My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Thursday, 24 September 2015

Jalan-Jalan Raya Bersama Iriz (Part 1)

Assalammualaikum..
Salam Aidil Adha dari Erin dan family to all my readers..

Raya Haji tahun ni spesial sikit bagi Erin sebab tahun ni Erin dan family
datang beraya di Kelantan.. Negeri di mana asalnya keturunan abah..
Sebenar-benar keturunan sebelah abah ialah berasal dari selatan thai..
Ada juga sedara mara abah di Bangkok..


Paling berharga dan indah ialah apabila Erin mampu bawa Proton Iriz 
ke Kelantan ni..
Wah si merah ni jalan jauh yer..
Motif Erin tukar kereta pun sebab nak jalan-jalanlah..
Iriz 1.6 cvt exercutive ni memang best bila jalan jauh..
Dengan dilengkapi GPS build in..
Tak de lah tersesat sangat kan..
Bagi Erin..Proton Iriz ni sangat unik..




Hari ni Erin just jejalan rumah sedara mara di sekitar Kota Bharu.
Esok baru bertolak ke Terengganu.. gi rumah mak sedara kat sana pula..
Ops..lupa nak g tau..Iriz ni jimat petrol tau..
Perjalanan dari Alor Setar Kedah hingga ke Kota Bharu Kelantan..kos petrol ialah RM35 je..haa..save tak? Tu untuk sehala je lah..maknanya pergi dan balik ialah RM70 je..Tapi kalau pusing-pusing Kelantan dan Terengganu mau spare RM200 kot..

Ok cerita jalan-jalan raya akan bersambung esok..stay tune..hihi
thanks sudi baca dan leave comment..

Thursday, 17 September 2015

Jalan-jalan Hari Besday Malaysia 16 Sept 2015

Assalammualaikum you alls
Harap sihat-sihat selalu yer..
Eh hari ni hari Malaysia kan? Gi jalan mana?
Dok rumah saja?? Tak kan dok rumah layan tv je kot..
Cuti kan..Per lagi ayuh meronggeng..(Tudia bahasa tak hingat donia..kiki)


Haha..tak rare la kalau tak berjalan tengok keindahan alam time cuti-cuti macam ni..
Walaupun hanya satu hari jer..

Mula-mula tu memang planning nak duk rumah je..
Nak kemas bilik dan bagai..
Tetiba teringin nak makan keropok lekor..
Terus Erin dan family plan ke Tanjung Dawai..
Kemudian singgah di air terjun Seri Perigi..

Cantik jugak tempat ni..
Lama dah Erin tak berkunjung ke sini..
Seri Perigi ni terletak di daerah Yan Kedah..
Punca airnya dari puncak Gunung Jerai..
Kiranya Seri Perigi ni merupakan salah satu kaki Gunung Jerai..
Ada laluan trak hutan untuk ke puncak gunung tu..

Air terjun kat sini nyaman sungguh..
tetapi jangan terkejut sebab airnya berwarna perang..
Ala-ala air karat gitu..huahehehe..


Haa tudia..karatnya ayaq..hihi..
Air tu warna macam tu disebabkan akar kayu mungkin..
Erin pun lupa nak kaji dengan lebih terperinci..

K lah..setakat ni je cerita jalan-jalan di hari Malaysia 2015..
Sekian....

Friday, 17 October 2014

Oh Langkawi Island.. Aku Suka (Island Hopping & Snockeling)

Assalammualaikum..

Eh macam lama je Erin tak tulis entri di blog ni kan..?
Nak kata Erin ni terlalu sibuk tu..Tak lah sangat..May be malas nak tulis kot..
Okay lah.. Baru-baru ni Erin dan family pergi ke Langkawi..
Alah pulau yang cantik di Kedah ni.,..
Percutian kami kali ni sangat-sangat puas hati.. Kalau ada rezeki, rasa nak terjah lagi ke Langkawi..
Kami di sana selama 4 hari.. Wow lama jugak tu.. Itu pun masih terasa tak cukup hari.. Hehehe..

Kami bertolak dari jeti Kuala Kedah pada pukul 8.30 pagi.. Sampai di Jeti Langkawi pada pukul 10.30 pagi.. Dua jam atas ferri.. Sesampainya di sana, terus sewa kereta dan check in hotel di area Pantai Chenang


Pukul 2 petang, kami dah bersiap-siap untuk ke Island Hopping.. Best giler dapat naik speedboat keliling Pulau-Pulau yang ada di sekitar Pulau Langkawi.. First, Kami dibawa ke Pulau Tasik Dayang Bunting. Di Pulau tu Erin dan adik sempat naik sampan itik.. Hehe


Adik Erra dengan peace nya.. Hehe..


Ayuhlah kayuh..Then kayuh lagi..Sampai penat dah kaki ni..Nak tahu sewa sampan itik ni berapa bayarannya? RM30 untuk 30 minit... Hmm.. Mahal jugak lah..Tapi dah adik nak naik.. I teman je lah.. Hehe


Eh bergaya kejap dekat sampan itik ni after penat berkayuh keliling tasik..


Ini my parent.. Ehem..Ehem.. Hehe



Peace yoo.. I dengan mama..On the way ke tasik..Picture ni siapa yang snap?? Eeerr..Abah I lah yang snapkan..


Eh.. Tak perasan plak abah snap picture I tengah dok ambil gambar guna phone


Eksyen kejap sebelum ke destinasi seterusnya..


Okay.. Bye bye Pulau Tasik Dayang Bunting..Kemudian kami di bawa tengok helang dan seterusnya ke Pulau Beras Basah.. Di Pulau Beras Basah..Boleh snockeling jugak..Best tau..


Okay.. Ini pula aktiviti hari kedua..Apa lagi beb.. Snockeling lah..Kami ambil pakej yang Langkawi Coral.. Harga RM295 seorang..Dari Jeti Kuah.. Kami bergerak ke Langkawi Coral yang terletak berhampiran Pulau Payar.. Best giler snockeling di atas pelantar Langkawi Coral ni..Kami sampai di pelantar tersebut pada pukul 10 pagi dan berakhir pada jam 3 petang.. 


Hoi ikan.. Aku datang melawat mu ni.. Comel tak I berenang..Ada rupa macam ikan jugak tak?? Hahaha..


Bersama mama.. Kami meneroka hidupan laut.. Nak ambil pakej skuba mahal sangat.. Pakej snockeling macam ni pun dah kira okay sangat-sangat kan..


Bukan setakat berenang di pelantar saja..Kami dibawa dengan speedboat ke pesisir pantai Pulau Payar untuk snockeling di situ pula dan diberi masa 1 jam..Habislah hitam kulit ku asyik snockeling saja..Apa pun best sangat-sangat..

Baki 2 hari lagi di Langkawi.. Erin buat apa yer?? Okay.. The next entry will be coming soon.. Stay tune.. Ahak... !! @_^





Wednesday, 7 May 2014

Ini Cerita Nilai 3..Jeng Jeng

Assalammualaikum

Hai hai..you alls.. Ini cerita Nila 3 yer.. Dari Semalaman Erin dan family berada di Ulu Bendul.. Setelah bermandi manda, kami semua menyusur ke Nilai 3.. Sebelum ni Erin belum pernah sampai ke Nilai 3.. Wah teruja gitu dengan apa yang ada di sana.. Murah dan sangat murah.. Ada jualan murah karpet, kain pasang, jersi, cadar, langsir dan segala bagai lagi yang dijual di sana.. Yang penting sediakan duit sekucupnya.. Kalau tak nak anda menangis tengok barang-barang di sana yer..


Ni lah pemandangan di Nilai 3.. Cuaca mendung sebab nak hujan


Ni kedai jual barangan yang diperbuat dari kayu jati.. Murah youuuu..Cuma kalau beli perabut tu.. Faham-faham je lah susah mau bawa pulang


 Haish.. Kami berkonvoi ke Nilai 3.. Ramai tak family Erin.. Kami sedara mara semua sepakat.. Bak kata orang sepakat membawa berkat.. Tak gitu..??


 Ini pula kedai jual karpet.. Wow, banyaknya karpet.. Mai mai pilih kaih..Macam-macam warna ada.. Murah-murah saja..Hehehe


Bila tengok baju kain lace ni.. Rasa teringin nak kahwin pulak.. Hehehe.. Calon tak ada lagi ni.. Camno?? Huhuhu...

To Be Continue..

Jangan lupa view entry sebelum ni : Family Gathering Di Ulu Bendul

Tuesday, 6 May 2014

Family Gathering At Ulu Bendul Negeri Sembilan

Assalammualaikum..

Hai you all..Dah lama rasanya Erin tak update blog ni kan.. Adoi.. Berhabuk sudah...Fuh, fuh, fuh..(Hembus habuk)

Sebenarnya, Erin tak dapat nak update blog ni sebab Erin pergi ke Negeri Sembilan untuk ambil adik Erin Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) Dia buat kos sains setahun di sana.. Sekarang dah selesai menjalani program Matrikulasi tersebut...Jauhnyo ekau belajar yer adik.. Kakak mu dulu KMPP je.. (Kolej Matrikulasi Penang)

Dah alang-alang di Neghori tu.. Erin dan family pun bercadang nak buat perjumpaan family.. Kami semua pilih.. TEMPAT REKREASI ULU BENDUL..Emang nya cantik sih suasana di situ..Siap ada beberapa buah kolam takungan air terjun untuk pelawat berenang-renang.. Pelampung pun ada untuk di sewa.. Jom lihat gambar-gambar yang telah Erin rakamkan ni..


Ni sessi latihan berenang di kolam air terjun



 Haaa.. Berenang kuak lentang...


Haaa.. Lawan berenang... ceh cetek je..


Ais krim ni nampak biasa je.. Tapi harganya mahal.. Hehehe RM2


Nilah ahli keluarga Erin.. Sepupu sepapat semua ada..


 Ikan Bakar time.. Yummy..


Ni main baling-baling air.. Kanak-kanak VS orang dewasa.. Hehehe


 Berebut pelampung pulak.. Okay ikut turn yer..


 Penat lah berenang ni.. berehat seketika..


 Ayam bakar.. Yummy..


 Ikan bakar ala-ala asam pedas gitu..Delicious..!!


 Kambing bakar.. Wah mewah makanan gitu.. Klass youuu....


Selepas berenang kita maakan sampai lebam..kikikiki..Alhamdulillah kenyang..


Penuh pinggan dengan lauk pauk..

Tuesday, 8 April 2014

Cantik, Tak Jemu Mata Memandang

Assalammualaikum..

Hai my dear sekelian..Tengah buat apa tu malam-malam gini?? Apa dok tengok TV? Tak best.. Mai layan blog puteriairyn ni lagi best.. 

Sebenarnya..Bukanlah Erin ketandusan idea nak penulis perkara lain yang lebih berfaedah dan memberi manfaat.. Cuma malam ni Erin nak publish gambar-gambar menarik di sekitar Kuala Sungai berhampiran Kuala Kedah.. 

Cantiknya pemandangan sampai tak tau nak habaq.. Hehehe.. Yang pakai baju kurung pink tu Erin lah.. Tetiba mood pink pulak kan.. Waktu ni baru balik dari pejabat.. Kemudian Abah dan Mama ajak keluar gi jalan-jalan.. Apa lagi teruja habislah kan..Tumpang single ni.. Jalan sepuas-puasnya dengan Abah dan Mama.. Nanti dah kahwin gi jalan-jalan dengan Hubby pulak kan.. Tak gitu??




Sunset yang sangat menakjubkan.. Dengan menggunakan kamera telefon je ni..Tapi cantikkan gambar ni??



Ni gambar anak ketam.. Banyak betul anak-anak ketam kat tepi kuala ni.. Nasib tak jumpa mak pak ketam.. Kalau tak, dah lama cek buat ketam masak masam manis..


Ni pemandangan kat tepi Kuala Sungai




Itu je pun yang Erin nak show off pada entry kali ni..Next Entry?? Tungguuuuuu....!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer