My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Saturday, 12 April 2014

Telur Halang Kanser Payu Dara

Assalammualaikum..

Hai you all.. Masih dalam mood kesihatan lagi ni.. Erin suka kongsi tentang kesihtan.. Kesihatan sangat penting kepada kehidupan kita.. Jika kita sakit apa kerja pun tak dapat dilakukan sendiri.. Kemudian menyusahkan orang lain.. Betul tak??

Sebut je tentang kanser.. Mesti ramai yang takut.. Ye lah penyakit tu dapat membunuh kita dalam jangka masa yang singkat.. Sesiapa pun tak mahu kena kanser.. Tapi cara pemakanan kita, gaya hidup yang kita amalkan.. Selarikah dengan keperluan kesihatan kita? Tepuk dada.. Tanyalah hati..



Sambil belek-membelek majalah i-sihat.. Erin terbaca suatu info berkaitan telur..Dikatakan pengambilan telur ayam berkemungkinan membantu dan menghalang kanser payu dara. Berdasarkan kajian, wanita yang mengambil sekurang-kurangnya enam biji telur ayam dalam seminggu mampu merendahkan risiko penyakit itu.

So, lepas ni.. makanlah telur ayam banyak-banyak ye kaum wanita..Tapi yang kolestrol tinggi tu makan telur ayam berpada-pada sebab telur kuning mengandungi lemak yang tinggi.. Sebolehnya amalkan pemakanan secara bersedehana.. Wassatiah gitu..

p/s : Entri sebelum ini : Lunas Hutang Dengan Bersedekah

Lunas Hutang Dengan Bersedekah?

Assalammualaikum..

Hai you all yang Erin sayang sekelian..Sebelum tu Erin nak tanya.. Siapa yang tak pernah berhutang? Cuba angkat tangan sekejap.. Eh, macam Erin dapat lihat je jika you all angkat tangan kan? 

Jawapan kepada pertanyaan Erin tu.. Mesti tak adakan... Sedangkan nyawa kita pun kita pinjam dari Allah SWT.. Sampai masa ianya akan dipulangkan semula.. Kena ingat tu yer.. Jangan mendabit dada bahawa kita punya segala.. Tak ada satu pun di dunia ini kita yang punya.. Semuanya Allah Yang Maha Esa yang punya..

MELUNASKAN HUTANG DENGAN BERSEDEKAH?

Siapa pernah baca buku mini Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR) yang ditulis oleh Encik Fathuri Salehuddin? Kalau you all ada memiliki buku ini pastinya you all sudah tahu akan apa yang bakal Erin tulis ni kan..


Mukhadimmah kepada tajuk ini :

Melalui surah al-Baqarah ayat 280 yang bermaksud "Dan jika (Orang yang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan, dan menyedekahkan (Sebahagian atau semua hutang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui."


Erin pernah terbaca tentang roh yang tergantung dan tak dapat masuk syurga selagi hutangnya belum dilansaikan.. Nauzubillahiminzalik.. Semoga kita semua berusaha untuk melunaskan hutang piutang kita selagi termampu.. Seperti yang pernah belajar dengan menggunakan perkhidmatan PTPTN.. Silalah lunaskan hutang kita.. Cewah.. Erin sendiri pun kadang-kadang skip juga dari membayar hutang PTPTN ni.. Sekrang ni dalam proses untuk buat potongan hutang tersebut melalui gaji. Lagi senangkan..

Sedekah itu suatu yang ajaib bukan? Seringgit yang you all sedekahkan tu, akan digantikan dengan RM10.. Percaya atau tidak? Harus percaya kerana rezeki itu milik Allah.. Allah lagi suka apabila kita berbuat kebajikan. Apabila wang yang diperolehi itu (Hasil sedekah) kita gunakan pula untuk melunaskan hutang.. Tapi manusia selalu lupa apabila diperolehi rezeki yang banyak.. Kita jadi lupa dan pentingkan diri sendiri. Dahlah penting diri lepas itu jadi sombong pula tu. Memang nak bagi Allah murka.. 

Antara kisah yang Erin nak kongsi di sini ialah pengalaman yang Erin sendiri ... Memang Allah itu Maha Berkuasa Maha Mengetahui dan Maha Pemurah..

Suatu hari Erin dapat panggilan dari seorang kawan Erin. Dia mintak pinjam duit dalam RM50 macam tu. Tapi masa tu, Erin pun ada masalah kewangan juga. Tapi Erin bagi juga duit RM20 kepada dia dan Erin cakap tak payah bayarlah sebab Erin tahu dia amat memerlukan duit ketika itu. Dan tak sampai sehari Erin dapat panggilan daripada pelanggan Erin yang dia nak beli Minyak Kelapa Dara yang Erin jual tu dalam kuantiti yang banyak.. Alhamdulillah rezeki datang selepas kita bersedekah.. Waktu tu Erin sampai tak terkata apa.. Sebab sebelum ni tak pernah ada orang yang nak beli produk tu dengan kuantiti yang banyak.. Syukur..!!

Sesungguhnya sedekah itu pembuka pintu rezeki.. Oleh itu janganlah kita kedekut dan jadi macam Haji Bakhir yer.. Ingat rezeki itu Allah yang punya.. Kita tiada hak.. Sebolehnya kita perlu berbuat kebaikan dengan rezeki yang Allah salurkan kepada kita.. Dan yang penting lunaskan hutang dahulu...InsyaAllah ada keberkatan hidup di situ... Allahuakbar..!!

Jangan lupa baca entri Erin sebelum ni.. Say No To Salt

Say No To Salt

Assalammualaikum.

Hai you all...Why i choose that title? Say No To Salt.. As we know.. Without salt some meal have no taste.. Right?? But we didn't know the salt can kill us.. Why?? Because it can attct our heart.. So be careful with your meal..

Cewah.. kecek Inggeris gitu.. Hehehe..


Menurut pakar perubatan cina, jika kita mengamalkan pengambilan garam secara berlebihan nadi kita akan mengeras.. Oleh sebab itu terjadinya tekanan darah tinggi.. Atau 'High blood Pressure'..Bahaya sangat penyakit darah tinggi ni sebab ia akan mendorong kepada sakit jantung dan juga merosakkan buah pinggang dan seterusnya stok..


Keputusan kajian yang dijalankan di negara ini iaitu secara puratanya berjumlah2,575 mg/ sehari di kalangan individu dewasa..

Sebolehnya you all tak payahlah selalu sangat makan di kedai atau restoran sebab kita tak tahu kuantiti garan yang mereka gunakan dalam masakan. Kalau nak sedap memang sakitlah orang cakap.. Yang tak sedap tu ubat...Selain tu garam juga boleh mengakibatkan ulser perut.. Mintak simpang and Nauzubillahiminzalik..

Makanan yang tinggi garam

Sos berperisa seperti kicap, sos cili/ tomato dan sos tiram
Kiub dan stok makanan
Sos salad dan mayonis
Makanan dalam tin
Keropok dan mee segera
Makanan segera seperti nauget dan sebagainya

Garam dalam makanan yang diawet

Telur masin
Ikan Masin
Buah-buah jeruk
Udanmg kering
Belacan
Ikan pekasam

P/S : Kalau boleh jauhi makanan seperti ini demi menjaga kesihatan kita.. Mencegah lebih baik daripada mengubati.. 

Tuesday, 8 April 2014

Cantik, Tak Jemu Mata Memandang

Assalammualaikum..

Hai my dear sekelian..Tengah buat apa tu malam-malam gini?? Apa dok tengok TV? Tak best.. Mai layan blog puteriairyn ni lagi best.. 

Sebenarnya..Bukanlah Erin ketandusan idea nak penulis perkara lain yang lebih berfaedah dan memberi manfaat.. Cuma malam ni Erin nak publish gambar-gambar menarik di sekitar Kuala Sungai berhampiran Kuala Kedah.. 

Cantiknya pemandangan sampai tak tau nak habaq.. Hehehe.. Yang pakai baju kurung pink tu Erin lah.. Tetiba mood pink pulak kan.. Waktu ni baru balik dari pejabat.. Kemudian Abah dan Mama ajak keluar gi jalan-jalan.. Apa lagi teruja habislah kan..Tumpang single ni.. Jalan sepuas-puasnya dengan Abah dan Mama.. Nanti dah kahwin gi jalan-jalan dengan Hubby pulak kan.. Tak gitu??




Sunset yang sangat menakjubkan.. Dengan menggunakan kamera telefon je ni..Tapi cantikkan gambar ni??



Ni gambar anak ketam.. Banyak betul anak-anak ketam kat tepi kuala ni.. Nasib tak jumpa mak pak ketam.. Kalau tak, dah lama cek buat ketam masak masam manis..


Ni pemandangan kat tepi Kuala Sungai




Itu je pun yang Erin nak show off pada entry kali ni..Next Entry?? Tungguuuuuu....!!!

Monday, 7 April 2014

Flavettes Vit C Effervescent

Assalammualaikum.. My dear sekalian.. 
Cewah, nak panggil you alls my dear lah.. Mood cinta gitu kan kan..


Eh.. Apa ni?? Ni vitamin C yang selalu Erin ambil pada setiap pagi.. WAJIB okay !!

Setiap orang wajib ambil vitamin C untuk kecantikan dan menjaga kesihatan dalaman dan luaran.. Vitamin C mencegah kita daripada serangan penyakit dan virus.. Tengok orang lain kena selsema dan batuk... Kita okay aje sebab dah maintain dengan vitamin C.. Shuh..Shuh semua kuman dan virus segala bagai kan.....

Now i want to explain about benefit of Flavettes

(Sorry tau sebab Erin beri penerangan dalam bahasa Inggeris)
(Orang Putih cakap PRACTICE MAKE PERFECT)

What is Flavettes Vitamin C Effervescent?

Flavettes Vitamin C Effervescent and Calcium + Vit D is used as a dietary supplement to meet increased Vitamin C and Calcium needs

Calcium is the mineral most closely linked with vitamin status. It is indispensable for the growth and development of bones. Calcium deficiency is common and an adequate supply of this mineral is therefore very important. Vitamin D plays a major role in calcium absorption and bone health.

Instruction

Dissolve one tablet in a glass of water, the effervscent tablet makes a pleasant orange tasting drink

Sunday, 6 April 2014

MH370 : We Have a Pulse

Assalammualaikum..


As the biggest, most complex and most expensive search in aviation history enters its 30th day, China has reported detecting a 'pulse signal' in the southern Indian Ocean. Although it is yet to be confirmed that the signal picked up by the patrol ship Haixun 01 is linked to the missing MH370, it has raised hopes that the plane could be found. - SUNDAY STAR

Berikutan berita yang Erin baca menerusi Sunday STAR ni.. Harap-harap pencarian tersebut dipermudahkan dan kita semua tahu jawapannya secepat mungkin.. Hari ni genaplah 30 hari kita semua kehilangan pesawat MH370.. Kos pencarian MH370 dijangkakan menjadi kos yang termahal dalam sejarah penerbangan.. Walau bagaimanapun.. Terima Kasih kepada negara-negara lain yang sudi membantu Malaysia.. Terutamanya Australia.. Semoga kita semua temui MH370..Semoga Allah SWT permudahkan proses pencarian..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer