My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Sunday, 16 March 2014

Omelan Puteri Airyn : Loving Couple

Assalammualaikum...


Hai you all... Hari ni macam dapat idea nak tulis suatu perkara.. Nak sentuh jugak tentang kasih sayang.. cewah.. Ye lah kasih sayang tu bagi Erin sangat penting dalam kehidupan.. Sayang menyayangilah di antara kita kan.. Kasih sayang pada Allah, kepada rasulullah, kepada sesama Islam dan sesama insan, haiwan dan sebagainya..Yang Erin nak fokus sekarang ni adalah kasih sayang terhadap pasangan atau suami isteri...(Tak kahwin lagi pandailah hang ni Erin..dok cerita bab kasih sayang suami isteri pulak kan..Hehehe)

You all selalu tengok yang selalu berkasih sayang ni lebih kepada pasangan yang muda-muda dan baru berkahwin.. Betul tak ni.. Tengoklah lama sikit kahwin dah tak ada feeling.. Alah tak syok lah macam tu kan.. Masa baru-baru kahwin.. Si suami panggil isteri "Darling".. Si isteri panggil si suami "B".. Bila lama-lama kahwin dah tukar panggil "Mak Hang and Pak Hang".. 

Masa mula-mula kahwin.. Pi jalan mana pun pegang je tangan tu... Takut nak lepas sebab Si suami cakap nak jaga keselamatan isteri.. Kononnyalah.. Padahal, masa tu kan isteri masih cantik muda remaja.. Jadi si suami ni peganglah tangan sebab dia jeles dan risau orang lain dok pandang isteri dia.. Bila dah lama Kahwin.. Isteri ajak teman pergi pasar beli keperluan dapur pun si suami cakap tak nak.. Si suami rela tunggu dalam kereta saja.. (Huhuhu.. apa kes ni??)

Tu jelah nak cerita bezanya masa baru berkahwin dengan selepas beberapa tahun berkahwin.. Ish apa salahnya kalau romantik sampai tua pun.. Kalau cucu tengok pun.. Dia cakap bestnya tengok atuk and nenek ni loving couple sampai akhir hayat.. Cewah.. Hehehe.. Hmm.. nak tulis banyak-banyak pasal ni pun tak boleh sangat sebab Erin tak kahwin lagi.. hehehe..Adeh.. poyos sekejap.. hehehe ^_^

14 comments:

Norhasniza Khalid said...

cakap sekarang tak sama dengan 5 tahun akan datang Erin,...

NURUL AQIDAH AZAHAR said...

So cpt2 la kwen.mn thu leh blik kedah mkn nsi myk.hehe

yan's cottage said...

salam Erin.....

biasalah tu.....kat belah utara panggil mak hang & pak hang kalau kat selangor panggil mama & papa silap2 anak pun pening.....

Lieya Von Jay said...

mcm tu lah kak erin.. :)

cik lisa said...

manis itu tak lama getu, hehe, hari hari kene tambah

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

mungkin juga dia malu bila lepas kahwin isterinya dah gemuk dan kurang menarik.. masa mula-mula kahwin isteri cantik, tentu rasa bangga..

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

mungkin juga dia malu bila lepas kahwin isterinya dah gemuk dan kurang menarik.. masa mula-mula kahwin isteri cantik, tentu rasa bangga..

Aku Penghibur said...

memang akan macam tu, apa pun itu bukan alasan yang paling penting kita yang mencorakkan hidup kita

mirza syazwina said...

kalau macam ni kena nikah baru brcinta la..hehee

ANIM said...

lama tak jalan sini, erin...
masa muda, masa tua msti ada beza, hee

Rachmat Tubagus said...

Menikahlah...karena itu rizki dan diridhoi.

Salam kenal dari Blogger Indon

PakcikLie PCL said...

Adakah Erin nakkan mcm tu berlaku dalam kehidupan bergelar suami isteri nanti? ..tentu tidak sama sekali, benda ni semua kena ada kesepakatan kasih dan sayang dari awal-awal dan akan meresap dalam diri tanpa pudar sedikit pon. Masa boleh merubah segalanya tapi kena ingat masa juga mematangkan seseorang tu..

apa yg menarik , kalau nak bandingkan dulu masa mula kawen dan selepas bertahun kawen adalah SIKAP, sikap mengambil berat itu sudah memadai kerana kedua-duanya saling memahami. Perlakuan itu hanyalah pelengkap yang kadang kalanya tak dimiliki oleh semua orang.

Bukan menidakkan kebenaran tapi itulah hakikatnya..lakukan pada yang sudi (faham maksud sy... suami nak pegang tangan bila melintas contohnya tapi isteri yg menolak..tapi ini jarang berlaku).

Sylarius Yusof said...

Perhubungan suami isteri ni ada pasang surutnya. Cuma, kalau disandarkan pada iman, insyaAllah segala susah senang bakal dihadapi bersama dengan jiwa yang bahagia.

Ida Scripters said...

Cerita yang menarik...itulah hakikat yang sebenarnya hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer

Google+ Followers