My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Friday, 8 November 2013

Mengimbau Kenangan Dulu

Assalammualaikum..

Hai you all.. Erin sekarang ni dah macam chip more pula kan.. kejap online, kejap tak online.. Sememjak dua menjak ini diriku telah dilanda ombak.. Eh.. bukanlah.. hehe..Sebenarnya Erin agak sibuk sikit sekarang ni.. Banyak pula aktiviti yang Erin joint.. Ye lah asal ada program kat sekolah abah.. kami satu keluarga joint.. 

Dah la baru balik dari jungle tracking kat Gunung Angsi.. Semalam pula ada program Kem Jati Diri di Sekolah Abah Erin.. Bermalam pula kami di sana.. Rancangannya sebenar nak buat program ni di Lata Titi Hayun.. Tapi memandangkan cuaca sekarang yang acap kali hujan dan Titi Hanyun tu dalam proses pembaikian.. Maka, Kem ini terpaksa dilaksanakan di kawasan sekitar sekolah sahaja..Kesian adik-adik tu tak dapat mandi air terjun.. Tak pe lah dik.. mandi air paip pun okay jugak kan.. air jugak kan kan..

Eh you all masih simpan lagi tak gambar-gambar kenangan hidup you all..Erin siap scan lagi ni ha.. Kena simpan baik-baik kesemuanya.. Waktu itu berlaku hanya sekali.. waktu kita kecil hanya sekali, waktu kita remaja pun sekali sahaja, waktu dewasa pun sekali. Maka simpanlah memori itu untuk selamanya..


Ni masa Erin di Tadika Kemas.. Mama dah hantar Erin ke Tadika Kemas seawal 5 Tahun.. Kiranya I yang termuda di Tadika itu..Rajin tak Erin dok mewarna.. Tak sembang pun dengan orang lain.. Khusyuk sungguh aih...


Ni pun sama masa tadika juga.. Teringat zaman Tadika duduk atas kerusi yang macam cerita Snow White dan 7 Kerdil tu.. Hahaha.. Kalau budak-budak duduk atas kerusi tu okay lagi.. Tapi bila cikgu yang duduk atau waris yang duduk.. Eerrr.. Boleh bayang tak?? Adoi nakal eh Erin ni..


Ni gambar masa darjah 4.. Erin bersekolah di SRK Sultanah Asma.. Semuanya perempuan.. Mama tak kasi kawan dengan budak lelaki.. Then dimasukkan I ke sekolah yang kesemuanya puteri.. Bila nampak budak lelaki, tu lah jadi perak sikit.. Hehe..


Ni gambar Erin masa Tingkatan 3.. PMR beb.. Waktu ni Erin memang suka kawan dengan budak chinese.. Sebab depa ni kaki study.. Selalu buat discussion group.. Erin pun apa lagi tumpang la sekaki.. Yang bestnya No. 1 sehingga No. 10 mesti akan dapat kat student chinese.. Alah tak kisah pun sebab Erin selalu dapat No. 6, 7 dan paling lekeh pun No. 10.. hehe.. Arrogantnya Erin ni kan..Ops, Erin sekolah di SMK Sultanah Bahiyah.. Sekolah ni pun tak ada student lelaki.. Kan dah cakap, Mama tak kasi kawan dengan budak lelaki...


Ni pula masa tingkatan 5.. Erin joint Persatuan Sains dan Matematik.. Siap jadi Naib Bendahari lagi tau.. Entahlah.. Ni pun Cikgu yang lantik.. Sayang Cikgu.. 


Ni masa study di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.. Eh tak sangka baq hang Erin boleh lanjut pelajaran kat tempat orang pandai-pandai ni.. Terkejut arnab tau..Apapun kehidupan di Matrik sangat stress.. Study 24 jam baq hang.. kesian...Sebab express..Otak pun kena selari dengan LRT.. Zupp...!!


Dan akhir sekali.. Yey.. Dapat Ijazah Kewangan dari UMM..Begitulah ceritanya.. Mengimbau segala kenangan yang ada supaya kita lebih menghargai kehidupan kita.. Hidup hanya sekali.. Dan waktu yang dulu tidak boleh berputar kembali.. Yang ada hanyalah masa depan yang tidak pasti  dimanakah kedudukan kita nanti..

Tuesday, 5 November 2013

Otak Boleh Rosak Apabila...

Assalammualaikum


Hai..Selamat malam you all.. Pergi mana cuti-cuti ni?? Dah cuti awal tahun, mesti pergi jalan-jalan kan.. Di kesempatan ini Erin ingin mengucapkan selamat tahun baru Hijrah 1435H..Semoga kita mendapat keberkatan pada tahun ini.. Eerr..You all dah simpan azam ke untuk tahun ni?? Azam apa yer??

Okay berbalik kepada tajuk entri kita pada pagi yang mulia ni ialah otak boleh rosak disebabkan beberapa faktor. Jom scroll ke bawah dan baca yer.. 

1. Tidak mengambil sarapan pagi - Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan akan menjadikannya kurang aktif

2. Terlebih makan - Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Merokok - Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh menyebabkan penyakit alzheimer.

4. Penggunaan gula yang berlebihan - Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara - Otak adalah pengguna oksigen yang terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur - Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur - Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakkan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja dalam keadaan kurang sihat - Bekerja semasa badan kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kepada kerosakan sel-sel otak.

9. Kurang berimaginasi - Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak. Kurangnya berimaginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan / keaktifan otak menurun..

Monday, 4 November 2013

Setelah 4 Hari

Assalammualaikum..


Hai you all.. Apa khabar? Sihat ke? Semoga sentiasa sihat selalu kan.. Tapi Erin tak berapa nak sihatlah. Sakit kaki, sakit tekak, sakit hidung dan sakit kepala.. Haaa.. Nak tahu tak ke manakah Erin menghilang?? Apa? Tak Tahu?

Sebenarnya Erin berserta family telah mengadakan suatu program mendaki Gunung Angsi di Negeri Sembilan. Program ni adalah Program Jabatan Pendidikan Daerah Kota Setar Negeri Kedah dengan kerjasama ERIN ADVENTURE. Wow..Erin ada syarikat konsultan? Ya.. Syarikat ni dah lama ditubuhkan seingat Erin pada tahun 1994 lagi.. Tapi dikendalikan atau diuruskan oleh My Abah dan My Mama..Erin sekadar pada nama sahaja.. Hehe.. What ever.. Tapi ia melibatkan Erin juga tau.. Sebab kebanyakkan program dengan usahasama syarikat ni, Erin akan turut serta.. Cuma Erin tak ada kepakaran dalam bidang pendakian dan pengetahuan tentang peralatan outdoor ni saja. Itu kena pergi menuntut ilmu dalam bidang tersebut dan dapatkan sijil.

Untuk pengetahuan you all, dah banyak program syarikat ni anjurkan.. Semuanya program pendakian gunung dan perkhemahan. Dari segi orentering mencari arah kompas, abah Erin memang excerlence. Kami mempunyai peralatan outdoor yang lengkap. Jika ada jabatan yang berminat Abah Erin akan sediakan kertas kerja berkaitan program tersebut dan segalan networking berhubung sesuatu program, syarikat ini akan uruskan dari A to Z.. Dan setiap kertas kerja akan dikenakan kadar bayaran yang berpatutan dengan kos pengendalian serta pengurusannya.

Syarikat ini juga mempunyai beberapa orang jurulatih yang tahu tentang selok belok berhubung dengan aktiviti oudoor. Setakat ini, ERIN ADV telah menguruskan program pendakian ke Gunung Kinabalu untuk beberapa buah agensi kerajaan. 

Program sebegini merupakan suatu program yang sihat kerana melaluinya kita dapat melihat sejauh mana team buiding dalam sesebuah jabatan / agensi dan selainnya dapat memberi semangat kekuatan mental dan fizikal kepada kakitangan agensi tersebut. 

Mendaki gunung bukan sesuatu perkara yang mudah. Ketahanan mental dan fizikal amat diperlukan. Mental mengukur sejauh mana kesabaran kita dalam menghadapi kehidupan seharian tambahan dalam bidang pekerjaan yang semakin lama semakin mencabar. Kekuatan fizikal adalah penting untuk kita menggerakkan segala tubuh untuk melakukan kerja dengan lebih proaktif dan produktif.

Oleh yang demikian, aktiviti outdoor ini dapat memberi kesan motivasi dalam kehidupan persekitaran kita seharian. Gaya hidup sihat disamping dapat menghayati flora dan fauna ciptaan Allah Yang Maha Esa. Selain itu, mendaki gunung juga mengajar kita tentang bagaimana kita menguruskan hidup kita. Sebagai contoh, mendaki gunung yang berdenai, kita harus bijak mengatur langkah, berfikir kesan masa hadapan dari tindakan langkah kita sekarang ini. Kerana apabila tersalah langkah, tersadung akar kayu, kita akan tercedera. Dan apabila tercedera, maka bolehkah kita meneruskan perjalanan? Ia juga mampu melatih diri kita agar berhati-hati dalam melakukan sebarang tindakan yang akan memberi kesan di masa hadapan.

Rasanya setakat itu dulu entri Erin pada kali ni.. Gambar-gambar dan cerita tentang pengalaman Erin mendaki Gunung Angsi DI Negeri Sembilan akan Erin paparkan nanti kerana masih dalam proses..Thanks For Reading My Entry.. Love You All..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer