My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Friday, 4 October 2013

About DOA.. Salam Jumuah

Assalammualaikum..

Bila mana kita sedang berduka.. Allah SWT lah tempat merintih doa..

Bila mana kita sedang gembira tatkala menerima sesuatu yang di luar jangkaan.. Kepada Allah SWT juga kita mengucap syukur..

Sesungguhnya kita sebagai Hamba Allah, acap kali diberi dengan pelbagai ujian sama ada ujian gembira atau ujian duka.. 

Sesekali kita menangis.. Sesekali kita tersenyum.. Bukan kah itu merupakan warna warni kehidupan.. Kehidupan yang flaksiber di mana kita dapat menerima kesemua keadaan ini dengan redha dan tidak pernah melupakan Allah SWT dalam setiap perkara yang kita lakukan.. 

SubhanaAllah..Alhamdulillah Salam Jumaat yang penuh BARAKAH..


Wednesday, 2 October 2013

Auw.. McD GCB Kembali..!!

Assalammualaikum..

Yeah.. McD GCB dah kembali..
Huhuhu.. Hari tu kan ada ura-ura mengatakan McD ni tak halal..
Tetapi sudah diyakinkan melalui Warta Berita
Maka.. Hari ini teruja sekejap dengan kehadiran GCB di McD
Makan ler dengan seleranya.. 



Haa.. Kenyang sudah..
Apa tujuan entri ini dipublish kan..
Bukan untuk menunjuk-tunjuk..
Tetapi nak habaq.. Ada GCB baru kat McD
GCB ni memang kegemaran Erin
Yum yum yummy... Delicious..!!
Yang Onion Ring tu pun best..Sodap eh..!!

Asal Hujan Je Trafic Jem

Assalammualaikum..

Asal hujan je trafic jem.. Asal trafic jem je hujan..Hari ni hujan di pagi hari. Maka ku redah hujan bersama kereta ku.. Tapi keretanya bergerak nyek, nyek.. Apa daaa.. udah seperti siput sedut bergerak daaa...Dah rumah Erin bersebelahan dengan sekolah SK dan SMK lagi lah dipenuhi kereta. Al maklum, bila waktu hujan macam ni ibu bapa mesti tak kan biarkan anak mereka berjalan jauh untuk ke sekolah. Bimbang lencun baju sekolah tu nanti. Tak kurang juga, ibu bapa  yang sebelum ni hantar anak mereka dengan motosikal, telah berpaling tadah memandu kereta pula bila waktu-waktu hujan begini.. Patutlah trafic jem semacam je.. Huh..!!


Melihatkan suasana ni mulalah Erin teringatkan KL.. KL kan selalu trafic jem.. Tambah-tambah waktu puncak. Jangan haraplah nak sampai rumah awal. Jalan yang sekilometer tu pun boleh tahan sampai 2 jam lama. Sebab jem ni lah. Sebab tu Erin lebih rela menetap di Kedah ni.. Tetapi Kedah pun tak lama lagi mesti jadi macam KL jugak kot. Sekarang ni pun dah nampak bunga-bunga trafic jem.. Huhuhu...

You all tahu tak..rumah Erin dekat je dengan office, kalau tak ada lampu isyarat yang berlambak-lambak dan plus dengan trafic jem tu.. Pasti 15 minit je dah sampai. Tapi selalunya Erin akan ambil masa selama 30 minit paling awal untuk sampai ke office. Uh..Bazir masa betul, hanya di jalan raya..Boleh tak Erin nak cadangkan buat flying fox dari rumah ke office.. Baru best sikit.. Tak payah nak redah jalan raya yang semak dengan kereta bagai.. (Apa lah Erin ni asyik nak marah-marah je ni.. Hehehe)


Haa.. macam ni lah gayanya flying fox tu.. Best paaa.. Macam ni pi office.. Hehehe.. You all pernah terfikir tak apa yang Erin fikir ni?? Buat flying fox bagi memudahkan diri ke tempat kerja.. Nice what..!!

Tuesday, 1 October 2013

Kalau Aku Jadi BOSS

Assalammualaikum..

Kadang kala buat Erin terfikir.. Adakah seseorang itu patut bertindak tegas dengan rakan sekerjanya atau mendiamkan diri sahaja jika dilihat tentang sesuatu perkara itu.. 

Hari ni memang Erin agak bengang sikit.. Kalau Erin dah marah memang akan nampak sedikit garang.. Sedikit ke?? Kalau tak kena ayat pedas sepedas cili api tu bukan I lah kot.. Cewah.. belum jadi boss lagi kan dah garang berang.. Kalau jadi bos.. I don't know macam mana rupa Erin ni kan.. Haha.. Bukan apa.. Kadang kala dalam hal kerja ni kita je nampak dok pulun sebab ingat tanggungjawab.. Tapi orang lain..Bersikap seperti melepaskan tali lelayang.. Baik punya sikap..

Tolonglah buat kerja dengan seiklas yang mungkin.. Wahai rakan sekerja ku..Kalau Erin jadi boss.. Memang siaplah hampa semua.. Hahaha..


Bukan nak buka aib orang tapi sebagai pedoman kita semua yer..Yang Erin tak berapa berkenan

1. Datang lewat.. 
I know you all ada tugas sebagai parent kena berhantar anak yang 5 or 6 orang macam tu.. banyak ye anak you all.. Itu Erin tak kisah sangat.

2. Suka ambil cuti
What everlah kan if cuti you all tu banyak lagi.. Tapi kerja you all tu bagi lah siap dulu.. Asal ada masalah rumah tangga..Kerja terabai.. Baik jadi suri rumah terus..Adoi.. Memang nak marah sebab kerja you all yang tak siap tu sapa nak buat.. Kalau Erin jadi boss.. Maunya aku teriak sebulan 2 kali..Huhu memandangkan sikap staff yang.. MasyaAllah..

3. Suka bersembang time kerja
Ni memang famous.. You all tahu tak suara tu boleh ganggu staff lain nak buat kerja..Adoi lah.. Tak kurang juga yang suka bersembang hal peribadi kat tempat kerja.. Di sini office yer.. Bukan market atau pasar malam tempat untuk bergebang bagai..

p/s : Mood hari ni marah sangat sebab kena buat tugas operator jawab telefon sedangkan tak ada sapa pun  nak bertanggungjawab ke atas tugas itu...Erin je asyik buat kerja orang.. Tak ada pun  orang nak tolong buat kerja Erin.. Benci dengan sikap pekerja yang macam ni... Kalau Erin jadi boss.. Erin tukar je staff yang tak produktif tu kat pedalaman... Sekian

The Love Quotes

Assalammualaikum


Monday, 30 September 2013

Boleh Kita Kongsi Sikit Tentang HAZARD?

Assalammualaikum..

Sebelum menutur kata dengan lebih panjang.. Erin nak tanya ni..Apa yang you all faham tentang HAZARD?
Apa? Kacang Hazel? Ish, ish.. Bukan itu jawapan yang tepat.. Pi cari kat wikipedia yer..

Secara umumnya HAZARD adalah suatu peluang yang mendorong berlakunya sesuatu kecelakaan. Contohnya punca berlaku sesuatu kemalangan yang akan menyebabkan kecederaan.

HAZARD ada di mana-mana sekiranya kita tidak peka dengan keadaan sekeliling kita.. Tak kiralah sama ada di rumah, di jalan raya mahupun di pejabat. Oleh yang demikian..Jom kita saksikan video berkaitan HAZARD ni. Ia mungkin dapat memberi info berguna kepada kita.. Bak kata info berguna kita kongsi bersama. 


Ceritera Kisah Aku (Part 2)


Lima belas minit kemudian Telefon bimbit aku berbunyi lagi.. Tit,tit,tit.. Oh itu tandanya ada SMS yang masuk ke inbok. Seperti yang dijangka ianya datang daripada orang yang sama. Maka dengan ligatnya jari jemariku menekan butang open.

‘Hai Cik Syika Amira, dah tak ingat I lagi ke? I tanya you rindu kan I ke tak? You tak jawab pun..’

From Man Toyol

Haa..Si toyol ni nak aku cakap aku rindu dia? Memang tak lah.. Tunggu kapal Titanik karam sekali lagi pun aku tak kan cakap yang aku suka pada dia. Gasaklah..!!

Sebenarnya aku malas sudah hendak membalas SMS Si Toyol ni. Tetapi memandangkan tak ada siapa yang sudi berSMS dengan aku pada hari ini, maka aku layan juga SMS dia.

‘You dah tak ada kerja ke? Asyik tanya I soalan yang bukan-bukan?’

Sent to Man Toyol

Tanpa menghiraukan SMS itu berbalas atau tidak. Aku kembali menolong Lola memasak di dapur. Aku sebenarnya bukannya pandai sangat bab memasak ni. Cuma mampu tolong hiris dan potong apa yang patut. Masa sedang menghiris bawang, tiba-tiba aku teringatkan kata-kata ibu.

“Syika, sampai bila kau nak belajar memasak ni, umur kau tu bukan muda lagi. Dah nak masuk 25 tahun pun. Kalau dah bersuami nanti macam manalah agaknya yer.” Bebel ibu.

“Alah ibu, relaks la dulu, baru 25 tahun. Syika bukan nak kahwin sekarang ni pun. Buat apa kahwin awal-awal. Orang cakap tak habis enjoy lagi.” Oh begitu hebat aku menjawab bebelan ibu.

Gaya ibu waktu itu seperti mahu saja mengetuk kepala aku dengan senduk yang sedang dipegangnya. Haa..cepat-cepat aku elak. Nahas tak elak? Nanti 44 hari aku jadi bodoh tak ingat apa sebab kena ketuk dengan senduk.

“Oit, mak cik..Hiris bawang jangan berangan. Nanti bawang entah ke mana, jari kau entah ke mana. Terpotong jari, maka hilanglah sepuluh ribu duit hantaran. Terus kau jadi OKB..Nak ke?” Bebelan Si Lola telah melenyapkan lamunan aku tadi. Tersenyum sumbing aku.

“Bukan OKB lah nenek..OKU..” Sambil ketawa aku memperbetulkan kesilapan OKB yang sepatutnya disebut OKU. Yakni singkatan kepada Orang Kurang Upaya.

“Aaa lah..OKU. Macam mana aku boleh tersasul yer?”

Maka berderai-derailah ketawa kami berdua yang memecahkan kesunyian di dalam rumah itu. Mungkin ketawa kami boleh dengar sampai ke rumah sebelah. Sebab bila dah gelak sorai, apa pun dah tak ingat dah. Nak kawal volum suara? Memanglah kan..

Tit,tit,tit..

Terbantut sudah gelak tawa kami dek terdengar telefon menjerik-jerik agar ia diberi perhatian. Aku mencapai telefon bimbit dan nampaknya ada orang tak mahu mengalah untuk terus berSMS dengan aku.

‘I know sejak dari sekolah sampai ke Kolej, You tak pernah nak maafkan I kan?’

From Man Toyol

Apa? Memaafkan? Boleh tak aku nak cakap macam ni pada dia ‘Sorry you are wrong number’ . Ah..!! Macam tak logik pula. Atau aku akan kata macam ni ‘Sorry, tiada maaf bagi mu lagi.’ Perhh..Dah macam cerita drama swasta pula. Mati kutu aku jadinya.

“Amboi, nak balas SMS pun sampai berkedut dahi kau..SMS siapa tu? Boyfriend ke?” Lola mula menyoal aku sambil dia serkap jarang.

“Ini bukan boyfriend. Tapi boya friend.” Tukas aku bagi menjawab soalan Lola.

“Eh, boya friend tu macam mana ye?”

“Macam Man Toyol ni ha..” Alamak macam mana tersasul pula mulut aku ni.

“Man Toyol?” Lola menggaru kepalanya yang tidak gatal tu. Seolah-olah hairan.

“Tak lah..Aku gurau saja. Mana kita ada kawan nama macam tu kan. Aku ni kawan lelaki pun tak ada.”Tukas aku lagi.

Aku agak dengan kenyataan yang aku utarakan tu dapat meyakinkan Lola dan aku berharap dia akan berhenti menyoal aku. Aku rasa, Lola ni dah macam polis. Suka tanya aku yang bukan-bukan. Dan yang paling aku tak suka dia amat gemar tegur masa aku sedang berangan. Dah hobi aku suka berangan, apa boleh buat..

Bersambung.. Eh Thanks ye you all sudi komen-komen cerita ni.. Erin saja suka suki mengarang..Hehehe...Sebenarnya ini pun salah satu hobi Erin.. Selain dari suka membaca novel..

Ceritera Kisah Aku (Part 1)

Berpaksikan secebis rindu, aku cuba menganyam puisi syahdu. Fikiranku lagi-lagi menggasak jiwa untuk terjebak dalam cinta sengsara. Ah..! Ketandusan idea untuk memikirkan hal lain. Atau aku sengaja menutupi ruang benak fikiran dari memikirkan hal-hal lain. 

Mengapa perlu ada cinta dan mengapa perlu ada rindu. Dan paling majoritinya mengapa perlu ada sebuah perpisahan setelah wujudnya suatu pertemuan. Laska cintaku tidak termati di situ bersama lamunan yang terhenti. Orang bisa saja mengatakan tak payah berfikir lagi akan perkara yang sudah-sudah. Mengapa mereka tidak memahami akan perasaanku. Perlukah aku bermonolog sebegini rupa? Asingnya aku rasakan hidup di dunia ini. Hidup dengan orang-orang yang tidak memahami perasaan antara satu sama lain.


"Wah,wah.. termenung jauh nampak..." Ah, dari mana pula Si Lola ni muncul. Tak ada angin tak ada ribut. Tiba-tiba saja terjojol di hadapan aku. Aku hanya senyum kelat kepadanya. Isi hatiku? Oh no..!! Tidak ada sesiapa pun akan aku beritahu lagi termasuklah Lola. Takut nanti dibebelnya kepadaku berjam-jam pula.

"Kau dari mana?" Soal aku mematikan idea dia untuk bersakastik.

"Aku dari TESCO..Beli barang sikit dengan Si Eni Si mata bolat tu.." Tukasnya sambil ketawa kecil. Amboi-amboi seronok ye dia menggelarkan orang dengan panggilan yang bukan-bukan.

"Oit, tak baik kau panggil dia Si mata bolat..Kau pun apa kurangnya mata bolat jugak.." Ada ke, dia memanggil Nuraini tu dengan panggilan 'Si mata bolat'..Ye lah aku faham kenapa Nuraini dipanggil sebegitu. Salah Nuraini juga, siapa suruh dia tempah cermin mata yang berbingkal bulat. Kan dah nampak macam orang zaman dulu-dulu.. Kikiki.. Ketawa jahat aku dalam hati.

"Tadikan kitaorang pergi TESCO.. Kitaorangkan nampak Azman. Tapi dia jalan dengan Mak Cik yang dah berumur sikit.. Eh dia dah jadi anak ikan ke? Ke tu Mak dia?" Tanpa diminta Lola giat bercerita. Apahal pula dia buka cerita pasal Azman ni. Aku baru saja nak lupakan apa yang terpendam dalam jiwa aku ni. Jika Lola giat lagi bercerita, kaki aku sudah bersedia untuk berundur masuk ke bilik tidur.

"Kau beli apa kat TESCO tadi?" Soalan kebanyakkan yang aku ajukan kepada dia agar dapat lari dari topik tentang Azman.

Sebenarnya samaada Lola, mahupun Nuraini tidak tahu cerita antara aku dan Azman. Lelaki yang paling aku minat semasa di alam persekolahan dulu. Azman juga lelaki yang pernah memainkan perasaan ku kerana dek terima cabaran dari kawan-kawannya. Jahanam betul..!! Nasib Si Lola dan Nuraini tak tahu cerita sebenar antara aku dan Azman. Kalau tidak malu aku sebakul. Mana mau letak muka aku yang comel ni haa..!!!

"Aku beli barang ler..Itu pun mau tanya ke?" Laung Lola sambil kakinya sudah melangkah ke dapur. Fikirku mesti dia akan memasukan segala keperluan dapur yang baru dibeli ke dalam peti ais dan menyimpan barangan kering ke dalam almari makanan. Yang aku pelik, kenapa aku tidak nampak bayang Nuraini pulang bersama-sama dengan Lola. Tak mungkin mereka pergi bersama dan Lola telah mencicirkan Nuraini. Pelik bin ajaib ni?

"Ha..Apa yang kau menungkan lagi tu hoi.. Kau hairan eh aku balik sorang-sorang? Si Eni tu pergi rumah mak saudara dia kejap. Malam nanti sepupu dia hantarkan..Syika, mailah tolong aku masukan beras dalam tong ni.. Kejap lagi nak masak, nak makan.." Haa.. dengar tu bebelan Si Lola.. Memang elok sangat aku panggil dia Si Lola Si Mulut Becok. Bila dah mula bebel.. Pot pet pot pet serupa mak nenek. Bebelannya susah nak berhenti. Macam manalah kalau Si Lola ni kahwin nanti. Mesti hari-hari suaminya akan sumbat telinga dengan kapas sebab tak tahan dengan bebelan isteri yang bernama Lola.. hehe.. Jahat tak aku..??

Tit,tit,tit..

Belum sempat aku melangkah menjengok dapur, telefon bimbitku berbunyi. Itu tandanya ada SMS masuk ke dalam inbok. Langkah ku berpatah semula ke meja berhampiran sofa. Lalu aku mencapai telefon bimbit itu.

Hai sayang..Buat apa tu? You tak rindu I?
From Man Toyol

Membaca SMS itu sudah cukup membuatkan aku terkesima sebentar. Bukan seperti iklan rehat sebentar bersama biskut bersalut coklat KIT KAT tu yer. Ini maknanya aku tergaman. Eh, fikir ku mungkin dia tersilap hantar mesej. Ah..!! Lebih baik aku jangan balas. Aku meletakkan semula telefon itu di atas meja. Kemudian aku menapak ke dapur. Dilihat Lola tertunduk-tunduk menuang beras ke dalam bekas. Kesian... Hehehe..

Haa.. Nampak tak aku save nombor telefon dia dengan meletakkan nickname Man Toyol. Haha..Sebab aku rasa dia memang sesuai dengan gelaran itu. Tambah-tambah di Universiti dulu aku pernah nampak dia bawa toyol masuk dalam dewan peperiksaan. Nasib dia tak kena tangkap dengan pengawas peperriksaan. Kalau tidak pasti kantoi habis.. Baru syok aku tengok dia kena tangkap.. Ah padan muka.. Kikiki..Ish..Tak baikkan sikap aku ni..Sepatutnya doa aje yang baik-baik walaupun aku pernah dikhianati..Okay Damm!!

Bersambung........Puteri Airyn Punya Cerita.. Hanya Dongeng Semata-mata..Tiada Kaitan Dengan Sesiapa..Hehehe..

Sunday, 29 September 2013

Jangan Bersedih Wahai Sayang

Assalammualaikum


Sumber FB

Hari Bahagia Jumpa Cerita Tak Sudah

Assalammualaikum..

Hari ni tetiba rasa bahagia pula.. Nak tahu kenapa.. Jeng..jeng.. Hehe.. Buat suspen pulak kan..Sebenarnya Erin baru saja repair netbook Erin yang rosak begitu lama.. Ingatkan dah rosak terus.. Rupanya, button on je yang rosak.. Dah baiki kena RM60 je.. Lepas tu dah boleh guna dengan riangnya.. Erin lagi suka netbook ni sebab mudah dibawa ke mana sahaja kerana ia kecil dan sungguh solid.. Wow..begitulah al-kisahnya..

Al-kisah yang kedua ialah Erin dah jumpa semula karya Erin yang terkubur bersama netbook ni.. Haha.. cerita sekerat yang belum habis dikarang..

Nah..inilah cerita tu..


Dam !!! Kedengaran pintu rumah dibuka dan dihempas kasar. Hatinya begitu gundah gulana apabila mendengar bunyi hempasan pintu tadi. Hampir terlepas kuih karipap yang hendak disuap ke mulut. Terlopong dia melihat bayangan di sebalik dinding itu. Sekejap sahaja tubuh yang menakutkan itu berdiri betul-betul dihadapannya.

“Laila, kau tahukan apa yang aku mahu setiap kali aku pulang!!” Suaranya berbau keras.

Menggigil sekujur tubuh bagaikan melihat maut di hadapannya. Air mata sudah kering dan tidak mampu menangis atau meraung lagi. Dalam mindanya hanya memikirkan cara bagaimana memboloskan diri agar dia terlepas daripada seksaan itu.

Tangan lelaki yang hampir memeluknya ditepis kasar dan dia cuba memboloskan diri. Dia tidak sanggup lagi menjadi hamba kepada nafsu buas bapa tirinya lagi.

“Hey budak tak sedar diuntung..!! Berani kau melawan aku?” Herdik lelaki itu sambil mengejar tubuh yang kurus itu. Laila pula berlari sekuat hati menyelamatkan diri.

Nasib dia mampu bersembunyi di sebalik dinding dibangunan kedai itu. Lelaki itu patah harapan kerana tidak dapat mengejar dan mencari Laila.

Dalam hati kecil Laila bersyukur tetapi dia masih takut kerana bapa tirinya itu ramai ‘kaki’. Kemana dia menghilang pasti akan ditemui jua. Bukan dia tidak pernah melarikan diri beberapa kali. Akhirnya ditemui juga dengan orang tua itu.

*******************

“Syabas Akmar..You dapat tander projek tu..bukan senang nak menangi hati Tan Sri Lokman untuk projek grand macam tu..Walau pun syarikat i gagal peroleh tander tersebut. Mungkin rezeki kami untuk tander yang lain kan.” Hairi Ikwan dari syarikat Indera Network Global merangkap rakan niaga syarikat Akmar mengucapkan tahniah kerana dia berjaya memperoleh tander daripada Tan Sri Lokman.

Sambungannya.. (Belum ada perancangan..) Hehehe..

Miang-miang Keladi


Assalammualaikum

Sajak :

Jika aku diibarat jambangan keladi
Hidup meliar di tanah gambut 
Berjiran pula dengan paya
Tiada bunga dan cuma ada ubi saja

Nak dimasak gulai?
memang tak pernah
Asam Pedas resepi utama
Sebelum dimasak disiang kulit rantingnya

Pantun :
Ubi keladi dikukus dibuat serawa
Enak dimakan di petang hari
Jika dibuat serawa jangan lupa masukan santan kelapa
Dah habis semangkuk mahu minta lagi..

Sebut je keladi pasti Asam Pedas yang terbayang di mata.. Bukan main sedap lagi jika dimakan bersama nasi ulam.. Boleh bagi gred A++ kan.. Keladi ni pun ada pelbagai jenis.. Ada keladi hutan, keladi udang, keladi gajah, keladi putih, keladi ladi minyak dan keladi betawi.. Yang pasti keladi udang dan keladi ulam saja yang boleh dimakan.. Yang lain tu tak pasti pulak..

Jom info sikit bab keladi ni..

Pokok keladi mempunyai daun yang lebar berbentuk hati dengan saiz yang pelbagai. Sesetengah spesies keladi mengeluarkan sulur yang menjalar. Di negara seperti Fiji, ubi keladi dijadikan sumber makanan utama.
Keladi tidak boleh dimakan mentah dan dianggap beracun kerana kandungan calcium oxalate di dalamnya. Ia selamat untuk dimakan setelah direbus atau direndam dalam air semalaman. - Utusan Malaysia

 Bak kata pepatah, Miang-miang keladi..Makin tua makin menjadi.. Hehehe.. sekian..


Kerja Itu Ibadah Dan Usah Kedekut

Assalammualaikum

Sesungguhnya pekerjaan yang kita lakukan adalah suatu ibadah.. Tapi harus diingatkan bahawa kerja yang mendorong ke arah kebaikan dan halal sahaja.. Bukan seperti kerja mencuri, melacur, merosakkan harta benda dan memudaratkan persekitaran dan juga orang lain..


Buatlah sesuatu pekerjaan itu dengan ikhlas kerana Allah SWT.. Janganlah kita buat kerja kerana wang semata-mata.. Wang hasil dari pekerjaan itu diingatkan bukan untuk kegunaan kita seorang.. Tetapi gunalah wang itu sebaik mungkin untuk menolong orang lain yang tidak mampu.. Sesungguhnya kita hidup di dunia ini saling bergantungan.. Hari ini kita menolong orang lain.. Mungkin di suatu masa nanti ada orang lain pula datang menolong kita.. 

Tidak usah mendongak ke langit sambil berkata.. 

"Aku punya wang dan aku tidak perlukan bantuan orang lain..Duit aku berkepul-kepul dan aku boleh beli apa saja..Aku bekerja penat-penat untuk kumpul duit sebanyak ini.. Dan tidak semudah itu untuk aku berikan kepada orang lain.. Kalau kamu mahu wang, kamu usahalah sendiri..." 


Allah SWT berfirman yang maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang kafir): Jika kamu memiliki perbendaharaan rahmat Tuhanku pada ketika itu (segala macam nikmat kehidupan) tentulah kamu akan berlaku bakhil kedekut kerana takut kehabisan; dan sememangnya manusia itu bertabiat bakhil kedekut.” (al-Isra’: 100)

 Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka daripada kemurahan-Nya menyangka, bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka; bahkan ia adalah buruk bagi mereka. (Kelak) Mereka akan dikalungkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat.” (Ali Imran: 180)

Mencari rezeki yang halal daripada pekerjaan sangat digalakkan dalam Islam yang mendatangkan keberkatan. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan sekiranya penduduk negeri beriman dan bertakwa, pasti Kami akan melimpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi, tetapi ternyata mereka mendustakan ayat-ayat Kami, maka Kami seksa mereka sesuai dengan apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah Al-A’raf: 96).
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer