My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Saturday 11 May 2013

HaPpY MoTHeR's Day

Esok 12 Mei 2013..
Happy Mother's Day to my MAMA..
Erin dan Erra sayang mama..
Tapi aku rasa sedih bila mengenangkan pemergian Tok Tiah..
Bersabar yer kepada semua ibu saudara ku yang kehilangan ibu tercinta pada 3 Mei 2013
Aku pun sebak..sebab setiap 12 Mei, mama mesti akan call Tok Tiah wish Mother's day..
Tapi tiada lagi untuk esok..
Wish selamat hari ibu dalam setiap doa kami semoga Tok Tiah sentiasa dicucuri rahmat dan tenang di sana..
Kami semua sayang Tok Tiah..
Tok Tiah seorang ibu dan nenek yang baik..
Aku terlalu menghormati Tok Tiah sepanjang hayatnya..
Aku suka sikap Tok Tiah..
Tok Tiah seorang yang sabar dan tak banyak bercakap..
Aku sedih ni..tak dapat nak tahan lagi.. sob sob sob..
Ya Allah.. Tabahkan lah hati kami semua..
Esok rasa macam nak beli kek untuk mama..
Tapi takut kolestrol tinggi plak..
Mama ada kolestrol..
Hmm.. nak bagi apa yer kat mama..??
Bagi Love Kissing je lah kat mama..
Yang lain tu akan difikirkan nanti..
Mama.. U are my love..
We love U so much..!!!

Aku ReDha DaLaM KeNanGaN

Huhu rindu rindu.. hehe..3 hari kot tak menulis kat blog ni..
Ye lah.. aku balik kampung di Merbau Pulas..
Tu rumah Tok Wan Pin dan Tok Tiah..
Aku sedih lah bila balik kampung..
Kedua-duanya dah tiada lagi..
Dulu aku kehilangan Tok Wan Pin..
Dan 3 Mei 2013 aku kehilangan Tok Tiah..
Aku rindu sangat-sangat kat Tok Tiah..
Walaupun dah seminggu Tok Tiah tinggalkan kami untuk selama-lamanya..
Aku masih terbayang Tok Tiah di rumah tu..
Tapi aku tak nangis..Aku nak jadi tabah..
Walaupun pada hakikatnya aku sedih sangat..
Aku redha Tok Tiah kembali ke sisi Allah S.W.T
sebab aku tak rela tengok Tok Tiah sakit tenat..
Banyak kali aku mimpi Tok Tiah..
Semoga Tok Tiah, Tok Wan Pin, Pak Tam Shat dan seluruh keluarga ku yang telah kembali 
ke Rahmatullah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dikasihi oleh Allah S.W.T..
Aku Redha kerana kita semua akan menuju ke destinasi yang sama..
Hanya Allah S.W.T yang tahu segalanya..

Thursday 9 May 2013

Masa Kecil Ku

Before tidur ni.. Aku nak upload picture nie..
Masa nie aku berumur 5 tahun..
Comey tak kak ton..
Hehehe...Iklan Beauty Umairah jap...
 Okay lah good night...ZZzzzzzzz...Sleep tight..Sweet Dreams

Tutorial Samosa

Ni lah al kisah Samosa..
Tahu ke apa itu SAMOSA?? Ingat Kota A Famosa ke??
Tu Kota Belanda di Melaka..So, tak da kaitan pun..Hehehe..
Samosa adalah sejenis kuih..
Apa daaa.. yang tu pun nak cerita..Biar lah asalkan aku tak...
Cedih....Laaa.... 
Kat rumah aku paling suka buat kuih ni..Bentuk segi tiga.. Ala laa comey nyer..
  Taraaa.. ni lah inti samosa tu..
Hmm..ada daging cincang, ubi kentang, cili benggala, saleri,bawang besar dan juga carrot
Tidak dilupai kulit popia..(Beli kat TESCO jer)
Firstly letak je inti yang telah siap digoreng ke atas kulit popia tu..
Then..
U all lipat macam ni utk dapatkan bentuk segi tiga ni..
Dari mana aku belajar?? Hehehe.. hentam je tu..kira teknik membalut samosa tu aku le perintisnya
Lipat selapis macam ni..nak buat satu samosa memerlukan 2 helai kulit popia..
Pastu balut sekali lagi..ikuti cara balutan pertama tadi..Hmm..senang je kan kan..
Haa... dah siap pun samosa ku..hehe..comey lotey..tapi tak goreng lagi tu..
Aku cadang nak buat frozen je.. bila time perlu kami akan goreng lah..
Ha..tu dia aih.. penuh kot kat bahagian beku peti ais mama.. hehe..
Samosa ni nak bawak balik kampung halaman ku di Kuala Ketil
untuk majlis tahlil nenek ku yang telah kembali ke Rahmatulallah
pada 3 Mei 2013 (Jumaat 12.45 tgh hari)
Sedih tau..Tapi apa kan daya.. Allah lebih menyayangi insan terpilih itu..
Aku doakan semoga nenek ku di tempatkan bersama orang-orang yang beriman..
Aamin.....

Wednesday 8 May 2013

Kita Kena Tahu Sejarah Malaysia

Walaupun aku ni kategori yang tidak cemerlang sejarah..
tak dapat A dalam subjek sejarah masa sekolah dulu..
Tapi aku amat teruja dengan sejarah negara Malaysia..
Dengan sejarah ni lah mendidik kita cintakan tanahair..
U all semua jangan ingat time nak exam je pulun baca sejarah..
Lepas tu dah habis SPM or STPM..
U all buat endah tak endah je dengan sejarah dan perlembagaan negara kita..
Tanpa sejarah masa lalu..
Kita tak mungkin kecapi apa yang ada pada masa kini..
So, jom lah semak skit tentang sejarah ni.. review k..
Kesultanan Melaka (1402–1511)

Kesultanan Melayu Melaka (كسلطانن ملايو ملاك) diasaskan oleh seorang putera dari Palembang iaitu Parameswara di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam. Hal ini berubah pada tahun 1409[1] apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka. Pada 1528, seorang putera baginda Sultan Alauddin Riayat Shah II menubuhkan Kesultanan Johor bagi mewarisi Kesultanan Melaka.
Ni aku copy dari blog ni  sejarahmalaysiaku.blogspot.com
u all still ingat ke??
Jangan buat muka BLUR k..
Nak tulis kat sini pun macam banyak sangat.. so, u all p baca sendiri lah kt link ni yer..
U all baca lah.. sekurang-kurangnya kita ni tak buta sejarah negara sendiri..
Kata cintakan Malaysia.. sejarah pun tak tahu..
Hmmm.....

Mimpi Khayalan Ku

Asslammualaikum.. 
hohoho.. semalamkan aku bermimpi..
Alahai mimpi ada mak cik-mak cik dan aunty-aunty tanya aku bab kahwin..
Huhuhu.. dalam mimpi tu pun aku jadi stress tiba-tiba..
Alah mimpi je pun..
Tapi yang bestnya aku sempat jawab kat depa tu lagu ni..
Jika kwn kat picture bawah ni realiti.. may be kot aku kan kahwin..hehehe
Tak logik langsungkan..
Ingat cerita FAIRY TALES ke..
Itu pasal lah aku gelarkan diri aku ni PUTERI AIRYN..
Teringin sangat dah nak jadi tuan puteri..

Tuesday 7 May 2013

Yang Aku Suka

Aku memang suka menaip.. Bukan saja menaip macam-macam cerita tentang diriku dan sebagainya
Selain tu aku suka benar berhias blog nie..
Paling suka edit HTML sampai naik pening..
kadang-kadang rasa macam nak muntah.. Hehehe..
Kalau di ofis.. aku curi-curi jugak edit my page nie..(Shhh jgn g tau orang lain ye..expecially my boss)
Kat rumah pun sama..after buat kerja rumah..
Aku buka laptop pulak..
Rutin aku dengan my page ni macam wajib pulak kan kan..
Bila aku rasa blog aku tak cantik..
Macam ni lah jadinya.. Huhuhuhu.......Hempuk My Lappy..



Icon Yang Comey


Saja je I search google untuk mencari icon n picture cartoon yang comel-comel
Hehehehe...
Hasilnya dapat upload picture monkey yang kat atas tu..
Memain je kerja I ni kan..
Lalala.. 
Jom buat kerja semula..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer