My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Saturday 25 December 2010

Kepentingan Air

Air oh air..Pernah anda bayangkan dunia tanpa air..
Tanpa air pasti hidupan akan mati.
Manusia memerlukan air untuk hidup.
Hal ini kerana 70 peratus tubuh badan manusia terdiri daripada air.
Oleh yang demikian kita disarankan untuk minum air,
sekurang-kurangnya 8 - 10 gelas sehari.

Cuba kita berfikir, tanpa air darah tidak akan mengalir.
Maka oksigen dan khasiat-khasiat tidak dapat tersebar ke seluruh tubuh.
Sisa-sisaperkumuhan tidak dapat disingkirkan.
Tanpa air juga organ badan tidak dapat berfungsi dengan lancar.
Amalan minum air yang cukup dapat menghindarkan berlakunya pendehidtratan dan mengekalkan amalan membuang air besar.

Di samping itu, kesihatan kulit dan rambut turut terjaga.
Air membentuk kira-kira 55-57 peratus daripada berat badan kita.
Air mempunyai peranan yang penting dalam hampir setiap fungsi utam badan.
Air melaraskan suhu badan di samping membawa nutrien
dan oksigen ke sel, serta menghapuskan sisa.

Air turut melindungi sendi serta mengawal organ dan tisu.
Tanpa makanan, manusia dapat hidup selama lapan minggu,
tetapi tanpa air manusia akan mati dalam masa tiga hari.



Friday 24 December 2010

My StrawBerrY




Strawberry..!!! Warna yang merah dan sangat menarik bukan..Hurm bila dirasa, masam-masam manis..Paling sedap cicah buah ni bersama madu, pasti satu kotak kecil strawberry dapat dihabiskan..Urm..Delicious Plus!!!

Let's go to know about strawberry..With bright red colour dan mempunyai 200 bijian bertaburan di permukaannya, berbentuk persis hati dan dikenali sebagai buah cinta..Apa?? Buah cinta??hahaha..oklah tu..

Strawberry merupakan buah yang boleh dikategorikan sebagai elit kerana harganya yang agak mahal.Selain itu, buah ini hanya mampu bertahan selama 4 hari setelah dipetik. Andai kata kena cara penyimpanannya, buah ini mampu bertahan selama 1 bulan. Cara penyimpanan buah berbentuk cinta ini ialah dengan mengasingkannya satu per satu dan disimpan dalam tempat berbeku. Strawberry sememangnya diketahui mempunyai pelbagai khasiat selain mempunyai kadar vitamin C yang tinggi serta antioksida (melambatkan proses penuaan)...So, baguslah jika kita mengambil buah ini untuk dijadikan sebagai desert harian. Pasti kebaikan strawberry dapat dirasa disamping rasanya yang masam-masam manis itu.. (^_^)


Thursday 23 December 2010

Katak Oh Katak..



Kalau sebut katak sahaja, pasti ada yang buat aksi seperti geli geleman. Aisye..geli sangat ke dengan haiwan yang menggelarkan dirinya katak ini. Lucu bila ada kawan-kawan i yang terlompat sana sini bila terjumpa atau terserempak dengan katak. Selalunya di dalam bilik air lah. Anda tidak rasa ke seperti haiwan ini sangat unik. Jika i kata haiwan ni unik dan sangat comel, mungkin ada yang akan kata i ni demam kot. Hahaha..sebenarnya dari dulu lagi i suka haiwan ni..Entahlah i pun tak tahu kenapa dan mengapa i teruja dengan haiwan ni. Hijau, berkerutu, kulit berlendir sejuk..suaranya pula tidak semerdu burung kenari. Yang kedengaran adalah bunyi seperti ini 'Ong,ong,ong..' ..Bagi i bunyi katak di hutan adalah suatu kedamaian. I selalu dengar suara katak di tepi air terjun.

Hurm...Katak ini merupakan spesis amphibia yang boleh hidup dua alam..alah macam penyu dan kura-kura..dan mempunyai ciri-ciri seperti mempunyai badan yang pendek, berwarna hijau atau kecoklatan..hehe..selain itu, ia mempunyai kaki dan tangan yang agak melekit, matanya pula terbonjol ke depan..Katak memang suka melompat (lompat si katak lompat, lompatlah tinggi-tinggi).. (@_@) Katak juga mempunyai ciri-ciri anatomi yang lain seperti boleh meleperkan badannya.. sebab tu katak boleh masuk di celah-celah pintu, walaupun pintu itu tertutup..Hurm..unikan katak ni??

Tomato Frog

Ini Namanya Katak Tomato
(Sukanya katak ni..!!!)

Sebanyak 5,000 species katak telah ditemui dan ada dikalangan mereka tergolong dalam kumpulan vetebrata. Species di rajah merupakan katak tomato..Cute kan, tapi warna kulitnya coklat kemerahan..Jom semak info tentang katak ni..!! Jika warna katak adalah terang ia seolah-olah memberi mekanisma amaran...ye lah ia pun nak melindungi diri jugak kan..Dan apabila diganggu badan katak juga akan mengembung..Hanya terdapat dua (2) species katak tomato di Magadasca iaitu D.guneti dan D.insularis..ni kemungkinan sempena nama saintis yang menjumpainya..Katak ini boleh hidup antara 5 hingga 10 tahun..Uish..lamakan..Kadar suhu yang sesuai bagi katak pula, ialah 18 - 32 c..Makanan kegemaran katak ialah lalat, serangga, cacing dan anak ikan.. Habitatnya pula ialah di tepi paya, kawasan air terjun, tepi sungai dan kawan hutan yang lembab..Kalau kat bandar, katak suka masuk dalam bilik air..hehe..gatal kan katak ni..Mungkin tu katak jantan kot, nak mengendap orang tengah mandi..hati-hati yer..heheh..

oklah..itulah sedikit sebanyak tentang katak kesukaan i..hurm... (^_^)


Wednesday 22 December 2010

Ish..Ish...


Ish..ish.. asyik-asyik cakap pasal ini..Tahu ke apa erti gambar di atas tu?? Kadang-kadang bosan dengar, macam dalam dunia ni dah tak ada apa yang perlu dibincangkan lagi selain soal hati, cinta adam dan hawa, perkahwinan dan macam-macam lagi yang seangkatan dengannya..Kalau selalu dengan cintan-cintun ni kadang-kadang boleh meleleh tahi telinga ni tahu tak..Adoi hai..Kalau terjah mana-mana blog pun ramai yang menceritakan perihal diri sendiri atau pasangan masing-masing..Love, Love...Ai..yang mereka sibuk sangat tentang love ni, mereka tahu sangat ke tentang maksud perkataan tu..Well bukan nak kata apalah, dunia sekarang memang dunia populariti, tambahan sudah ada laman web sosial..wah..!! Pakat-pakat mengeksposekan diri masing-masing..I menulis ni bukan apa cuma menyampaikan apa yang i lihat...Dulu i selalu jugak tulis pasal perasaan i yang agak nampak kesunyian..gitu..hahaha..But now, i bagaikan dapat semangat baru dan banyak berfikir tentang hal-hal lain..soal jodoh tu..Tunggu dulu sebab i nak cari yang betul-betul berkesan sebab i dah tak suka memainkan perasaan orang yang salah.. Biar pengalaman mengajar i erti segalanya.. Dalam kehidupan bukan cinta sahaja yang i perlu..Walaupun ada segelintir manusia yang menganggapkan i sebagai seorang perempuan yang ego..Ya...ingat lelaki sahaja yang ada ego dan boleh memperkotak katik kan kaum wanita..Mintak tolong sikit k..Hehehe..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer