'Pantang aku dicabar. nak lawan, lawan ar..' Rengus Firhana dalam hatinya.. nafas ditarik sedalam-dalamnya. Jari-jemari yang runcing dikepak-kepaknya tanda geram. Semahunya dia beri penumbuk percuma kepada mamat poyos a.k.a mamat plastesin tu. Plastesin?? Ya.. yang kanak-kanak suka main tu..
"Fir..Apasal ek kau suka panggil Zakuan tu mamat poyos a.k.a Mamat plastesin? Tak baik tau.." Syuhada menyoal Firhana sebab dia tak faham kenapa Firhana selalu menggelarkan Zakuan yang sangat macho yang dirasakannya sebagai mamat plastesin.
"Apasal kau nak tau sangat? Dah memang dia tu macam plastesin." Selamba saja Firhana membalas soalan Syuhada.
"Kau suka dia ek?" Soalan mercun apakah yang dikeudarakan oleh Syuhada tu. Merah telinga Firhana mendengarnya.
"Hello-hello cik Syuhada yang anggun bergaya. Kalau aku diupah sepuluh ribu dollar amerika pun belum tentu aku mau yer kat dia tu."
Syuhada mula buat muka blur dan masih tidak puas hati selagi tidak dapat jawapan kenapa Firhana benci sangat kepada Zakuan. Dia cuba membuat provokasi agar Firhana menceritakan hal sebenar. Tetapi tiada jawapan yang memuaskan hatinya.
"Fir,fir.." Termengah-mengah Syuhada memanggil Firhana sambil kakinya berjalan laju seakan berlari-lari anak mengejar Firhana.
"Haa..Kau ni apa hal panggil-panggil aku serupa dikejar hantu jadian."
"Aku,aku,aku.." Syuhada masih termengah. Dah gagap pulak dia.
PANG!! sedas penampar sulung hinggap dipipi Syuhada.
"Woi..kau ni agak-agak ar nak penampar aku pun." Marah Syuhada. Tak sangka pulak termakan penampar sulung roomatenya itu.
"Dah kau gagap. Aku pun tolonglah bagi kau cakap betul. Ni petua mak aku tau." Petua lah sangat. Tak pepasal Syuhada yang kena.
"Aloh loh..Aku tampar perlahan je, sakit ker?" Dia menggosok-gosok pipi mulus milik Syuhada.
"Belanja.." Syuhada buat ayat tak tahan kat Firhana. Belanja minum sebagai balasan dan pemaafan di atas tindakan Firhana menampar mukanya tadi.
"Belanja? Kau tak da kelas ke jap lagi?" Soal Firhana.
"Tak ade..Milo tabur gelas besar ek.." Syuhada buat muka comelnya sambil matanya terkelip-kelip. Sambil senyum yang menampakkan pengikat gigi yang berwarna warni itu.
Permintaan yang agak dasyat jugak tu menyebabkan Firhana mencebik mulut. 'Suka-suki saja budak ni mintak bagai kat aku.' Rungut Firhana dalam hati.
Mereka berdua mengambil tempat duduk di Cafe tersebut. Dipesanya dua gelas milo tabur gelas besar dan kentang goreng sebagai makanan sampingan.
"Beriya sangat kau panggil aku ni apahal? Musytahak sangat ke sampai tak sempat sembang di bilik asrama nanti?" Soal Firhana.
Dia dan Syuhada memang sebilik tetapi berlainan jurusan. Syuhada belajar dalam jurusan pentadbiran awam. Manakala Firhana pula belajar dalam jurusan kewangan. Cuma mereka akan memasuki kelas yang sama itu masa subjek sains pemikiran dan etika. Sains pemikiran dan etika bukanlah subjek yang wajib diambil oleh pelajar jurusan kewangan cuma ia boleh diambil sebagai subjek tambahan. Ada saja pelajar yang mengambil subjek bahasa asing. Firhana pada mulanya merancang untuk mengambil subjek bahasa asing, tetapi memandangkan kelas bahasa jepun telah penuh kuotanya. Maka dia memilih subjek sains pemikiran dan etika. Lagipun dia boleh sekelas dengan Syuhada. Senang untuk berbincang dan buat tugasan kuliah nanti.
"Aku dah tahu rahsia kau." Jawab Syuhada sepontan.
"Rahsia apa yang kau tahu ni? Bukankah semuanya aku dah cerita kat kau. Tiada rahsia antara kita. Cewah, macam aku couple dengan kau pulak kan..hehe." Tanya Firhana dalam nada hairan. setahu dia semuanya dia sudah cerita kepada Syuhada. Tak kan ada rahsia lagi kot.
"Aku dah tau cerita kau dengan mamat macho a.k.a mamat plastesin kau tu."
"Hahaha..kau tak payah ambil port lah. Bukan penting pun." Firhana sudah pun hampir melupakan dendamnya kepada Zakuan. Baginya bergaduh dengan orang yang bodoh, nanti dia sekali akan jadi bodoh. Malas lah dia nak ambil port. Lagi bagus dia tumpukan kepada peperiksaan yang hampir tiba. Benda yang tak penting usah dipertikaikan.
"Hal ni kena ambik port jugak, sebab si Zakuan tu dah buat cerita kau selalu jumpa Encik Fauzul untuk dapat markah lebih. Sedangkan tugasan kau nipis dan tak sehebat mana dia kata."
DAM!! Seraya itu meja Cafe itu dihentak dengan tangannya.
"Syyhhhh....weh kat cafe kot ni..Sabar Fir.." Syuhada cuba menenangkan Firhana yang kelihatan agak membara.
"Sabar aku ada batas kot.." Panas hati mendengar apa yang telah disampaikan oleh Syuhada tadi. Ini bukan fitnah lagi. Ternyata mamat plastesin tu mahu makan plastesin pulak lepas ni.
"Aku dah jemu dengan dia ni sejak dari tadika lagi kau tahu?" Terlopong Syuhada mendengar penjelasan ikhlas roomatenya itu.
"Apa? Kau satu tadika dengan dia? Aku tak tahu pun." Syuhada tidak menyangka yang Firhana pernah kenal dengan Zakuan sebelum ni.
Tanpa memberi apa-apa jawapan. Firhana terus meninggalkan Syuhada terpinga keseorangan. Milo yang dipesan tadi hanya diminum satu pertiga oleh Firhana.
Kakinya berjalan pantas menuju ke tempat meletak kereta berhadapan dengan dewan kuliah. Firhana berdiri disebelah kereta viva berwarna merah hati. Hatinya begitu panas sekali. Lagaknya seperti naga yang sedang menunggu mangsanya.
'Jagalah kau sekejap lagi, mau tau lah langit tu rendah ke tinggi ke.' Dia bermonolog sementara menunggu pemilik kereta itu.
Lima minit menunggu, baru nampak pelajar-pejalar keluar dari dewan kuliah. Panas terik pun tak terasa memandangkan marahnya lebih terik dari matahari. Zakuan memusing-pusingkan gelang kunci di jari telunjuknya. Gaya budak macholah kiranya tu.
Baru sahaja dia hendak membuka kereta, dia ternampak Firhana duduk mencangkung dipintu bahagian pemandu. Sedari kehadiran Zakuan. Dia terus berdiri. Dicekaknya leher baju kemeja milik lelaki itu. Hampir tercekik Zakuan dibuatnya. Oh keganasannya tidak dapat dikawal lagi. lagaknya tidak seperti perempuan lagi.
Zakuan terkial-kial untuk melepaskan cengakaman Firhana yang menyesakkan nafasnya.
"Kau ni kenapa ha? Hilang akal agaknya?" Pekit Zakuan sambil dia cuba meleraikan tangan Firhana.
"Apasal kau tuduh aku bukan-bukan ha dajal?" Kini giliran Firhana pula menyembur kata-kata kepada Zakuan. Hatinya masih mendidih.
"Apa yang aku buat?" Pertanyaan Zakuan itu dibalas dengan penumbuk sulung Firhana di pipi Zakuan. Kemudian dia berlari meninggalkan Zakuan yang masih tersandar di dinding kereta itu.
Aliff mendekati Zakuan setelah Firhana beredar. Zakuan membetul-betulkan baju kemejanya yang kelihatan tidak terurus akibat tindakan Firhana tadi.
*********************************************************************************
Uish geram betul perasaan Zakuan sudah pipinya sakit akibat termakan penumbuk perempuan itu. Malu lagi satu hal kerana kejadian tu berlaku betul-betul hadapan pelajar lain. Ye lah sebab waktu tu pelajar-pelajar kuliahnya baru beredar habis kelas prinsip ekonomi.
"Sedap ke? Hehe.." Aliff sengaja menyakat Zakuan yang kelihatan menggosok-gosok pipinya. sekejap-sekejap dia meletakkan ais batu yang dibalut dengan tuala kecil ke pipinya. Dia berbuat begitu agar pipinya tidak membengkak teruk. Mahu ke klinik pun dia rasa malu. Ye lah kena pukul dengan perempuan kan..Adoi lah malu malu..
Aliff melabuhkan punggungnya di atas katil bujang. Tidak habis-habis dia melebarkan senyuman melihat gelagat Zakuan yang sedari tadi diam membisu. Tak kan terkena penumbuk perempuan tu sudah jadi bisu kan?
"Aku..Auw.." Baru sahaja nak buka mulut untuk berbicara, rahangnya terasa sakit yang amat sangat. Cepat-cepat dia memekup pipinya itu dengan tapak tangan kanan.
"Kau rehat lah dulu. Ke nak aku hantarkan kau ke klinik ke, hospital ke, tak pun bawak kau pergi jumpa dukun patah." Simpati pula Aliff melihat Zakuan menanggung kesakitan di pipi kanannya itu.
"Aku okay lagi ni." Zakuan cuba berlagak yang dia tidak lah sakit mana. Walaupun kesakitan dipipi itu hampir membuatkan dia terasa seperti nak deman sahaja.
"Kalaulah kena penumbuk dia pun kau dah nampak macam teruk, kalau dia bukak dia punya tekwando macam manalah agaknya rupa kau ye Wan?" Aliff saja menghangatkan lagi perasaan Zakuan.
"Liff, kau pernah tengok lelaki tertelan bantal tak? Kalau kau nak jadi orang pertama, boleh aku tunjukkan." Kan Zakuan dah bagi ayat power kepada Aliff. Aliff hanya menggelengkan kepala sambil senyum seperti kerang yang tak berapa nak busuk.
"Aku gurau aje Wan. Ye lah aku pun hairan kenapa kau diserang melulu tadi. Dengan perempuan pulak tu. Yang lagi aku hairan. Kau boleh tak defend pun diri kau tadi. Tergamam apa kau tadi?" Tudia soalan bertubi-tubi diajukan kepada Zakuan. Aliff dah kelihatan seperti wartawan rancangan melodi saja.
"Perempuan kerek macam dia tu memang macam tu. Tak habis-habis cari pasal." Bersuara juga Zakuan ahkirnya. Walaupun rahang pipinya masih terasa sakit.
"Tu lah aku dah pesan dengan kau seribu kali..jangan kau dok mengata sangat kat dia tu. Tali pinggang hitam tuu.." Aliff cuba mengingatkan Zakuan sekali lagi tentang Firhana.
"Aku pun ada la tali pinggang..siap ada logo buaya lagi..yang lagi satu tu logo rabbit. Setakat tali pinggang hitam dia tu tak da maknanya lah.." Zakuan masih dengan egonya. Padahal dalam hati ada juga rasa takutnya. Alahai dengan perempuan pun boleh kalah. Dimanakah kegagahannya sebagai lelaki tulin. Haa..Tulin lah sangat..!!
"Hahaha..Dalam sakit pun still buat lawak ke? Ke tadi kau tak balas sebab....." Aliff sengaja tidak menghabiskan ayatnya supaya.. Lu pikirlah sendiri.
"Kau jangan nak buat ayat tergantung ke terkulai ke.. Tak da punya aku ni boleh jatuh hati dengan minah senget tu." Zakuan sedar Aliff sedang menyakat dirinya.
"Ho Aloh..Pok Cik Seman ni..Terang lagi bersuluh. Time orentasi tu apa?" Aliff masih ingat lagi kejadian masa mereka sama baru masuk ke Universiti itu. Mata Zakuan asyik memandang Firhana sahaja. Gadis itu cukup berwajah ayu. Tapi sebenarnya, mak ai tuhan saja yang tahu akan keganasannya. Bak kata orang tak kenal maka tak tahu. Dah kenal baru kena buku dengan ruas yer tak yer?