Kalau datang sini U all mesti boleh jadi jutawan atau ribuan.. yerlah semuanya main duit ribu-ribu dan juta-juta..tengoklah ni.. nak bikin rambut pun sampai 475 ribu..mahal jugak kan.. hehe..

Toilet yang sangat bersih di salah sebuah shopping mall di Bandar Jakarta..Lebih kurang macam suasana di Bandar Kuala Lumpur je pun..Kat sini memang branded derr..

My peace wachaa..yaw..yaw..Sama tak rupa I dengan model picture tu.. Hahaha..perah santan

Ni salah satu view rumah kedai di sana.. Kira macam banglow kedai lah jugak.. Kedai roti tuuu..Imoet-Imoet..

Kanak-kanak yang melambai-lambai tangan ke arah bas yang kami naiki..

Huhuhu.. Lauk jawa padang lagi...5 hari 4 malam di sana.. cepatlah hamba mau pulang ke tanahair nih.. Kangen bangat dengan rumahku syurgaku.. Hehe..Okay tata Bandung..Tata Jakarta.. Hamba pulang dulu ya.. Jika ada waktunya akan ku kembali melewati hariku bersamamu.. hehe..

Sekian travelog Bandung Jakarta..

My TrAVeLoG : BanDuNg JaKarTa - Part 6

Assalammualaikum..

Pengembaraanku di bumi Indonesia ini diteruskan lagi..Hari keempat berpijak di bumi Jakarta.. Kami di bawa ke Monumen yang menjadi kebanggaan rakyat di sana..Monumen obor..Tanda mercu kota raya tersebut..

Bangunan PERTAMINA yang berada di belakang Erin ni adalah salah sebuah syarikat minyak petrol.. Kalau di Malaysia, kita ada PETRONAS..

Haa.. ni lah monumen mercu tanda kota ni.. lambang obor.. Sesiapa yang datang ke kota ni.. Pasti akan bergambar di sini.. Jangan lepaskan peluang yer..

Wah.. that's obor di belakangku...Peace yaw..aw aw..

Gaya charlie Anger..Kami persembahkan.. Erin dan kak Salwa..

Tamanku Tamanmu Taman Kita.. Hehe.. maksudnya.. marilah kita jaga alam sekitar.. Di sanakan kuat sasteranya.. So, nak nasihat orang pun pakai kata-kata simbolik.. Kalau ada yang tak faham jugak.. Buang sampah merata-rata..petik bunga tak tentu hala.. Meh sini nak tarik telinga.. 

Bus ni lah yang kami naiki.. Bus Parawisata.. Maksudnya bas perlancongan.. Parawisata tu pelancong lah.. 

Tudia.. nak pi arah kot mana tu.. Signboard ada.. Tapi.. Whateverlah.. pemandu wisata dok ada.. suruh saja dia pandu arahnya..Tak begitu pak??

Hoi.. borong sakan nampak.. Dah nama pun perempuan shopping tak hingat dunia ler tu..Ni di Textile Center..Murah-murah kain kat sini.. Kalau beli sikit tu..Tak murah sangat..Kalau beli borong.. Wow..dapat harga superb..Jom jom..

Haaa.. Kereta ni pun nak bergambar jugak.. Tu nombor plat yang tak ada di Malaysia.. Hehe.. Of couse lah yer...

Selepas bershopping di Textile Center.. Kami bergerak pula ke Cempaka Mas.. Ni di atas pemintaan geng yang pernah mai shopping kat sini.. Adoi lah.. poket dah kopak ni.. Mau lagi shopping.. Berapa juta haa..duit depa ni tukaq.. Erin tukaq sikit saja..Tu pun dah shopping penuh tangan..Erin tak beli apa-apa pun kat sini.. Cuma window shopping saja..

Bersambung.. @_^

My TrAVeLoG : BanDuNg JaKarTa - Part 5

Assalammualaikum..

Part 1,2,3,4 ..U all dah view ker??
Kalau dah view.. Jom view part 5 pulak..My Travelog ke Bandung Jakarta..Dalam travelog yang lepas ada Erin ceritakan pengalaman Erin semasa melawat gunung berapi Tangkuban Parahu dan Ladang Strawberry..My Travelog : Bandung Jakarta - Part 5 pula, Erin nak ceritakan bab shopping..Wow, shopping.. U all yang ladies ni sure suka bab ni kan..Jom shopping time with me.. Yeeehaaa..

Breakfast at Hotel Bandung before bertolak ke Bandar Metropolitan Jakarta..Hmm..Breakfast roti je.. Padahal, bermacam makanan ada..Biasalah berada di negara orang selera pun boleh bertukar.. Sebab tu orang cakap.. HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG , HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI..LEBIH BAIK DI NEGERI SENDIRI..

Shopping baju di salah sebuah rumah kedai di Bandar Bandung..T-shirt lelaki dan perempuan agak murah sikit di sini..Erin sempat membeli 2 helai t-shirt jenama burberry untuk abah..Bertuah abah, dapat anak macam Erin kan.. Hehe..Perasan bangat sih..

Patung Wanita Jawa.. Memikat hati hamba.. Di sana memang banyak patung-patung macam ni.. U all tahulah di sana lebih kurang macam pengamalan Hindu..Erin lihat sana patung sini patung.. Jangan kita jadi patung sudahlah..

Sepanjang kami di sana, kami asyik dihidangkan dengan masakan jawa dan padang..Sesiapa suka masakan padang silalah ke kota Bandung yer.. Nak kata terlampau sedap tu idak lah.. sebab hamba kureng skit bab masakkan orang di sana.. Kadang-kadang tekak tak berapa nak boleh terima.. So, ucapkanlah terima kasih saja..

Bersambung..@_^

My TrAVeLoG : BanDuNg JaKarTa - Part 4

Assalammualaikum..

Okay travelog Bandung dan Jakarta bersambung dari travelog yang lepas..

Setelah berpenat menyusuri denai gunung berapi..Haa..denai?? Hehe whatever lah kan..Keesokkan harinya kami bertolak ke Jakarta.. Wah Jakarta beb.. Tempat celebriti sinetron tuuuu..

On the way balik ke hotel di bandung..Kami singgah di Ladang Strawberry yang terkenal di Bandar Bandung ni.. Ia terletak di lereng bukit berhampiran kaki gunung Tangkuban Parahu.. Jom rasa strawberry segar seperti di Cameron Highland.. Manis bangat.. Masam pun adoo..hehe..

Yaw.. I kiss my strawberry.. Sweet sour okay..

You know.. Pondok-pondok kat belakang Erin tu.. Semua tempat kumpul strawberry..Siap ada restoran lagi kat ladang ni.. Bestnya..

Okay.. strawberry sedia untuk dikutip.. Semuanya ditaman menggunakan plastik beg..Kenapa ye mereka tak tanam terus di tanah?? Persoalan.. 

Ha... ni buat gaya macam ladang ni kepunyaan Erin.. Hehe.. Whatever..Janji happy.. Janji rock..Rock??

Kuch Kuch Ho Ta Khir..Hehe..Tetiba ada Tuan Puteri di sebalik pokok tu kan..

Haaa..Tengok tu kat belakang Erin tu ada tulisan PETIK STRAWBERRY.. Dia suruh petik derr..Jom aarrr kita petik..Kasi clear dia punya ladang.. Amacam??

Bersambung.. @_^

Asmaul Husnah - Syarifah Khasif


 
Tenang sungguh mendengarkan alunan Asmaul Husna nyanyian Sharifah Khasif..

Jom dengar..^_@

Thursday, 15 August 2013

GaLaU HaTi

Sehingga kini aku sukar lenyapkan apa yang engkau ucapkan kepadaku..
Segalanya tersimpan kemas dalam benak fikiranku..
Bukan aku tidak pernah untuk mengikiskan kenangan antara kita..

Setiap kali aku cuba lupakan..
Setiap itu juga air mata membasahi pipiku..
Hatiku menjadi terlalu galau..berkecamuk dan remuk..
Mungkinkah aku masih berharap agar ada ruang hatimu untuk ku?

Dalam aku berkecelaru.. Aku masih waras untuk menerima segala takdir..
Sehinggakan aku pernah berfikir, adakah lebih baik antara kita dipisahkan oleh kematian daripada menanggung seksa melihat salah seorang daripada kita bahagia bersama insan lain..

Pernah jua aku menganggap kau telah mati dan tiada di dunia ini..
Dan aku acap kali memandang pusara milik orang lain yang sudah ku anggap seperti itulah pusaramu..
Sesungguhnya pernah seorang sahabatku berpesan kepada aku agar jangan mencintai insan yang tidak pasti seperti dirimu.. 

Tetapi aku tidak dapat menolak kehendak hati yang telah memilihmu sebagai insan istimewa itu..
Menerima dirimu ketika aku telah dikecewakan oleh insan terdahulu..
Merupakan kesilapan paling besar yang pernah aku lakukan sehingga hatiku remuk berkecai..
 Aku rasa ini adalah tidak berbaloi langsung..

Kesungguhanmu pada awal perkenalan telah meyakinkan aku bahawa engkau adalah insan terpilih itu..
Ternyata aku terlalu silap menilai manusia..Akhirnya padah itu aku terima..
Kerana terlalu bimbang diri ini dikhianati lagi.. Aku telah menutup pintu hatiku untuk menerima sesiapa lagi..

Segalanya aku serah kepada Illahi.. Pilihan Illahi adalah melalui ikatan yang sah.. Beserta akad dan nikah..
Aku tidak akan mengenali insan pilihan itu terlebih dahulu kerana aku bimbang akan jatuh hati lagi pada insan yang tak pasti seperti dirimu..

Aku mengerti ketidaksempurnaan diri ini..
Aku redha walaupun aku bukan pilihan hatimu lagi kini..
Semoga aku terus tabah menghadapi liku-liku perjalanan hidupku..
Sebelum mata tertutup rapat.. Segala janjimu aku pegang sehingga nafasku yang terakhir..

Wednesday, 14 August 2013

My TrAVeLoG : BanDuNg JaKarTa - Part 3

Assalammualaikum..

Sambungan dari part 2 (Klik sini)

Perjalanan mengambil masa hampir beberapa jam.. (Haha..Erin dah tak ingat sebab cacatan perjalanan Erin ke sana telah hilang..Tak tau pi mana)

Perjalanan ke Tangkuban Perahu ni ala-ala perjalanan ke Tanah Tinggi Cameron.. Pusing pening Erin dibuatnya ketika bas berlengang lenggok menyusuri jalan ke kaki bukit.

U know about Tangkuban Perahu Story?? Why ia dinamakan Tangkuban Parahu? Ada perahukah? Tak nampak pun.. Ini adalah lagenda.. Seperti juga lagenda Mahsuri sumpah Langkawi selama Tujuh Keturunan Jadi Padang Jarak Padang Tekukur..
Nak juga ke Erin cerita tentang kisah lagenda ni? Nanti Jadi panjang pulak..Erin ni pun spesis penglipur lara jugak.. Jangan tak tau.. Hehe..So, Erin tak payah ceritalah yer.. Apa kata U all pi search je cerita sejarah Tangkuban Perahu Indonesia ni kat google..
Shawl yang warna koko tu Erin beli kat Tangkuban Parahu ni lah.. Cantik tak.. Harganya  jika di tukarkan ke Ringgit Malaysia ialah RM10.. Murahnya.. siapa bawa duit banyak boleh beli borong.. Harga boleh runding.. Balik je Malaysia jual dengan harga RM20.. hehe.. Untung-untung..Boleh buat business ni..

Ni peta yang ada di situ sebagai rujukan para pelancong..So, Erin just snap peta ni untuk tatapan U all..

Ini pula sedikit info yang dapat Erin snapkan.. Silalah baca ye.. 


Tangkuban Parahu ni mula ditemui pada 1830 tahun yang lalu.. Waktu tu di manakah kita?? Tak tahu di alam mana..Hmm..

Kawah gunung berapi di Tangkuban Parahu.. Masih aktif lagi tau.. Bau dia..Hmm.. memang tak tahan.. Kepada sesiapa yang ada astma tu.. Erin nasihatkan jangan pergilah.. Tak bagus untuk kesihatan anda.. Bau belerangnya agak tengit dan Erin sendiri pun hampir sesak nafas..

Seperti yang kita tahu.. Semakin tinggi dari paras laut.. Pokok-pokoknya adalah renek..dan kebanyakkan dahan berbentuk bongsai..Unik kan..Ciptaan Allah SWT..

Suasana yang tercantik pernah Erin rakamkan.. Tak sangka betul berpeluang jejak kaki ke kawasan gunung berapi ni.. Syukur kepada Mu Ya Allah..

Bersambung..^_@

My TrAVeLoG : BanDuNg JaKarTa - Part 2

Assalammualaikum..

Ni adalah sambungan daripada siri travelog Bandung Jakarta - Part 1 (Klik sini) Erin berada di Bandung selama 2 hari dan 3 hari di Jakarta. So, trip ni mengambil masa selama 5 hari 4 malam.. Waaa..lama tu..Tapi Enggak apa-apa sih.. Ongkos semuanya ditanggung beres.. hehe..

Gambar warung ditepi jalan di sekitar Bandar Bandung..View kat sini lebih kurang view yang ada di Malaysia kan.. Tapi Malaysia kini sedang menuju era baru.. Mungkin tak lama lagi..Dah tak ada warung-warung seperti di Indonesia ni..

Orang di sana..Nak mintak sedekah pun pakai redah kat jalan raya saja..Pantang hampiri lampu isyarat..Pasti ada yang datang meraih simpati.. Kadang-kadang rasa kasihan pun ada sebab mereka ni ada yang membawa anak kecil dalam kendongan..Berkendong anak kecil itu ke sana sini.

Sesampainya Erin di Bandar Bandung.. Tempat yang kami serbu dulu ialah rumah banglow membeli belah.. Haha.. Berlainan di Malaysia.. Kedai di sana jenis sebuah-sebuah.. Tak macam kedai di Malaysia yang berbentuk teres.. Mungkin di sana tanahnya besar...Lihat gambar Erin tu..Kat belakang tu tuala berwarna warni yang digulung seperti bunga.. Cantik kan.. Harga di kedai ni agak mahal juga..Tempat ekslusif la katakan..

Kalau dah ratu peace tu.. kat mana-mana pun tetap nak buat gaya peace dua jari.. Hehe Ni dirakamkan di hadapan kedai tersebut..

Hari kedua breakfast di hotel Gumilang Regency..Cantik bangat suasana dan bilik di Hotel ni.. Makanan pun enak-enak belaka..Bergambar bersama rakan-rakan setugas..Kak Kay dan Kak Nadiah

Bersama dengan Kak Martina..Pegawai IT ni.. :-)

Bergambar sekejap dekat monumen ni.. nampak unik je..Still di kawasan Hotel Gumilang tu lagi..

Oooo..Erin termenung laksana Tuan Puteri.. (Perasan sudah..)

Disebabkan kawasan hotel ni cantik sangat..Hampir setiap sudut Erin nak bergaya kan..

Wah.. Kat belakang Erin ada monkey lah..Nasib dia kena tambat.. Risau jugak tu..

Haha..Tembok ni pun dah jadi sasaran tempat Erin nak snap gambar..

Bersama Kak Uni dan Makcik Jamaliah..

Sebenarnya kami ni giat dok snap picture sebab tunggu bas yang nak bawa kami ke Tangkuban Perahu..Jom ikut Erin ke next entri tetang travelog Bandung Jakarta ni..

Bersambung..^_@
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer