My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Wednesday 25 September 2013

Jangan Persendakan CPR

Assalammualaikum..

Haa.. sebut je CPR.. Otak blue terus kau.. Eh, tak tahu ke yang CPR tu bukan bahan mainan atau sekadar gurauan yang macam selalu kita persendakan itu..Tanpa CPR.. banyak nyawa yang hilang melayang.. Sebenarnya peluang untuk dia hidup masih ada.. Tetapi malangnya nasib apabila orang di sekelilingnya hanya mampu melihat dia pengsan tanpa melakukan CPR. Kenapa?? Kalau ada pun yang cuba buat CPR, Tapi tak menjadi kerana kurangnya ilmu tentang bagaimana melakukan pertolongan cemas ini dengan kaedah yang betul..

Menerusi gambar di atas yang menunjukkan langkah-langkah yang perlu ada ketika kita melakukan pertolongan cemas CPR. Cuma yang perlu diubah ialah nombor telefon kecemasan di Malaysia ialah 999. Jangan ambil mudah yer.. Mungkin kita salah seorang yang dapat menyelamatkan nyawa seseorang..

Setelah hembus nafas sebanyak 2 kali.. Kita perlu tekan dada mangsa sebanyak 30 kali tanpa henti. Sebelum menekan dibahagian dada mangsa, kita perlu mencari rangka terakhir sebelum perut dan tekan ditengah-tangah. Jari jemari kita digenggam seperti rajah di atas dan tangan hendaklah diluruskan kepada 90 darjah. Setelah cukup 30 kali memberi tekanan kepada jantung, sekiranya mangsa masih belum sedar. Sila ulang hembus sebanyak 2 kali ke mulut mangsa. Semasa menghembus, kita perlulah memicit hidung mangsa di bahagian paling lembut supaya hembusan kita tidak keluar melalui hidung mangsa.

Okaylah itu sedikit sebanyak yang Erin dapat terang tetang bantuan kecemasan berkaitan CPR ni.. Setiap orang harus mengetahui cara dan kaedah CPR dengan betul bagi membantu mangsa sementara menunggu ambulan datang.

Sebenarnya tadi baru saja habis dengar taklimat berkaitan bantuan kecemasan ni dari wakil PBSM (Bulan Sabit Merah Malaysia). Teruja juga untuk Erin ceburi bidang sukarela PBSM suatu hari nanti..Minat ni..!!

10 comments:

Ney'zara Mazna said...

Boleh laa belajar untuk bagi bantuan awalan kan..:)

kim said...

saya tahu pasal cpr, tp x pernah tahu cara yg betul untuk cpr ni mcm mana...hihi

krole said...

wah cantek header baru erin...btul CPR ni penting...jangan lansung tak tahu tentang bantuan kecemasan ni...manalah tau satu hari berguna~ nice share

Kamsiah yusoff said...

pertolongan awal yg mungkin boleh menyelamatkan nyawa..

salam kenal sis...follow sini

Lieya Von Jay said...

betol tu kak erin , ramai ja dok main2 dengan cpr .. tak tahu cpr tu bukan nya utk main2 tapi berkaitan dengan hidup dan mati

Unknown said...

sue pulak keja kat mergong kak..heeee ok la tu :P

Mizz Aiza said...

perkongsian yang baik erin.. ilmu yang jarang-jarang diamalkan.. tapi sangat berguna apabila berlaku kecemasan..

Nory Zoulkefle said...

time sekolah dulu ada buat ...skrg dah ingat2 lupa dah..hehe

Nisa said...

Looks easy, but not really.

Tetamu Istimewa said...

Bukan senang nak bagi bantuan CPR ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer