"Apsal muka kau monyok je? Orang lain first time dapat kerja mukanya senyum sampai ke telinga." Nisa menyoal Fathia.
Fahtia hanya bermonyok di atas sofa itu dengan tanganya berpeluk tubuh. Mulutnya muncung semacam saja. Rambutnya yang lurus melepasi paras bahu itu disisirkan ke leher sebelah kanan. Wajah yang cantik, kulit putih gebu, berwajah bujur sirih dan susuk tubuh yang kurus serta tinggi 160 sentimeter itu sudah cukup membuatkan dia mempunyai pakej kecantikan seorang gadis melayu kacukan bugis.
"Aku tak suka lah kerja dekat situ..Dah bagi aku jawatan P.E..Eeee..pastu cakap kat aku macam-macam..bagi kat aku syarat macam-macam..Kalau tak nak rekrut aku tu cakap je lah berterus terang.." Omel Fathia.
Nisa mengerutkan dahinya. Dia seakan tidak memahami apa yang diomelkan oleh Fathia. Hendak bertanya keadaan sebenar pun dia berasa serba salah. Hairan,hairan dia dengan tingkah laku housemate nya itu. Baru sahaja mendapat kerja di syarikat itu, hati Fathia menjadi tidak suka.
"Cuba kau cerita pada aku..Apa yang berlaku di office tadi? Dan lagi satu P.E tu jawatan apa ek? First time aku dengar.."
"Aku ni kampung sangat ke kau rasa?" Soalan apakah yang diajukan oleh Fathia ini. Lagi lah Nisa tidak faham. Sudahlah maksud P.E itu pun belum dijelaskan oleh Fathia. Kini dirinya pula disoal.
"Kampung? Kampung yang macam mana tu kau maksudkan? Sorry la aku tak faham sangat soalan kau tu Fia.." Nisa memang sudah biasa memanggil Fathia dengan panggilan 'Fia' sahaja. Nak sebut Fathia nampak macam formal sangat. So, dia decide panggil Fia.
"Dia cakap nak kerja kat bandar K.L ni jangan nak jadi kampung girl..Nak kerja P.E ni..Kena ada skill penampilan..Okay what aku pakai ni..Bukan aku tak tutup aurat..cuma.." Ayat Fathia tergantung..
"Cuma kau berbaju kurung dan bertudung kan? Hehehe.." Nisa menyambung ayat Fathia yang tergantung itu.
"Haaa..Pandai pun kau..Apa barang nak pakai pakaian yang urban-urban ni kan..Aku tengok dah rupa macam apa dah..Lebih kurang macam Alien baru turun ke bumi saja.. Dah la kat office tadi tu ada staff yang pakai baju block colour..Pakai skaf colour pink, blouse biru gelap dan skrit labuh colour kuning..Tak ke pelik tu?" Panjang lebar Fathia bercerita kepada Nisa. Hampir nak ketawa Nisa mendengar cerita Fathia tentang office barunya itu.
"Bos kau tu lelaki or perempuan?" Nisa ingin mengetahui tentang majikan Fathia. Di dalam hatinya dia mengagak bos Fathia adalah lelaki. Ada juga sebelum ni dia mendengar cerita tentang seorang bos yang agak kacak lagi stylo di office Fathia. Dia tahu pun sebab sepupunya Ikhwan juga bekerja di syarikat yang sama dengan Fathia. Ikhwan hanya bekerja sebagai pengantar notis sahaja kerana tiada kelulusan pendidikan yang tinggi.
*****
"Qira..Tolong panggilkan Fathia masuk ke bilik saya sekejap" Jelas suara Fizrie memalui interkom. Qira adalah setiausaha peribadinya. Walaupun sudah beranak dua. Qira masih cantik seperti seorang anak dara. Pandai dia menjaga penampilannya.
Qira menunjuk isyarat kepada Fathia bahawa bos memanggilnya masuk ke bilik office yang berhadapan dengan meja Fathia. Tanpa berbicara, Fathia terus menuju ke bilik itu dan diketuknya pintu kayu beberapa kali. Kemudia dia melangkah masuk ke bilik yang tersergam indah dengan set pejabat ala inggeris berwarna putih dan coklat. Kelihatan seorang jejaka kacak sedang leka menulis sesuatu.
"You know kenapa I panggil you...?" Soal lelaki itu dan Fathia hanya membalas dengan gelengan kepala sahaja.
"Firstly..I memang tak suka penampilan you hari tu.. Tetapi hari ni nampak macam sikit okay lah.. Secondly..Why you guna pensel untuk draff surat dan nota ni..? Jika you tu sebatang pensel..jangan tunjukkan you tu memang pensel.." Haa..merah padam mendengar bebelan si punya kuasa di syarikat ini. 'Gila apa dia ni. Perkara yang sekecil kuman mahu dibebelkan. Kalah perempuan cerewetnya.' Omel Fathia di dalam hati..
"Maafkan saya.. Lain kali saya akan gunakan pen..Tuan.." Fathia meminta maaf sambil matanya memandang ke lantai. Tidak berani dia bertentang mata dengan lelaki itu.
"Maaf saja kah?"
'Hey !! Kau ingat kesalahan aku tu sebesar gunung kinabalu kah? Kesalahan menulis guna pensel je kot.. Sampai nak kena melutut ke bagai..' Omel dia sendirian.
"Habis tu Tuan nak saya buat apa?"
"I nak you buat paperwork projek.." Terbeliak mata Fathia mendengarnya.
"Projek?" Soal Fathia sekali lagi untuk mendapatkan penjelasan. Risau tersalah dengar.
"Ya..I mean bantu I.." Suaranya semakin down dan cool..
"Tapi..Tuan..Saya ni P.E saja.." Jawab Fathia.
"Promotion Excercutive lagi penting dalam projek ni..You tak semak habis lagi ye bidang tugas you?? Di office ni semua kena advances..Orang dah tak guna pensel lagi sekarang ni.. Semua nak guna pen.."
Berkerut dahi Fathia apabila lelaki itu asyik berbuat perbandingan antara pensel dan pen. 'Apa kena mengena Pensel dengan pen..Obvious semacam je bos aku ni.' Rungut dia di dalam hati.
"Sekarang you boleh sambung kerja you tu.. And make sure you jangan guna pensel tu lagi untuk draff apa-apa.. I mean pensel yang berwarna pink tu..I dislike.."
'Hahaha..kenapa pensel pemberian Hisham itu menjadi perbualan antara dia dan lelaki itu' Ternyata dia confius.
****
Hampir sebulan sudah dia bekerja di syarikat F&F Holding. Pagi ini dia perlu menghadiri mesyuarat syarikat. Setiap bulan akan diadakan pembentangan kertas kerja oleh semua Excercutive. Ia melibatkan Production Excercutif, Promotion Excercutif, Marketing Excercutif dan Excercutif-excercutif yang lain.
Kini tiba giliran Fathia membentangkan kerja-kerjanya sepanjang dia berkhidmat di situ. Setelah membuka slide. Dia memulakan sesi pembentangannya. Sudah dia mengagak pasti akan disoal banyak oleh lelaki itu. Semasa pembentangan orang lain tak ada pula dia bertanya bermacam bagai. Pelik Fahtia dengan sikap lelaki itu. Sesekali Fathi melihat dia memerhati pensel pink yang digunakan oleh Fathia sebagai petunjuk di skrin. 'Kenapa dia terlalu mencemburui pensel itu?' Soalan yang hanya Fizrie saja yang tahu.
****
Seronok betul Fathia dan Nisa menonton cerita kartun di kaca televisyen. Paling ketawa kuat ialah Fathia. Hairan Nisa dengan Fathia. Lawak sangatkah kartun tu. Atau ada perkara yang lebih melucukan hati Fathia yang dia tidak tahu.
Tiba-tiba Fathia bersuara..
"Nisa..Kau nak tahu satu cerita tak?"
"Cerita apa? Cerita lucu ke?" Tanya Nisa.
"Yerlah..Kau tahu..Bos aku tu sebenarnya jeles orangnya..hehehe.."
"Lah..dia jeles dengan kau ker?"
"Tak lah..dia jeles dengan pensel aku ni.." Sambil menunujukkan pensel berwarna pink tu kepada Nisa.
"Ha...?? Dengan pensel ni? Apa sebabnya..?"
Kemudian Nisa membelek-belek pensel kepunyaan Fathia tu. Terdapat suatu tulisan pada pensel tersebut.
"Laah...Padanlah dia jeles..Cuba kau tengok ni..'I LoVe You'..Eh jangan-jangan dia tu ada hati kat kau kot.."
"Aaa lah.. Hehehe.. Dia tak tau..satu kelas kta ada pensel macam ni kan..kau pun ada kan..??" Soal Fathia..
"Yerlah tu kan..Pensel tukan cikgu Hisham yang kasi..Gelinya hati aku..Yang kau pun satu..Kenapa sampai sekarang ni kau still simpan lagi eh pensel yang cikgu praktikal tu bagi? Haa...kau ada hati kat dia eh?"
Fathia hanya tersenyum sahaja dengan kata-kata Nisa. Tapi apa boleh buat. Dengar kata cikgu tu sudah pun berumah tangga dengan seorang cikgu juga.. Tapi kenangan terindah di alam persekolahan tetap abadi dalam sanubarinya.
**** SEKIAN****
p/s: tak best pun cerita ni kan.. sebab tak larat dah nak sambung ending dia..so, stop je kat situ.. ^_^
Kalau karang lagi mahu berkajang-kajang..Nak cerita lagi pasal bos dia yang handsome tu jatuh cinta and tackle-tackle Fathia.. Dan Ending sama ada Fathia tu kahwin dengan siapa?? Mungkinkah dengan Bos dia atau dengan bekas cikgu praktikalnya tu? Nanti lah I sambung cerita k..