My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Saturday, 20 July 2013

Preparation For Eid AidilFitri..

Assalammualaikum..

Boom..boom..bunyi mercun..Cewah tak sabar pulak nak raya kan.. Hehe.. awal lagi kot.. Ye ke..Dah nak masuk 2 minggu kot kita berpuasa..

So, Erin dah decide nak beli apa yang patut untuk Hari Raya ni..Shopping awal-awal supaya tak lah bersesak-sesak last minutes kan..

Wow..Cantiknya kasut..So, boleh pilih nak colour apa kan.. kalau pi last minutes..susah betul nak cari saiz.. yang kita berkenan semuanya orang lain dah grap dulu..Aish..geram aih.. Sebab tu Erin decide nak shopping awal-awal.. Bila pi cari kasut.. Dah rambang mata pulak.. Hehehe..
Pilih punya pilih.. Try punya try..Then jumpalah kasut idaman hati..Belek-belek harga..Wow..expensive kot..RM239..Huhu..Kalau beli ni sapa nak bayarkan nih..Senyum-senyum kat abah..Tanda bodek ler tu..Pastu abah cakap.. Perempuan selalu suka tukar-tukar kasut.. kalau beli yang mahal nanti beli lagi yang lain..Huhuhu..Dalam hati nak sangat kasut tu.. Tetiba.. abah cakap..Kalau Erin nak.. ambik lah nanti abah bayar.. Abah belanja.. Yey...Bestnya.. TQ abah.. terus grap dan bayar.. Tak sangka dapat kasut mahal.. selalu beli yang murah je.. sebab Erin ni cepat jemu dengan sesuatu benda..betul lah cakap abah.. nanti rugi kalau tak pakai lama..
Ni pulak Shawl dan baju kurung pahang yang dah siap dijahit.. Yang ni pun nampak berkenan terus Erin grap..Belang-belang tu baju kurung pahang dan yang ada bunga tu shawl..So, Lengkap dah keperluan dan kehendak untuk beraya.. Sepatutnya yang beriya sangat nak raya ni kanak-kanak.. Tapi Erin plak lebih-lebih kan.. Hmmm...Baju tu murah je Erin Beli RM98 dan shawl tu RM15..

Itu je yang Erin nak ceritakan tentang prepairation for Eid AidilFitri..TQ sudi baca.. ^_@

Friday, 19 July 2013

TeKNiK SnAp PiCTuRe

Assalammualaikum..

Hai U all.. Cuba tengok picture kat bawah ni..Ada perbezaan tak??
Memang ada kan..Picture yang pertama tu lebih fokus kepada latar belakang.. dan bunga dan rama-rama tu jadi blur..Dan picture yang kedua..Lebih fokus kepada bunga dan rama-rama..Manakala latar belakang tu jadi blur.. Ini lah kelebihan kamera yang ada pada Sony XPeria  yang Erin miliki.. Semuanya bertindak secara automatik bergantung kepada cara kita snap picture tu..

MaRKeT WaLKiNg

Assalammualaikum..

Hai U all..

Pagi tadi Erin marketwalking..beli apa je..Beli barang makanan basah dan mentah lah..Nak masak-masak..So, memang tahu minat Erin snap picture kan..Sambil membeli sambil meng snapkan picture..Meh cini nak terjemahkan picture-picture yang berjaya Erin snapkan tadi.. Jeng-jeng..

 Ikan, udang dan ikan pari
 Sayur mayur yang segar-segar
 Ulam-ulaman..Bagus untuk awek muda nih..
Buah-buahan..Ada durian dancempedak..Sesuai ke makan time bulan puasa ni.. Jangan angin satu badan sudah yer..

Thursday, 18 July 2013

SaJaK : AnTaRa CiNTa DaN SeTiA

(Pemandangan di Marina Kuala Kedah pada 2012)
Cinta dan setia bukan maksud yang sama
Cinta itu perasaan
Dan setia itu tindakan
Yang manakah kau rasa lebih kesan?

Jika cinta yang kau maksudkan
Pasti ia hanya kasihan
Jika setia yang kau maksudkan
Mungkin ia suatu pengakhiran..

Jika kau gabungkan cinta dan setia..
Ia akan menjadi suatu ikatan istimewa..
Jika kau ceraikan cinta dan setia
 Kau akan temui kecewa

Sungguhnya jika kau bercinta
Pasti kau akan setia..
Tak mungkin terpisah 
Antara rasa cinta dan setia..

Jika benar kau kata ia mampu dipisah..
Aku tidak percaya..
Kau hanya omong kosong sahaja..
Kata cinta tapi tak setia..

Maka lupakan saja kita pernah berjumpa
Kerana kau suka berkata dusta..
Terima kasih atas segalanya..
Kerana yang nyata cinta kembarnya setia..

Idea : Puteri Airyn July 2013


iFTaR RaMaDaN

Assalammualaikum..

Iftar Ramadan bermaksud makan untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan..Kita just panggil berbuka puasa je kan.. Time sahur tu kita makan sikit je.. Tapi time iftar..MasyaAllah banyaknya makanan..Tambah-tambah pi tyre walking kan.. bukan blogwalking yer.. Berjalan-jalan di Bazar Ramadan lah..Hehe..

 Wah..besrnya karipap tu.. Gergasi punya tau... Hehe.
Ada sayur keladi, ada isi ayam dan ada masak lomak urat lembu..(Semua beli di Bazar Ramadan Stadium Darulaman)

Jom Beriftar...

NiCe PicTuRe EdiTinG

Assalammualaikum..

Hai U all..

Erin just nak pamerkan kat sini pictures yang telah Erin edit guna My Xperia..bagus juga yer ada application mobile ni.. mudah lah lepas ni..Erin boleh tulis entri dimana jua Erin berada, Boleh edit picture dimana-mana sahaja..lagipun phone tu kecil je berbanding nak usung lappy ke hulu ke hilir kan...picture yang di edit pun cantik-cantik gitu..(serius tak sangka)

 Ni bunga-bunga yang ada di halaman rumah Erin.. Mama yang tanam..Segar bugar gituu..


Ni plak sepupu dan anak sedara Erin.. Yang perempuan tu nama Khaisarah dan yang lelaki tu nama Iqbal Haziq.. Dua-dua orang ni pakai kasut ulat.. hehe..comey kan..

So, Tq..sudi view dan baca apa yang Erin tulis.. ^_@

Wednesday, 17 July 2013

SeDaP NyA

Sebenarnya Erin sedang uji application blog menggunakan telefon pintar Erin ni..So, tak da apa yang interesting pun..just testing testing jer..hihi..

LaGi-LaGi BaRaNg AvOn

 Assalammualaikum..

Hai semua.. Ni Erin nak menunjuk ni.. Cewah..baget bagus je kan.. Hehe..Bulan puasa tak elok pulak riyak kan..Tapi tak pe lah sekali sekala jer..Tadi kan Erin pi Butik Avon..Beli macam-macam kot..Sebab sales gilerz-gilerz punya kan.. Ala-ala boombastik gituuuu...

Taraaaa...Ni lah antara barang-barang yang Erin beli di Butik Avon tuuu..

 Ianya terdiri daripada alat-alat solek dan pewangi badan..Penting tau untuk kita golongan wanita..

Kalau nak goges..kenalah pakai ni.. Hehe..yo yo or je kan..(Tak semestinya..selalu senyum pun boleh buat muka cantik..original lagi..)

 Haaa.. nak hadiah gelas tu kena beli 2 perfume..So, Erin beli lah 2..One for Her and One for Him..Him?? Hehe..tu customer Erin lah yang order.. yang for Her tu jer Erin punya..Gara-gara nak gelas punya fasal..Erin apply lah perfume tu lagi satu..

Ni benda yang tak dirancang dan terbeli sudah..Tapi cantik kan.. Sales betul..So, Erin pun grab satu..Habuan mata I ni.. Hehe..

 Lip Balm yang harum dan sweet bau nya..Bila bau rasa macam nak makan..Haip..Ingat skit, bulan puasa ni kan..Lip Balm ni bau Lolipopo U know..auh..delicious..Haap..!!


Ni habuan untuk mata juga.. dah segak-segak bercelak hitam nak jugak bercelak hijau.. Hmm..ikut suka kamu lah wahai cik Erin..(Nak raya sakan lah kononnyer..)

 Ni untuk melorek bibirku..Selama ni tak pernah pun pakai benda alah ni.. Tetiba pi beli plak kan.. (Geleng kepala)

 Ni Feeling Fresh untuk ketiak..Hehe..situ pun kena jaga jugak tau.. bagi wangi..tak lah bau hapak nanti..Selalu pakai Rexona..Tapi kali ni nak cuba yang ni plak..(So, beli itu ini terus kopak poket I..)

 Hehe..Shopping and shopping..Dapat lah sampul raya ni dari Avon..TQ..Tapi duitnya enggak ada, hanya sampul saja..

 Ni lagi hadiah dari Avon..Beg yang kecil comel.. Limited Edition..So, boleh lah buat isi kain telekung untuk solat di pagi hari raya kan..

Next Month nak pi lagi butik Avon..Best betul barang-barang keluaran Avon ni.. Erin dah jadi deler Avon ni since 2006 lagi.. Waktu tu dok study kat UUM..Minat business lah katakan..

So, TQ sudi baca apa yang Erin taip kat sini ^_@

SaJaK : NiLai KaSiH


 Kau beri aku gelang suasa itu..
Biarpun bukan tulin emas 94 karet..
Ia masih punyai nilai..
Lalu utas gelang itu aku simpan..

Kau beri aku sekuntum bunga kemboja..
Kenapa tidak diberi mawar sahaja..
Engkau tersenyum..
Ternyata ada maksud tersirat..

Kini kau tidak beri apa-apa lagi..
Aku tidak mengerti..
Kau sepi dan terus menyepi..
Aku cuba merungkaikan misteri ini..

Akhirnya ku terima jawapan berduri
Sebab kau menghilangkan diri
Aku sering termimpi..
Baru ku sedar yang engkau pergi takkan kembali..

Pusara kudus dilitupi kabus pagi..
Kukuh dua nisan berdiri..
Bukan aku tidak redha kau pergi..
Tetapi mengapakah kau pergi waktu ini

Idea : Puteri Airyn July 2013

SaJaK : MeNCaRi CiNTa YaNg PerGi


Cinta mekar di lapangan sawah nan hijau..
Cinta juga pergi di lapangan sawah ini..
Tempat aku menyemai cinta..
Tempat aku kehilangan cinta..

Cinta yang indah itu tercipta 
Bukan mekar selamanya
Aku yang ketandusan cinta yang lama
Kerana pergi ia tanpa berita

Aku menggenggam tanah sawah yang peroi
Air mata terus menitis
Hancur lebur hati diruntun pilu..
Kerana aku kehilangan cinta

Mampukah cinta itu kembali?
Benarkah cinta itu masih ada lagi?
Aku bermonolog sendiri..
Dalam mencari cinta abadi..

Akhirnya aku melakarkan puisi
Demi aku mencari cinta yang hakiki..
Biarpun telah lama ia hilang dalam diri..
Aku masih mencari dan akan terus mencari

Tuesday, 16 July 2013

CaNoN PoWeRsHoT D20 WaTeRpRooF DiGiTaL

Assalammualaikum..

Semua orang punya minat, right? Nak tahu apa minat Erin selain membeli buku serta menulis blog..Hmm..Erin memang teruja dengan KAMERA..

Hobi Erin waktu lapang dan waktu tak lapang adalah snap picture.. tak kira lah picture apa sekalipun..apa sahaja disekeliling Erin..Sure rasa macam nak snap..Kadang-kadang tu Erin just guna Sony Erricson Xperia X10 je.. Sebab, benda alah tu je Erin akan bawa pi kemana sahaja..Tapi Erin ada impian nak beli CANON POWERSHOT D20 WATERPROOF DIGITAL.. Erin dok search kat gooogle.. memang cantik body dia.. Boleh masuk dalam air.. So, sesuai lah dengan jiwa Erin yang lasak dan suka aktiviti outdoor terutamanya snorkeling..(Buat masa sekarang ni Erin belum ada camera waterproof sendiri..Selalu guna yang abah punya kamera..Risau rosak nanti abah marah..)

Haa.. ni lah kameranya.. cantikkan? Erin suka blue colour..Body nya yang solid dan nampak kukuh..Lagi pun kamera ni shockproof sedalam 1.5 meter.. Wah menarik bukan?Jika menyelam..Kita dapat snap picture sedalam 10 meter..So, nak snorkeling n scuba diving tu rasanya tak da masalah kot..Lens kamera ni memang direka khas dapat tahan dalam kesejukan..

Kamera ni mempunyai skrin 3 inci..So, boleh lah lihat picture yang disnap tu dengan jelas..Megapixer 12 dan CMOS sensor kamera ni menggunakan fungsi DSLR dan dapat snap gambar walaupun dalam cahaya yang gelap..Flaxibility of photography ranging from 28mm wide angle dan mempunyai 5x optical zoom..Wow..!!

Ia didatangi dengan 3 warna iaitu biru, kuning dan grey..so, depend kepada citarasa kita nak warna apa kan?

Oops lupa nak bagi tau harga pulak.. Kalau tak silap Erin harga dalam internet ni RM1,299.00.. Mahal jugak lah.. tapi berbaloi kan...??
CMOS sensor Canon PowerShot
CMOS sensor Canon PowerShot

Monday, 15 July 2013

MieRaBeLLa

Assalammualaikum..

Hai semua.. Erin nak cerita tentang...(Jom scroll ke bawah and view pictures ni..)

MieraBella.. Ni lah buah hati Erin..Cewah..(Semua orang nak cantik kan..samalah macam Erin)

Erin nak cantik lah dengan buah hati Erin ni.. Sapa nak.. Boleh order kat Erin yer..

Purple Lavender..itu lah warna MieraBella ni..

Ha..Harganya berapa?? Tak mahal pun RM75 sahaja bagi semenanjung dan RM78 sahaja bagi Sabah dan Sarawak...

Apa Khasiat Miera Bella ni? Banyak khasiatnya..Ia lagi bagus dan dvance dari VCO..Selalunya Erin just ambil VCO (Virgin Coconut Oil) Tapi terpanggil untuk mencuba Miera Bella yang bagus ni..Teruja dengan testimonial..Dan kehebatannya..wow and supeb !!

1. Mierabella merupakan supplement tambahan untuk lelaki dan wanita. Ia dapaat mencantikan kulit kerana mempunyai kandungan kollagen semulajadi yang tinggi dan ringkas. Mierabella ini diadun dengan bahan semulajadi bagi meningkatkan serapan yang berkali ganda.

2. Mierabella mengandungi protein yang meningkatkan keanjalan kulit dengan kekenyalan kulit dengan menyediakan asid amino (glysine, proline dan lysine) yang diperlukan untuk membentuk kollagen. Seperti mana yang kita tahu, kollagen dapat menghindarkan kulit menjadi kedut dan sentiasa awek muda.

3. Mierabella juga mengandungi Vitamin C yang diperlukan sebagai kofaktor dalam pembentukan kollagen.

4. Mierabella dapat menjadikan kulit putih gebu, mengurangkan masalah jerawat, jeragat dan parut..meningkatkan sistem ketahanan badan dan menghalang penyakit, menguatkan rambut, tulang, gigi dan sendi..

Okay.. kandungan Mierabella ni ialah Hydrolysed and Concentrate Coconut Milk Protein, Vitamin C, Glutathione dan Deep Sea Marine Collagen..

So, memang tak rugi lah Erin kenal dengan Mierabella ni kan.. Jom cantik bersama Mierabella.. Dan jangan dilupai rutin Erin iaitu supplement VCO..Treenea the best..I like it so much..!!

Sunday, 14 July 2013

SaJaK : SaHaBaT IbaRat KuPu-KuPu iTu


Sahabat..Cuba kau lihat
Adakah kita diibaratkan seperti kupu-kupu itu?
Terbang bersama, Merasa madu bersama
Segalanya kita kongsi bersama-sama..

Sahabat..Cuba kau lihat..
Kupu-kupu itu gembira terbang di sini sana..
Jika ada duka pasti kongsi bersama jua..
Yang pasti cerita suka dan duka hanya kita yang rasa..

Sahabat..Cuba kau lihat..
Salah seekor kupu-kupu itu sayapnya telah carik..
Ia tidak mampu terbang lagi..
Mungkin tak lama lagi ia akan mati..

Sahabat..Cuba kau lihat..
Jika itu terjadi kepada hubungan kita..
Mampukah kita berdiri sendiri?
Jika salah seorang daripada kita tiada lagi di dunia ini?

Sahabat..Jangan kau tangisi jika perpisahan itu terjadi..
Jangan kita cuba  menolak qada dan qadar illahi..
Bukan di sini destinasi kita yang akhir..
Semoga kita akan tetap bersama suatu masa nanti..

Idea : Puteri Airyn July 2013
(Khas buat sahabat-sahabatku)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer