My LuvLy Followers

Status Terkini :

Hai sahabat blogger sekelian.. Erin nak perkenalkan blog kawan Erin.. jom jadi follower kak ni.. http://daripenaseorangummi.blogspot.com


Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Sunday, 8 September 2013

Sasarkan 10,000 Langkah Sehari

Assalammualaikum..

Erin tak tahu sama ada you all sedar atau tidak tentang suatu fenomena yang telah melanda masyarakat kita pada masa kini.. Jika Erin katakan femomena tersebut ialah masalah kegemukan.. Mungkin tidak segemuk golongan sumo di Jepun.. Tetapi apabila BMI kita melebihi dari berat idea, itu maknanya dah gemuk lah tu.. Jangan nak nafikan yer..

Before that, apa kata kita check dulu Body Mass Indeks (BMI)

BMI =  Berat badan (kg) / Tinggi (m) x Tinggi (m)

BMI kurang dari 18.5 = Kurang berat badan
BMI 18.5 hingga 23 = Idea
BMI 23 hingga 27.4 = Brat badan berlebihan
BMI 27.5 atau lebih = Obesiti (berat badan paras bahaya)

Okay..kita tinggalkan bab BMI..Dan sekarang fokus kepada apa yang Erin nak share dengan you all kat sini..Sasarkan 10,000 Langkah Sehari..Memang sesuailah dengan isu kenaikan harga minyak RON 95 dan Diesel yang sedang hangat diperkatakan sekarang ni.. Maka gunalah kaki untuk melangkah disamping mendapat kesihatan yang baik.. Rata-rata kita bekerja dalam pejabat yang mempunyai penyaman udara. Ia adalah suatu faktor penyumbang kepada beberpa jenis penyakit. Tambahan pula sikap kita yang sememangnya malas untuk berjalan ke sana ke sini.. Amat berbahaya..


SASARKAN 10,000 LANGKAH SEHARI UNTUK HIDUP AKTIF

Jom mengira langkah you all dalam sehari..

Kurang daripada 5,000 langkah = Sedentari (tahap tidak aktif langsung, kira macam siput sedut lah)
5,000 - 7,499 langkah = Kurang aktif
7,500 - 9,999 langkah = Sederhana aktif
Lebih daripada 10,000 langkah = Aktif
Lebih daripada 12,000 langkah = Sangat Aktif

Berjalan 10,000 langkah boleh disamakan dengan aktiviti-aktiviti berikut:

1. Berenang selama 90 minit
2. Berbasikal selama 70 minit
3. Perjalanan sejauh 6-8 km
4. Bermain bola sepak selama 90 minit

Jom lihat faedah berjalan kaki

1. Mengurangkan risiko penyakit jantung
2. Mengurangkan risiko penyakit diabetes
3. Mengurangkan risiko kanser usus besar, payudara dan prostat
4. Mengurangkan risiko osteoporosis
5. Menurunkan paras kolesterol dalam darah
6. Mengawal tekanan darah
7. Membantu mengawal berat badan
8. Mengurangkan stres
9. Mengekalkan kekuatan otot


Panduan Brisk Walking

1. lakukan regangan sebelum berjalan
2. Lakukan regangan selepas berjalan
3. Pakai pakaian yang sesuai
4. Tetapkan matlamat-jarak dan masa
5. Minum air secukupnya
6. Minum air secukupnya
7. Lakukan senaman berjalan 3 hingga 5 kali seminggu
8. Berjalan ikut kemampuan

Thanks for reading and leave your comment

7 comments:

Norhasniza Khalid said...

dulu mama rajin.. hari2 jogging, sejak dapat sufi ni... langsung tak buat.. hihi

puteri airyn said...

Kalau tak berjoging pun tak apa mama..Just berjalan keliling rumah pun dah okay.. janji 10,000 langkah.. :-)

pha is said...

skrg ni pi mna2 naik moto je.. hmm.. patutla x sihat.. heheh

Tetamu Istimewa said...

Alhamdulillah BMI saya 21.2.
Saya tak pastilah cukup ke tidak setiap hari seribu langkah. Kalau di sekolah boleh kot, turun naik tangga. Setiap hari berapa kali dah.

Aku Penghibur said...

alhamdulilah badan masih stabil, insyaAllah akan lebihkan bersenam

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

terima kasih di atas peringatan ni erin.. aiza pun kena mulakan juga sebab badan dah gemuk sangat ni..

Norhazlina Mohd. Zaki said...

Perkongsian yang best Erin...
Sehari dari 1000 langkah menjadi 10,000 langkah...turun naik tangga lebih cepat prosespembakaran lemak sebab semasa menaiki tangga memerlukan kita melawan daya graviti...

x0x0 ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer

Google+ Followers