My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Saturday, 7 September 2013

Jelajahku Ke Karnival Buku Kedah 2013

Assalammualaikum..

Sory lambat Erin nak tulis atau publish tentang program  yang telah dianjurkan oleh Perpustakaan Awam Negeri Kedah.. Selama 7 hari program ini diadakan iaitu 1 September hingga 7 September 2013..KARNIVAL BUKU KEDAH 2013.. Pelbagai acara diadakan.. Beberapa kali juga Erin ulang datang ke Karnival ni.. Tak beli apa pun, cuma lihat-lihat saja..Jom view gambar-gambar yang telah Erin snap ni..








Wah.. buku-buku ITBM discoun sampai 30%.. Kalau Cikgu Helmi datang ke Karnival ni, sure dia akan borang buku-buku ni.. Hehe..Cikgu Helmi ni rakan blogger Erin yang aktif dalam bidang penulisan..

Itu sahaja al kisahnya tentang Karnival Buku Kedah 2013.. Thanks for reading and your comment..

My Delicious : Sayuran Tempura

Assalammualaikum..

Pagi tadi baru ikut program kesihatan.. So, Erin nak publish tentang menu Erin malam ni.. Menu atau resepi yang sihat.. Sayur-sayuran tempura..Semua guna sayur je.. Macam cucur sayur lah.. Sedap baq hang.. !! Hehe..



Okay.. ni lah gambar sayuran tempuran yang Erin masak tu.. Ada brokoli, terung panjang, dan cendawan..You all nak guna cendawan apa pun boleh.. Yang Erin guna ni cendawan osyter atau tiram..

First sediakan bahan-bahan seperti :
Terung Panjang
Brokoli
Cendawan Tiram
Telur 2 biji
Tepung Tempura
Sedikit garam dan serbuk perasa
Cili serbuk - Kalau nak pedas

Cara-caranya :
Potong kesemua sayuran tersebut ikut kesukaan nak besar mana
Pecahkan telur dalam mangkuk dan pukul telur tu sehingga sebati
Masukan tepung ke dalam pinggan yang berasingan, tambahkan sedikit air, jangan terlalu cair
Panaskan minyak, banyak minyak macam nak goreng cucur
Celupkan sayur-sayuran satu persatu ke dalam telur kemudian celup ke dalam tepung
Masukkan ke dalam kuali yang berisi minyak tu.. Goreng sampai kuning-kekuningan..Dan siap..!!

Jom makan..!!


Program NAK SIHAT 2013

Assalammualaikum..

Hai you all.. Hari ni (8 September 2013) Erin and parent ada join program NAK SIHAT anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Kedah di Dataran Pahlawan berhampiran dengan Taman Rimba atau dikenali sebagai Taman Jubli Perak. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi iaitu pendaftaran. Apa yang kami dapat semasa pendaftara tu? Ianya adalah baju T, bendera Malaysia yang kecil dan juga lencana. Tak lupa juga ada nombor cabutan bertuah..

Ramai juga yang join program ni kerana ia terbuka kepada orang awam..Walaupun dalam cuaca hujan, ia tidak menghalang peserta untuk meneruskan acara. Acara yang pertama adalah aerobik. Seterusnya acara berjalan kaki 10,000 langkah, perasmian, pemeriksaan kesihatan dan juga pameran berkaitan kesihatan. Jom lihat gambar-gambar yang Erin telah snap ni..

Erin nak sihat, sebab tu join program ni.. Hehe..Okaylah orang pun tak ramai lagi, sempatlah nak snap gambar ni..

 Walaupun berpayung, ia tidak menghalang semangat untuk bersama-sama memeriahkan program NAK SIHAT
 With mama.. Kami dah salin baju.. semangat tak kami nak mulakan acara sebentar lagi..Cayok cayok.. 10,000 langkah je.. Kalau setiap hari diaplikasikan.. Pasti rakyat Malaysia ni sihat walaafiat.. Ni semua nak naik kereta.. Dah tau minyak mahal pun gagah lagi nak berkereta.. Sesekali tu berjalanlah sama..

 Wah.. bersemangat adik-adik ni.. Ni waktu sebelum acara 10,000 langkah dimulakan..Semua pakat berhimpun di belakang garisan..

 This is my parent..Berpayung lagi youuu..

 Bantuan pertolongan cemas sentiasa mengikuti kami.. So, don't worry if you are collape.. Hehe..

 Ayuh menuju ke garisan penamat.. sikit je lagi.. Berpeluh tak??

 Haa.. Dah sampai pun.. Dapat epal sebiji, roti dan air mineral.. Okaylahkan meal yang bagus untuk kesihatan.. Tak kan nak jamu ketupat lagi kan?

 Walk For Life 2013.. Ni kata-kata yang ada pada baju urusetia..

 Majlis Perasmian oleh Y.B Amirudin Omar selaku Exco Belia dan Sukan Negeri Kedah Darul Aman. Selepas tu ada acara lompat tali oleh beberapa orang pelajar.. Erin tak dapat upload gambar acara lompat tali tu sebab semua gambar tu ada dalam DSLR abah..

Pemeriksaan kesihatan secara percuma dilakukan oleh kaitangan Hospital Besar Sultanah Bahiyah

 Abah dan mama pun tak mahu lepaskan peluang yang ada. Semua ni kena cakna.. Kalau tidak kita tak tahu tahap kesihitan kita.. That's right abah.. :-)

 Sebelum pemeriksaan yang seterusnya dilakukan..Peserta kena isi borang dulu..Macam yang dilakukan oleh my mama tu..Tulis ye mama, jangan tak tulis..


Ni kira last station lah..melawat pameran kesihatan yang ada di situ.. Selepas tu transit sekejap kat pentas sebab ada cabutan bertuah.. Alang-alang lambat sangat kami ambil keputusan untuk pulang..

Okay setakat ini sahaja my story today.. Best sangat join program hari ni.. NAK SIHAT..jom jalan 10,000 langkah setiap hari.. Larat tak??

Friday, 6 September 2013

Kisah Pengamen Cilik (Tegar)

Assalammualaikum..

Manalah sangka Pengamen cilik ni dah jadi superstar.. Tapi dia masih merendah diri dan tak anggap dirinya sebagai superstar.. Tegar ni banyak kebolehan.. Jom tonton..Tonton sampai habis tau.. Kalau nak tahu kisah hidupnya.. Bagus betul budak tegar ni.. baik orangnya.. cute dan bijak..


Nilah lagu Tegar yang begitu famous amous tu.. Kisah sebenar hidupnya..Tak jemu dengar ulang-ulang pun tak pa..Jom layan..

My Audience 30 August - 6 sept 2013

Assalammualaikum..

Hai you all.. Tak tidur lagi ek??
Nak tanya ni.. You all pernah check dan view page ni tak? Alah sama sewaktu dengan pageview..Alang-alang tengok pageview, tengoklah sama page audience ni kan..
Jap tau, nak publish Erin punya audience sepanjang minggu ni.. 

Nah ai..Bukan setakat Malaysia je yang view blog Erin ni.. sampai negara lain pun ada.. Yang Japan tu Erin taulah siapa dia..mesti adik Akmal.. Yang lain tu tak tahu..yang US tu view sampai 210..France plak 27, Russia 16..Siapakah mereka ni?? Depa dok view page Erin ni..Depa faham ka bahasa melayu?? Erin assume rakyat Malaysia yang study or kerja kat sana kot.. Tak kan mat saleh nak baca dan view page Erin ni kan.. Apa pun thanks lah kepada you all yang banyak support page Erin ni..Untuk makluman you all, blog puteriairyn ni tak ada bloglist..yang dekat side bar tu lah bloglist Erin.. Siapa rajin komen, naiklah wajah-wajah kat side bar tu..So, adilkan..?? :-)

Thursday, 5 September 2013

Projek Memikat Suami akan diadaptasikan?

Assalammualaikum..

You all suka baca novel tak? Kalau suka.. pernah baca novel, Projek Memikat Suami tak?
Dari awal Erin baca novel ni, Erin dah dapat agak yang suatu hari nanti cerita ni mesti akan diadaptasikan dalam bentuk drama atau filem.. You all nak tahu tak..Cerita novel ni sangat sweet dan banyak hal ehwal pasal isteri boleh rujuk dari jalan ceritanya..

Okaylah Erin ulas sikit sinopsis dari cerita novel ni yer..

Ceritanya begini...Nawwal Husna baru pulang dari belajar di U.K..Baru sehari pulang, ibu bapanya dah buat keputusan untuk mengahwinkan Una dengan Zahrain Alimin. Zahrain Alimin yang sememangnya tak suka akan dirinya.. Cuba bayangkan bagaimana nak layari kehidupan sebagai suami isteri jika salah seorang tidak menyukai kita.. Tapi Una ni seorang yang bijak pandai berkaitan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan akhirnya membuka hati Zahrain untuk menerima dirinya.. Tetapi, konflik tetap ada..kerana sebelum berkahwin dengan Una, Zahrain sudah mempunyai buah hati iaitu Adira yang bekerja sebagai model.

Ini petikan dialog  dari novel ni..

"Tapi ummi, kenapa Una kena pulang cepat-cepat ni? Tak boleh ke tunggu? Bagi tau aje kat Una lepas kami balik dari Scandinavia. Sebulan saja kami nak ke sana." - NAWWAL HUSNA

"Jangan menyesal, litter girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today." - ZAHRAIN ALIMIN

Erin ada terbaca satu blog ni..dikatakan novel ini bakal didramakan tak lama lagi.. Para pelakonnya pun telah dipilih.. Siapakah pelakonnya.. Hmm.. malas nak cerita.. Nantilah, kita tengok sendiri yer.. Jika benar perkhabaran ni.. Tahniahlah kepada penulis novel tersebut iaitiu Hanina Abdullah.. Novel Projek Memikat Suami ni best sangat..Dalam masa seminggu dah habis baca walaupun tebal.. Masa Erin baca tu pelbagai perasaan ada..Kejap gelak, kejap sedih.. Kejap tak rasa apa-apa.. hehe..(Muhung je tuu..)

Okay lah sekian dulu hal perihal novel Projek Memikat Suami.. Tak sabar rasanya nak tengok drama tu..

Mosquito Hunter

Assalammualaikum..

Ish.. Malam ni memang banyak nyamuk kat rumah Erin..
Erin malas nak guna ridset..Sebab bukan setakat nyamuk yang akan tumbang..Erin pun akan tumbang sekiranya guna racun serangga tu..

Maka..Erin pun dengan gagahnya menjadi MOSQUITO HUNTER.. Haaa..bijak sangatlah tu kan.. terkejar nyamuk sana sini.. Pup pap pup pap dok tampar nyamuk.. Adoilah.sakit tangan..

Say no to mosquito..Jangan biarkan serangga ini hidup meliar di persekitaran you all..Bahaya tau..Nyamuk  ni banyak jenis, ada nyamuk Aedes aegypti, nyamuk Anopheles Quadrimaculatus, nyamuk Adedes Albopictus, dan nyamuk Culex Pipiens..Jom baca info tentang jenis-jenis nyamuk ni..

1. Nyamuk Aedes aegypti, adalah jenis nyamuk yang dapat menyebarkan virus berbahaya dengue yang menyebabkan penyakit demam berdarah. Selain pembawa virus dengue, nyamuk Aedes aegypti juga dapat menyebarkan virus demam kuning dan chikungunya.

 2. Nyamuk Anopheles Quadrimaculatus, adalah nyamuk berbahaya yang dapat menyebarkan parasit penyebab Malaria. Jenis nyamuk ini senang keluar baik pada siang maupun malam hari, hanya nyamuk betinalah yang diketahui dapat menyebarkan penyakit mematikan Malaria. 

3. Nyamuk Adedes Albopictus, atau lebih dikenal dengan nyamuk harimau. Nyamuk jenis ini keluar pada siang hari dan boleh menyebarkan berbagai penyakit berbahaya, Jenis nyamuk ini banyak dijumpai di negara Asia.

4. Nyamuk Culex Pipiens, adalah nyamuk yang dianggap tidak berbahaya. Memiliki ukuran tubuh kecil dan biasa ditemui disekitar kebun mahupun di rumah.




Nah tengok ni kitaran pembiakan nyamuk..Oleh itu, jangan biarkan hidup anda diselubungi serangga ini.. Bahaya bawa penyakit.. Kalau rasa nak ternak pun.. biarlah serangga yang boleh beri faedah seperti belalang ke..okay jugak.. hehe..

Sekian cerita pasal nyamuk.. Nak sambung balik jadi Mosquito Hunter ni.. Pup pap pup pap pup pap.. Haa.. ambik..mati kau nyamuk..!!!

Sinopsis CinTa JaNNaH

Assalammualaikum..

Hoho..siapa tengok darama ni.. Angkat tangan..setiap pukul 7 malam TV3..
Adoilah romantiknya cerita ni.. Sweetnya.. Hehe..

 
Jom baca sinopsis tentang cerita ni..

Mengisahkan tentang kehidupan seorang wanita bernama Jannah (Nelydia Senrose) melarikan diri dari rumah setelah dipaksa oleh keluarganya untuk mengahwini Suffian sebagai isteri kedua. Bapanya, Abdullah ingin menebus balik tanah kebun yang digadai oleh adiknya, Razak kepada Suffian selepas kalah judi.

Duit tersebut juga dapat digunakan untuk mengadakan kenduri nikah untuk anak sulungnya, Balqis (Reen Rahim). Jannah dibenci oleh bapanya sendiri sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka ibunya.

Setibanya Jannah di Kuala Lumpur, Jannah menjadi keliru kerana tiada hala tuju. Tatkala memikirkan apa yang bakal dilakukan, ben tangannya telah diragut dan Jannah jatuh, terhentak kepalanya dan jatuh pengsan.

Secara kebetulan, Izaryl (Aeril Zafrel) lalu di situ lalu membantu Jannah yang pengsan. Pada masa yang sama, Izaryl berada dalam dilema kerana dia terpaksa mencari seorang isteri dalam masa 3 bulan bagi mengelakkan dirinya mengahwini Damia (Ramona Zam Zam), pilihan ibu Izaryl sendiri. Dalam keterpaksaan, Izaryl membohongi Jannah dengan mengatakan bahawa dia telah memperkosa Jannah semasa dia pengsan. Justeru, mereka terpaksa berkahwin. Apabila mengetahui tentang perkahwinan itu, ibu Izaryl, Tengku Zareena (Dian P Ramlee), berasa amat marah.

Tengku Zareena telah  merancang untuk memisahkan mereka berdua dengan berpakat bersama Damia untuk menggoda Izaryl dalam harapan untuk menghancurkan rumahtangga Izaryl dan Jannah.

Adakah kebenaran akan terbongkar antara punca perkahwinan Izaryl dan Jannah? Dapatkah Tengku Zareena memisahkan mereka berdua? Bagaimana pula dengan takdir yang tertulis untuk Izaryl dan Jannah? Apakah cinta bakal berputik antara mereka berdua?  Saksikan drama bersiri baru, Cinta Jannah menerusi slot Akasia di TV3, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam mulai 14 Ogos 2013 hanya di TV3..

Alahai.. comey sungguh Nelly, macho sungguh Airel..
Setiap malam..Dok layan cerita ni saja.. Hehe..

 p/s : Sumber : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=744732

Wednesday, 4 September 2013

Auch..!! Terbang Lagi Duit

Assalammualaikum..

Gambar : Google

Erin baru je selesai telefon Produa Service Center untuk booking tarikh service..
Masa call tu.. Erin tanya price untuk service perbatuan 28000 km.. Nasib dah memang baget banyak tu.. Kalau lebih memang kena hold untuk gaji next month lah kan.. Nak tahu berapa RM250.. Huhu mahai tau tak.. 

Kalau nak pergi kedai formen yang ronggeng tu..Memang tak pergilah sebab tak yakin.. Biar Produa je yang pegang my car tuu..Tapi mau ingatlah ye.. Bila dah pakai kereta ni.. komitmen memang tinggi.. Tu pun my mama suruh tukar suprima S.. Tunggu dulu lah yer.. I sayang nak tukar viva I yang bakal habis bayar lagi 4 tahun.. Bila dah habis bayar.. Baru nak beli kereta lagi satu..

Suasana Jamuan Raya JKR KS/PT

Assalammualaikum..

Genap sudah sebulan berpuasa
Hari raya
Mari ramai-ramai kita gembira

Hehe..nyanyi lagu Hari Raya versi IamNeeta pula kan..Taraaa...Nilah suasana ceria semasa kami mengadakan jamuan Hari Raya JKR Kota Setar / Padang Terap pada 22hb Ogos 2013 yang lalu.. Sekarang baru Erin nak update kan.. Tak apalah, lagipun syawal belum habis lagikan..


 Haa.. ni officemate Erin sedang potong agar-agar..Gerai kami menyediakan juadah Kek dan puding

 Potong kak, jangan tak potong.. Hehehe.. Erin jadi jurukamera je.. Tak lah sebebnarnya tugas Erin jaga meja VVIP.. Sebelum Pengarah datang sempatlah snap picture kawan-kawan..

 Kalutlah depa dok potong lemang pulak.. Ni menu bahagian JKR Kuala Nerang.. Amboi Kak Afzan dok tanya Encik Azrin macam mana nak hias lemang ni kot.. Hehe.. Staff JKR Kuala Nerang semua mesra.. Senang berurusan..

 Backdrop dan setting..

 Apa yang dibincangkan oleh Kak Parinja tu?? Kak Parinja ni orang Thailand tau.. Dia pun turus sama memeriahkan Jamuan Hari Raya ni.. JKRKS/PT ni majmuk, macam-macam kaum ada tau..

 Table setting

 Apa ni?? Hehe.. my puding kastad koktail lah.. Sedap tau.. 80 pack semuanya..Penat lol membuatnya.. Tapi bila ada yang puji sedap.. Terus terharu.. Thanks to my mama sebab tolong Erin sediakan hidangan ni..

 Urusetia pendaftaran.. Kak Suria, Kak Shimah dan Izwan..

 Para tetamu yang hadir..

 VVIP table setting.. Setting ni pakai katering kot kalau tak silap Erin lah.. Kami just jaga keperluan hidangan sahaja..
 Sempat lagi berpossing sekejap..

 My officemate..Ramai tak??

 Lemang pembuka selera.. 

 Nak ke kuih ni??

 Bestnya ada soto juga tau.. Sedap sangat..I like it..

 Ketupat jagung daun palas.. Yumyum..sedapnya..

 Ada juga goreng cempedak ni..Memang terbaiklah..

 Ha.. tu tangan Kak Yati.. hehe.. sedap tengok cempedak mentah ni..

 Buah tamar tidak ketinggalan juga..Fresh..Aik my puding pun ada kat atas meja tu??

 Kak Shima nyanyi berduet.. Lagu Hari Raya..

Sessi photography bersama Tuan Jurutera Daerah

Sekian..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer