My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Saturday 14 September 2013

Apa Yang Ada Di Tanjung Dawai?

Assalammualaikum

Hai you all pernah datang ke Kedah dan pergi ke Tangjung Dawai tak?? Kalau nak tahu Tanjung Dawai ni adalah seberang dari Pantai Merdeka..Lagu Cinta Di Pantai Merdeka pernah dengar tak?? Mestilah pernah kan.. Jom kita gi jalan-jalan kat Tanjung Dawai ni.. Pemandangan lautnya cantik jugak lah, tapi tak boleh bermandi manda yer..


Cantik tak view kat sini??Lepak-lepak tenangkan fikiran pun okay jugak kan.. Sambil kita bersantai sambil kita makan kuaci..Angin pula sepoi-sepoi bahasa gituuu..Nyaman sekali..!!

 Untuk pengetahuan you all kat Tanjung Dawai ni ada menjual pelbagai jenis hidupan laut yang telah dikeringkan. Tengoklah ikan gelama yang telah dikeringkan. Ada juga ikan perap yang masam.. Sedap jika dimakan bersama nasi panas.. Terbaik baq hang..!!


Ni pula keropok lekor..Eh ingat dekat Klate dan Ganu je ke ada keropok lekor ni..Kat Kedah pun adooo.. Buktinya , cuba you all datang ke Tanjung Dawai, pasti jumpa. Sedap juga keropok lekor yang dijual di sin..


 Haaa.. Harga sepeket keropok lekor ni ialah RM 10 sahaja..Tak tahu pula kalau sekarang ni dah naik harganya sebab harga minyak petrol pun dah naik kan..Jadi harga segala barangan lain juga terkesan..Mari,mari,mari beli..!! balik rumah boleh goreng meh..


 Oh sibuknya my daddy and my mummy dok pilih nak beli yang mana..


Wah ikan bilis..Sedap ni dimasak sambal tumis..Tambahan makan dengan nasi lemak pulak.. Wow..Marvelours..Sedap hingga menjilat jari tangan..


 Sotong  kering, pari kering semuanya ada.. Mai pilih saja dan bayar.. Hehe


 Wow..sihat-sihat gituu ya kamu Si udang kering..


Akhir sekali ialah menu terbaik dari lautan.. Masakan semuanya seafood.. Sebab di Tanjung Dawai ni ada gerai masakan laut..Semuanya bakar-bakar gituu.. Auuumm.. Sedap.. Haipp..!! Baca bismillah dulu sebelum makan yer.. Nak tahu harga makanan kat sini semuanya berpatutan.. So, bila datang ke Kedah, jangan lupa eh singgah ke Tanjung Dawai ni yaa.. Lokasi Tanjang Dawai adalah berhampiran dengan Singkir Laut dan juga Merbok..

Sekian.. Terima Kasih Kerana Sudi Baca dan Tinggalkan komen..

Katakan TIDAK Kepada Rasuah

Assalammualaikum

Uish bagusnya kucing ni.. Siapa tuan dia ek?? hehehe..
(Ni kucing kat pasar yang Erin jumpa)
Tengok ler Kucing ni tak ambil rasuah ooo..

The simple thing yang kita nampak berkaitan amalan rasuah ini adalah memberi dan menerima. Tetapi kesannya kepada amalan rasuah ini melibatkan penindasan kepada banyak pihak dan kesannya boleh membawa kepada kemudaratan yang amat dasyat. Kemudaratan ini terkesan kepada masyarakat, ekonomi negara dan juga sosial..

Jom baca sikit tentang definisi rasuah ni..

Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Dari segi definisinya sendiri sudah menggambarkan tentang keburukan pengamalam rasuah. Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa singkat. Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka. 

p/s : Oleh itu, janganlah memberi dan juga janganlah menerima jika ia boleh menyebabkan penindasan kepada orang lain demi kepentingan sendiri. Lihat gambar kucing di atas, walaupun disogok dengan ikan yang besar, ia masih mampu mempertahankan imannya.. Ingat..!! Iman adalah mutiara..!!

Segmen 1st Mama

Assalammualaikum


Ni first segmen dari Mama a.k.a As.. Ni pula first segmen yang Erin join.. Nak support kawan-kawan kan.. So, Erin pun joint..Kata-kata semangat kepada Mama As.. Semoga terus ceria dan Happy Blogging.. Perkenalan ini walaupun hanya di alam cyber mungkin suatu hari di alam nyata.. :-)

A) Mulakan dengan menepek gambar yang direka khas ini di entry anda. 
B) Linkkan terus ke blog mama lah.. seperti biasa anda selalu buat tu...
C) Jangan lupa follow mama, semuanya seperti biasa juga...
D) Nak buat entry atau tidak mama tak kisah... janji anda join cukup dah..
E) Letak tajuk " Segmen 1st Mama "
F) Like Facebook mama ye, sebelah tu je.. hihi (Takde fb pun takpe)
G) Tinggalkan URL blog anda diruang komen.

Segmen Mama akan tutup pada 30hb September 2013. Mama mencari 15 pemenang bertuah. Pemilihan berdasarkan random. 

Cinta Suami Isteri

Assalammulaikum..

Apsal eh sejak akhir-akhir ni macam banyak pula kisah cinta yang Erin nak kongsikan dengan you all.. Harap-harap you all sudilah untuk membacanya yer..Erin pun tak pandai sangat mengarang.. Bolehlah sikit-sikit merangkak..


Cerita ni berkisahkan tentang sepasang suami isteri yang miskin. Mereka tinggal jauh di pedalaman. Si suami hanya bekerja sebagai pengutip buah-buahan di dusun. manakala Si isteri mengambil upah membasuh pakaian. Hidup mereka daif, kais pagi makan pagi kais petang makannya petang. Malam pula kadang kala mengikat perut. 

Pasangan ini tidak dikurniakan anak. Walaupun begitu mereka berdua tetap bahagia. Mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Kasih sayang mereka tidak pernah berbelah bagi. Kesetiaan ini biarlah hingga ke akhir hayat. Menuju ke Jannah bersama-sama biar pun hidup di dunia tidak sesempurna. Asalkan mereka masih dapat menghirup kemanisan kebahagiaan rumah tangga. Itulah tanda bersyukur.

Al kisahnya pada suatu hari Si isteri merungut kepada Si suami bahawa, sikatnya telah patah. Si isteri menginginkan sebentuk sikat rambut kerana rambut Si isteri sudah panjang. Jika tidak disikatkan, pasti rambut itu kelihatan kusut dan tidak terurus. Tetapi malangnya, duit Si suami hanya cukup-cukup untuk mengantikan tali jamnya yang telah putus.

Pada keesokkan harinya, Si suami pergi ke bandar yang berhampiran. Ketika dalam perjalanan Si suami berjalan merentasi sebuah kedai jam. Niat Si suami dibatalkan sahaja dik teringatkan keperluan Si isteri iaitu sebentuk sikat rambut. Si suami segera membeli sebentuk sikat, lalu dibawa pulang.

Sesampainya dirumah, Si suami agak terkasima kerana melihat Si isteri telah memotong rambutnya sehingga pendek di paras bahu. Si Isteri menyambut kepulang Si suami dengan senyuman dan Si isteri menghulurkan seutas tali jam yang baru kepada Si suami. Si suami bertanya kepada Si Isteri, bagaimana isterinya mendapat wang untuk membeli tali jam tersebut. Si isteri memaklumkan bahawa dia telah mengguntingkan rambutnya dan menjual rambut tersebut, lalu dibelikan tali jam untuk suaminya.

Si suami pula menghulurkan sebentuk sikat kepada Si isteri. Si suami memberitahu dia membatalkan niat untuk membeli tali jam yang baru kerana keperluan Si isteri lebih diutamakan. Si suami terharu dengan tindakkan Si isteri. Beginilah hidup suami isteri saling berkorban demi sebuah kebahagiaan..

p/s : Kita sebagai umat Islam adalah haram menjual rambut untuk dijadikan rambut palsu.. Cerita tersebut adalah rekaan semata-mata..Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan..

Sekian..

Beratnya Blog Ku Ini

Assalammualaikum..


Haaa.. You all rasa blog Erin ni berat tak?? Macam mana you all loading untuk view blog puteriairyn ni..?? Ambil masa yang lama tak?? Sebenarnya Erin dah remove banyak widget kat blog Erin ni..Tapi rasanya masih berat lagi.. You all ada suggestion tak untuk remove lagi widget yang ada di blog puteriairyn ni?? Jangan malu-malu nak bagi tahu yer..  Erin okay je.. sebab bukan dari spesis 'angry bird'

p/s : Kalau nak timbang berat blog you all boleh klik sini.. Erin tengok ada beberapa blogger dok letak entri pasal timbang berat blog.. So, Erin pun timbanglah jugak.. :-)

Bakal Singgah di Istana Berteduh

Assalammualaikum..

Gambar Hiasan

Wah..Jangan terkejut atau terkedu yer..
Sebenarnya mood happy sangat sebab bakal pindah ke rumah baru..
Setelah penat memikirkan kat mana kami sekeluarga akan berhinggap dan berteduh selepas abah pencen,  akhirnya terjawab sudah.. Nanti Erin akan ada bilik sendiri..Syukur alhamdulillah..
Tak payahlah nak kongsi bilik dengan adik lagi.. Sebab dapat seorang satu bilik..

Yerlah keluarga Erin bukanlah sesenang mana, kami hidup sederhana sahaja..
Mama cakap kalau tinggal di rumah baru ni sesuailah jika ada yang merisik Erin..
Ish..Erin tak fikir semua tu..Lagi pun biar seseorang itu terima Erin seadanya..
Biarpun Erin ni bukan dari golongan berada.. Dia tetap terima Erin dengan ikhlas..
Terima Erin seadanya tunai kerana Allah Taala.. Kan itu lebih afdal..

Friday 13 September 2013

Cinta Si Gadis Buta

Assalammualaikum..


Ohoo..Ohoo..mode love pulak kan..Di dalam dunia ni terdapat pelbagai kisah cinta.. Ada yang berakhir bahagia dan ada yang berakhir dengan derita.. Kalau you all, you all nak pilih yang mana?? Mesti nak pilih yang bahagia bukan? Tapi seperti yang kita sedia maklum, kita adalah manusia biasa yang hanya mampu merancang sahaja dan segala penentuan adalah dari Yang Maha Esa.

Kisah yang akan Erin bawa kepada you all nanti adalah berkisahkan Cinta Si Gadis Buta..Erin nak jadikan cerita ni sebagai cerita pendek saja.. Kalau terlalu panjang nanti mood membaca you all pun boleh hilang..Okay jom layan cerita yang Erin karangkan ni..Khas buat tatapan you all, yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan..

Ana adalah seorang gadis buta yang mempunyai impian yang besar..Dia yang sedari kecil lagi sudah hilang pancaindera yang begitu berharga iaitu mata akibat terkena percikan bunga api..Walaupun dia seorang yang buta, tetapi memiliki wajah yang sangat ayu dan cantik. Ana mempunyai seorang teman lelaki iaitu Alif. Alif sentiasa menemani Ana. Dia ikhlas menjadi teman kepada Ana. Lama-kelamaan Alif jatuh hati kepada Ana. Alif terima Ana seadanya walaupun Ana hanya seorang gadis yang buta. Beberapa kali Alif mengajak Ana untuk berkahwin. Dia ingin menjaga Ana hingga ke hujung usia.

Ana pula menolak lamaran Alif kerana dia berasa rendah diri. Ana memberi syarat kepada Alif iaitu jika dia dapat melihat semula, dia berjanji akan berkahwin dengan Alif. Alif terima segala syarat yang telah disuarakan oleh Ana.

Pada suatu hari, Ana mendapat perkhabaran gembira apabila doktor menyatakan bahawa Ana akan dapat melihat semula kerana ada seseorang sanggup mendermakan mata kepada Ana. Ana dengan gembiranya telah memberitahu Alif. Ana juga tidak sabar untuk melihat dunia dan melihat bakal suaminya Alif. Alif juga turut gembira apabila mata Ana dapat dipulihkan semula.. Syukur Alhamdulillah..

Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Setelah selesai pembedahan, Ana diminta untuk merehatkan diri di hospital untuk beberapa hari sehingga matanya benar-benar pulih. Tiga hari Ana berada di hospital itu, tetapi bayang Alif juga tidak kelihatan. Kemanakah menghilang bakal suaminya itu? Dia kehairanan. Pada Hari keempat, Ana sudah boleh keluar dari hospital. Dia amat teruja melihat keindahan dunia seperti yang diidam-idamkannya selama ini. Keluarga Ana juga gembira melihat Ana sudah pulih penglihatan.

Pada suatu hari Ana ternampak seorang lelaki buta sedang berbual dengan ayahnya. Lelaki itu seolah-olah menghulurkan suatu bekas yang mengandungi cincin kepada ayah Ana. Kemudian ayah Ana memberitahu bahawa lelaki itu ingin menyunting Ana sebagai permaisuri hatinya (Isteri). Ana menolak keras lamaran itu. Ana pergi kepada lelaki itu lalu dicampakkan bekas berisi cincin tersebut. Ana berkata lelaki itu tidak layak untuk berkahwin dengannya. Maka lelaki itu pun meraba-raba lantai untuk mengutip bekas cincin. Tanpa pedulikan lelaki itu, Ana berlalu pergi. 

You all tahu tak siapakah lelaki itu?? Lelaki itu ialah Alif.. Alif telah mendermakan kedua-dua matanya untuk insan yang dia sayangi.. Kenapa ayah Ana tidak memberitahu Ana bahawa itu adalah Alif? Jawapannya kerana ia adalah di atas permintaan Alif sendiri.. Alif mahu cinta Ana itu adalah ikhlas sebagai mana dia mencintai Ana.. Alif tidak kecewa dengan tindakan Ana.. Yang dia harapkan adalah kebahagiaan Ana.. Itu sudah memadai baginya..Dia merasa tenang kerana dapat menjaga Ana dengan kedua-dua biji mata yang telah dihadiakan buat Ana.. Dalam doa Alif sentiasa ada untuk Ana.. 

Sekian.. Kalau sedih cepat-cepat lap dengan tisu yer.. huhuuhuhu.. Erin sendiri yang karang, Erin pulak yang sedih.. Sesungguhnya mencintai itu tidak semestinya memiliki.. Benarkan??

Plastik WATSON Mesra Alam

Assalammualaikum..

Petang-petang ni buat apa you all?? Jom lihat gambar kat bawah ni.. Tadi ligat je kemas bilik, pastu terjumpalah serpihan plastik.. Hmm.. Erin pun buat muka blur.. Hehe.. 


Agak terkejut juga Erin bila tengok serpihan platik ni.. Kenapalah jadi macam ni.. rupanya.. Jangka hayatnya sudah tiba, maka ia pun mereput.. Plastik zaman sekarang tak macam plastik zaman dahulu..Plastik zaman dulu, simpanlah berkurun mana pun masih sihat saja.. Bak kata orang "Tidak lapuk di hujan dan tidak lekang kerana di panas"..Hehe..Ni salah satu contoh plastik yang mesra alam.. Bukan setakat plastik WATSON ni saja.. Plastik TESCO pun mesra alam juga.. 

Nilah serpihan plastik tu...

Sekian..Thanks for reading and leave your comment..Happy blogging !!

Wow Banyaknya Ikan!!!

Assalammualaikum..

"Wow banyaknya ikan kat sini, mama..Besar-besar gitu.."
Mama pula leka saja memberi makan pada ikan-ikan tu..
You all nak tahu tak lokasi ni.. Hmm..
Ni tempat yang Erin dan family selalu pergi waktu petang-petang pada hari cuti..
Taman Tasik Jubli Emas..Hilang stress tengok ikan-ikan koi berenang-renang..
Kat sini ada juga kuda untuk ditunggangi..
Haa.. Nak naik kuda.. Jom datang beramai-ramai ke Taman Tasik Jubli Emas ni..

Erin suka panggil ikan tu macam ni.. "Meaw, meaw,meaw.. " Hehe macam panggil kucing pulak kan..Kadang-kadang panggil macam ni.."Kruk,kruk,kruk.." Apa daa..macam panggil ayam pulak.. Hehe..


Wah..Banyaknya ikan.. kalau tangkap ni boleh masak sweet sour..yeah..!! Melompat-lompat ikan tu bila diberi makan.. Selalunya kami akan bagi ikan tu makan pallet (Betul tak ejaan ni) Bila ada roti yang expired pun kami bagi makan kat ikan tu.. Ikan-ikan koi yang besar-besar ni demand skit.. Depa ni nak makan roti je.. Amboi..demand yer hang ikan..Ikan kat sini bahaya juga.. Kenapa?? Haa.. cuba you all letak tangan dalam kolam tu.. Nanti depa gigit.. Erin tengok ikan-ikan ni macam kebulur je, walaupun beratus orang pelawat datang ke sini dan beri makan.. Mungkin dah tradisi ikan ni macam ni kot.. Apa boleh buat.. Lahap dengan pantasnya apabila roti dilempar ke dalam kolam tu..


Haaa.. besar-besar baq hang ikan-ikan ni.. Kadang-kadang seram tengok.. Hehe.. Nasib ikan-ikan koi ni semuanya colourful.. Sekian itu je cerita Erin tentang tempat yang selalu Erin dan family bersiar-siar di petang hari.. Untuk makluman you all Taman ni dibuka pada pukul 6 pagi sehingga 9 pagi.. Kemudian dibuka semula jam 4 petang -8 malam.. Taman ni dijaga dengan baik dibawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah atau UPEN (Unit Pembangunan Ekonomi Negeri Kedah)

Katakan TAK NAK Merokok !!

Assalammualaikum..

Katakan TAK NAK kepada rokok..Duit habis, penyakit dapat.. Apa yang seronoknya..?? Ish..persoalan..Persoalan..Apa?? nak nampak macho?? Kalau badan berbau tu macho ke?? Nothing to say..




Yang perokok tegar tu.. Tak nak berhenti ke?? Kalau ada niat nak berhenti bolehlah call info-line tu..Penat je kerajaan kita buat kempen henti rokok ni.. PAdahal kita lebih suka memilih untuk sakit.. Merosakkan tubuh badan itu kan berdosa.. Tambah-tambah bukan kita sahaja yang dapat penyakit tetapi orang-orang disekeliling kita.. Fikir-fikirkan dan renung-renungkan yer..

Wednesday 11 September 2013

Hati-hati, Perihal Rebet Telefon RM200

Asssalammualaikum..

Hai you all..Hari ni ada isu panas skit yang Erin nak kongsikan di sini..

Kejadian semalam 10/9/2013

Semalam, Erin jalan-jalan, ronda-ronda Bangunan City Plaza yang bersebelahan dengan ICT Kedah tu..
Jalan punya jalan, ronda punya ronda..Berhenti kejap kat kedai telefon tangan.. Tengok ada tulis rebet telefon RM 200.. Cuma tambah lagi RM99 sahaja..

Dalam Hati dok terfikir juga..Murah giler telefon ni..So, beranikan diri untuk tanya..

Erin : Tauke telefon apa yang guna rebet tu? Just kena tambah RM99 je ke?
Tauke : Ni telefon buatan Malaysia.. (Sambil menunjukkan telefon yang dinyatakan)
Erin : (Pegang telefon sambil membelek-belek) Ada android telefon ni?
Tauke : Ya lah, yang guna rebet semuanya ada adnroid..

Dah nama pun nak bagi golongan muda rakyat Malaysia ni celik IT.. Mestilah ada applikasi adroid kan.. Apalah Erin ni..Buat-buat tak faham pulak..Tengok muka Tauke tu pun dah cuak..Dia cuak, Erin plak blur.. Hahaha..

Sebenarnya Erin belum pun guna rebet RM200 tu.. Dalam hati ada juga pasang niat nak beli telefon yang canggih skit kat adik yang belajar kat Matrikulasi tu.. Al maklumlah kan.. itu je satu-satunya adik yang Erin ada..(Kalau ada yang nak jadi adik angkat Erin lepas ni..Boleh isi borang yer.. Hehe)

Belek punya belek.. Tengok fungsi dia pun okay..Macam nak sama dengan Xperia Erin juga la fungsinya.. Nice sangat.. Harga sebenarnya ialah RM299.. Patutlah RM99 je yang kena tambahnya..

Kemudian Erin buka dompet, Tengok dalam tu ada RM150..Ah, lepas duit ni jika nak beli telefon berkenaan. Maka, dengan otak seminit Erin ni.. Keputusan untuk membeli telah pun digubal..Haa.. tak rancang pun semua ni.. Tapi Allah Maha Menentukan.. So, bagi Tauke tu pinjam sekejap IC Erin untuk dia register rebet secara on-line.

Tauke tu kata nak register kena ambil masa skit.. So, dia suruh Erin jalan-jalan dulu kat City Plaza ni.. Bila dah siap dalam 1 jam macam tu, Erin boleh tuntut telefon tersebut..Maka, Erin pun meninggalkan benda yang paling penting itu dok dengan Tauke tu sekejap.. Haha, jadi pendatang asing jap sebab tak da IC..

Dah cukup 1 jam.. Erin pun datang semula ke kedai telefon tu.. Tauke tu cakap semuanya dah siap.. Okay..Erin pun suruh dia pasang kad sim dan kad memori yang ada dalam telefon Samsung Corbi tu ke telefon yang baru dibeli tu.. Untuk makluman you all telefon yang baru dibeli tu boleh masuk 2 kad sim.. Adoilah bertuah adik ku itu kan.. Dapat telefon baru guna kakak punya rebet..

Bila semuanya dah okay..Tanpa check semua fungsi, Erin pun pulang ke pejabat..waktu tu rush skit sebab dah nak pukul 2 petang.. Karang masuk lambat..susah pulak kan..

Di pejabat barulah Erin nak check segalanya.. Dalam kad memori Erin banyak lagu.. Bila on applikasi muzik..Haa... jem tang butang sound.. Tak boleh nak kuat suara.. butang perlahan okay je.. Adoi..Ni lah telefon Malaysia.. Telefon luar negara pun ada juga yang jem nya.. Cuba sokong skit produk buatan negara sendiri ni.. Semangat patriotik bukan main lagi..MERDEKA,MERDEKA,MERDEKA..!! Tapi telefonnya buatan negara lain..

Kemudian dengan perasaan yang tak berapa nak best dan risau jika lambat maklum kepada tauke kedai tu.. Seribu langkah lagi berjalan semula ke Bangunan City Plaza.. Sesampainya di kedai tu..Kelihatan Tauke tu sedang pegang salinan IC Erin.. Dari belakang Erin nampak dia on-line website register Tune Talk.. Dengan selamba badaknya Erin pun tanya dia..

Erin : Hey you buat apa dengan salinan IC i tu?

Tauke tu diam je..Lepas tu dia tanya Erin kenapa datang semula.. Lalu Erin tunjukkan telefon yang baru dibeli tu.. Erin cakap telefon tu rosak, jem dekat butang sound untuk kuatkan suara.. Dia check telefon tu, kemudian dia tukarkan yang baru.. Ish.. kenapalah dia tak check awal-awal..penat haa eden ni berjalan dari pejabat.. Walaupun tak jauh tapi lenguh jugak kaki ni..Kali ni Erin suruh dia check betul-betul..Sebab tak larat dah nak ulang alik.. Ingat Erin ni rajin sangat ke?? Haa.. Kan dah bebel-bebel dalam hati..

Erin tak terfikir lagi berkaitan Tauke tu on-line Tune Talk tu guna IC Erin tu untuk apa.. Waktu tu Mungkin Erin  teruja sangat dengan telefon baru tu kot..sebab tu tak fikir apa-apa lagi dah..

Nilah telefon yang baru dibeli tu..dan juga kad sim yang baru Erin perolehi tadi

Kejadian Hari Ini 11/9/2013

Hari ni Erin buat kerja macam biasa..Tiba pukul 1 petang dah waktu rehat.. Erin tanya Nisa, samaada nak keluar atau tak.. Nisa tanya kami nak kemana?? Hari pun hujan..Tetiba Erin rasa macam nak keluar jalan-jalan juga walaupun tak ada arah tujuan..Nisa okay je.. Maka kami berdua meredah hujan..Tapi guna payung lah..

Kami pergi jalan-jalan dan window shopping kat kedai-kedai telefon yang berada di sekitar City Plaza..Tetiba kaki Erin Erin terhenti di depan kios yang pamerkan tablet Ninetology..Wah..teruja lah.. Tanya harga RM600+++.. Kira okay lah kan sebab duo qore.. Kira boleh letak kad sim broadband kat dalam tablet tu..Bagi pendapat Erin , jenama Ninetology agak bagus jugak lah.. So, support lah skit produk buatan Malaysia kan kan..

Sambil dok sembang dengan pekerja kedai telefon tu.. Erin pun tanyalah..Kat sini tak ada rebet ke? Pekerja tu cakap ada..Tapi kena beli sekali dengan kad sim yang baru.. sebab pakej..Memang wajib belilah kad sim.. Kalau Tauke kedai nak tipu.. dia takkan bagilah kad sim tu.. Tapi sebagai pengguna dan pembeli..kena tahulah hak kita.. Tergamam sekejap.. Baru Erin teringat kejadian semalam.. Patutlah Tauke tu on-line Tune Talk tu sambil pegang salinan IC Erin.. Tapi tak bagi pun kad sim tu..

Erin pun bagi tahu kat pekerja tu yang Erin dah guna rebet tu..Tapi beli telefon kat kios yang berhadapan kedai kasut tu..Dengan hati yang kurang tenang Erin ajak Nisa teman sebagai saksi.. Erin nak minta kad sim yang guna IC Erin tu.. Erin takut ada pihak yang tak bertanggungjawab akan ambil kesempatan ke atas salah guna IC Erin tu.. Biar sesal dulu pendapata..Jangan dah kena baru nak sedar..dan sesal kemudian tiada gunanya..

Akhirnya Erin dapat kad sim Tune Talk tu..Alhamdulillah.. Sesungguhnya Allah lebih tahu segalanya ..Dan Allah telah gerakkan hati Erin untuk tahu kebenarannya..InsyaAllah lepas ni Erin akan berhati-hati ketika membeli..Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim berikanlah perlindungan kepadaku...

Sekian cerita yang penuh ikhtibar.. Jika you all ada cerita berkaitan rebet telefon RM200 ni.. jom la kongsi dengan Erin.. Kesudian you all meloretkan komentar di blog ni amatlah Erin hargai..Thanks so much..!!!

p/s : Segala info  berkaitan rebet telefon pintar 3G kepada belia ni..You all boleh rujuk laman web ini.. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/ict/14865-pendaftaran-rebet-telefon-pintar-3g-rm200.html

Berpesan-pesanlah Kamu # 1


Aku Mengantuk

Assalammualaikum..

Tengok jam sudah pukul 12.30 pagi.. Mata mengantuk..Tapi hati dan jiwa kata janganlah tidur lagi..Sebab hati dan jiwa masih terlekat di blog.. Mata lagi meronta-ronta.."Cepatlah oi tidoq..Aku (mata) tak larat nak buka dah ni, dok terkebil-kebil menanti masa nak tutup.."

Walaupun mengantuk masih nak berblog? Masalah ni.. Jom tengok beberapa situasi-situasi di bawah ni..





Inilah wajah-wajah kita bila mengantuk yang amat sangat tapi menggagahkan diri untuk berblog..Gamaknya..Hehe.. Gi tidurlah kalau mengantuk sangat.. Ini tidak, asyik nak berkepit je dengan lappy or PC..

Jangan tipu diri sendiri macam gambar kat atas ni tau.. Let's to sleep right now.. 
Cepat tutup segala media elektronik..

Tuesday 10 September 2013

Suka Tangguh Kerja

Assalammualaikum..

Haa.. Tajuk entri sendiri mau ingatlah kan..Adoilah..Fenomena ini bersangkutan dengan suatu penyakit.. iaitu penyakit M atau penyakit MALAS..

Kenapa yer?? Sebab kita lebih suka buat apa yang kita suka dari melakukan kerja yang sememangnya atau wajib kita buat.. Hasilnya kita bertangguh kerja... Bila kerja menimbun.. mula sakit kepala..Orang cakap nak buat kerja ni pun kena bercinta dulu.. Apa?? Bercinta.. Haa.. ni perkataan simbolik yang dikaitkan dengan sikap malas.. Dah.. buat koje ko..Jangan nak tangguh-tangguh eh...Nanti kot mana pun kena siapkan jugak.. Tanggung dan jawab oi...

Haaa.. gambar kat atas tu lah kesan daripada bertangguh kerja..
Sesal dahulu pendapatan..Sesal kemudian tiada berguna..

Sajak : Dia??

Assalammualaikum..


Aku cinta, dia tidak cinta..
Aku rindu, dia tidak rindu..
Aku sayang, dia tidak sayang..
Aku cemburu, dia tidak cemburu..

Apa benar perasaanku? Tidak benar perasaannya..
Terkongkong aku dalam dilema.. Terbebas dia dari sengsara..
Aku lakarkan askara cinta.. Dia pula tidak peduli apa..
Aku renjiskan kembali segala kenangan..Dia pula nafikan segala

Aku resah..Dia pula bersuka ria..
Hatiku luluh dan sugul..Hatinya pula tenang tanpa masalah
Lama-lama aku diam..Lama-lama aku cuba melupa..
Makin untuk dilupa, makin pula teringatkan dia..

p/s : Sekadar sajak.. tiada mengena dengan gambar di atas tu yer.. Hehehe...

Aargggghh...!! Stress..!!

Assalammualaikum.. 


Ya Allah.. Aku stresnya.. Sememangnya ungkapan ini akan bertabur dari bibir apabila kita berada dalam keadaan tekan yang terlampau.. Termuak dengan memikirkan hal yang memeningkan kepala..Orang bilang, jangan pikirin..Mampukah? Kan ia merupakan suatu persoalan..

Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya.. Cuma kena fikir positif.. Mampu kah diri ini? Persoalan lagi..!!

(Sebenarnya sekarang ni Erin berada di tahap stres tapi belum terlampau...Memikir kerja yang menimbun tak sudah-sudah.. Orang cakap, kerja mana pernah habis..Yaa!! You are right..!! But what can I do? Stress can make me down..or collape..So, sad..Poor me..)

Okay jom kita semak cara-cara bagaimana tangani keadaan ini..Jika tidak ditangani..Ia akan berbahaya kepada jiwa..Apakah yang harus you all lakukan apabila berada dalam keadaan tertekan dan  marah :

1. Bertenang.. tarik nafas dan lepaskan perlahan-lahan
2. Kenalpasti punca kemarahan
3. Mendapat nasihat orang lain
4. Beredar ke tempat lain bagi mengawal kemarahan
5. Berbincang dengan ahli keluarga atau rakan
6. Membiasaakan diri memaafkan dan menerima bahawa manusia lain juga melakukan kesalahan dan tidak sempurna

Oleh yang demikian kita haruslah juga mengamalkan 10 B

Bertenang
Bernafas dengan dalam
Berfikiran positif dan cakap relakslah
Beribadat
Bersembang dengan seseorang (Meluahkan perasaan)
Berurut
Berehat dan mendengar muzik
Beriadah / Berjalan-jalan lihat alam sekitar
Bersenam
Berhobi

Bagaimana you all hilangkan stress you all tu yer..??



Monday 9 September 2013

Petai Tak Busuk

Assalammualaikum..

"Hai..kau kencing tak basuh ke?" Tegur Adi.
"Uish..Ada ke pulak..Tadi aku gi makan sambal petai..Sedap weh.." Talha memberitahu.
"Patutlah semacam je bau kat kau ni.." Adi sudah bersedia memicit hidung tanda tidak tahan dengan bau mulut Talha yang baru sahaja makan sambal petai.


Haa..you all tahu tak sebenarnya ada cara nak kurangkan bau petai ni..Apa yang penting setelah petai dibersihkan dengan air, you all rendamkan petai tersebut dalam air beras selama setengah jam. kemudian bolehlah petai itu dimakan atau dimasak.. Haa amacam, mudah tak.. Petai ni memang sedap dimakan.. Tapi jangan makan banyak sangat sebab nanti perut you all tu rasa angin atau kembung.. Put put, rasa nak kentut.. Ops..!! hehe..

Tanda-Tanda Dah Tua

Assalammualaikum..

 gambar google

Erin ada baca satu buku ni.. yang menerangkan tentang perubahan-perubahan yang berlaku pada anggota kita yang menunjukkan kita sudah tua.. 

1. Ada rerambut halus tumbuh di wajah

2. Rambut berkurangan dan ada juga berubah kepada warna putih atau keperangan

3. Bulu kening semakin nipis

4. Hidung dan telinga membesar

5. Gigi memanjang

6. Tangan berurat dan berbintik

7. Kaki berbonggol dan berurat

p/s : haha.. lepas baca tanda-tanda di atas ni, mesti you all dok belek-belek wajah dan tubuh badan you all tu kan.. Kalau ada perubahan, cuba share dengan Erin kat sini.. Thanks for reading and leave your comment..

Jom Sikat Rambut

Assalammualaikum..

Hai semua..Sebagaimana yang kita tahu, rambut itu adalah mahkota setiap insan.. Pakai tudung comel-comel..Tapi bila kat rumah mesti nak tunjuk kat suami kan..Kalau tak sikat rambut.. Apa akan jadi??

Haa macam gini lah rupa kita kalau tidak sikat rambut.. Serugum macam hantu Kak Limah ni.. Berapa punya kurun pun tak taulah Kak Limah ni tak sikat rambut.. Kak Limah tak da duit nak beli sikat.. Kesian kan..So, kita yang ada sikat ni, jangan le malas nak sikat rambut.. Lainlah you all ni style macam kat gambar di bawah ni..

Tak punya rambut.. Kalau sikat pun tak guna juga kan..Aish..licin gituu yer kepala FBI ni..Erin nak tanya ni..You all kalau sikat rambut pakai bedal je ke guna sikat yang mana ada..Tahu tak sebenarnya kita kena pilih sikat ikut jenis rambut kita.. You all tak pelik ke tengok pelbagai jenis sikat ada jual di kedai..Sebenarnya setiap jenis sikat itu ada fungsinya tersendiri..





Sikat jenis gigi rapat-rapat ni sesuai untuk rambut yang lurus dan tebal

Sikat jenis gigi jarang-jarang ni sesuai untuk rambut kerinting 
kerana rambut jenis ini sukar untuk diuruskan dan mudah putus jika guna sikat yang gigi rapat


Sikat jenis bulat dan gigi jarang ni sesuai untuk rambut yang lurus dan nipis. 
Tujuannya agar rambut nampak lebih mengembang dan sesuai untuk melakukan dry blower.


Cuba lihat gambar ni kat bawah ni.. Rajin tau perempuan tu sikat rambut..Disebabkan dia rajin sikat rambut, dia mampu simpan rambutnya sebegitu..Persoalan, mampukah kita seperti dia?? Hehehe..

Haha.. kira dasyat jugak ni..

Sekian..Thanks sudi baca dan tinggalkan komen..

p/s : gambar semuanya google search



Sunday 8 September 2013

Kopi Buat Shampoo Rambut

Assalammualaikum..

Cuba teka? Kopi sesuai untuk dimimun ke atau dibuat shampoo?? Jawapannya kedua-duanya boleh..Setuju??
Haha..pelik tapi nyata..Inilah yang kita tak tau..


Okay firstly you all sediakan secawan kopi panas jenis espresso.. Kemudian sapu pada rambut dan biarkan selama 20 minit dan bilas dengan air bersih..Hasilnya rambut akan kelihatan lembut dan bersinar..

p/s : Petua ini tidak sesuai untuk rambut yang telah diwarnai..


Eeee..Ketiak Hitam

Assalammualaikum..

Hai you all, jom ikuti dialog petua ni..(Penat tau Erin karangkan)

"Adoilah cik keti aku ni hitamlah pulak.." Keluh Ayu sambil membelek-belek ketiak kanannya. Kemudian membelek-belek pula ketiak kiri.

"Shyyy..." Satu jari telunjuk dibibir tanda jangan bising-bising. Simbolik Ika

"Macam mana ye nak bagi cik keti aku ni putih..Kena pakai rexona eh?" Soal Ayu.

"Aku ada petuanya..Tak payah rexona-rexona..Petua kampung tau" Saranan Ika itu bagaikan orang lagikan mengantuk disorongnya bantal. Membutang mata Ayu dengan penuh keterujaan untuk mengetahui apakah petuanya.

"Ni petua nenek aku bagilah..Firstly kau kena sediakan sebiji limau nipis yang diperah airnya, kemudian campurkan dengan sedikit kapur sirih..Sapu ramuan tadi pada ketiak setiap kali lepas mandi..Bukan setakat hilang warna hitam tu.. Cik keti kau pun wangi.. Hehe.."Panjang lebar penerangan Ika.

"Wah.. Terima kasih Ika.. Sayang kau.." Sambil Ayu cuba untuk memeluk Ika..

"Haip..terima kasih je ke? Belanja la aku ayam KFC ke, okay jugak.." Gurau Ika..

Sekian dialog petua bagaimana untuk menghilangkan ketiak yang hitam.. Hehe.. Cuba tau jangan tak cuba.. Kalau pedih tu tahan kejap tak pun letak cik keti tu dekat dengan kipas angin bagi cepat kering..

Pengisian Ruangan Carta Hati Bulan September 2013

Assalammualaikum..

Sebagaimana yang you all tahu, bloglist agak penting kepada seorang blogger untuk blogwalking..Pada mulanya memang tak bercadang untuk buat bloglist ni..Tapi macam susah pulak nak berblogwalking..

Erin nak 6 orang sahaja blogger yang sudi beri link URL blog untuk di masukkan ke dalam bloglist puteriairyn.. Sebenarnya Erin dah ada 4 link URL yang telah dihighlightkan (klik sini) dalam bloglist (boleh rujuk side bar Carta HAti Top 5) yang tu memang akan berubah mengikut banyak mana you all komen di blog puteriairyn ni..

So, Erin nak cari lagi 6 link URL blog untuk Erin beri tumpuan dalam blogwalking..

1. Bloglist ni terbuka kepada followers sahaja..
2. Selalu update entri (Paling kurang pun seminggu 1 entri)
3. Selalu komen blog puteriairyn ni..(Kira wajahnya selalu naik kat carta hati mingguan amatlah 
    dialu-alukan) 

ATAU
 
4. Enam (6) orang blogger yang terawal komen entri ni..(Pat siku lipat siapa cepat Erin letak lah 
    kat dalam bloglist)

p/s : Erin perlukan 6 blog sahaja yang aktif..Untuk makluman you all ini adalah bloglist untuk bulan September 2013 sahaja.. Erin akan update pada setiap bulan. InsyaAllah.. (Walaupun blog ku ini tidak sehebat mana, apalah kiranya korang semua sudi menjadi sebahagian daripada bloglist Erin pada bulan September 2013 ni..Huhuhu..)

Sasarkan 10,000 Langkah Sehari

Assalammualaikum..

Erin tak tahu sama ada you all sedar atau tidak tentang suatu fenomena yang telah melanda masyarakat kita pada masa kini.. Jika Erin katakan femomena tersebut ialah masalah kegemukan.. Mungkin tidak segemuk golongan sumo di Jepun.. Tetapi apabila BMI kita melebihi dari berat idea, itu maknanya dah gemuk lah tu.. Jangan nak nafikan yer..

Before that, apa kata kita check dulu Body Mass Indeks (BMI)

BMI =  Berat badan (kg) / Tinggi (m) x Tinggi (m)

BMI kurang dari 18.5 = Kurang berat badan
BMI 18.5 hingga 23 = Idea
BMI 23 hingga 27.4 = Brat badan berlebihan
BMI 27.5 atau lebih = Obesiti (berat badan paras bahaya)

Okay..kita tinggalkan bab BMI..Dan sekarang fokus kepada apa yang Erin nak share dengan you all kat sini..Sasarkan 10,000 Langkah Sehari..Memang sesuailah dengan isu kenaikan harga minyak RON 95 dan Diesel yang sedang hangat diperkatakan sekarang ni.. Maka gunalah kaki untuk melangkah disamping mendapat kesihatan yang baik.. Rata-rata kita bekerja dalam pejabat yang mempunyai penyaman udara. Ia adalah suatu faktor penyumbang kepada beberpa jenis penyakit. Tambahan pula sikap kita yang sememangnya malas untuk berjalan ke sana ke sini.. Amat berbahaya..


SASARKAN 10,000 LANGKAH SEHARI UNTUK HIDUP AKTIF

Jom mengira langkah you all dalam sehari..

Kurang daripada 5,000 langkah = Sedentari (tahap tidak aktif langsung, kira macam siput sedut lah)
5,000 - 7,499 langkah = Kurang aktif
7,500 - 9,999 langkah = Sederhana aktif
Lebih daripada 10,000 langkah = Aktif
Lebih daripada 12,000 langkah = Sangat Aktif

Berjalan 10,000 langkah boleh disamakan dengan aktiviti-aktiviti berikut:

1. Berenang selama 90 minit
2. Berbasikal selama 70 minit
3. Perjalanan sejauh 6-8 km
4. Bermain bola sepak selama 90 minit

Jom lihat faedah berjalan kaki

1. Mengurangkan risiko penyakit jantung
2. Mengurangkan risiko penyakit diabetes
3. Mengurangkan risiko kanser usus besar, payudara dan prostat
4. Mengurangkan risiko osteoporosis
5. Menurunkan paras kolesterol dalam darah
6. Mengawal tekanan darah
7. Membantu mengawal berat badan
8. Mengurangkan stres
9. Mengekalkan kekuatan otot


Panduan Brisk Walking

1. lakukan regangan sebelum berjalan
2. Lakukan regangan selepas berjalan
3. Pakai pakaian yang sesuai
4. Tetapkan matlamat-jarak dan masa
5. Minum air secukupnya
6. Minum air secukupnya
7. Lakukan senaman berjalan 3 hingga 5 kali seminggu
8. Berjalan ikut kemampuan

Thanks for reading and leave your comment

Donate Organ To Save LIFE

Assalammualaikum..

Hai you all..


Pernah dengar tentang KAD PENGIKRAR tak?? Kad ini akan diperolehi apabila kita register untuk menderma sebahagian dari organ kita kepada yang memerlukan.. Bagus jika kita ada sikap untuk menderma organ kepada yang amat memerlukan..

Erin belum lagi isi borang untuk derma organ ni.. Teringin juga untuk berbakti kepada yang memerlukan..Okaylah kita discuss sikit tentang bab ni yer.. Sekadar kongsi info, jika ada yang berminat bolehlah register nanti..Yang penting nawaitu apa yang kita lakukan adalah kerana LillahiTaala..InsyaAllah semuanya okay..

Ye lah.. siapa yang sanggup berbuat demikian kan.. Tak ramai yang sanggup.. Tetapi jika ada diantara keluarga kita yang memerlukan kudrat kita.. Kita jua terpaksa lakukan demi menyelamatkan satu nyawa.. Sedih pulak kan bila sentuh bab macam ni..

p/s : Untuk makluman you all transplan organ ini akan dilakukan setelah kita meninggal dunia..

Jom baca info yang akan Erin paparkan disini.. Jika ada maklumat tambahan apalah kiranya you kongsikan dengan Erin.. Bila berkongsi pengetahuan, minda kita lebih terbuka..


SIAPAKAH YANG LAYAK MENJADI PENDERMA?

Sesiapa sahaja boleh boleh mendaftar sebagai penderma (kurang daripada 18 tahun perlulah mendapat kebnaran ibu bapa atau penjaga terlebih dahulu)

APAKAH ORGAN DAN TISU YANG BOLEH DIDERMAKAN?

Secara umumnya atau kebiasaannya organ-organ yang boleh didermakan ialah seperti :
1. Buah pinggang
2. Jantung
3. Hati
4. Paru-paru
5. Pankreas

Tisu-tisu pula terdiri daripada :
1. Mata
2. Tulang
3. Kulit
4. Injap jantung

ADAKAH TERDAPAT BANTAHAN DARI SUDUT AGAMA?

Tiada sebarang bantahan di dalam mana-mana agama berkaitan pendermaan organ atau tisu dan ia dikira sebagai suatu amalan yang mulia kerana mampu menyelamatkan nyawa orang lain setelah kita meninggal dunia.

BAGAIMANA JIKA BERUBAH FIKIRAN MENDERMA?

Tiada paksaan di dalam hal ini. Jika berubah fikiran seorang penderma itu boleh memberitahu keluarga berkenaan penarikan dari menjadi penderma dan memulangkan semula Kad Pengikrar kepada pihak pengeluaran kad tersebut.

ADAKAH PROSES PENDERMAAN ORGAN AKAN MELAMBATKAN URUSAN PENGKEBUMIAN JENAZAH?

Jawapannya adalah tidak..Selepas organ dan tisu diperolehi dari tubuh penderma maka jenazahnya akan dibersihkan, dikhafankan dan dipulangkan kepada waris penderma secepat mungkin.

BAGAIMANA UNTUK MENJADI SEORANG PENDERMA ORGAN?

1. Perlu mengisi borang akuan penderma dan kad penderma.
2. Borang yang telah lengkap dihantar kepada Pusat Transplant Nasional
3. Kad Penderma hendaklah disimpan di dalam dompet dan dibawa bersama pada setiap masa.

p/s : Anda dinasihatkan untuk memaklumkan hasrat anda untuk menjadi seorang pendermaorgan kepada keluarga anda terlebih dahulu. Jika berminat boleh lawati laman sesawang ni http://www.agiftoflife.gov.my/

Itulah sedikit sebanyak penerangan tentang bagaimana untuk menjadi seorang penderma organ dan tisu..Erin pun sedang berfikir ni sama ada nak jadi penderma ataupun tidak..Yang penting nawaitu LillahiTaala..

Info berguna kita kongsi bersama..Thanks for reading and leave your comment..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer