My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Sunday, 9 June 2013

Segelas Kasih (2)

"Han..Boleh aku tanya sikit..sikit je tak banyak.." Azhar melabuhkan punggung di sofa berwarna putih dan berbunga kecil yang warnanya koko gelap berkonsepkan inggeris itu. Pandangannya bertentangan dengan Farhan.

"Mungkinkah kerana Fiona..Yang telah membuatkan hati kau berubah dan meninggalkan Atin?" Azhar berbicara lagi. Kelihatan Farhan sengaja membiarkan soalan Azhar itu tanpa jawapan.

"Han..Aku memang tak puas hati dengan sikap hang ni..Dulu hang dengan Atin bercinta bagai nak rak..Last-last bila berkahwin tak dan pun sebulan..Hang ambik keputusan nak berpisah.."

"Awat hang sibuk sangat..ka hang ni pun ada hati kat si Fatin tu?" Akhirnya terbuka jugak mulut Farhan yang sedari tadi ligat membelek surat khabar.

"Ya Allah..Han..Hang ni pasai pa ha..? Aku ni sebagai kawan yang memang sejak azali lagi mengenali hampa dua orang ni.. Bersimpati tau dak.." Azhar menjelaskan maksudnya. Dia mahu menolong bukan mengeruhkan lagi keadaan.

"Han..Harta kekayaan tu bukan boleh bawa ke mana pun..Hang percaya kan Fiona tu ke? Memang lah dia bakal pengurus syarikat, mengaji pandai sampai oversea nuu.. Anak Datuk.." Azhar mula membebel. Ternyata topik itu langsung tidak menarik perhatian Farhan. Surat khabar dibelek-beleknya dan dia langsung tidak memandang wajah Azhar.

'Tit,tit,tit..'

Bunyi mesej masuk pada telefon bimbit milik Farhan. Farhan membuka inbox mesej telefonnya. 

From Fatin

Salam, Abang.. Atin rindu sangat pada abang..Jika selama ni Atin ada salah kepada abang..Atin mintak maaf...

Lalu mesej itu tidak dibalasnya. Sudah berulang kali kata-kata yang sama dihantar kepadanya. Namum dia masih enggan membalas. Dia pun tidak mengetahui apakah yang dia mahu di dalam hidup ini. Fatin Sofihana cukup lengkap sifat kebaikannya, penyayang, sopan, berbudi bahasa, cantik dan tidak kurang juga mempunyai taraf pendidikan yang baik. Cuma bukan dari keturunan yang kaya dan berada..Orang cakap ada apa pada kekayaan. Tetapi setiap inci dalam dunia ini memerlukan wang dan harta. Tanpa harta tiada penghargaan. Mungkin itu dari persepsi pandangan Farhan. Dia kini dibuai kemewahan yang ditaburkan oleh Fiona iaitu seorang gadis genit lagi cantik yang kaya. Fiona cuba mendekati Farhan.

***
From Puteri Airyn

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer

Google+ Followers