My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Wednesday, 27 February 2013

AnTaRa DraMa DaN CiNtA..

Hai lah.. dulu drama ni lah yang menghiasi waktuku..
Waktu maghrib pulak tu..
Tak patut tak patut kan..
Nak buat macam mana dah siarannya waktu tu..
Kalau tak mau tengok kat TV.. Tengok aje lak kat tenet kan..
Tapi malas..
Best Cerita Setia Hujung Nyawa ni..
Ersalina ni setia dengan Zain..
Zain tu ego.. Sayang kat Ersalina..
Tapi tak nak mengaku..
Iye lah..Memang perkahwinan tu bukan atas kehendak masing-masing kan..
Tapi akhirnya.. Bahagia jugak diaorang..
Kepada sesiapa yang tak tengok drama ni..
Pi lah tengok kat YouTube..
Habis je drama Setia Hujung Nyawa..
Start pulak dah drama ni...

Drama ni agak best jugak lah..
Wah pelakon pun semua pakai tudung..
Yang lelaki pun sama pakai tudung jugak ek??
Hehehe...
Yang drama ni lagi sedih..
Kes kena aniaya..
Ada konflik family dan konflik antara cinta..
sedih ooo.. Fatin dah bertunang dengan Firdaus..
Tapi Firdaus kena fitnah dengan Ain..
Kemudian mereka berhijrah ke Abu Dhabi..
Jauhnya depa pi..Dok kot Malaysia sudah laa..
Hihihi..
Itu je pun yang aku beriya nak crita..
K lah.. Sekian.. ^_^


911 - The Day We Fine Love

Ish.. lama dah rasanya lagu ni..
Teringat zaman sekolah dulu..
Hehehe..
suka lah aku minat artis-artis barat macam ni.. syok2 dengan geng-geng aku..
Haaa...apa kena mengena lirik lagu ni dengan aku kan kan..
Entah lew.. tadi tetiba teringat lagu ni..
Dulu aku minat sangat dengan group ni..911
Paling minat dekat Lee.. Sebab dia paling cute..
Rambut terbelah kat tengah.. perang plak tu..
(Waktu tu jiwa kacaw..yer lah zaman remajakan)
Tapi lama dah lah.. seingat aku waktu tu form 3 kot..
Yang paling best tu kat tuisyen aku ada sorang budak lelaki ni.. 
Aku rasa dia pun ala-ala muka Lee jugak kot..
Setiap kali pi Tuisyen asyik ganggu aku jer..
Nak study subjek akaun pun susah..
Kejap-kejap nak pinjam buku aku lah...nak pinjam pen aku lah..
Asal aku tak datang tuisyen.. dia sibuk saja tanya aku kat kawan aku..
Sampai kawan-kawan aku naik bosan..
Bila aku tahu dia suka kat aku..
Aku dah mula menjauhi diri dari dia..
Bukan aku tak suka dia..
Aku suka.. Tapi kan time tu time belajar..
Aku tak mau terganggu..
Sekarang ni aku tak taw dah dia pi mana..
Rasanya dah kawen kot..
Dia kan handsome..
Hehehe.. saja je aku tulis entry macam ni bila terdengar lagu 911 ni...
Teringat kat Lee 911

- SEKIAN-

Tuesday, 26 February 2013

NaH AmeK KaW..!! SeDaS KeNa..HeHe..


Hahaha.. terbeliak mata aku baca Star hari ni..
Nah.. amek kaw..kena sedasss...
Memang betul lah..
Ramai yang mai kerja tapi buat benda lain..
Lari tajuk bekerja tuu..
Kadang-kadang aku rasa office aku macam pasar malam pun ada..
Ngongang-ngongang sembang..
Lari tajuk dari bab kerja cek ooiii...
Hal dok layan tenet tu aku lah..
Tapi keja aku layan tenet atau facebook je..
Facebook tu penting sebab..
Aku nak berhubung dengan kawan-kawan aku yang dok kat jabatan lain..
Konon lah noo.. hehehe
Pastu aku pulak memang suka lah bidang penulisan ni..
Sebab tu rajin lah yang amat pi update My Blog ni...
Time Office pun aku redah je..
Kalau tak tulis kat blog pun aku akan menulis kat M.Word..
Yang bab bersembang tu bukan aku lah..
Aku bukan jenis yang suka lepak kat pantry..
Tu dia.. macam dok hentam orang lain jer..
Entah lew, sapa yang makan cili dia lew terasa pedas kan kan..
Last-last.. jadi 4 jam je lah yang betul effisyen..
Kalau 4 jam kerja tu semua kerja siap takpa..
Ni time orang balik dah.. kita baru pulun nak buat kerja..
Pastu paaa lagii.. claim overtime lah..
Ooohhh... gaji tak berkat tu.. 
Sepatutnya ganti lew waktu yang dok merewang benda lain time office hour..
Ni tidak.. claim overtime plak..
Manusia memang begitu asyik ambik kesempatan saja..
(Alamak tulis mcm tak sayang tangan plak kan)
Hihihihi.. tu pun untuk peringatan diri sendiri jugak..
Supaya tak lew aku terpesong dari landasan sebenar..
Niat kerja nak cari rezeki yang halal..
Sekali silap terus jadi tak halal..
Oh Nooo..!!

- SEKIAN -

Monday, 25 February 2013

BoRiNg TerLaJaK..!!


Hari ni boring lah ya amat..
Sahabat karib ku di office ni dah dua hari tak mai..
Huhuhuhu.. Kalau tidak dia lah tempatku mengadu segala hal..
(Adoi bunyi Phone Office ni memang tak boleh Bla.. Lah..Bingit Oiii)
Habis lah aku ganggu kawan-kawan ku yang lain dengan gangguan SMS termasuk lah someone yg aku sayang tu.. hehehe (Secret..secret.. Tapi dah call dia pun tadi)
Sementara tu aku pun search lah internet mencari website UUM..
Niat dihati terlonjak-lonjak nak sambung study lagi..
Huhuhu... Ya Allah.. Makhbulkan lah impianku untuk terus sambung belajar..
Nak fikir bab kahwin pun lambat lagi..
So tumpuanku kepada Further Study...
I need MASTER..
Setelah view punya view pasal couse yang aku nak apply tu..
Aku dah buat keputusan nak pilih..
Master of Pulic Management..
Aku rasa itu jurusan paling sesuai kot untuk aku..
Nak sambung couse Finance??
Huhuhu.. mintak simpang lah.. Aku dah tak bleh blah dengan subjek Finance..
Alergic kot...
Dulu pun time Degree.. Aku hampir kecundang..
Kali ni kalau buat Master.. Aku tak mau kecundang lagi..
Mesti mau ada Target..
Kalau boleh CGPA 3.5 and above..
(Cewah berangan tak hingga.. application tu dapat ke idak pun tak tau lagi)
Aku sebenarnya tak larat dah dapat gaji kecik saja.. 
Tengok kekawan lain dapat gaji berbukit-bukit..
Aku plak nak beli apa pun tak dapat..
Bela kereta ViVa tu pun aku dah nyawa-nyawa ikan..
Alahai kesian kat ko erin.. Sabo je lah yer...
Huhuhuhu.....Hari ni aku yang boring.. Nasib baik ada Blog Kesayanganku ini..
Bolehlah menulis apa saja...kan kan kan...

- Sekian -

Warkah Nur Ayu Untuk Afif



 
Nak kata menangis pun bukan nak kata merintih pun bukan malah merayu. Ayu sendiri pun tak tahu apa yang sedang ayu fikirkan pada waktu ni. Fikiran Ayu kadang kala teringatkan Afif. Ayu tahu Afif mungkin tak ingatkan ayu lagi.Tapi hati Ayu selalu terdetik untuk ‘call’ Afif. Namun Afif tidak lagi menjawab panggilan Ayu.Ayu buntu.. Benarkah Afif sudah melupai diri Ayu? Ayu cuba pula hantar sms kepada Afif, Namun tiada balasan. Ayu nak minta maaf dengan Afif. Ayu tahu Ayu ada salah dengan Afif. Bukan tujuan Ayu untuk menyalahkan Afif dalam perkara ni. Ayu sedar akan segala kekurangan Ayu. Ayu dah cuba yang terbaik untuk Afif. Segala yang Afif suka semua Ayu lakukan. Ayu tak terniat nak marah Afif atau cakap Afif ni dusta atau sebaliknya. Ayu nak bagi tahu pada Afif yang Ayu sangat sayangkan Afif. Walaupun sayang itu tiada nilainya pada Afif. Ayu bukan mahu memaksa Afif untuk terima Ayu jika hati afif bukan milik Ayu. Sekurang-kurangnya Afif layan Ayu sebagai seorang insan yang pernah hadir dalam diri Afif. Dalam hati Ayu selalu berdoa kepada Yang Maha Esa supaya dibukakan pintu hati Afif untuk Ayu. Bukan mudah untuk Ayu terima orang lain dalam hidup Ayu. Kalau benar Afif dah benci pada Ayu tak apalah.. Ayu terima segalanya sebagai takdir. Semoga Afif sentiasa bahagia. InsyaAllah Ayu doakan. Sekiranya Afif mahu kembali kepada Ayu. Ayu akan terima Afif seadanya. Itu janji Ayu. Setakat ini sahaja WARKAH AYU BUAT AFIF.

p/s : Nama adalah rekaan semata-mata.. Tapi dipetik dari diari puteriairyn (12 Disember 2012)

Sunday, 24 February 2013

Bunga..Bunga KesukaanKu..

Firstly.. Bunga yang aku suka mesti lah Rose..
Rose tu orang putih panggil..
Orang melayu macam kita panggil bunga MAWAR..
Sebut sekali lagi.. MAWAR..
hehehe.. macam ajar budak-budak skolah plak kan..
Kejap nak upload picture bunga ni..


Haa.. Jeng..Jeng..ini lah bunga yang aku telah rakamkan dalam Handphone ku
Putih ada..jingga turqoise pun ada..
Haaa?? Jingga turqoise??
Ada ker warna macam tu..
Ada paa...tu dalam picture tuuu...
Ada lagiii.. sat naa..cek nak upload..

Haaa.. yang ni merah menyala..
Nak tahu tak.. setiap warna bunga mawar ni ada makna taw..
Nak tahu lebih lanjut lagi pasal bunga peberet aku ni..
Jom search kat tenet..
Bunga ni memang lambang kasih sayang..
Kalau si suami nak pujuk isteri elok lah bagi hadia bunga ni..
Sure lah isteri anda tu sejuk je hati dia yang sedang membara sebelum ni..
Cuba jangan tak cuba yeerrr...

Kalau warna merah- cinta yang mendalam (dlm lah sgt..hihi)
Kalau warna Putih - Cinta Sejati.. (Wah..i like it..!!)
Kalau merah jambu - Cinta Pertama (Adus lah..tepuk dahi kejap)
Kalau oren plak - Menunjukkan kesungguhan dalam percintaan.(Hihihihi..)
Kalau hijau - Tanda Kesetiaan (Tapi tak cantik lah rose hijaw.. sama warna dgn daun plak)

Itu je lah boleh ku tulis tentang bunga yang aku suka..
Terlalu suka sampai tak taw nak kata.. tapi ada lagi satu bunga yang ku suka..
Nak tahu keerrrr??? Bunga Melur...wangiiii....!!!

- SEKIAN -

It's RaiNnY... N i See rAiNbOW !!

Today is rainny..
Hmm.. lebat plak tu..
Tapi hujan-hujan ni aku jadi happy..
Sejuk lah..
Paling best selepas hujan ada pelangi..
Hahaha.. pelangi lah sangat..
Dan masuk kat dalam office ni dah tak nampaknya pelangi..


Haa.. cantik tak pelangi??
Tenang jer bila tengok pelangi....
Ada tujuh warna..
Merah, jingga, kuning, hijau,biru, indigo dan ungu...
Errr...warna indigo tu macam mana ek??
Oren ekk??
Hihihi...(macam bengap plak)
Macam mana pelangi yang cantik ni terjadi yer??
Hmm...pikir..pikir.. jangan tak fikir..
Kejap nak cari info..
Haaa... Dah jumpa pun.. 
kot internet ni nak cari info mudah jer..
Segalanya dihujung jari.. Klik..klik dah jumpa..

Tudia aih.. Panjang berjela.. pi baca kalau larat lah..
kikiki.... ^_^
InFo PaSaL PeLaNgI

Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrum cahaya (hampir) selanjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun. Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar dan ungu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan, warnanya ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.
Pelangi dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titik air di udara. Sebab itulah pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan. Ia berbentuk melengkung (bulat) kerana titisan air di udara berbentuk bulat/sfera. Namun biasanya bahagian bawah pelangi itu "terlindung" oleh bumi. Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat dengan membelakangi matahari dan menyembur air pada hari yang cerah.

Sumber : Wikipedia - Pelangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer