My LuvLy Followers

Status Terkini :

Hai sahabat blogger sekelian.. Erin nak perkenalkan blog kawan Erin.. jom jadi follower kak ni.. http://daripenaseorangummi.blogspot.com


Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Monday, 10 June 2013

Surat Untuk Mama !!


Lydia berlari-lari anak mendapatkan surat daripada abang posman itu..Sampul berwarna coklat tua itu bertukar tangan. Dibeleknya beberapa kali..Alamatnya betul..Tetapi itu bukan surat buatnya.. Tetapi surat buat Mama..Dalam hatinya mengagak surat itu pasti dari Along..Sampul itu tidak dibuka lalu diserahkan kepada Mama..

"Mama ni surat untuk mama.." Sambil menghulurkan sampul itu kepada Mama.

Mama menyambut surat itu..Tetapi Mama masih belum mahu membuka sampul itu.. Mungkin Mama tidak sanggup untuk membaca isi surat tersebut. Lama Mama termenung dan sampul itu masih belum dibukakannya. Lydia sabar menunggu.. Mama seperti tahu itu surat dari Along..

Akhirnya Mama membuka jua sampul berwarna coklat itu.

Assalammualaikum Mama, Lydia, Ifah dan Alif..
Pertama sekali Along ingin memohon ampun kepada Mama dan adik-adik..Tidak terniat langsung untuk Along meninggalkan Mama dan Adik..Along faham perasaan Mama tanpa Along di sisi..Along tahu..Along berhijrah ke Kuala Lumpur ni tanpa kerelaan Mama.. Sebenarnya Along dah tak sanggup hidup di kampung..Bukan Along tak suka dengan kampung kita.. Tapi Along dah tak sanggup nak hadapi orang kampung yang menghina keluarga kita..Lagipun Along berhijrah ke sini untuk mencari Papa.. Along tahu perasaan Mama.. Mama memang tak nak Along cari Papa kan? Tapi Along terpaksa..Demi adik-adik Maa..
Along tahu Papa masih belum menceraikan Mama dan kita masih sekeluarga..Along mahu kehidupan kita seperti 10 tahun yang dulu..Yang mana kita semua bahagia..Tetapi kita tidak sangka ini ujian yang kita semua perlu lalui.. Along harap..Mama restu dengan tindakan Along ini..Along juga sedih.. Tapi Along kena tabah demi keluarga kita.. Walaupun Along masih muda seusia 19 tahun.. tetapi ini bukanlah menjadi halangan untuk Along memikul tanggungjawab.. Sebulan baru Along di sini.. Rindu Along kepada Mama dan adik-adik..Amat Along rasai..Mama dan adik-adik janganlah risaukan Along. Nasib ada Kak Nana.. Dia tumpangkan Along di rumah sewa dia..Kak Nana sekarang ni bekerja sebagai seorang Setiausaha di sebuah syarikat di K.L ni.. Along bercadang hendak memohon kerja di tempat Kak Nana bekerja itu..Sebelum ini Along kerja sebagai pelayan di Restoran. Memandangkan result SPM Along agak cemerlang, Kak Nana bercadang untuk menolong Along dapatkan pekerjaan.. Mama jangan risaukan Along di sini yer.. InsyaAllah ada rezeki Along akan pulang ke kampung..

Salam sayang Along buat Mama dan adik-adik.. Along rindu kamu semua...!! Sekian Wasaalam...

Lydia dapat melihat air mata Mama mengalir membasahi pipi..Lalu cepat-cepat Mama mengesatkan air jernih itu dengan lengan baju kurungnya..'Mama jangan sedih..Along pasti akan pulang suatu hari nanti dengan membawa sinar untuk keluarga kita' Hati kecil Lydia berbisik....

*** Karya Puteri Airyn****

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer

Google+ Followers