Ketika badai dan ombak menghempas diriku..
Aku seperti kehilangan arah..
Aku mengharapkan sinar bahagia menerjah kehidupanku
Dalam doa aku memohon agar aku diberi jalan itu
Aku pasrah jika dosa-dosaku menyekat segala kebahagiaanku
Tetapi sesungguhnya aku masih berharap jika aku diberi peluang.
Aku juga seperti insan-insan yang lain ingin menyayang dan disayangi
Punyai seseorang yang begitu menghargai diri ini seikhlasnya.
Aku menanti dari hari demi hari..
Waktu demi waktu..
Tetapi aku masih terasa sendiri dan sepi
Aku punyai sepasang mata
Mata itu kelihatan ceria..
Tetapi mata itu tidak bisa berbicara secara lisan
Cuma insan yang pandai menilai akan berkata
Mata ini menyimpan pelbagai duka kerana kelopaknya sentiasa berair
Aku pasrah dengan kehidupan ini..
Dan aku terus menanti untuk diberi sedikit kebahagiaan
Sebelum nafasku yang terakhir...