My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Saturday 19 October 2013

Kenal Diri Melalui Rambut?

Assalammualaikum..

Wah sekarang ni Erin asyik tulis entri yang berinfomasi sajakan.. Yelah nak kongsi dengan rakan-rakan blogger yang Erin sayang ni.. Walaupun kita belum pernah bersua wajah.. Namun ikatan ukhwah masih dapat dikekalkan.. Terima kasih kerana sudi jelajah ke blog Erin yang tidak seberapa ni..

Jom.. Erin ada nak kongsi info dengan you all ni..Bak kata pepatah..Rambut sama hitam tapi hati lain-lain..Sekarang ni rambut pun dah ada banyak warna.. Macam mana ni??



1. Rambut Lurus
Seorang yang riang, bijak, bergaya, cemburu dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpapertolongan dari mana-mana sumber.

2. Rambut Kerinting Tebal
Seorang yang kurang bijak, degil, perasaan cemburu yang kuat, romantik, banyak pergaulan dengan masyarakat, tidak suka termenung dan susah dalam menyelesaikan masalah sendiri.

3. Rambut Kerinting Negro
Bijak, ego, mempunyai perasaan cemburu buta, memilih dan mudah mengamuk apabila menghadapi situasi yang sukar untuk diselesaikan.

4. Rambut Ikal Mayang
Bijak , menggunakan akal fikiran yang waras sebelum melakukan tindakan, berfikiran positif, banyak bergaul dan bersikap pemaaf dengan semua orang di atas kesilapan yang lepas.

5. Rambut Halus dan Lembut
Seorang yang dikatakan sangat bijak, memilih, manja, tegas dalam membuat keputusan dan melakukan sesuatu kerja dengan bersungguh-sungguh.

6. Rambut Sikit
Bijak tetapi sentiasa berfikiran negatif terhadap seseorang, ego dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

7. Rambut Perang
Dikatakan kurang bijak, berfikiran terbuka dan pemaaf, suka bersosial dan pandai melarikan diri dari segala permasalahan yang melanda.

8. Rambut Tebal
Bersifat bijak, degil, cemburu, romantik, bersikap kasar, mempunyai golongan kawan yang ramai dan pandai mengambil hati seseorang.

9. Rambut Kusut
Merupakan seorang yang sangat bijak, berfikiran terbuka, mempunyai ramai kawan, garang dan sukar untuk memaafkan seseorang dan pandai dalam menguruskan sesuatu hal tanpa perlukan pertolongan.

10. Rambut Beruban
Kurang bijak, banyak menghabiskan masa dengan termenung, tidak gemar untuk bersosial, berfikiran terbuka dan pandai menyelesaikan masalah sendiri.

11. Tiada Rambut
Kurang kepastian.. Hehehe.. Err.. cari sendirilah yer..

Haa....You all ni kategori yang mana eh?? Hehehe...Jom pakat-pakat belek rambut masing-masing..

p/s ; picture by google..


Dalam Mencari Jodoh

Assalammulaikum..

Bila fikir je soal jodoh, dan dan tangkap kepala (pening).. Yelah umur kan dah bertingket-tingket..Orang pula asyik dok tanya saja..Nak buet macam mana dah eden ni tak laku laku.. Huhuhu.. Don't be crying okay.. Jodoh semuanya ketentuan Tuhan.. Tunggu je lah.. Kalau orang tanya bila mau kahwin, cakap saja tahun depan..Bila tiba tahun depan, cakap lagi tahun depan.. Sedar-sedar dah 10 tahun ke hadapan.. Hahaha.. Nasib kaulah badan oi..

Okay sekarang berbalik kepada tajuk entri..


BAGAIMANA CARANYA MENCARI JODOH?

Errr.. Jodoh ni kena tunggu ke kena cari.. Tapi bagi yang lelaki sesuai kot kalau nak mencari.. Tapi yang perempuan ni cari-cari gak.. Ada kala kita mau kat orang tu, tapi dia pulak tak mau kat kita.. Macam mana tu?? Jeng,jeng persoalan...

Ni sumber dari majalah yang Erin baca tau..

1. Berkosentrasilah bukan kepada mana yang harus dipilih tapi dengan melakukan perubahan diri ke arah yang lebih baik.

2. Jangan pernah mengharapkan seseorang untuk jadi seperti yang kita harapkan tapi tempatkanlah diri sebaik-baiknya terhadap orang lain.

3. Jangan jadikan trauma masa lalu sebagai alasan yang tidak memberikan kepada jalan penyelesaian, tapi jadikan trauma sebagai bahan pembelajaran yang memberi hikmah.

4. Carilah teman dan sahabat seramai yang boleh.

5. Jangan menilai lebih atau menilai kurang kepada seseorang apa lagi calon jodoh yang tengah didekati, nilailah dengan wajar dan apa adanya.

6. teruslah berdoa kerana doa adalah senjata orang-orang yang beriman dan jangan pernah bersangka buruk terhadap Allah SWT.

Itu jelah yang dapat Erin coretkan pada entri ni..Yang Baik Jadikan Tauladan dan Yang Buruk Jadikan Sempadan..Tak gituuu Cik Kiah nyer.. Hehehe..



Friday 18 October 2013

Rahsia Berat Badan

Assalammualaikum..

Wah ingat orang je yang ada rahsia ni.. Rupanya berat badan kita pun ada rahsia tersendiri.. Cuba tanya diri kita, kenapa kita GEMUK dan kenapa kita KURUS? Pucuk pangkalnya bergantung kepada aktiviti seharian dan juga persekitaran dimana kita berada.


Bosan

Apabila ada masa terluang atau kelapangan pasti kita akan menonton TV atau DVD bersama keluarga. Dah tonton TV tu mesti nak kunyah kudap-kudapan yer tak? Kudap-kudapan pula snack yang sememangnya mendorong kepada kegemukan.. Nak tahu apa? Funfries, keropok atau orang utara panggil CEKEDIS dan pop corn.. Cuba ubah cara pemakanan kita, sambil tonton TV tu kita ambil buah-buahan.. Tak pun makan yogurt ke.. Okay jugak kan kan..

Waktu Tidur

Kurang tidur hormon terganggu.. Bila hormon dah celaru ia akan ubah tabiat pemakanan you all.. Bila kurang tidur badan kita akan stress.. Hormon jadi gelong..Maka kita pun asyik lapar saja.. Makan dan makan.. Ingat dunia ni untuk makan je ke? Oleh yang demikian, tidurlah dan rehatlah dengan secukupnya....

Parti Hujung Minggu

Haa.. Bab parti ni memang tak boleh lari dari aktiviti makan dan makan sampai lebam.. Nak nak pula ada BBQ.. Lepas makan ayam panggang nak pula ikan panggang, daging panggang, sosej panggang dan segala bagai yang berpanggang.. Lepas tu ada pula speggety, nasi goreng, chicken wings, Funfries dan air berkarbonat.. Haa..semuanya bantai telan..Ini juga tak bagus dan mendorong kepada kegemukkan..Oleh itu makanlah ala kadar syarat kenyang. 

Minuman Ringan

Kalau tak takut diabetes silalah minum air berkarbonat yang manis lenting tu banyak-banyak yer..Ni pun salah satu penyumbang kepada kegemukan. Sudah terang lagi bersuluh bahawa kandungan gulanya terlalu tinggi. Kalau nak tubuh badan yang sihat..perbanyakkanlah minum air putih atau air kosong..

Pengaruh Penyaman Udara

Hat ni memang tak boleh nak lari juga..sebab kebanyakkan pejabat dan rumah dipasang dengan alat penyaman udara ni.. Maka lemak pun semakin membeku dalam tubuh.. Oleh yang demikian, kita haruslah melakukan aktiviti senaman yang memanaskan badan agar semua lemak tepu dapat dicairkan..

Sesuatu yang kita tidak tahu.. NAK JADI GEMUK SEKEJAP SAJA.. TAPI NAK KURUS BALIK..MASYAALLAH MAKAN MASA BEB..!!


Tips Menjadi Orang Yang Disenangi

Assalammualaikum..

Hai you all.. Erin in the house..!! Wah happy-happy je Erin hari ni..Kenapa eh?? Err.. Nothing..Saja buat-buat happy.. Hahaha..

Okay-okay..Berbalik kepada tajuk entri Erin tu berkaitan dengan Tips Bagaimana Menjadi Insan Yang Disenangi ramai..Yerlah, kita janganlah baget kita bagus sampai orang di sekeliling rasa kurang selesa dengan kehadiran kita.. Asal kita ada je mereka rasa semak perut.. Ah macam mana tu?? So, perbanyakanlah muhasabah diri ke arah kebaikan..

Tak salah buat baik dan menyenangkan orang lain.. Dapat pahala lagi tau...



1. Menerima Perubahan

Kiranya macam you all ni pandai bawa diri.. Bak kata orang masuk kandang kambing mengenbek dan masuk kandang lembu mengeboh. Menjadi seorang yang lebih terbuka fikiran dan boleh menerima segala persekitaran dengan redha.. Eh.. bab redha dan sabar ni, Erin pun kadang-kadang tercundang juga..

2. Mendengar Dengan Lebih Baik

Menjadi pendengar yang baik bagi kawan, sahabat atau rakan sekerja you all tu merupakan sesuatu yang amat baik. Tapi you all mesti ingat jangan masalah kawan you all tu, you all pula yang terlebih emosional. Masa mendengar tu, dengarlah dengan sebaik mungkin dan jangan sesekali memotong cakap atau memberi kritikan yang mematahkan semangat kawan you all untuk bercerita. Kesian kat dia..Dan jadilah seseorang yang bersikap natural dan matang.

3. Rahsia Mesti Dijaga

Haa.. Kalau kawan you all tu cerita sesuatu kat you all..Tambah-tambah ianya bersifat rahsia.. Jangan la sesekali dok canang sana sini pula ye.. Nanti dia dah tak percayakan you all.. Bukan itu saja, bahkan dia nak kawan dengan you all pun dia akan fikir banyak kali. Lepas tu you all akan dilabelkan sebagai 'Mulut Becok' nak ke? Mestilah tak nak kan kan..

4. Mengingat Nama Dengan Baik

Aisemen.. Bab yang ni Erin pun kadang kala jem juga..Ye lah kawan kan beribu riban. Bila lama tak jumpa terlupa nak ingat nama pula. Oleh yang demikian, you all kenalah selalu praktis minda untuk selalu mengingat yer.. Bila kita ingat nama depa, baru depa syok kawan dengan kita.. Tak gitu Mak Jemah nyer.. Hehe

5. Jauhi Berpuak-puak

Best ke hidup berpuak-puak.. Sebolehnya you all janganlah berkawan hanya pilih yang sebulu.. Apalah Erin ni bulu pula.. Yelah.. Kawan je dengan semua orang.. Bak kata orang, 'Kawan biar beribu, Berkasih biar satu..' Tak gituu Cik Bedah nyer.. Hehe..

6. Berjenaka

Kalau nak ramai kawan, you ni mestilah ada sifat kelakar sikit-sikit.. Jangan over sudah.. Tok sah lah dok jadi orang yang serius sangat.. Nanti orang nak kawan pun naik seram ye tak? Bergurau pun kena tengok situasi juga ye.. Kalau kawan you all tu tengah naik angin kus kus.. You all pula buat lawak, memang nak kena penampor sedas tu..

Okay tu je point berkaitan Tips Menjadi Orang Yang Disenangi ramai..Sekian Terima Kasih sebab sudi baca dan komen.. Sayang You All.. !!




Thursday 17 October 2013

Nuffnang : Travelor Bloggers Contest

Assalammualaikum..


Alamak kecil sangat printscreen page ni.. Apa pun nak habaq kat you all yang Nuffnang ada buat contest..Hadiahnya..Wow hadiahnya amat menarik, dapat pergi melancong kot.. Erin pun belum decide nak joint or not..Eh, you all pun mesti dapat email ni jugak kan..??

Nah.. Meh meh baca.. Erin kasi zoom punya.. Hehehe...You all nak joint tak?? Tapi tarikh akhir contest ni tak dinyatakan pula.. Ish...!!


Terima Email Misteri !!

Assalammualaikum..

Wah berhabuk sudah email Erin ni.. Tadi kodek-kodek email..Maka terjumpalah email ni.. Dah la dari orang yang tak kenal.. Macam nak transfer duit beribu riban pulak tu.. You all pernah tak terima email macam ni.. Bahaya jugak email ni sebab dia minta nombor akaun bank Erin..Oh no.. Tak kan ku beri !! Eh kongsi sikit cerita jika you all pun ada terima email macam ni...



Ceritera Kisah Aku (Part 3)




“Man..Aku hairanlah dengan kau ni..Awek ramai, apa pasal kau tak nak kahwin lagi ek? Dah lah kau ni handsome mengalahkan Tom Kurus..Taklah macam aku ni..” Bebel Hairy sambil dia membelek-belek kulit tangan kanannya.

“Alah Black..Kau tengoklah awek-awek yang nak dekat aku, semuanya serupa obor-obor..Pakaian pula mak ai, kalah minah saleh..Kalau bawa jumpa mak dan ayah aku..Confirm kena reject..” Azman hanya memanggil Hairy dengan panggilan ‘Black’ kerana kulit Hairy agak kelam sedikit. Lagipun memang dari zaman sekolah Hairy telah mendapat gelaran seperti itu.

“Haa..siang tadi bukan main giat lagi kau bermesej siap senyum sorang-sorang..Dengan siapa kau mesej? Macam best je aku tengok..”

“Oh..dengan kawan sekolah aku..Jejak kasih aku bila terjumpa nombor telefon dia..” Jelas Azman.

Boy or girl?” Soal Hairy bagi mendapatkan kepastian.

“Agak-agak kau?” Kedua-dua kening Azman diangkat serentak sebanyak dua kali. Aksi begitu sering dilakukannya jika sesuatu itu bersifat suspend

“Eh, aku tanya kau..Kau soal aku pula” Hairy sudah bosan dengan soalan suspend yang memang acap kali diutarakan oleh Azman.

“Pondan” Jawab Azman selamba sambil dia ketawa kecil.

Membutang mata Hairy mendengar jawapan Azman. Biar betul housemate dia ni. Dah desparate sangat ke? Dengan pondan pun jadi cerita.

“Suka hati kau lah Man..Jangan terkena AIDS sudah yer..” Hairy seperti ambil serius pula apa yang dinyatakan oleh Azman. Padahal, kenyataan itu hanyalah auta semata-mata. Tak mungkin Azman berkawan dengan pondan kerana perempuan yang macam obor-obor itu pun bukan taste dia.

“Eleh..Ambil port pula kau ni..Aku gurau jelah bro..Nantilah aku cerita pada kau..Sebab kalau nak cerita sekarang ni, makan masa bro..Empat hari empat malam belum tentu cerita ni habis.

“Uish..Dasyat juga ye kisah kau ni..Tak sabar aku..” Hairi yang semakin excited

“Dah azan maghrib ni, apa kata after solat, kita pekena teh tarik kat kedai Pak Wan.” Ajak Azman. Lagi pun sudah waktu maghrib tidak elok pula jika mereka masih bersembang dan bergebang. Azan perlu dihormati dan solat mesti ditepati waktunya. Lebih elok dan lebih afdal.

Bersambung yer.. Hehe.. Erin ni sambung cerita pun sikit-sikit.. Yerlah nak kasi suspend kan kan.. Cerita part sebelum ni boleh klik SINI

Wednesday 16 October 2013

Gara-gara Cerita Encik Sombong

Assalammualaikum..

Hari ini Erin terdetik di hati nak terbitkan entri berkaitan drama..

Adoilah..Gara-gara drama tentang Aku Cinta PadaMu Encik Sombong, Erin melangkah ke Kedai Buku untuk mencari novel berkenaan.. Sebelum ni pun Erin pernah ikut cerita ni di http://www.penulisan2u.my/ ..Tapi baca beberapa bab je..Masa tu rasa macam tak berapa best sebab tak dapat bayangkan situasi dan jalan ceritanya.. Bila dah diadaptasi ke drama, terus teruja nak baca novel ni sampai habis.. Novel ni pun murah sangat-sangat RM18 sahaja bagi Semenanjung Malaysia..



Eh pasal drama ni mesti dah ada diantara you all yang dah gila bayang dengan pelakon pelakonnya kan.. Aha.. Jangan tipuuuu...


Kalau yang perempuan mestilah Heronya yang arrogant tu jadi pilihan dengan gaya yang penuh mantap keegoannya..Ego-ego pun dalam hati ada taman.. Hehehe.. Erin pula memang suka lakonan Azlee Hairi.. Memang dia ada gaya..Kalau nak cari calon pun nak cari yang sasa macam Azlee ni.. Haha berangan je kot..


Kalau si lelaki pula mesti teruja dengan lakonan Zara Zya kan... Wajahnya yang ayu dan sesuai dengan watak gadis kampung. Tapi watak Zara Amirah ni nampak macam garang juga yer.. Hehe.. Kiranya sama-sama arrogant jugak lah..


Kesimpulannya cerita ni memang best dan Erin sedang baca novel ni sekarang.. Kepada penulis cerita ni.. http://tintaalieshakirana.blogspot.com/ Tahniah diucapkan.. Bolehlah jadi penulis idola Erin sebab Erin suka baca hasil penulisan beliau di blognya..

Dugaan Malam Ni

Assalammualaikum..


Malam raya terpaksa pulang ke tempat study, bukanlah suatu perkara yang menyeronokkan.. Di kala sanak saudara berkumpul menyambut Hari Raya..Kita pula terpaksa pulang ke asrama..Belum pun panas punggung ni merasa duduk di rumah dan bermesra dengan keluarga. Nak buat macam mana..Inilah dugaan dan pengorbanan yang dituntut ketika bergelar seorang pelajar..

Sebenarnya..Erin cuba mendalami perasaan Adik yang terpaksa pulang ke Kolej Matrikulasi Kuala Pilah pada malam ni..Sekejap saja dia pulang ke Kedah..Sabtu sampai di sini dan malam ni bergegas pulang ke Negeri Sembilan..

Dugaan malam ni lain dari yang lain..Kenapa Erin identifikan ia sebagai dugaan? Jomlah ikuti cerita ni..

Jam menunjukkan pukul 7 malam..Erin dan Adik masih tercegat di depan kaca televisyen menonton I LOVE YOU MR. ARROGANT. Abah pula yang sibuk menggesa kami agar cepat bersiap dan berkemas kerana pada jam 8.30 malam, kami sekeluarga akan menghantar Adik di stesyen bas Shahab Perdana.

Erin dan Adik merunggut kerana episod drama tu tak sempat habis. Kami bertolak dari rumah ke Shahab Perdana dalam pukul 7.30 malam selepas solat maghrib.

Perjalanan kami terpaksa merempuh sebanyak 7 lampu isyarat. Sebab tu terpaksa bertolak awal. Lagipun abah risau kalau sampai lewat, nanti adik dapat tempat duduk di bahagian belakang. 

Kami sampai di Shahab Perdana pada pukul 7.50 malam. Sebuah bas berwarna biru muda kepunyaan Syarikat pelancong telah sedia menunggu. 

Mama tanya kenapa ada satu bas sahaja? Kerana masa kami datang jemput adik di Shahab Perdana pada hari Sabtu ada tiga buah bas yang memuatkan pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.

Kami juga dimaklumkan oleh pemandu bas berkenaan bahawa, hanya satu bas yang ada malam ni untuk membawa pelajar-pelajar berkenaan pulang ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.

Setelah menyemak senarai nama, Adik pun mengambil tempat duduknya di bahagian tengah. Erin dan Mama  ternampak empat helaian senarai nama dan Erin juga ternampak pada senarai nama tu tercatat jumlah para pelajar yang akan menaiki bas pada malam ni seramai 80 orang atau lebih. Dalam fikiran, memang tak logik jika hanya satu bas saja dapat memuatkan pelajar seramai itu.

Bas tersebut parkir berhadapan dengan Kedai 24 Jam Seven Elevent. Dari detik ke detik masa, kawasan berkenaan dibanjiri oleh ibu bapa dan penjaga yang datang untuk menghantar pelajar-pelajar kolej.

Dahla orang ramai.. Tetiba hujan turun dengan lebatnya.. Masing-masing berpayung demi menguruskan hal pelajar yang ramainya tidak mendapat tempat dalam bas berkenaan.

Rupa-rupanya malam ni masih ada lagi dua buah bas yang belum sampai..Cubalah bayangkan dalam suasana hujan lebat..Bas pula tiada..Terpaksa menunggu dari pukul 7.50 malam sehingga pukul 10.15 malam..Bas kedua dan ketiga belum menjelma. Nasib adik sampai awal dan ada tempat untuknya.. Syukur Alhamdulillah..Tapi Erin bersimpati kepada pelajar-pelajar yang tak dapat naik bas yang pertama tu.. 

Adik menyarankan agar Erin dan keluarga pulang ke rumah kerana hujan pun sudah reda. Lagipun adik sudah ada tempat duduk dalam bas berkenaan.. Cuma bas pertama itu tidak boleh bertolak lagi selagi bas yang kedua dan ketiga belum tiba. Bas-bas tersebut akan bertolak serentak.

Kami pun pulang ke rumah. Erin pula asyik bermesej dengan adik melalui handphone bertanyakan sama ada bas kedua dan ketiga sudah sampai ataupun tidak.. Akhirnya bas kedua sampai pada jam 11.15 malam dan bas ketiga sampai tepat pada jam 12 malam..

Pada pukul 12.45 tengah malam baru bas-bas itu bertolak.. Ah..dugaan betulkan.. Apapun itu pengorbanan, dugaan serta ujian dalam berjihad.. Menuntut ilmu itukan berjihad namanya.. Fisabilillah..!!

Erin doakan semoga Adik selamat sampai ke destinasi.. Dan peperiksaan akhir semester dah tak lama lagi..Semoga Adik berkerja keras untuk dapatkan pointer yang terbaik nanti.. Doakan adik dapat menjawab soalan peperiksaan dengan mudah dan tenang.. InsyaAllah.. Gunakan konsep DUIT.. Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakal.. Kak Erin, Mama dan Abah sentiasa doa untuk kejayaan Adik.. Don't worry..!!


Tuesday 15 October 2013

Salam Aidil Adha..

Assalammualaikum..

Salam Aidil Adha diucapkan kepada semua yang beragama Islam..Blogger-blogger yang ku kasihi sekelian..(Sorry lewat post entri ni..)

Korban itu indah
Disertai dengan keikhlasan..
Tanpa mengharapkan apa-apa balasan
Dan penuh keredaan..
Di akhirat nanti pasti ada ganjaran..

InsyaAllah..Semoga kita semua tergolong di kalangan orang-orang yang beriman dan dikasihi Allah SWT..

Akhir kata.. sebuah gambar yang dicedok dari google untuk tatapan bersama.. :-)


Sunday 13 October 2013

Ketupat Palas Vs Ketupat Kelapa

Assalammualaikum..

Wah, mood raya sudah sampai.. Nak buat kerja pun tak boleh nak tumpu.. Dalam minda asyik fikir nak cuti..nak cuti.. 

Semalam pergi pasar.. Wah bukan main lagi beriya kilik daun palas.. Mama tanya Erin pandai ke nak baluk ketupat.. Eh..Mestilah Erin pandai.. Kalau tak, tak da nya nak kilik mengilik daun palas ni.. 

Sambil belek-belek ulam..Ternampak pula anyaman kelongsong ketupan daun kelapa.. Aih teruja aih.. Maka, Erin pun belilah 5 ketul.. Mak ai, satu kerongsong tu harga 50 sen..Erin fikir, kalau macam ni, Erin kena belajar anyam sendirilah.. Baru murah sikit..Lagi pun Erin minat juga bab anyam menganyam ni..


Ha.. nilah kelongsong ketupat-ketupat yang Erin buat dan beli.. Yang daun palas tu Erin buat sendiri,. Cuma yang daun kelapa tu je yang Erin beli..Nampak tak beg dompet Erin yang  comel tu..


Kelongsong daun kelapa yang berharga RM2.50 dapat lima ketul.. hanya perlu masukkan beras dan rebus..Cantikkan anyamannya.. Teringin nak belajar anyam ketupat daun kelapa ni..

Erin anyam dulu kelongsong ketupat daun palas ni.. Nanti bila beras pulut telah ditanak.. Bolehlah rungkaikan kelongsong tu dan balut semula..Senang je nak buat kelongsong ni..Erin belajar buat balutan ni dengan Mak Tam Erin.. Lepas ni, tak perlu nak beli-beli lagi ketupat pulut daun palas.. Senang buat sendiri kan..Petang Esok Erin nak tanak beras pulut.. 

Bila dah siap semuanya, ingat nak hantar kat Mak Tok Erin sikit, bagi rasa.. yang selebihnya tu buat makan-makan family je..Serunding daging pun dah beli di Pekan Rabu semalam.. Kalau rajin, Erin dan Mama akan masak rendang peparu atau peparu masak merah untuk dimakan bersama ketupat tu.. Yum yum yummy..!!!

segmen: bloglist istimewa ayuinsyirah tahun 2013

Assalammualaikum..

Hai.. Erin nak sertai segmen Ayu Insyirah ni lah.. Lagipun syarat-syaratnya mudah saja.. Kalau nak joint sempat lagi ni sebab tarikh tutup pada 18/10/2013 jam 10 malam.. Jom joint segmen ni.. Just klik SINI untuk sertai..

P/S : Kalau klik kat picture tu pun boleh terus ke link blog AYU INSYIRAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer