My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Saturday, 21 September 2013

Adakan Anda Setuju??

Assalammualaikum


Apa pendapat anda yer tentang kenyataan di atas??

Sumber : FB

Sajak : Cerita Sang Puteri

 Assalammualaikum


Aku tidak pandai bersastera
Aku juga bukan budak sastera
Tapi dalam diri suka bercerita
Ceritaku yang penuh warna

Orang bilang aku penglipur lara
Segala perkara ingin aku cerita
Cerita itu ku harap ada makna
Ceritaku kadang kala mendatangkan tanda tanya.

Kenapa dunia puteri yang aku suka
Kerana Tuan Puteri punya tahtanya
Tuan Puteri hidup dalam dua dunia
Dunia khayalan dan dunia yang nyata

Orang tanya apa buktinya?
Aku bilang kalau tak percaya
Buka saja blognya
Pelbagai cerita yang kau akan jumpa..


Puteri Airyn Sept 2013

Teknik Lindungi Minuman

Assalammualaikum


Erin tutup gelas tu dengan tisu sebab nak elakkan dari serangga yang berterbangan di lampu di Restoran tu.. You all pun boleh guna cara ini untuk elakkan minuman you all tu jadi kolam renang kepada serangga yang tak diundang.. Jangan dah minum baru perasan ada mayat serangga di dalam air yang you all minum tu.. Eeee..

Redang Island : Daya Tarikan Teserlah

Assalammualaikum

Yeah.. jom tengok ikan dan berenang bersama ikan-ikan ini..
First time dapat berenang secara live dengan ikan-ikan ni, jiwa Erin sangat teruja..
Mahunya tak teruja.. Banyak kot ikan-ikan ni..Wow ikan belang-belang..
Tak boleh makan ikan ni.. Boleh berenang bersama-sama sahaja..
Meaw,meaw..Hai ikan.. Puteri Duyung datang ni..Sambil Erin lambai tangan kat ikan-ikan tu..

Wah... Manyak ikan..Jinak-jinak gituuu... Nak tangkap seekor bawa pulang..Boleh??

Aahh..Bolat-bolat mata ko ikan.. Kalah mata eden ni haaa..

Wow aksi Cik Mail bagi makan ikan.. Menakjubkan..!!

Mak ai.. Besarnya ikan ni..cantik ar coraknya.. Macam corak baju kurung Erin je.. Hehe

Meaw, meaw, meaw.. Ikan mailah makan roti, sedap tau..!!


Inilah daya tarikan yang ada di Redang Island
Ikan banyak ooo.. Sampai gigit tangan.. Gigit-gigit manja aje.. Hehe
Bagi makan ikan macam bagi makan kucing saja..
Semua ikan ni jinak-jinak tau..Baik-baik belaka
Ada macam-macam colour..Cantik-cantik sangat colournya meriah gituuu..
Snokeling terbaik di Redang Island

Jurufoto : Encik Ismail JKR KS/PT

Friday, 20 September 2013

Sajak : Di Pondok Ini

Assalammualaikum


Di pondok usang ini tempat aku berteduh
Asal dapat berteduh dari hujan dan panas
Walaupun kadang kala bertepis juga dengan air hujan
Aku masih mampu tersenyum dan bersyukur

Dalam keheningan malam
Aku cuba memikir
Bagaimana dengan mereka yang tiada tempat berteduh
Mereka membiarkan tubuh berpanas dan berhujan

Aku lihat perkakas memasak yang ibu guna
Semuanya buruk dan usang
Tapi kami semua masih mampu merasa hidangan
Aku juga terfikir bagaimana laparnya mereka tanpa makanan

Rumah aku menghala ke bendang
Di waktu petang aku duduk di tangga kayu sambil baca buku
Aku lihat kanak-kanak riang sedang bermain wau
Aku ingin bermain bersama mereka, tapi ibu melarang

Kenapa ibu melarang? Aku bertanya tanpa memahami
Ibu kata, aku kena rajin belajar
Nanti boleh baiki taraf hidup kami sekeluarga
Aku sedih melihat ibu menggunakan kudrat

Setiap hari ibu membanting tulang bersawah padi
Upahnya tak seberapa
Sawah padi bukan kami yang punya
Kasihan aku melihat ibu bekerja

Aku berjanji suatu hari nanti ibu akan berehat
Ibu akan ku layan seperti permaisuri raja
Aku tak mahu lihat ibu memerah keringat
Biar ibu bersenang lenang hingga ke akhir hayat

Homemade Drinking Yogurt

Assalammualaikum..


Wah senang je ni nak buat minuman yogurt yang berperisa.. Kalau beli kat kedai ni mahal kot RM 4+++
Kalau buat kat rumah just beli plain yogurt yang berharga RM1.20 sahaja. Lepas tu beli je kordial atau guna saja kordial yang sedia ada di rumah you all tu..

Bahan-bahannya ialah :

3 sudu besar natural yogurt
Segelas air kosong yang sejuk
3 sudu besar kordial oren atau apa-apa perisa

Cara-caranya :

Masukan 3 sudu besar kordial dan 3 sudu besar natural yogurt ke dalam  segelas air kosong yang sejuk.
Kacau sehingga sebati
Kemudian bolehlah diminum..

Haa..amacam senang tak?? Murah, senang, mudah, sedap dan berkhasiat..
Jomlah cuba..


Cerita : Di Kejauhan Ini

Assalammualaikum..

Bila berjauhan dari keluarga tercinta, segalanya rasa serba kekurangan. Manakala kepayahan hidup di perantauan semakin terasa. Semuanya kena pandai aturkan sendiri. Pokok pangkalnya ibarat tiang sebatang di tanah lapang yang gersang dan kering kontang. 


Jiwa terasa kosong, hati pula sentiasa gentar. Jauhnya dari keluarga bukan sekadar 60 kilometer. Tetapi 630 kilometer jarak pemisah. Belum lagi memikirkan suatu hari nanti terpaksa merentasi lautan bagi menuntut ilmu. 

Ilmu perlu dicari sehingga ke negeri Cina? Hanya diibaratkan sahaja. Ini lebih bermaksud, pergilah sejauh yang mungkin untuk menuntut ilmu kerana ilmu di dunia ini terlalu banyak dan tidak mampu untuk kita miliki kesemuanya. Begitu agungnya kuasa Yang Maha Esa lagi Maha Pencipta. Segala ilmu kepunyaan diri NYA.

Bermadah sudah Erin ni kan.. Apa yang terurai di atas merupakan mukhadimah bagi entri Erin pada kali ni..

Semalam adik Erin iaitu Erra call dari Kuala Pilah..Memang sudah menjadi rutin setiap malam dia akan call kami sekeluarga. Katanya rindu..Dia juga selalu mengadu domba tentang perihal dia di sana. Kadang-kala sedih juga kami mendengarnya. Iye lah jauhnya bukan sekadar puluhan kilometer. Tetapi ratusan kilometer. Dia yang sememangnya jarang berpisah dari kami, memang terasa janggal hidup di negeri orang. Dimaklumkan segalanya dia kena aturkan sendiri. 

Erin hampir tergelak kecil apabila diadunya tentang cikgu yang garang. Itu sememangnya perkara biasa. Kalau tak garang, mana nak berjayanya semua anak murid. Tanggungjawab cikgu bukan sekadar mengajar, tetapi perlu memastikan semua anak didiknya itu memperolehi keputusan yang baik. 

Erin cakap adik tak boleh terlalu 'merap' kerana adik dah besar panjang. Cuba lihat anak-anak penyu, baru sahaja menetas terus terkedek-kedek menuju ke lautan. Walaupun masih kecil anak-anak penyu itu terpaksa melayari kehidupan dengan sendirinya tanpa bergantung kepada ibu penyu. Erin sengaja memberi perumpamaan seperti itu agar adik kuat semangat. 

Inilah dikatakan ujian dan dugaan yang perlu kita tempuhi. Tidak ada seorang pun manusia akan terlepas dari dugaan dan ujian Allah S.W.T. Itu tanda kasih sayang Allah S.W.T. Oleh yang demikian ketabahan dan jati diri perlulah ada. Berdoalah jika kita berada dalam kesusahan kerana doa itu senjata bagi orang-orang mukmim. 

Erin tahu adik terpaksa berhadapan dengan manusia yang pelbagai ragam dan sikap. Jika ada yang mengata kita, itu adalah lumrah. Kadang kala tak ada pasal pun orang masih akan mengata tentang perihal kita. Bak kata pepatah melayu 'Mulut tempayan bolehlah ditutup, tetapi mulut manusia tidak sekali.' Biar apapun orang berkata tentang perihal kita, kita jangan sekali membalas kerana mereka sememangnya tidak tahu menghargai lidah yang telah Allah anugerahkan. Walaupun mereka petah berbicara, tapi sekadar tin kosong, apa pun tak ada.. Lebih baik jadi diam-diam ubi di dalam tanah, tetapi isinya penuh..

Sempat juga Erin berpesan kepada adik bahawa dalam hidup ini, kita tak mampu untuk merubah diri orang lain melainkan kita merubah diri kita sendiri. Jangan menunding jari kepada yang lain sedangkan diri kita secara tidak sedar juga ada melakukan kesilapan. Pokok pangkalnya selalulah muhasabah diri.


Kehidupan yang kita lalui ini seakan-akan suatu jalan yang penuh dengan likunya, diselit pula dengan akar dan onak duri. Apa yang penting kita tahu di mana kedudukan kita. Hidup ini juga tak selalunya indah dan tidak selalunya suram. Erin juga berpesan kepada adik, jadilah sebutir mutiara yang bilamana jatuh di darat menjadi sebuah gunung yang indah..Dan apabila jatuh di dasar lautan menjadi sebuah pulau yang sangat cantik.

Sekian coretan Erin untuk tatapan bersama..

Thursday, 19 September 2013

Berpesan-pesanlah Kamu # 3

Assalammualaikum


Cerita : Akukah Yang Tersilap??

Assalammualaikum..

Hai you all, Erin ada satu cerita ni nak diceritakan kepada you all..Cerita ni telah diceritakan oleh seorang kawan Erin..Tak sabar nak tahu ceritanya..Jom baca..

Gambar hiasan google

Aku berkenalan dengan Razif (bukan nama sebenar) melalui laman muka buku (facebook). Dari bersembang biasa di ruangan chatroom, sampailah mengambil tahu tentang hal peribadi masing-masing.. Razif cakap dia single..Aku pula lagilah single mingle.. Memang sesuailah kan..Pada pendapat aku, Razif ni seorang yang sangat 'caring'.. Kira contoh lelaki idaman aku ler.. Kadang-kadang aku berangan juga untuk jadi buah hati Razif.. Ish..berangan betullah aku ni..Tak sedar diri.. Hehe..

Setelah sepurnama berkenalan dengan Razif secara maya. Kami buat keputusan untuk berjumpa buat pertama kalinya..Aku ulang sekali lagi yer..Untuk pertama kalinya..!! Wah kemain girang gemilangnya hatiku ini.. Terasa seperti Cinderella mahu berjumpa dengan putera raja idaman hati..Tambahan pula Si Razif ni memang 'handsome' gituu.. Cair hati aku dibuatnya..Aku ni pula tak ada lah cantik mana pun.. Cuma kurang cantik sikit saja dari barbie doll..Haha..

Okay lah.. Pertemuan kami diadakan di sebuah kafe yang terletak di bandar A. Kafe mana tu..Aku tak payah 'mention' lah ek..First time jumpa, hatiku berdebar tak karuan. Di dalam perut pula seolah-olah ada kupu-kupu beterbangan.. Adoyai..

Aku memakai skrit berwarna biru laut dan berbaju blaus satin kuning keemasan dan bercorak bunga-bunga kecil. Aku juga berselendang  hitam. Entahlah fesyen apa yang aku gayakan ni pun aku sendiri tak dapat nak identifikan. Asalkan aku rasa cantik je, aku belasah pakai..Razif pula 'simple' je pakaiannya. Dia mengenakan kemeja berlengan pendek corak petak-petak dan memakai seluar 'slack' kelabu gelap.

Razif memilih meja makan di hujung sudut kiri. Aku tak kisah di mana pun duduknya.. Jangan di atas lantai sudah ler..Kami duduk berhadapan..Wah mata bertentang mata, youuu...Sesekali aku lihat Razif melurutkan rambutnya yang ala-ala Nick Carter kumpulan BSB tu.. Fuh..!! Nasib baik aku tak jatuh kerusi melihatkan gayanya tu.. Pada mulanya aku diam saja..Sebab kelu lidahku terus membisu..Razif pula menguntumkan senyuman buatku..Aku pun membalas senyumannya.. Maka dok lawan senyum jelah kami ni.. Hehehe.. Tak pe senyum itukan sedekah..

Tiba-tiba..

Taaangg!!

"Ops mak hang datang!!" Habislah, aku melatah pulak. Ni semua gara-gara sudu dan garfu yang dibawa oleh waiter tu terjatuh. Ish.. gopoh dan loklaq betul waiter ni. Gertus hatiku. Seraya itu aku nampak Razif hanya tersenyum melihat gelagat aku melatah. Malu weh.. Huhuhu..

Tak lama kemudian waiter tu pun datang kepada kami dan mengambil order. Aku hanya memesan teh 'O' ais limau. Manakala Razif pula memesan milo ais. Lah..minum milo rupanya dia ni..Macam kanak-kanaklah..Kalau milo ais ni selalunya Fifi anak saudara aku je yang suka pesan jika aku bawa dia keluar makan.

"Eh awak ni suka minum milo ek?? Sama macam anak saudara saya yang umur 3 tahun tu..Saya pula tak berapa suka minum milo ni.." Secara sepontan aku mengeluarkan kenyataan macam tu. Razif pula hanya tersenyum saja diam tanpa jawapan.

Sementara menunggu minuman yang dipesan tu sampai, rancak jugalah kami berbual. Macam-macam topik kami ulas.. Dasyat tak??Hehe..15 minit masa berlalu, minuman yang dipesan pun sampai ke meja kami. Dek kerana terlalu haus, aku terus mencapai minuman yang berada di hadapanku dan meminumnya. Aku lihat Razif tidak menjamah langsung minumannya tu. Kenapa ek??

"Kenapa awak tak minum air tu?" Soal aku..
"Maaf, saya tak minum teh 'O' ais limau..Sebab agak masam." Jujur saja jawapannya. Jawapan Razif itu sebenarnya telah membuatkan mata aku membutang secara tiba-tiba. Aku melihat gelas berisi separuh air yang telah aku minum tadi.. MasyaAllah.. Aku telah terminum air milo yang Razif pesan.. Alangkah malunya aku..

"Tak pa..Saya tahu awak tak sengaja.." Razif bersuara seolah-olah nak cover kesilapanku..Aku pula dah malu sebakul..

Selepas kejadian tu aku dah rasa malu nak berhadapan atau nak berchatting lagi dengan Razif.. Huhu.. Malu weh.. sebab dari awal lagi aku dok kondem dia minum milo sama macam anak saudara aku.. Last-last, aku yang bantai minum milo dia sampai separuh gelas.. Mana mau letak muka ni..

p/s : Kesimpulan dari cerita ni.. Janganlah dok kondem orang tak tentu hala.. Dahlah first time berjumpa..Hehehe..

Wednesday, 18 September 2013

Jenis Cendawan dan Khasiatnya

Assalammualaikum

Siapa suka makan cendawan..?? Sila angkat tangan.. Sedap tak cendawan?? Mestilah sedapkan..Tambahan pula cendawan goreng celup tepung.. Lagilah sedap medap.. Hehe..You all nak tahu tak, cendawan ni pun banyak khasiat tau.. Jom scroll ke bawah dan baca..

 Cendawan Sisir / Kukur

Ia mengandungi Schizophyllan iaitu bahan dalam ubat antitumor dan kanser selain dikatakan dapat membantu meningkatkan system imuniti tubuh, anti-radangan, anti-bakteria, anti parasit dan melindungi hati.
.
Cendawan kukur merupakan jenis cendawan klasik yang selalu ditemui di mana-mana kawasan yang terdapatnya kayu mati terutamanya batang kayu getah dan lain-lain. Disebabkan sifatnya yang tahan lasak, ia mudah tumbuh dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi.

Cendawan Lin Zhi

Cendawan Ling zhi secara semula jadi tumbuh liar di dalam hutan di mana jumlahnya sangat sedikit dan sukar didapati. Ling zhi adalah mikroorganisma berkhasiat semula jadi yang ajaib. Hanya spesis terbaik sahaja yang akan memberikan keberkesanannya kepada kesihatan kita dan mengubati pelbagai penyakit.
..
Di antara khasiatnya ialah melancarkan proses penghadaman, membersihkan darah, meneutralkan bisa, melindungi hati, mengawal atau melawan usus, tonik untuk selesema, mengawal tekanan jantung, menghilangkan batuk, mengeluarkan kahak, mententeramkan fikiran, mencegah kanser dan mengubati resdung.

Cendawan Tiram Putih
Jenis cendawan tiram pula iaitu Abalome atau nama saintifiknya Pleurotus cystidiosus, Pleurotus flabellatus (tiram merah jambu); Pleurotus citrinopileatus (tiram kuning); Pleurotus florida (tiram putih) dan Pleurotus sajor-caju ( tiram kelabu) dikatakan berupaya mengawal atur darah, merendahkan tekanan darah, mengurangkan kandungan glukosa dan lipid, meningkatkan system imuniti bagi melawan jangkitan virus dan bacteria, menghalang pertumbuhan tumor dan agen anti oksida...


 Cendawan Shitake


Shiitake kering diproses dengan cara dijemur di bawah sinar matahari dan perlu direndam di dalam air sebelum dimasak. Walaupun ada yang menganggap cendawan shiitake sebagai sayuran namun sebenarnya cendawan shiitake adalah sejenis kulat yang tidak ada akar, bunga atau biji. Terdapat pelbagai khasiat dan nilai perubatan cendawan shiitake. Antaranya, pelbagai asid amino, banyak vitamin dan mineral seperti vitamin A, B, B12, C, D dan niasin.
..
Kajian mendapati bahawa kebaikan cendawan shiitake adalah disebabkan bahan aktif lentinan yang terdapat di dalamnya. Antara nilai perubatan cendawan shiitake adalah kebolehannya untuk memberi tenaga kepada system imun, menguatkan kebolehan system imun bagi menentang jangkitan dan penyakit.
..
Malah dikatakan lentinan menunjukkan daya efektif yang tinggi daripada sesetengah ubat terutamanya bagi menentang influenza dan penyakit lain. Ia juga diguna sebagai terapi imun untuk kanser paru-paru, usus, serviks dan payudara, merencat kejadian semula kanser, meningkatkan sistem imun dengan merangsang limfusit dan makrifaj melawan bacteria, virus, sel tumor dan toksin.
Cendawan Jarum Emas

Cendawan Jarum Emas dikatakan merupakan agen toksik kepada sel tumor, meningkatkan system imuniti tubuh serta menghalang jangkitan kulat dan virus. Selain agen anti radangan dan aktiviti pelindung gen – menghalang kerosakan DNA.

Cendawan Telinga Kera

Cendawan ini dipercayai dapat merawat gangguan kardiovaskular iaitu memecahkan darah beku didalam jantung manusia. Khasiat lain cendawan ini seperti menurunkan tekanan darah, merendahkan paras kolesterol dan juga lipid. Kajian menunjukkan cendawan jenis ini mampu melindungi kerosakan DNA dan juga antioksidan yang baik. Ada yang mendakwa cendawan ini membantu mengurangkan berat badan.

Redang Island : Erin Kena Paksa Nyanyi Lerr..!!

Assalammualaikum


Huhu.. firstime kena nyanyi depan audience tau.. Nyanyi karaoke pulak tu... Suara Erin sumbang tau.. Tapi kena nyanyi jugak time pergi Redang hari tu.. Ni semua angkara Nurul.. Geram kat Nurul.. Tapi sayang Nurul.. hehe.. sebab tolak Erin ke depan untuk sumbangkan lagu.. Memang sumbanglah baq hang... Hehe

Sebenarnya, tak da wakil perempuan nak nyanyi.. Erin malu sebenarnya.. Tapi try jugak lah nyanyi.. Nak tahu Erin nyanyi lagu apa.. Hahaha.. Lagu sedih kot.. Erin pilih lagu Datuk Siti iaitu Kesilapanku Keegoaanmu.. Haaa sedih tak lagu tu?? Saja pilih lagu jiwang.. Tak kan nak pilih lagu rock pulak kan..Tak sesuai gituuu dengan jiwa I ni..

Nampak dak depa dok gelak tu.. huhu.. piching lari habis.. Suara pulak tergelam timbul.. antara malu dan segannya.. Sabo je lah kan..sambil nyanyi pun rasa nak tergelak.. Whatever lah kan..Erin nyanyi satu lagu je.. Kalau nyanyi banyak lagu risau hujan lebat dan ribut petir pulak nanti..


Habis je nyanyi depa bagi duit.. sebab penyertaan untuk perempuan, Erin sorang je involve..Alamak apsal muka Erin tu nampak teruk sangat dan berminyak giler.. Hehehe.. Hmm.. bantai je lah buh gambar ni.. 

Thanks kepada jurugambar JAT sebab sudi ambik gambar hamba time ni..bolehlah dijadikan kenang-kenangan untuk generasi hamba nanti.. Mana tau nanti boleh tunjuk kat cucu ke.. Aik.. kawin pun belum dah nak ada cucu?? Hehe..Whatever..!! Terima kasih gak kat Nurul sebab berjaya paksa Erin nyanyi.. Dan dapat pulak duit RM50 tu..Sebab tu cakap sayang kat Nurul.. Hahaha...

Keropok Kulit Lembu / Sapi

Assalammualaikum..

Eh apa ni?? Tajuk keropok ni pun you all dah rasa macam makanan asing kan?? Tapi kepada rakyat Indonesia, ia adalah sejenis makanan yang biasa.. First Erin datang ke Kota Bandung, Erin pun rasa macam pelik bila jurupandu pelancong tu cakap macam ni. "Bapak-bapak dan ibu-ibu, nanti jika ketemu snack enak kulik Sapi jangan lupa beli ya? Di Malaysianya enggak ada dan enggak bisa ketemu." Ha.. Erin dah mula garu kepala dah waktu tu.. Keropok Kulik Sapi?? Sedap ke?? 

Then bas paravisata yang kami naiki pun berhenti di suatu geleri yang menjual pelbagai jenis makanan tradisional rakyat Indonesia.. Di peket semua jenis makanan tu ada label.. Erin pun mengambil kesempatan untuk membeli keropok yang dimaksudkan. Tengok orang lain tak beli pun.. Apsal Erin je beli ni.. 

So, dengan rasa ragu-ragunya Erin pun  tanyalah kepada jurupandu pelancong tu.. "Bapak oh bapak, ini halal enggak?? Saya ni Muslim." 

Lalu dia pun berkata.."Ya, bisa-bisa..Halal saja..Muslim bisa makan..Semuanya halal." Bila sudah dapat kepastian barulah Erin beli.. 

Lepas tu Erin tanya dia lagi.. " Snack ini macam mana mahu bikirin??" Haha..Sekali Erin pun kecek Indon jugak dengan dia.. "Itu kulitnya sapi, disiat-siat, dikering lantas dibuat buatnya snack. Pastinya digoreng.." Oh begitu.. Sapi tu lembulah.. di sana depa panggil sapi.. 

Itik pulak depa panggil bebek..Arnab dipanggilnya kerinci..Sebut bab kerinci ni.. Memang banyak dijual disepanjang jalan ke Tangkuban Perahu.. Entahla, mana depa dapat arnab sebanyak itu.. semuanya sudah disiang..Ada berani makan?? Hahaha.. You all tak pernah makan arnab..Erin dah pernah rasa.. sedap jugak lah...!!

Nilah rupa keropok Sapi tu.. Enak dimakan begitu saja.. Hehe

Kat kedai kopi pun banyak diletakkan.. sepeket kecil harga RM 1 kot.. Tapi guna rupiah Erin tak ingat sebab sepanjang berada kat sana Erin memang pening skit nak convert matawang ni.. Pernah jugak nak bagi banyak rupiah kat pengamen..Nasib kawan Erin tegur.. Yelah tengok duit ribu riban.. manalah tahu nak bezakannya.. Hmm.. itu je lah cerita tentang snack lembu / Sapi ni..Kalau you all berkesempatan ke sana, try lah rasa snack ni.. :-)

Makanan Orang Dulu-dulu Vs Orang La ni

Assalammualaikum


Cer teka apakah makanan pada gambar di atas?? Apa tak tahu?? Ni lah dikatakan orang la ni.. atau orang zaman sekarang, makanan zaman dulu-dulu pun tak tahu.. Memang susah nak jumpa jual di kedai.. Tapi hangpa jangan tak tau.. Still ada lagi yang menjual makanan favourite orang dulu-dulu.. Ni lah ubi kayu rebus atau kukus yang dimakan bersama nyior parut yang digaulkan dengan garam dan gula.. Sedap baq hang..

Ginilah al-kisahnya.. Setiap pagi jumaat, Erin dan Mama Erin akan pergi ke pasar untuk membeli lauk pauk yang mentah.. Di tepi-tepi pasar tu ada Pasarina..Alah macam Pasar Tani tu.. Ada jual macam-macam segala bagai.. Sambil cuci mata.. Nah hai..ternampak pulak ada sepasang suami isteri ni dok jual jagung kukus bercawan.. Rupanya depa ni ada juga jual ubi kayu kukus bersama nyior parut.. Harga pun tak mahal, sebekas penuh ubi kayu tu berharga RM2 sahaja.. Mama cakap kat Erin bahawa makanan ni makan orang dulu-dulu.. Kalau makan ni kena minum air kopi panas.. Memang best lah..So, Erin pun beli sebekas untuk dibawa pulang.. Bila makan...Mmmmm.. Sedapnya.. Rasa macam nak beli banyak bekas.. Hehe..

Tetapi zaman la ni.. Orang lagi suka makan ni.. Cer tengok gambar kat bawah ni..


Ha orang zaman la ni suka sangat makan makanan yang manis-manis macam Donut ni.. Tengok pun dah naik gerun.. Segala bagai pewarna ada.. Gula apa yang digunakan pun tak tahu.. Kalau orang zaman dulu-dulu tengok mesti tekak depa tak dapat nak terima..Apa pun bila ada yang baru, yang lama jangan dilupakan.. Makanan orang dulu-dulu pun enak.. kenapa tidak difrancaiskan yer??

Thanks for reading N leave your comment :-)

Monday, 16 September 2013

Sajak : Coretan Rasa Seorang Hawa

Assalammualaikum



Jika kekayaan yang engkau pinta,
Aku bukan orangnya,
Jika kecantikan yang engkau damba,
Aku bukan orangnya,

Jika kebijaksanaan yang kau pinta,
Aku bukan orangnya,
Jika kesempurnaan yang kau idam
Aku juga bukan orangnya,

Aku hanya seorang gadis yang tidak berpunya,
Aku juga bukan seorang gadis yang begitu sempurna,
Aku hanya punyai sekeping hati yang penuh dengan rasa cinta
Aku hanya seorang gadis yang memerlukan pelindungnya..

Jika dahulu Adam memohon agar diadakan Hawa,
Kenapa Hawa hadapi sendiri dunianya
Jika Adam mahu ada peneman hidup bersama,
Begitu juga Hawa tidak mahu keseorangan walaupun di dunia..

Karya : Puteri Airyn Sept 2013

Dinner Besday Party

Assalammualaikum..


Hai semua.. Malam ni tak da entri apa pun nak tulis.. Cuma nak publish picture yang Erin rasa macam okay skit nak show kat blog ni.. Ni Erin dengan mama masa kami hadiri majlis birthday party anak cikgu sekolah Abah. Majlis ni diadakan pada Jumaat yang lepas.. sebenarnya banyak lagi gambar.. Tapi risau plak nak publish gambar baby girl tu.. Comel baru berusia 2 tahun.. Majlis ni diadakan di sebuah restoran (nama restoran tu Erin tak ingat pulak) Tapi berhadapan dengan Hotel Tabung Haji di Kepala Batas berdekatan dengan airport..

Tu je pun nak cerita.. haha.. nampak sangat macam tak da idea nak menulis.. Sebenarnya hari ni Erin tak da mood langsung.. Satu hari asyik sedih saja.. Kadang-kadang dalam senyuman itu tersarat dengan kepiluan.. Tetapi.. senyum tetap kena senyum.. Dalam nangis pun orang bila hadapan orang lain kita tetap kena senyum.. Bila orang tanya, kenapa ni?? Jawab saja tak ada apa-apa.. Tak mungkin rahsia hati terbongkar dengan begitu mudah.. Biar derita dan kesedihan itu jauh di dasar hati..

Sekian..TQ yer sebab you all selalu baca dan komen di blog Erin ni..Terima Kasih yang tak terhingga..

Pesanan Buat Adam

Assalammualaikum..

Gambar FB

Benar tak kata-kata ni? Sekeras-keras hati perempuan.. Tetapi tetap hati tisu.. Kerana sifat semulajadinya yang cepat jatuh hati.. Lelaki pula, janganlah dok testing testing ye.. Kononnya bila perempuan itu jual mahal..Lelaki tu sedaya upaya usaha untuk menawan hati perempuan tu..Bila dah perempuan itu tertawan dan jatuh hati.. Lelaki tu cakap..Tak apalah saya bukan mahukan awak.. Tapi sekadar testing je.. Mahu tak menangis perempuan tu.. Sepatutnya bila dah dapat tu jagalah perempuan itu sebaiknya.. Jika tiada hati atau nak testing saja baik cakap dari awal-awal lagi sebelum perempuan itu jatuh hati.. Sekian..

PonTiaNaK DaLaM KeReTa

Assalammualaikum

Asal sebut pontianak je mesti  takut.. Ye lah Hantu kan suka mengusik manusia..Padahal bukan ada apa pun..Kalau lah you all sedang pandu kereta di malam yang sepi seorang diri pulak tu..Melalui pula jalan yang berliku dan dikelilingi hutan rimba di kiri kanan jalan.. Rasanya mahu terkeluar semua ayat hafazan kan.. Jam ditangan sudah menunjukkan pukul 2 pagi..Walau macam mana pun kena pergi juga ke tempat tu.. Tambahan melalui jalan yang suram.. Mak ai meremang bulu roma ni..

Jom saksikan video ni..Kasi you all gerun sikit.. Hehehe..


Haa.. amacam dah tengok..?? So, kesipulannya boleh andaikan sendiri kan..okay selamat berhibur..Hehehe....Ops dah gelak macam Cik Ponti pulak..

Sunday, 15 September 2013

Cat Possing?

Assalammualaikum

You all ingat manusia je ke yang pandai possing..Kucing pun pandai tau.. Contohnya macam kucing kat gambar di bawah ni.. Pantang je Erin minta dia untuk snap gambar..Pelbagai aksi dia buat.. Sebenarnya kucing ni Erin jumpa masa pergi makan di suatu kedai makan di Perlis..
Jom layan kucing ni possing.. Lihat gambar-gambar ni untuk hilangkan stress.. Hehe







Sekian.. Tata kucing yang kiut miut..Thanks yer sebab sudi jadi model lensa kamera Erin..
Kalau umur panjang kita akan berjumpa lagi.. Entah bila entah nak jumpa lagi kan kan.. Hehe

Berpesan-pesanlah Kamu # 2

Assalammualaikum..


Destinasi : Jerai Hill Regency

Assalammualaikum...

Hai you all.. kali ni Erin nak bawa you all jalan-jalan kat Jerai Hill Resort.. Tapi jejalan dalam blog Erin je lah ye.. Eden tak mampu nak buat trip untuk you all.. Hehehe..


Sebenarnya gambar ni dah lama tertimbus di dalam geleri handphone Erin yang tak canggih ni.. Hehe.. Qodek punya Qodek..Terjumpa semua gambar-gambar ni.. So, apa lagi idea mulalah menterjah mindaku ini untuk dipaparkan segala memori ke blog puteriairyn ni..Gambar katil tu cantik tak?? Tersusun kemas je kan..Satu chalet adalah untuk dua orang..Time ni Erin datang untuk berkursus..Yelah kerja di bawah Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah kan.. Kursus pun class gituuu..



Bilik air yang menakjubkan.. Cantiknya.. Rasa macam nak mandi selalu je..Lihat kat bawah tu ada batu-batu kecil..Cermin pun besar dekat sinki tu..


Hehe.. Malam-malam sejuk tau atas gunung ni.. Erin pakai stokin yang berjari tu.. Hehe.. Baju tidur telah disediakan oleh pihak Resort..Just sarungkan je ke badan bila time nak tidur

Amacam?? Cantik tak pemandangan di Gunung Jerai ni?? Bikin hati tenang saja. You all nak tahu tak, Gunung Jerai ni terletak di dserah antara Kuala Muda dan Yan. Tinggi Gunung Jerai ni ialah 2,107 Meter. Ada dua cara untuk sampai ke Resort ni. Pertama menaiki kenderaan seperti van dan kereta.. yang kedua ialah dengan berjalan kaki.. Lambat jugak lah nak sampai kalau berjalan kaki.. Mahu 5 jam atau 6 jam..Bas tak boleh daki ye Gunung ni sebab banyak selekoh.. Karang tak pepasal jatuh gaung..


Ni pulak model yang tak diiktiraf..Possing sakan.. Hehe.. Tapi bangunan kat belakang tu cantikkan??


Dari atas Gunung Jerai ni, you all boleh nampak pemandangan sekitar daerah di Negeri Kedah ni.. View yang sangat cantik hanya terdapat di Gunung Jerai saja..



Cuaca yang suram dan sejuk mampu membangkitkan suasana yang begitu mengusik jiwa..Masih ingatkah kita tentang mitos asal usul Gunung Jerai ni yang dikaitkan dengan Merong Mahawangsa? Di Gunung ini telah dikhabarkan bahawa terdamparnya kapal milik Merong Mahawangsa. Sepihan kapal itu menjadi batu besar yang di beri nama 'Batu Kapal'. Erin sendiri pernah melihat Batu Kapal ni. Bila diketuk batu itu ternyata seperti mengetuk gong kerana mungkin isinya kosong. Kenapa Kapal Merong tu jadi batu? Ni semua angkara Sang Kelembai..You all mesti tahukan cerita tentang kuasa Sang Kelembai ni.. Asal menegur terus yang ditegurnya itu menjadi batu..



Kalau datang ke Gunung Jerai ni.. You all tak perlu risau sebab banyak pakir kenderaan disediakan. Jika guna kenderaan sendiri, make sure breknya berfungsi dengan baik yer.. Risau nanti naiknya okay.. Turunnya enggak bisa pula.. Hehe..


Siap ada taman untuk beriadah lagi di sini..Bunga-bungaan di atas Gunung Jerai ni tak payah cakaplah.. Memang teruja mata yang memandang. Tapi jangan dipetik sesuka hati yer..


Okay ini pula tempat penginapan yang berbentuk apartment..So, boleh pilih nak yang berbentuk chalet atau apartment. Terpulang kepada citarasa masing-masing.. Cuma harga Erin tak tahu sebab tak sempat nak grap flyers tentang Resort ni.. Ye lah ongkosnya semuanya pihak kantor yang bayar.. Erin pergi menginap saja..


Ni adalah jalan menuju ke Restoran yang ada di Resort ni.. Jangan tak tau Resort ni dilengkapi dengan cyber cafe dan juga tempat family snoker yang terbuka.. Haa.., mainlah you all sampai lebam yer..Okaylah setakat itu saja yang mampu Erin ceritakan dalam paparan entri kali ni..tentang Gunung Jerai ni.. Kalau ke Kedah jangan lupa datang ke sini ya..!!



Sajak : Fighten !!

Assalammualaikum

Pertembungan ini bisa memisahkan kita
Persengketaan ini mampu menghilangkan ukhwah 
Perdebatan ini mampu meleraikan suatu ikatan
Perkelahian ini mampu merosakkan segalanya


Sajak : Hilang Segala

Assalammualaikum

Terkasima aku menghadapi natijahNya
Terlopong aku mendengar bisikanNya
Terkedang aku menerima lamaranNya
Terbutang mataku melihat kelamnya dunia

Bukan aku menidak jika hijab sudah terbuka
Bukan takut aku hadapi kelak hilangnya dunia
Bukan aku ingin berlari dari apa yang telah nyata
Bukan aku dan bukan aku yang tentu segalanya

Ku terima takdir yang aku pergi jua
Pergi mengadap Maha Pencipta
Jika nyawa pinjaman semata-mata
Apa diperuntuk adalah amalan di dunia

p/s : Semoga sajak / puisi ini mampu menyedarkan kita bahawa siapalah kita hanya pengembara dunia yang perlu menanti bila-bila masa dipanggil mengadapNya.. Mampukah kita menjadi seperti yang dikehendaki. Diwujudkan dalam suci dan dikembalikan juga dalam suci meskipun hidup di dunia yang penuh warna-warni.. Sekian..

Karya : Puteri Airyn Sept 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer