My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Tuesday 21 May 2013

Dia Plastesin,Bukan Salah Aku (Bhg 2)

"Liff, kau ada nombor handphone Syuhada? Alah roomate perempuan tu." Soal Zakuan kepada Alif. Sambil ditangannya memegang telefon bimbitnya.

"Syuhada yang mana pulak ni?" Aliff menggaru-garu keningnya yang tidak berapa nak gatal itu. Sambil dia cuba mengingati sesuatu berkaitan nama yang dikeutarakan oleh Zakuan tadi.

"Kau tak ingat?"

"Kejap ar..aku nak check memori komputer aku ni kejap." Berkerut-kerut dahi Aliff cuba menginatinya. Kemudian dia menggelengkan kepala. Tanda tidak mengingati sesuatu berkenaan Syuhada.

"Woit, budak Syuhada yang macam Betty tu.." Zakuan menggelarkan Syuhada seperti itu kerana memakai pengikat gigi. Dah rupa macam watak Betty cerita sepanyol di televisyen tu.

"Hahaha...Betty?" Aliff ketawa sambil mengulang sebut nama itu.

"Ada-ada..Lain kali cakaplah Betty. Aku save nama Betty je kat dalam Handphone aku ni. Kalau sebut Syuhada, mana ada orang nak kenal dia tu." Baru Aliff teringat siapa Syuhada. Syuhada dan Aliff memasuki kelas kokurikulum yang sama iaitu kelab usahawan.

"Ha..bak sini nombor phone dia tu."

"Kau nak mengorat si Betty tu pulak ke? Sudah-sudah lah Wan oi." Macam manalah Aliff boleh terfikir yang Zakuan mahu memikat Syuhada pula. Sementara muka Zakuan hampir merah dan mahu sahaja dia membaling bantal ke muka roomatenya itu. Asyik nak menyakat aje kerjanya. Dia fikir ini perkara lawak agaknya. Kalaulah Aliff yang terkena penangan Firhana tadi baru dia tahu betapa panasnya hati Zakuan. Nak dibalas kepada perempuan waktu itu nanti risau berpanjangan pula. Tambahan jika ternampak oleh pelajar-pelajar perempuan di kuliahnya. Jatuh saham beb..

"Bagi jelah..Banyak cakaplah kau ni. Macam tok nenek. Pot pet,pot pet." 

"Nah lah..Tapi nombor Betty je ek..Karang nombor awek aku pun kau sental sekali. Dah la kau tu jantan terhangat di pasaran." Sambil menghulurkan telefon bimbitnya kepada Zakuan.

"Yes..Thank you bro." Setelah mencatat dan menyimpan nombor telefon Syuhada. Dia menyerahkan kembali telefon bimbit itu kepada Aliff.

*************************************************************************
Selepas solat isyak Zakuan hanya berbaring di katilnya. Sementara Aliff sibuk untuk membasuh pakaian-pakaian. Terkoncoh-koncoh dia bersama baldi menuju ke bilik air yang hanya di sebelah bilik mereka.

Zakuan pula ligat memikirkan niat jahatnya untuk membalas dendam kepada Firhana. Ada ubi ada batas, Ini kalilah aku mau balas..Tungguuuuu...

Sedang dia berfikir. Dia mendapat suatu idea yang agak jahat jugaklah. Zakuan tersenyum sendirian. 'Ha..Baru kau tahu siapa ku. Macho bukan sebarang macho okay.' Zakuan bermonolog.

Petang itu dia memandu menuju ke kedai buku dan alat tulis yang terletak berdekatan dengan kampusnya. Kotak kecil yang panjang itu dibelek-beleknya beberapa kali. Ha, kenangan dulu kembali semula. Mari kita tengok siapa yang kena. Hehehe.. Dalam hatinya ketawa keriangan. Bak kata pepatah tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak kan kan..

Dia kemudian menuju ke kaunter pembayaran. Harganya barang itu tidaklah mahal tapi amat bermakna untuk kenakan Firhana. 'Aku mahu buat kolaj cute punya kat kau punya....' Haha ayat tergantung...tunggulah apa yang akan dilakukan seterusnya kepada Firhana.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer