My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Tuesday 12 November 2013

SAKIT ITU KIFARAH

Assalammualaikum..

Hai semua.. Dah tidur ke?? Awal lagi kot baru pukul 11.00 malam kan..You all mesti perasankan yang Erin sekarang ni dah jarang sangat nak update entri kat blog ni.. Sebenarnya Erin sedang beri keutamaan kepada kerja Erin di Office.. Bila balik je rumah dah penat.. Selalu Erin akan balik dari Office sekitar jam 7 malam.. Pergi Office pukul 7 pagi dan pulang 7 malam.. dasyat jugak tu kerja 12 jam.. Nasib tak 24 jam.. 

Kepada adik-adik yang ikut program ke Gunung Angsi hari tu, maaf ye sebab Kak Erin belum sempat nak habiskan cerita part-part kita masa program tu.. InsyaAllah, Kak Erin akan cari sedikit waktu untuk update entri berkaitan program mendaki Gunung Angsi tu..

Pada malam yang dingin ni..Erin ingin kongsikan sedikit pandangan Erin berkaitan perubatan secara Islam..

Paling mudah diamalkan ialah.. Jika sakit, perbanyakkanlah membaca surah al-Fatihah dan minumlah air syurga yang ada di muka bumi ini yakni Air Zam Zam..

Sesungguhnya sakit itu datang dari Allah SWT dan ubat penyakit itu juga dari Allah SWT.. Sakit itu merupakan kifarah yang Allah turunkan kepada kita untuk menguji hamba-hamba NYA yang dikasihi.. Apa lagi yang kita harapkan melainkan kasih sayang NYA dan keredhaan NYA.. Ketika sakit itulah kita sentiasa menginagati Allah.. Waktu sakit itulah kita beasa dekat dengan Allah.. 

Ketika menahan kesakitan di bibir hanya mampu bertasbih dan menyebut nama Allah.. Allah amat suka akan hamba-hamba NYA yang sentiasa menyebut namaNYA dan mengingatiNYA.. Sakit itu ujian.. dan waktu itu kita segera bertaubat akan dosa-dosa yang kita telah lakukan.. Sememangnya manusia itu tidak terlepas dari melakukan kesalahan.. Jika tersilap langkah, segeralah kembalilah bertaubat dan berjanji tidak akan melakukannya lagi pada masa hadapan.. (Taubah Nasuha) Sesungguhnya pintu taubat masih terbuka sehingga nafas yang terakhir.. Begitu sayangnya Allah SWT kepada kita..


Sunday 10 November 2013

Cabaran Gunung Angsi Negeri Sembilan (Part 1)

Assalammualaikum..

Hai you all.. Apa khabar?? Semoga sihat hendaknya.. Dah dekat seminggu dah Erin balik dari XPDC Gunung Angsi..Tapi sekarang baru ada mood nak update entri pasal ni..


Pada 31 Oktober 2013 yang lalu satu program Stimulus Pelajar telah diadakan.. Program ni di bawah Jabatan Pelajaran Daerah Kota Setar dengan kerjasama Pusat Kokurikulum Negeri Kedah dan juga Erin Adventure.. Beberapa buah sekolah di sekitar Daerah Kota Setar telah menghantar wakil seramai 2 atau 4 orang pelajar bagi menyertai program ni.. Keseluruhan peserta adalah seramai 30 orang iaitu 12 orang perserta perempuan dan 16 orang peserta lelaki.. 


Kami bertolak dari Alor Setar ke Negeri Sembilan pada pukul 2.00 Petang dan tiba di Kem Pusako Hassan Basir Negeri Sembilan pada pukul 1 pagi.. Lenguh beb sebab sepanjang perjalanan berada di dalam bas.. Kami singgah di beberapa kawasan rehat dan rawat di sepanjang lebuhraya..

Ketibaan kami bukan saja disambut oleh jurulatih-jurulatih Kem Pusako.. Tetapi disambut juga dengan hujan rahmat yang begitu lebat sekali.. Sampaikan nak turun dari bas pun berasa payah.. Itulah permulaan cabaran kami semua..

Setelah diberi taklimat oleh jurulatih Kem Pusako iaitu Encik Kudus.. Kami bergerak ke Asrama Penginapan.. Di Kem Pusako terdapat dua asrama penginapan iaitu untuk peserta lelaki dan peserta perempuan.. Sudah dimaklumkan dari awal-awal lagi..Kami terpaksa mandi memnggunakan kolah yang besar dan cebok gayung..Mencabarkan.. Sebelum ni mesti kat rumah mandi pakai shower.. Di kem tu terpaksalah guna cebok beramai-ramai..Suatu pengalaman yang mahal kan??


Ni time kuliah subuh.. Input yang berguna disampaikan oleh ustaz (Pengetua SMA Darussaadah)


Aerobic time.. Haa..goyang tangan dan kaki biar longgar semuanya.. hehe



Para peserta bertungkus lumus memanjat tembok.. Cayok cayok..


Peralatan untuk wall climbing..


Wah.. peserta perempuan pun tak kurang juga hebatnya..

Pada keesokan paginya (1 November 2013) bermulalah aktiviti-aktiviti yang dikendalikan oleh jurulatih-jurulatih Kem Pusako dan jurulatih-jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri Kedah. Antara aktiviti yang best sangat tu ialah wall climbing, berkayak dan flying fox.. Haa.. extrem oo.. Erin tak dapat cuba semua aktiviti tu sebab keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.. Memang teringin sangat nak cuba.. Tak apalah next time ada lagi kan..


Kayak time...

Sebenarnya aktiviti yang sepatutnya diadakan pada hari tersebut ialah lawatan ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.. Tetapi memandangkan semua pelajar Kolej Matrikulasi tersebut bercuti semester.. Maka aktiviti riada seperti wall climbing , berkayak dan flying fox diadakan.. Wah bukan main enjoy lagi semua peserta.. Itu semua menjadi pengalaman yang berharga kepada mereka. Bukan senang nak dapat joint aktiviti sebegini kan..


Pada sebelah petangnya, peserta diberi taklimat persediaan mendaki Gunung Angsi. Beberapa amanat dan pesanan diberikan oleh para jurulatih kepada peserta XPDC.. Mereka juga diberi nota SOP tentang aktiviti mendaki. Bukan senang jurulatih ni nak bagi SOP ni tau.. Bertuah betul mereka ni..

Okay.. Bersambung....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer