My LuvLy Followers

Status Terkini :

Hai sahabat blogger sekelian.. Erin nak perkenalkan blog kawan Erin.. jom jadi follower kak ni.. http://daripenaseorangummi.blogspot.com


Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Friday, 7 June 2013

Chocolate

Assalammualaikum..

Tengok tajuk entri pun..U all dah tahu aku nak cerita tentang apa kan..kan..

So...aku upload dulu picture ni..
Tanpa picture entri ni jadi macam tak berapa nak menarik pulak kan..


Orang tua-tua cakap jangan makan banyak sangat cekelat, nanti rosak gigi..
Ye ke?? Ke mitos je...

Apa-apa pun jika dimakan berlebih-lebihan pasti memudaratkan..
So..wasatiah je lah kamu dalam apa jua yang kamu lakukan..Biar pun dalam memakan sesuatu..
(Uis.. macam cerama agama pulak..)

Aku memang favourite makan benda alah ni..Bila makan cekelat (loghat utaqa) ni..sampai tak ingat apa dah..

Selalu pi Langkawi or Penang lah suka borang cekelat ni..Jom kita tengok info pasal cekelat ni..

Coklat adalah berasal dari biji koko..U all pernah tengok buah koko tak??
Pokok koko ni mula tumbuh di sekitar Amazon utara kemudian di Amerika Tengah, dan Selatan Mexico..
Dalam saintifiknya ia dikenali sebagai Theobroma cocoa 
Peradaban pertama yang mendidiami Meso-Amerika menggelarkan pokok koko sebagai 'Kakawa'


Ni info cedok dari Wikipedia..(Malas taip..Hehehe)

Ketika tamadun Maya runtuh (sekitar tahun 900) dan digantikan oleh bangsa Toltec, biji koko menjadi komoditi utama Meso-Amerika. Pada masa Kerajaan Aztec berkuasa (hingga sekitar tahun 1500 SM) daerah yang meliputi Bandar Mexico kini dikenali sebagai daerah Meso-Amerika yang paling kaya dengan biji koko. Bagi suku Aztec, biji koko merupakan “makanan para dewa” (theobroma, dalam bahasa Yunani).

Biasanya, biji koko digunakan dalam upacara-upacara keagamaan, sebagai matawang, dan sebagai hadiah. Orang Aztec mengubah biji koko dan mencampurnya dengan air dan tepung jagung untuk membuat minuman pahit yang mereka namakan chocolatl. Menurut mereka, minuman ini perlu diambil setiap hari, walaupun tanpa apa-apa sebab penting. Coklat juga menjadi simbol kemakmuran. Ketika tahun 1544 M, rombongan Maya dariGuatemala yang mengunjungi istana Sepanyol membawa hadiah, antaranya minuman coklat.

Orang asli Meso-Amerika mengambil coklat dalam bentuk cairan. Biji coklat diperamkan, lalu dikeringkan, dipanggang, dan digiling dengan batu khas. Hasilnya, serbuk coklat yang jika ditambah dengan bahan lain, seperti lada merah, menjadi minuman yang sangat digemari ketika itu.

Cara menyajikannya juga tidak sebarangan. Dengan memegang bekas setinggi dada dan menuangkannya ke dalam bekas, penyedia akan dapat membuat buih tebal, bahagian yang membuatkan minuman itu begitu bernilai. Buih ini sebenarnya dihasilkan oleh lemak koko (cocoa butter) tetapi kadang-kala turut ditambah buih tambahan. Orang Meso-Amerika memiliki amalan penting meminum dan memakan bubur yang mengandung coklat.

p/s : Baca sampai habis yer... ^_^ lepas tu pi beli cekelat banyak-banyak noh...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer

Google+ Followers