My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Saturday, 8 June 2013

My Delicious Corner (Marshmallow)

Assalammualaikum..

Hmm.. dengar tajuk entri pun dah terliur kan..
Pernah menikmati MARSHMALLOW tak??

Erin memang suka snack ni..
(Okay sekarang ni tak mau guna kata ganti diri dengan sebutan 'Aku'.. so, tukar sebut 'Erin' ^_^)

Marshmallow ni diperbuat daripada geletin, putih telur, gula dan asen vanila, tepung jagung, sedikit garam serta perasa..

Cara-cara nak buat Marshmallow ni.. U all search sendiri lah kat google yer..
Sebab dah banyak website dok buat tutorial berkaitan Marshmallow ni..

So, tadi Erin pi Tesco dengan parent then beli Marshmallow ni..


Ni lah Marshmallow yang Erin dah beli..
If u all nak rasa sedap lagi untuk Marshmallow ni..
Erin suggest letakkan coklat cair..or sirap coklat Hershey's


Dah siap letak sirap coklat Hershey's..
Rasanya memang sedap..
Kebetulan tadi tengah menikmati Marshmallow coklat..
Adik Erra call.. So, cakap dengan dia.. Kakak ada special dish untuk dia..
Marshmallow coklat.. sememangnya Adik jugak pun suka..


p/s : okay enough to talk about the delicious marshmallow..
Go to next entry.. Tu pun if Erin larat lagi lah nak menaip.. Hehehe..

Aku Blur Tadi

Assalammualaikum..

Sebenarnya aku confius... sama ada wajar atau tidak wajar aku tulis entri nie..
Hmm...Firstly aku nak mintak maaf sangat-sangat..sebab tak senyum tadi..(Kepada yang berkenaan)

Terkejut ada..tak sangka pun ada..
Apa yang terlintas difikiran menjadi kenyataan..
Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Mengetahui..

Okay asalnya macam ni..Aku drive kereta nak bawak mama dan abah pergi beli buah..Sebab abah tak berapa sihat..
Firstly memang bercadang nak pergi TESCO Mergong..
Tapi bila sampai saja dekat trafic light ke TESCO.. Aku berubah fikiran..
Saja tak membelok..tetapi terus drive kereta menuju ke kedai buah berhampiran Alor Setar Mall..

Tetiba abah bersuara.. "Kenapa Erin tak ke TESCO? Abah nak minum ayaq buah kat situ."
"Erin nak pi kedai buah dekat Alor Setar Mall tu.. situ banyak buah oren." Aku memberitahu abah. (Masa tu di persimpangan sebelum sampai ke kilang Sime Tyre)

Then aku membuat pusingan U..
Dalam hati.. kenapa ni rasa macam tak sedap hati..
'Jangan..jangan..(Secret)' Aku berbicara sendirian.

After masuk ke dalam bangunan Tesco.. Kami buat keputusan membeli air buah untuk abah..
Then kami cari tempat duduk..
Aku buang pandangan ke suatu sudut..O.M.G (Oh My God)
Aku terus blur..

Aku bagi tahu abah dan mama yang tu family kawan aku..
Abah kata abah kenal ayah kawan aku tu..Iyelah sama-sama jawatan kan..Mesti lah kenal..


p/s : Memang nak senyum kat depa.. tapi aku blur..mintak maaf sangat-sangat..

Redang Island

ASSALAMMUALAIKUM...

Hmm.. petang-petang macam ni nak tulis apa yer??
Tulis pasal aku excited nak pi Redang okay tak??
Tu pun kalau jadi lah.. Risau jugak kan last-last minutes tak jadi..
Dah rasa hampa (kecewa) pulak kan..

Whatever pun aku try-try jugak search kat google picture-picture Redang Island ni..
Really hope program ke Redang Island ni jadi lah yer...
Kepingin sangat nak jalan-jalan..Walaupun aku baru sahaja pulang dari menghantar adik ke Kuala Pilah then bersiar-siar sekitar KL..


Wah.. bestnya.. nak snorkeling macam ni kat Redang nanti boleh tak??
Tapi picture tu macam orang dok scuba diving je..
Aku tak de lesen scuba.. so, nanti snorkeling je lah yer.. Huhuhu..


Haa.. ni baru picture snorkeling..
Syok noh..depa dok berenang sambil tengok ikan-ikan berkeliaran..


Seperkara lagi aku teringin sangat nak naik benda alah ni..
Ni lah banana boat.. selalunya akan naik 8 hingga 10 orang untuk satu sessi..
Nanti naik banana boat mesti terjerit-jerit kan.. Hehe..
Lebih kurang macam aku naik marble boat lah masa pergi Pangkor Island dulu tu..

p/s : Okay sekian lah cerita aku yang lebih kurang excited ni.. Hehehe.....
Kalau tak jadi melebek je kan.. kan..

Friday, 7 June 2013

Tak nak pisang berbuah 2 kali


By The Way.. Aku baru je habis tonton cerita SSID
SSID what?? Laa..Sebenarnya Saya Isteri Dia lah..
Drama yang kat TV3 tu.. Hmm.. sweet kan cerita tu.. Terbayang pulak aku yang pegang watak Syafa Aqira tu kan? (Berangan je lebih)

Tak nak pisang berbuah dua kali..Seriously aku tak nak..
Tapi jika ini telah tertulis..Aku terima dengan hati yang terbuka..
Bak kata orang cinta itu tidak perlu dipaksa.. Ia akan datang dengan sendirinya jika ada keikhlasan..
(Aku sangat berharap)

Jika tak nak kecewa.. jangan lah mengharap..Yang si teruna pun.. Janganlah dok test-test si dara jika anda tiada niat nak ambil dia sebagai isteri anda.. Berdosa tau..(Memperingati sebab hati wanita ni terlalu lembut untuk disentuh..Jika kecewa kadang-kadang boleh membawa lara yang berpanjangan..kan si teruna dah macam menzalimi si dara)

Aku sendiri pun pernah dikhianati..Nak cerita panjang-panjang pun macam mengaibkan orang tertentu pulak..Walaupun kini dia sudah ada family sendiri..Aku tahu dalam hati dia mesti ada sedikit kekesalan di atas perbuatannya itu.. (Iyelah memainkan perasaan wanita yang tak berdosa..Lepas tu boleh dia pi cerita kat kawan dia yang aku yang kecewakan dia.. sampaikan kawan dia tu cakap macam-macam kat aku..)

Dah tak suka jangan lah fitnah lagi.. Cukup-cukup sudah lah apa yang dia buat selama ni kat aku..
Sampai dia dah nak kahwin pun still tipu aku lagi..
Dia cakap bakal isteri dia, mak ayah dia yang pilih..Aku tak percaya.. Aku tanya dia.. Demi Allah kah dia bercakap benar atau sengaja menutupi segala kesalahan dia kepada aku..
Akhirnya dia berkata benar yang dia sebenarnya mengenali bakal isterinya 2 tahun sebelum mereka membuat keputusan untuk bertunang.. Cuba bayangkan dia boleh berkawan dengan 2 orang wanita dalam satu masa.. Dan membuat pilihan yang mana lebih baik diluar pengetahuan aku dan juga bakal isterinya.. Kejam betul kan..Tapi aku anggap itu hanyalah dugaan yang mematangkan aku..Allah sentiasa bersamaku.. Aku tidak akan mendoakan perkara yang tidak baik untuk dia dan juga keluarganya.. Malah aku sentiasa berdoa agar anaknya (perempuan) dijauhi lelaki seperti ayahnya..Aku tak mahu ada yang menderita kelak di atas kesalahan orang lain..
Aku mampu memaafkan dia.. dan aku tidak mampu untuk melupakan pengkhianatannya kepada ku..

Berkenaan ungkapan pisang berbuah dua kali..Aku berharap yang amat sangat agar tidak menemui lelaki yang bersikap mirip seperti dia..Aku tak ingin kecewa lagi.. Sebolehya aku tak nak berkawan dengan lelaki..Aku takut sangat jatuh cinta yang haram..Perasaan dan hati yang sentiasa diganggu oleh syaitan dan Iblis..Biarlah cintaku hanya untuk Allah, Rasulullah, mama, abah dan adik..

Dalam masa yang sama aku masih berdoa kepada Allah Yang Maha Esa agar mempertemukan aku dengan bakal zaujku yang sebenar..Sebab itu dalam doa ku.. 

"Ya Allah Yang Maha Berkuasa segalanya ke atas diriku.. Aku bermohon pertolongan Mu..Jika dia adalah jodohku..Maka dekatkanlah diriku dan dirinya..Dan jadikanlah kami pasangan yang Halal..Seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama Mu..Dan jika dia bukan jodohku..Engkau jauhikan lah dia dariku.. Agar aku tidak terus kecewa..Aamin Ya Rabbalalamin.."

Sentiasa aku berdoa seusai solatku..Hanya Allah SWT yang tahu segalanya..
Aku sebagai hamba Nya yang kerdil hanya mampu berdoa,tawakal dan redha..
Semoga kehidupanku sentiasa disinari dengan keceriaan dan kegembiraan..

Allah Huakhbar....SubhanaAllah..

p/s : Kisah ini berlaku pada tahun 2010..(Lama dah pun.. tapi fobia aku tetap ada..)

Asma Ul Husna

Assalammualaikum..


Jom sama-sama kita menghayati Asma Ul Husna..
iaitu 99 Nama Allah..
Syukur Alhamdulillah.. Kita telah diberi peluang untuk hidup di Bumi NYA..
Allah Huakhbar..!!!!

"Allah SWT mempunyai sembilan puluh sembilan nama. Sesiapa yang menghafalnya, maka ia akan masuk syurga." (Hadis Riwayat Imam Bukhari)

YA ALLAH
 Allah yang mencipta sekalian makhluk dari tiada menjadi ada. Nama yang Maha Agung dan Mulia.
Sesiapa yang membaca sebanyak 5000 kali setiap hari. InsyaAllah datang kepadanya rezeki dari pelbagai penjuru.

YAA RAHMAN 
(Maha Pemurah/ Pengasih)
Baca 500 kali seusai solat lima waktu, Kita akan jadi pengasih, terang hati dan tidak pelupa.

YAA RAHIM
(Maha Penyayang)
Baca 100 kali setiap hari. Diri akan menjadi penyayang dan disayangi orang dan diberi kemudahan.

YAA MALIK
(Maha Perintah)
Baca 121 kali setiap hari, kita akan dihargai orang secara wajar dan hidup kita mencukupi.

YAA QUDDUS
(Maha Suci)
Baca 100 kali setiap hari setelah tergelincir matahari, InsyaAllah akan bersih dari kesombongan, iri hati dan dengki.

YAA SALAM
(Maha Penyayang)
Sesiapa menyebut nama NYA 160 kali di hadapan orang yang berpenyakit, InsyaAllah akan atau bertambah ringan sakitnya.

YAA MU'MIN
(Maha Pengaman)
Baca 136 kali maka amanlah dirinya dan hartanya dari sebarang yang menakutkan.

YAA MUHAIMIN
(Maha Memelihara)
Baca 100 kali setelah mengerjakan solat sunat dua rakaat (Terutamanya pada waktu tengah malam), InsyaAllah dibersihkan zahir dan batinnya dan tetap bercahaya hatinya.

YAA AZIZ
(Maha Mulia)
Baca 40 kali, InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah dalam hidupnya.

YAA JABBAR
(Maha Perkasa)
Sebut 266 kali pada waktu pagi dan petang, InsyaAllah tidak ada orang zalim yang sanggup menganiaya dan Allah SWT akan membalas kejahatan orang yang zalim itu.


p/s: Sebenarnya banyak lagi yang kena tulis tu.. tapi still nak publish dulu draf ni.. nanti ada masa sambung lagi...InsyaAllah

Chocolate

Assalammualaikum..

Tengok tajuk entri pun..U all dah tahu aku nak cerita tentang apa kan..kan..

So...aku upload dulu picture ni..
Tanpa picture entri ni jadi macam tak berapa nak menarik pulak kan..


Orang tua-tua cakap jangan makan banyak sangat cekelat, nanti rosak gigi..
Ye ke?? Ke mitos je...

Apa-apa pun jika dimakan berlebih-lebihan pasti memudaratkan..
So..wasatiah je lah kamu dalam apa jua yang kamu lakukan..Biar pun dalam memakan sesuatu..
(Uis.. macam cerama agama pulak..)

Aku memang favourite makan benda alah ni..Bila makan cekelat (loghat utaqa) ni..sampai tak ingat apa dah..

Selalu pi Langkawi or Penang lah suka borang cekelat ni..Jom kita tengok info pasal cekelat ni..

Coklat adalah berasal dari biji koko..U all pernah tengok buah koko tak??
Pokok koko ni mula tumbuh di sekitar Amazon utara kemudian di Amerika Tengah, dan Selatan Mexico..
Dalam saintifiknya ia dikenali sebagai Theobroma cocoa 
Peradaban pertama yang mendidiami Meso-Amerika menggelarkan pokok koko sebagai 'Kakawa'


Ni info cedok dari Wikipedia..(Malas taip..Hehehe)

Ketika tamadun Maya runtuh (sekitar tahun 900) dan digantikan oleh bangsa Toltec, biji koko menjadi komoditi utama Meso-Amerika. Pada masa Kerajaan Aztec berkuasa (hingga sekitar tahun 1500 SM) daerah yang meliputi Bandar Mexico kini dikenali sebagai daerah Meso-Amerika yang paling kaya dengan biji koko. Bagi suku Aztec, biji koko merupakan “makanan para dewa” (theobroma, dalam bahasa Yunani).

Biasanya, biji koko digunakan dalam upacara-upacara keagamaan, sebagai matawang, dan sebagai hadiah. Orang Aztec mengubah biji koko dan mencampurnya dengan air dan tepung jagung untuk membuat minuman pahit yang mereka namakan chocolatl. Menurut mereka, minuman ini perlu diambil setiap hari, walaupun tanpa apa-apa sebab penting. Coklat juga menjadi simbol kemakmuran. Ketika tahun 1544 M, rombongan Maya dariGuatemala yang mengunjungi istana Sepanyol membawa hadiah, antaranya minuman coklat.

Orang asli Meso-Amerika mengambil coklat dalam bentuk cairan. Biji coklat diperamkan, lalu dikeringkan, dipanggang, dan digiling dengan batu khas. Hasilnya, serbuk coklat yang jika ditambah dengan bahan lain, seperti lada merah, menjadi minuman yang sangat digemari ketika itu.

Cara menyajikannya juga tidak sebarangan. Dengan memegang bekas setinggi dada dan menuangkannya ke dalam bekas, penyedia akan dapat membuat buih tebal, bahagian yang membuatkan minuman itu begitu bernilai. Buih ini sebenarnya dihasilkan oleh lemak koko (cocoa butter) tetapi kadang-kala turut ditambah buih tambahan. Orang Meso-Amerika memiliki amalan penting meminum dan memakan bubur yang mengandung coklat.

p/s : Baca sampai habis yer... ^_^ lepas tu pi beli cekelat banyak-banyak noh...

My Favourite Dishes


Wah..Today i would like to tell u about my favourite dishes..
(Cewah.. kecek BI gitu.. ^_^ )

By The Way..Aku ni walaupun puteri..tapi hidup aku simple je..
(Hahaha.. Baget hebat lah konon nyer..)


Haaa..Tu dia..Moi kosong, ikan kurau goreng bersama cili kering serta bawang besar..Lepas tu buat cili kicap asam limau...(simple je kan aku punya favourite dish..)
Ni aku masak sendiri tau.. Hehehe..


Ni pulak.. Bihun sup sayur..
Aku kalau malam-malam sure suka makan sup..
Jeng jeng.. ni lah bihun sup yang aku masak..
(Ho aloh.. semua je aku nak upload kat dalam blog ni kan..)

p/s : Kenapa aku suka sangat tulis blog ni?? Sebab nya aku amat menghargai setiap kehidupan ku..Ia amat bermakna..Thank you Allah.. kerana beri peluang untuk aku hidup di muka bumi ini..

Thursday, 6 June 2013

Hadiah From My BFF


Hai..excited nak cerita ni...
Apa lah yang aku ni excited sangat ni kan kan kan..
Alah.. nak cerita pasal aku dapat hadiah from my BFF..
BFF tu Best Friend Forever lah.. So u all ingat apa ke??


Yeah.. dapat MP3 from Wan Nini..
Uniq tau MP3 ni..sebab kita boleh insert sendiri memory card..
U all nak berapa MB pun tak per..Boleh pilih je memori card..
First time aku jumpa MP3 macam ni..Apa pun aku sangat-sangat happy dapat hadiah..
Tq Nini for MP3 nie.. Sayang kamu.. Hehe..


Ni pulak tudung cantik from Niesa..
Tq Niesa for tudung yang cantik ni..
Sayang kamu juga Niesa..

p/s : Kedua-dua hadiah ni.. aku nak bawak pi Redang Island..Pada 26 Jun - 29 Jun..
Teringin nak naik Bot Pisang.. Tapi takut sebab dah ada orang mati lemas baru-baru ni..
Macam mana nie..?? Huhuhuhu...

Ice Blanded



Ampa semua suka dak minum hat ni??
Sedap kan.. Cappucino ice blanded..
Ni aku beli kat Plaza Low Yat..Selalunya yang famous ice blanded kat COOL BLOG lah kan..
Try hat ni plak.. tak mahai pun RM6.99 je satu..
Aku p situ kan semua aku nak rasa..Pasai pa depa tak mau bukak cawangan kat Aloq Setaq ni..

Kalau tidak.. tak payah lah aku susah-susah merantau pi negeri orang lain..
(Anak jati kedah suka dok kedah ja..Orang kata pa.. Kedah piur..hehehe)

Aku dan adik memang suka gila dengan ice blanded ni baq hang..
Pecah pala..Klau dapat ni..
(Tu dia ayat hentam tak hengga..)

Moi Londoy



Haa....Adabi menyelerakan adabi menyelerakan..
(Apa daaa adabi plak ni? ...Kikiki)

Ampa semua tau dak? Ni apa??
Tu tajuk entri ni pun ada..Moi Londoy.. Sebut betul-betul..LONDOY..
Bukan London yer...(London tu nama negeri..oversea...)

Nak habaq kat hang ni.. Sedap Baq Hang..(Tu dia aih..bila loqhat utaqa sudah terkeluaq..)
Moi ni nampak simple..yang sedapnya sebab ada telur londoy tu..(telur rebus separuh masah lah..)
 Lebih kurang macam ampa dok makan KCK kat kopitiam tu lah.. Tapi KCK tu roti..

Apa?? Ampa tak tau apa itu KCK?? Okay la ni gak ampa p Kopitiam kat UKIR MALL tu.. mintak lah KCK.. Dok sat.. Sat g dia buk mai noh..

Senang saja nak buat MOI LONDOY ni..Apa yang ampa perlukan ialah...

1 mangkuk Moi kosong..
Sedikit lada sulah..
Sesudu kecil kicap..
Hirisan daun sup dan daun bawang..
Bawang goreng...
Telur separuh masak..

Taraaaaaa...siap lah MOI LONDOY ampa..
Pastu makan seperti biasa..(Kot mulut yer..Kikiki)

p/s : Sorry lah noh bahasa kasaq skit.. orang utaqa memang la gu ni...Cek ni orang utaqa..so???

Rumah IdamanKu


Okay..malam ni rasa macam nak tido lewat skit..(Walaupun aku dah tipu kawan tu kata aku nak tido dah.. Hehehe..- baget curang lah tu..Kikikiki)

Aku dok view-view picture kat dalam croco aku satu per satu.. then terjumpa lah picture-picture yang aku telah snap kan dahulu kala..maka terjumpalah beberapa keping picture rumah bersama hiasan dalamannya yang amat men terujakan aku..
(Para pelajar dinasihatkan agar jangan terpengaruh dengan slanga yang aku gunakan ni.. kalau tak ampa punya BM akan jahanam oi..)

Ni dia...Picture nyer...(Sila rujuk picture kat bawah noh....)

 Ruang Master Bed Room.. Wah besar giler...

 Wah.. ni second bedroom..cantik betul susunan bantalnya..(Agak-agak ar..ingatkan nak puji apa..)

 Wah.. Bilik air sharing..kiki..(BI tunggang langgang)

 Wah..dapur dia kemas giler..
(Memang ar..sebab ni rumah contoh..mana ada orang dok sentuh dapur tu lagi)

 Wah... Thirt bedroom..cantik kot almari tu..
(kalau dapat bilik macam ni memang aku terperuk je kat dalam tu..)

 Wah... ada katil bujang bertingkat lah..
(Kalau aku diberi pilihan..nak tidur katil bawah aje.. Ataih tu takut gayat..g pun tidoq buaih..Kikiki)

 Wah.. ada meja study..(ada dua..elok lah untuk aku dan adik..Hehehe)

 Wah.. sliding door.. (Kat rumah aku tak der ni..Huhuhu)

Wah cussion dia empuk lah..(Kalau tidoq ni..mau je tak mau bangun..)

- Sekian -

When I want my dreams come true


Uish.. tajuk entri aku malam ni bagaikan tajuk lagu aje bunyi nyer kan??
When i want my dreams come true.. Nasib tak..tajuk macam nie..

When i need you come to me.. Hahaha..Jangan-jangan..Bahaya kot...!!!
So, aku selaku puteri memang suka berangan-angan..Kadang-kadang angan-anganku sampai tak terhandle.. (Wah ada ke ayat macam tu?? Confius sekejap)

Manyak mender ni yang aku dok angan-angankan..Hope tercapailah yer..
Macam tu lah Puteri Airyn kalau bercerita.. Nak yang hebat aje..(Bawak-bawak istifar lah yer)

Firstly aku nak..aku nak..Hmm.. tak yah cerita lah.. malu..Kikiki (gatai..!!)

Secondly...aku nak sambung master...(okay lah tu..duit mana mau cari?? Mintak bantuan zakat okay tak??)

Thirtly aku nak banglow sebijik..(Orang kaya manalah yang sanggup sedekah kat aku ni?)

Yang keempat (Lah..guna BM plak...elok-elok aje guna BI, pi guna BM..What ever)

Yang kelima....(laaaa... yang ke-4 tu pun tak bagitau..pi skip terus ke-5 pasai pa?)
Memang tak dak pasai..Syok-syok saja..Kikikiki

Nak pi umrah..nak pi umrah...
(PTPTN, hang tak jelas habis lagi jangan dok gatai nak pi oversea noh..Huhuhu..- paper jem)

Yang Keenam...Mau kereta besar lah..(Lori or bas pun tak apa...Agak-agak ar..)

Yang Ketujuh...Jom lah tidoq..malam dah kot.. next time tulis lagi..Poyos...!!

**p/s: lepas ni bleh lah aku tukar nick name lagi..buh nama puteri khayalan pulak kan kan...?

Tuesday, 4 June 2013

Bila Aku Tak Faham Bab CINTA


Ni lah aku nak cerita bab aku yang blur bab cinta ni..Cinta yang hakiki tu of couse lah hanya kepada Allah Yang Maha Esa..

Bila bermain perasaan dan hati.. (Aku pun pelik dengan hati aku ni..) Haa?? Kenapa?? Sebab aku ni sangap kot..Aku suka kat orang yang dah tak sayang kan aku.. (Dah dah dah.. entah2 dia dok baca n cakap aku ni over pulak kan..

Dah dah dah.. stop talking about him.. seiapa kita nak hukum-hukum orang ni..What ever pun aku tahu kedudukan aku sebenarnya..Aku sekarang jangan lah mengharapkan sesiapa lagi selagi dia bukan zauj ku yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T..

Dalam doa ku semoga dia yang aku maksudkan bahagia dengan caranya.. Awak...awak..awak.. jika suatu hari nanti awak kahwin dengan orang lain.. jangan lupa jemput saya tauuuuuu... Hope awak bahagia dengan siapa pun pilihan awak... Huhuhu.. (Aku buat ayat sedih...tak pa lah....)

Hmm.. apa yang aku buat untuk hilangkan boring aku..Hmm.. aku selalu je lah online dengan blog aku..nasib lah blog ni hanyalah blog.. kalau tak sure aku dah ajak blog ni kahwin dengan aku kan kan..(over pulak dah..agak-agak arr..)

Kadang-kadang aku on Facebook.. Tapi tak da apa yang best pun.. So, blog walking dari satu blog ke satu blog aku jelajah.. jelajah blog je lah tak kena duit pun..

Okay sekian.. Dari hati yang merajuk...(Merajuk ler.. takda sapa pun nak pujuk..So???)


Pendaki Kinabalu Berusia 5 Tahun



Ni lah budak yang berumur 5 tahun yang mendaki Gunung Kinabalu sampai ke puncak tu..
Ingat lagi aku time tu.. Dekat Panar Laban..

Mama : (Sambil baring atas katil dengan berselimutkan sleepingbeg) Erin, kita tak payah mendaki lah yer.. Kita stay sini je.. sebab kena daki gunung batu.. mama risau lah.. hang kan kecik lagi..
Aku : Hmm.. okay.. (Sambil kaki geletaq nak turun katil..sebab nak tengok para pendaki lain sibuk pekemaskan diri)
- So, aku pastikan mama dah tidur nyenyak, aku pun turun dari katil lalu keluaq..

Di loby Panar Laban House..

Peserta X : Erin tak nak ikut kami mendaki ker??
Aku : (Buat muka chom) Nak.. Tapi mama tak mau naik.. Huhuhu..
Peserta X : Rugi ooo erin tak naik atas tu.. best tau..(Saja dia ni perangat aku yang sekecil 5 tahun)
Aku : Jap ek.. Tunggu tau..(Terus berlari ke bilik dan pasang baju mendaki)
- Rupanya mama perasan aku dok salin baju nak p mendaki-

Mama : Hang tak payah sibuk nak naik lah gunung tu.. Bahaya tau dak..
Aku : Nak naik jugak.. (Aku dah mula buat pala..So, nak tak nak mama terpaksa akur dengan kehendak aku.. Gara-gara anak kecik ni punya pasai)  *jgn jadi ketegaq macam aku noh..hehe

Last-last sampai gak aku ke puncak itu.. Wah sejuk bangat sih..
Mama pulak sampai sekerat jalan je.. sebab dah tak boleh nak teruskan pendakian..
Alhamdulillah aku dapat sijil penuh mendaki gunung kinabalu..
xcited lebih kot.. Hehehe.. pendaki termuda..seusia 5 tahun kot...(Aku sorang saja)

Croco Comey

Okay before tidur..Aku nak buat entry sekejap..
ampa semua mesti heran kan dengan tajuk entri aku ni..
Tak pepasal nak tulis tentang croco ni kan.. Apa kebenda pulak ni kan...
Jap eh aku upload picture croco yang aku sayang..Pemberian abah tau kepada aku..(Jeles adik sebab dia tak dapat..abah beli kat aku sorang je..)


Haaa... ni lah croco tu..Mesti u all tengah cakap macam ni kan...
Ooooo..ini lah croco nyer...Hehehe..(Ayat u all lah) Gelak plak..
Glow in the dark lagi tu.. Dalam kelam pun boleh nampak my croco tu..
Mama tanya abah kenapa tak beli kat adik sama.. Abah kata adik tak perlu kan croco tu..
Setiap kali pergi kedai komputer, mama dok view flash drive.. Ternampak jugak croco ni..
Cadang nak beli kat adik.. sekali tengok harga.. mak ai.. RM55 daa.. terus tak jadi..
Mahai noooo croco aku ni...Hehehe

Haa.. look look..comey kan dia...???
Hope lah tak kena virus.. huhuhu....

My Mama Besday 3 Jun 2013

Today is my mama besday..
Ya Allah..Aku hampir terlupa tadi..link ini lah yang mengingatkan aku akan besday mama..
Apa kaitan link blog di atas dengan besday mama??
Pemilik blog ini telah kembali ke Rahmatullah pada tarikh 3 Jun 2012..
Aku memang suka baca apa yang arwah telah tuliskan itu.. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..Al-Fatihah..
Arwah sebaya dengan umur adik.. Tapi sayangnya arwah tak sempat menduduki SPM..
Walaupun aku tidak pernah kenal dengan arwah.. Tapi aku suka baca blognya..

Okay..Now aku nak cerita agenda sepanjang hari ini.. Isnin 3 Jun 2013 bersamaan 24 Rejab 1434H
Iaitu hari lahir mama tercinta..(Normah Binti Ariffin)
Pagi tadi aku masuk kerja seperti biasa.. Pukul 8 pagi lah..
Then buat kerja seperti biasa..Tapi ada macam ngantuk-ngatuk sikit lah sebab semalam tidur lewat..
Pukul 11.45 pagi.. keluar pergi ambik mama ajak teman aku lunch..
(Sebenarnya tak ingat pun besday mama hari ni)
Aku dan mama lunch di KFC depan Pekan Rabu tu jer..
On the way nak ke KFC..kami nampak kereta abah parking dekat area pekan..
Aik..abah buat apa kat pekan.. Then mama call abah.. Abah cakap dia repair kasut kat sebelah zon ria..
Kami ajak abah lunch sekali.. Tapi abah cakap dia dah makan bihun sup tadi..
So, aku dan mama pun cari sit di KFC tu..Then aku pergi order snack plate untuk mama dan Twister set untuk aku.. malas nak ratah ayam..
Sambil kami menjamu selera.. Abah pun datang ke KFC tu..
Aku tengok jam dah dekat pukul 2 petang.. Alamak dah kena masuk office semula.. 
Waktu rehat bakal berakhir..Aku mintak tolong abah hantarkan mama pulang ke rumah sebab aku tak sempat nak hantar..Abah bagitahu dia kena pulang ke Sekolah dia sebab adik call abah mintak abah faks kan surat permohonan pertukaran modul yang dia study kat matrix tu..Kalau lambat nanti dia tak dapat modul yang dia nak tu..Dia tak sanggup nak hadapi modul 3 iaitu subjek Biologi, matematik dan sains komputer.. Dia nak modul 1 iaitu subjek Fizik,Biologi dan matematik..Adik tak minat nak study sains komputer..So, abah terpaksa ke sekolah dia untuk uruskan surat adik tu..Abah bawak mama sekali ke sekolah abah di Seberang Perak..Then aku pun pulang ke office pada jam 2.15 petang..
(Lewat dah 15 minit)..

Jam 5 Petang aku dah siap-siap nak shout down my computer.. Tetiba my mama call..
Antara perbualan kami..

Mama : Assalammualaikum..Erin ada hal tak petang ni?? (mama tanya aku)
Aku : Rasanya tak da apa dah.. erin dok kemas nak balik rumah lah ni..
Mama : Erin balik cepat sikit yer.. Abah nak ajak kita keluar makan..
Aku : Okay..sat lagi erin sampai..Bye Mama, Assalammualaikum.. 
(Aku dah agak dah abah mesti nak celebrate besday mama.. Tapi sayang adik tak da di sisi.. huhuhu..sedih..selalunya kami akan celebrate berempat )

Pukul 6 petang kami dok kelewaq cari restoran seafood..
Kami decide nak ke Restoran Jeragan..(tutup pulak dah)
So, kami menuju ke Restoran Ajung Kuala di Kuala Kedah (Pun tutup jugak)
Aih..depa pakat tutup pulak dah hari ni...Then kami pergi ke Restoran Idaman Kuala yang berhampiran jalan ke Kuala Kedah..Menu yang kami pilih ialah steamboat..malam-malam ni makan sup syok jugak nooo...
 Bahan-bahan before kena masak..

Bahan-bahan after kena masak..
Sedapnya-sedapnya..jemput makan.. Hehehe..
Steamboat kat restoran ni harga RM30 satu set.. Ada sup dan tom yam...
Yum yum yum...

Monday, 3 June 2013

10 Ciri Khas Peribadi Muslim


1. Salimul Aqidah (Aqidah yang bersih). Salimul aqidah merupakan sesuatu yang harus ada pada setiap muslim. Dengan aqidah yang bersih, seorang muslim akan memiliki ikatan yang kuat kepada Allah SWT. Dengan ikatan yang kuat itu dia tidak akan menyimpang dari jalan dan ketentuan-ketentuanNya.

2. Shahihul Ibadah (ibadah yang benar). Shahihul ibadah merupakan salah satu perintah Rasulullah SAW yang penting. Dalam satu haditsnya, beliau bersabda: “Shalatlah kamu sebagaimana melihat aku shalat”. Dari ungkapan ini maka dapat disimpulkan bahwa dalam melaksanakan setiap peribadatan haruslah merujuk kepada sunnah Rasul SAW yang berarti tidak boleh ada unsur penambahan atau pengurangan.

3. Matinul Khuluq (akhlak yang kokoh). Matinul khuluq merupakan sikap dan perilaku yang harus dimiliki oleh setiap muslim, baik dalam hubungannya kepada Allah SWT maupun dengan makhluk-makhlukNya. Dengan akhlak yang mulia, manusia akan bahagia dalam hidupnya, baik di dunia apalagi di akhirat.

4. Qowiyyul Jismi (kekuatan jasmani). Qowiyyul jismi merupakan salah satu sisi pribadi muslim yang harus ada. Kekuatan jasmani berarti seorang muslim memiliki daya tahan tubuh sehingga dapat melaksanakan ajaran Islam secara optimal dengan fisiknya yang kuat. Shalat, puasa, zakat dan haji merupakan amalan di dalam Islam yang harus dilaksanakan dengan fisik yang sehat dan kuat. Apalagi berjihad di jalan Allah dan bentuk-bentuk perjuangan lainnya.

5. Mutsaqqoful Fikri (intelek dalam berfikir). Mutsaqqoful fikri merupakan salah satu sisi pribadi muslim yang juga penting. Karena itu salah satu sifat Rasul adalah fatonah (cerdas).

6. Mujahadatul Linafsihi (berjuang melawan hawa nafsu). Mujahadatul linafsihi merupakan salah satu kepribadian yang harus ada pada diri seorang muslim karena setiap manusia memiliki kecenderungan pada yang baik dan yang buruk. Melaksanakan kecenderungan pada yang baik dan menghindari yang buruk amat menuntut adanya kesungguhan.

7. Harishun Ala Waqtihi (pandai menjaga waktu). Harishun ala waqtihi merupakan faktor penting bagi manusia. Hal ini karena waktu mendapat perhatian yang begitu besar dari Allah dan Rasul-Nya. Allah SWT banyak bersumpah di dalam Al Qur’an dengan menyebut nama waktu seperti wal fajri, wad dhuha, wal asri, wallaili dan seterusnya.

8. Munazhzhamun fi Syuunihi (teratur dalam suatu urusan). Munazhzhaman fi syuunihi termasuk kepribadian seorang muslim yang ditekankan oleh Al Qur’an maupun sunnah. Oleh karena itu dalam hukum Islam, baik yang terkait dengan masalah ubudiyah maupun muamalah harus diselesaikan dan dilaksanakan dengan baik. Ketika suatu urusan ditangani secara bersama-sama, maka diharuskan bekerjasama dengan baik sehingga Allah menjadi cinta kepadanya.

9. Qodirun Alal Kasbi (memiliki kemampuan usaha sendiri/mandiri). Qodirun alal kasbi merupakan ciri lain yang harus ada pada diri seorang muslim. Ini merupakan sesuatu yang amat diperlukan. Mempertahankan kebenaran dan berjuang menegakkannya baru bisa dilaksanakan manakala seseorang memiliki kemandirian terutama dari segi ekonomi. Tak sedikit seseorang mengorbankan prinsip yang telah dianutnya karena tidak memiliki kemandirian dari segi ekonomi.

10. Nafi’un Lighoirihi (bermanfaat bagi orang lain). Nafi’un lighoirihi merupakan sebuah tuntutan kepada setiap muslim. Manfaat yang dimaksud tentu saja manfaat yang baik sehingga dimanapun dia berada, orang disekitarnya merasakan keberadaan. Jangan sampai keberadaan seorang muslim tidak menggenapkan dan ketiadaannya tidak mengganjilkan.

p/s : Sumber asal tak ingat dah cedok dari mana..Huhuhu

Makanan Yang Sedap-sedap

Assalammualaikum..
Entri ni bukan untuk menunjuk-nunjuk..Hehehe.. ye ker??
Aku nak tunjuk lah sebenarnya menu-menu hidangan sepanjang pengembaraan we all satu family
menghantar adik ku ke Matrix Kuala Pilah..
(Dah minat aku dengan camera.so apa yang menarik semua aku nak snap)


Hot Plate (shizzling) - Adik punya menu (Mid Velly Food Court)


Korean chicken rice set with kimchi- Aku punya menu (Mid Velly Food Court)


Rooster Duck without rice - Mama punya menu (Mid Velly Food Court)


Bihun Sup Cinta Dua -Menu mama punya (Restoran Cinta Dua Kuala Pilah)


Bihun Kongfu - Adik punya menu (Restoran Cinta Dua Kuala Pilah)


 Nasi goreng kampun seafood - Aku punya menu (Restoran Cinta Dua Kuala Pilah)


Takoyaki - menu aku punya (Takoyaki Oshii Plaza Low Yat)

p/s : Aku seriusly tak puas hati bila upload picture kat belog ni.. Aku dah setting rotate picture.. Tapi still nak jadi terbalik pasai pa....?? (Aku yang stress)

MacBook Air (Apple)

Assalammualaikum and selamat malam..
Dah malam-malam pun mau tulis entri lagi kan..
Biasalah bila dah gila menulis kan..
Asal ada ruang saja sure mau tulis kat ini belog..

Haa.. ampa semua nampa dak?? Tu aku cerita pasai MacBook Air yang aku minat tu..
Bila lah boleh melamar MacBook ni kan...Harga boleh tahan la..


Jom share sedikit informasi berkaitan MacBook Air ni..
(Aku cedok dari wikipedia je)

The MacBook Air is designed for thinness; it is also lighter than most competing models.The computer features a glossy LED backlitdisplay and a full-size keyboard, as well as a large trackpad that responds to Multi-Touch gestures such as pinching, swiping, and rotating. With the release of Mac OS X Snow Leopard, the Air's multi-touch trackpad also supports handwriting recognition of Chinese characters.
On the 11-inch MacBook Air, the left side of the computer has a MagSafe power connector, a USB port, a headphone jack, and a microphone.The right side of the computer has a USB port and a Mini DisplayPort, now sharing Thunderbolt function in the 2011 version. On top of the screen bezel there is a webcam, first dubbed iSight and now the FaceTime camera.
The MacBook Air was the first subcompact laptop offered by Apple since the full-featured 12" PowerBook G4 was discontinued in 2006. It was also Apple's first computer with an optional solid-state storage drive.ArsTechnica found "moderate" performance improvements of the 64 GB[note 1] solid-state drive of the first generation Air over the standard 80 GB hard drive in tests. On October 14, 2008, new models were announced with improved capacities of 128 GB (solid-state) and 120 GB (hard drive). For the late 2010 MacBook Air, only flash storage is available, in 64 or 128 GB capacities on the 11" model, and 128 or 256 GB on the 13".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer