My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Saturday, 1 June 2013

Goodies Kenduri

Assalammualaikum..
Penatnya hari ni..pergi 5 buah rumah kenduri kot..
Aih..ramai betul yang kahwin 1 Jun 2013 kan..
Perut kenyang..pastu dapat banyak goodies..


Mana tak banyak nyer.. setiap rumah beri 3 goodies..
Kalau 5 buah rumah..dapat around 15 goodies..
Teringat masa adik tak masuk matrikulasi lagi..
If ada kenduri, sure aku and adik akan berebut goodies tu..Siap pilih-pilih apa yang ada dalam kotak goodies tu.. Pastu abah mula lah bising marah kan kami..so, pakat-pakat diam..
Bila adik tak ada ni.. rasa macam tak best dah.. tak boleh nak gaduh-gaduh berebut goodies lagi..
Tadi mesej kat adik.. dia pun sedih.. nak buat macam mana dah dia kena belajar jauh-jauh kan..
Adik dah janji dengan aku nak belajar sungguh-sungguh nak dapatkan pointer yang terbaik..
InsyaAllah aku doakan..Demi adik tersayang..


Ni barang-barang yang terdapat dalam kotak goodies tu..
Ada Surah Yasin, Asma Ul-Husna, Pulut Kacau (Wajik)
Air mineral, Key Chain, Minyak Gamat, Kerepek,  Mashmello, Gula-gula dan jelly..
Banyak kan.??

p/s : Adik Erra.. Kak Erin rindukan Adik Erra.. Huhuhu...Nanti balik sini kita pi jalan-jalan naaa....

TaKoYaKi

Assalammualaikum..
Hari ni aku ada banyak sangat undangan kenduri perkahwinan..
So Before that, aku nak buat entri dulu kat blog ni..
All of u pernah tak dengar nama makanan ni..TAKOYAKI..
Haa.. ada yang biasa dah makan mesti tau macam mana rasa Takoyaki ni kan..
Kat Alor Setar ni pun ada.. 
Tapi tak lah sesedap yang aku makan dekat TESCO Senawang Negeri Sembilan
dan di Plaza Low Yat di KL..
Okay now aku upload pictures tentang Takoyaki ni yer..
(Takoyaki sejenis makanan Jepun)
Sila rujuk info di bawah ni yer..
Takoyaki
Takoyaki is a ball-shaped Japanese snack made of a wheat flour-based batter and cooked in a special takoyaki pan. It is typically filled with minced or diced octopus, tempura scraps, pickled ginger, and green onion. infomation by : Wikipedia
 Aku siap beli 2 kotak lagi.. Satu Octopus (Sotong kurita)
Lagi satu kotak tu Prawn (Udang)
Picture Takoyaki ni hak cipta terpelihara ye..No copy.. hehehe.. :-)

Cucur jagung dan udang

Assalammualaikum..



Today punya tutorial masakan..
Aku nak ajaq ampa semua cara nak masak cucoq udang dan jagung..
(eleh..macam lah kanak-kanak rebina nak ajaq budak tadika memasak je bunyi nyer kan..)
Entah-entah ampa pun tak tau macam mana nak buat cucoq ni kan..
Ni masakan yang paling mudah ringkas dan cepat.. Sedap pun sedap..
Yang sedap tu sebab ada udang lah kan..(Resdung tu seafood..Hehehe)

Firstly...

Sediakan bahan-bahannya..
Satu kilo tepung gandum..(Banyaknya..nak makan berapa orang ni??)
Udang sebanyak yang mungkin..(Kolestrol tolak tepi, nak makan punya pasai)
Bawang besar..setengah labu atau satu labu.. 
(Jangan confius, aku cakap bawang bukan labu.. karang ampa salah pulak p letak labu dalam tepung tu.. dah jadi cucoq udang, jagung labu..hehehe)
Cabai besaq.. (Buh hat meqah tau) Potong nipis serong-serong..
Jagung tu ampa besiang lah elok-elok.. Hat puloq jangan dok ambik..
(Sat gi ada yang tercekik nanti)
Pastu sedikit garam, gula.. buh secukup rasa.. 
(Kalau ampa tak takut diabetes and darah tinggi buh sebalang gula and sebalang garam pun tak pa)

Secondly

Gaulkan semua bahan-bahan tadi dalam satu bekas.. macam picture no. 2..
Ampa guna ayaq masak yang suhunya tak panas sangat dan tak sejuk sangat nooo...
Setelah digaulkan beberapa saat / minit..
Sediakan kuali bersama minyak masak..(Bukan minyak petrol yer...)

Thirtly

Gunakan sudu untuk letakkan tepung yang siap digaul tadi ke dalam kuali..
Bila dah siap goregn ampa boleh dapati cucoq ampa ada pelbagai rupa kan..
Bentuk bunga pun ada.. bentuk dinasour pun ada..Aish...Hehehe..

- SEKIAN-

Kinabalu (Episod 1)

Assalammualaikum..
Wah dah lama tak menulis.. rindu giler dengan my blog ni kan..
Bila ada peluang laju je tangan ni capai lap top then terus online..
Today nak cerita tentang cerita yang dah hampir lapuk tetapi masih segar dalam ingatan eden..
(Guna bahasa negori lah ekau..)
Haha..mentang-mentanglah eden baru pulang ni ha dari kualo pilah..
Terus nak loghat sana..
Before that, i need to upload my second experience mendaki gunung Kinabalu..
Dah lama ni seingat aku..pada bulan JUN 2011..
Nak mendaki gunung setinggi Kinabalu memang memerlukan mental dan fizikal yang kuat..
Kalau tak kuat..u akan collape lah..
Tapi masa trip or expedisi ni lain dari yang lain..sebabnya beberapa orang sepupu aku joint sekali mendaki ..
Aku pulak abah bawak satu family..Aku sebenarnya dah dua kali mendaki gunung ni..
First time mendaki ketika umur 5 tahun.. Ha?? Tak caya?? Yer.. ada bukti what.
.(Sijil..tapi aku malas upload)
U all tahu tak kami mendaki gunung kinabalu tu selama 9 jam..(guna kaki kot) hehe
Tu pun baru sampai di Panar Laban..
Nak sampai ke puncak..We all kena mendaki lagi 2 jam mengharungi gunung berbatu..
Siap kena pegang tali, pakai headlight sebab mula mendaki seawal pukul 2 pagi..ha u all sanggup ke??
Tapi jalan ramai-ramai tak lah terasa sangat kan.. Dengan kesejukannya yang melampau.. Adoi lah..
Tapi bila sampai saja di puncak tertinggi.. Terasa suatu kejayaan..Pengalaman yg sangat berharga..
Sebab dapat tawan puncak Kinabalu buat kali kedua..
Apa kali ketiga pulak bila?? Haaa..yang tu memang dok plan dah..
Expedisi ni mengambil masa selama 7 hari.. uit..jangan salah faham..
7 hari tu.. sepanjang di Sabah lah.. kami p lawatan ke Akuarium UMS dan menjelajah pulau Manukan, 
pulau gaya dan beberapa buah pulau lagi..Siap ada sesi snokeling kot.. Hehehe..

p/s : ni baru cerita episod 1.. nanti aku cerita lagi ek...kalau cerita banyak sangat tentang ni.. boring pulak u all kan kan kan kan....(Berapa banyak kali kan kan daaaa...)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer