My LuvLy Followers

Status Terkini :

Hai sahabat blogger sekelian.. Erin nak perkenalkan blog kawan Erin.. jom jadi follower kak ni.. http://daripenaseorangummi.blogspot.com


Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Sunday, 29 September 2013

Kerja Itu Ibadah Dan Usah Kedekut

Assalammualaikum

Sesungguhnya pekerjaan yang kita lakukan adalah suatu ibadah.. Tapi harus diingatkan bahawa kerja yang mendorong ke arah kebaikan dan halal sahaja.. Bukan seperti kerja mencuri, melacur, merosakkan harta benda dan memudaratkan persekitaran dan juga orang lain..


Buatlah sesuatu pekerjaan itu dengan ikhlas kerana Allah SWT.. Janganlah kita buat kerja kerana wang semata-mata.. Wang hasil dari pekerjaan itu diingatkan bukan untuk kegunaan kita seorang.. Tetapi gunalah wang itu sebaik mungkin untuk menolong orang lain yang tidak mampu.. Sesungguhnya kita hidup di dunia ini saling bergantungan.. Hari ini kita menolong orang lain.. Mungkin di suatu masa nanti ada orang lain pula datang menolong kita.. 

Tidak usah mendongak ke langit sambil berkata.. 

"Aku punya wang dan aku tidak perlukan bantuan orang lain..Duit aku berkepul-kepul dan aku boleh beli apa saja..Aku bekerja penat-penat untuk kumpul duit sebanyak ini.. Dan tidak semudah itu untuk aku berikan kepada orang lain.. Kalau kamu mahu wang, kamu usahalah sendiri..." 


Allah SWT berfirman yang maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang kafir): Jika kamu memiliki perbendaharaan rahmat Tuhanku pada ketika itu (segala macam nikmat kehidupan) tentulah kamu akan berlaku bakhil kedekut kerana takut kehabisan; dan sememangnya manusia itu bertabiat bakhil kedekut.” (al-Isra’: 100)

 Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka daripada kemurahan-Nya menyangka, bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka; bahkan ia adalah buruk bagi mereka. (Kelak) Mereka akan dikalungkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat.” (Ali Imran: 180)

Mencari rezeki yang halal daripada pekerjaan sangat digalakkan dalam Islam yang mendatangkan keberkatan. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan sekiranya penduduk negeri beriman dan bertakwa, pasti Kami akan melimpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi, tetapi ternyata mereka mendustakan ayat-ayat Kami, maka Kami seksa mereka sesuai dengan apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah Al-A’raf: 96).
 

6 comments:

PeRdU cINta said...

yes..betul dan setuju..dalam setiap rezeki kita itu terdapat juga di dalammya bahagian orang lain..bersedekahlah kerana rezeki kita akan bertambah..yang pasti keberkatannya itu akan terserlah :)

Lieya Von Jay said...

rezeki semua dtg dari Allah . semesti nya kita kena bersyukur dan bekerja bersungguh2 . kan kak ^_^

biskutcelup said...

betul tu kak erin..kerja kena ikhlas..dan anggap je duit tu macam ganjaran sampingan dari usaha kita..kalau letak duit jadi sebab utama memang rasa tak best je la kerja tu kan bila duit masuk lambat dan sebagainya :D

S.K.A said...

betol 2 kak =) skong sgt2..nk bt sesuatu pkrjaan 2 kenalah ikhlas dri hati..brulah diberkati Allah..lg 1 niat..niat pn kenalah betol..jika kita ni berkedudukan tggi xplu smbong..knalah sntiasa bntu yg lemah..motivasi utk diri sy juga

Tetamu Istimewa said...

Rezeki tak datang melayang dan tak juga datang bergolek. Perlu berusaha. Adalah lebih baik dan berkat jika dapat dikongsikan bersama.

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

rezeki untuk dikongsi bersama.. insya-Allah akan berkat dan bertambah-tambah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer

Google+ Followers