My LuvLy Followers

Status Terkini :

Hai sahabat blogger sekelian.. Erin nak perkenalkan blog kawan Erin.. jom jadi follower kak ni.. http://daripenaseorangummi.blogspot.com


Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Sunday, 8 September 2013

Donate Organ To Save LIFE

Assalammualaikum..

Hai you all..


Pernah dengar tentang KAD PENGIKRAR tak?? Kad ini akan diperolehi apabila kita register untuk menderma sebahagian dari organ kita kepada yang memerlukan.. Bagus jika kita ada sikap untuk menderma organ kepada yang amat memerlukan..

Erin belum lagi isi borang untuk derma organ ni.. Teringin juga untuk berbakti kepada yang memerlukan..Okaylah kita discuss sikit tentang bab ni yer.. Sekadar kongsi info, jika ada yang berminat bolehlah register nanti..Yang penting nawaitu apa yang kita lakukan adalah kerana LillahiTaala..InsyaAllah semuanya okay..

Ye lah.. siapa yang sanggup berbuat demikian kan.. Tak ramai yang sanggup.. Tetapi jika ada diantara keluarga kita yang memerlukan kudrat kita.. Kita jua terpaksa lakukan demi menyelamatkan satu nyawa.. Sedih pulak kan bila sentuh bab macam ni..

p/s : Untuk makluman you all transplan organ ini akan dilakukan setelah kita meninggal dunia..

Jom baca info yang akan Erin paparkan disini.. Jika ada maklumat tambahan apalah kiranya you kongsikan dengan Erin.. Bila berkongsi pengetahuan, minda kita lebih terbuka..


SIAPAKAH YANG LAYAK MENJADI PENDERMA?

Sesiapa sahaja boleh boleh mendaftar sebagai penderma (kurang daripada 18 tahun perlulah mendapat kebnaran ibu bapa atau penjaga terlebih dahulu)

APAKAH ORGAN DAN TISU YANG BOLEH DIDERMAKAN?

Secara umumnya atau kebiasaannya organ-organ yang boleh didermakan ialah seperti :
1. Buah pinggang
2. Jantung
3. Hati
4. Paru-paru
5. Pankreas

Tisu-tisu pula terdiri daripada :
1. Mata
2. Tulang
3. Kulit
4. Injap jantung

ADAKAH TERDAPAT BANTAHAN DARI SUDUT AGAMA?

Tiada sebarang bantahan di dalam mana-mana agama berkaitan pendermaan organ atau tisu dan ia dikira sebagai suatu amalan yang mulia kerana mampu menyelamatkan nyawa orang lain setelah kita meninggal dunia.

BAGAIMANA JIKA BERUBAH FIKIRAN MENDERMA?

Tiada paksaan di dalam hal ini. Jika berubah fikiran seorang penderma itu boleh memberitahu keluarga berkenaan penarikan dari menjadi penderma dan memulangkan semula Kad Pengikrar kepada pihak pengeluaran kad tersebut.

ADAKAH PROSES PENDERMAAN ORGAN AKAN MELAMBATKAN URUSAN PENGKEBUMIAN JENAZAH?

Jawapannya adalah tidak..Selepas organ dan tisu diperolehi dari tubuh penderma maka jenazahnya akan dibersihkan, dikhafankan dan dipulangkan kepada waris penderma secepat mungkin.

BAGAIMANA UNTUK MENJADI SEORANG PENDERMA ORGAN?

1. Perlu mengisi borang akuan penderma dan kad penderma.
2. Borang yang telah lengkap dihantar kepada Pusat Transplant Nasional
3. Kad Penderma hendaklah disimpan di dalam dompet dan dibawa bersama pada setiap masa.

p/s : Anda dinasihatkan untuk memaklumkan hasrat anda untuk menjadi seorang pendermaorgan kepada keluarga anda terlebih dahulu. Jika berminat boleh lawati laman sesawang ni http://www.agiftoflife.gov.my/

Itulah sedikit sebanyak penerangan tentang bagaimana untuk menjadi seorang penderma organ dan tisu..Erin pun sedang berfikir ni sama ada nak jadi penderma ataupun tidak..Yang penting nawaitu LillahiTaala..

Info berguna kita kongsi bersama..Thanks for reading and leave your comment..



5 comments:

Tetamu Istimewa said...

Saya pernah menyertai pertandingan menulis esei pendermaan organ kategori pelajar universiti dulu. Walau pun tak menang sekurang-kurangnya saya mendapat pengalaman baru.

pha is said...

pernah terfikir.. hmm..

Aku Penghibur said...

wahhh, nie yang buatkan acik nak buat derma jgk nie

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

aiza tak terfikir lagi untuk menderma organ.. tapi setakat ni menderma darah aiza dah buat..

Norhazlina Mohd. Zaki said...

derma darah dah pernah..derma organ blum lagi buat keputusan...
In Shaa Allah..akan sign up juga nanti...

x0x0 ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer

Google+ Followers