My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Friday 9 August 2013

Epid 2 : BBQ DiNNeR mALaM RaYa KeDuA

Assalammualaikum..

Boom boom bunyi mercun..huhu..Alhamdulillah..kenyanglah sudah..

Uish..tak tau nak habaq lah..ramai betul tetamu yang datang..hairan pun ada sebab tetamu yang datang di luar jangkaan..sampaikan ada yang tak kenal pun datang juga..tak pasti lah dijemput atau tak..apapun dah niat kenduri..So, jemput-jemput lah makan..

Paling cepat habis..BBQ section..kambing golek, ayam panggang, satay kajang..memang diserbu dulu..

Jom view picture yang Erin telah snap ni..

Epid 1 : BBQ di HaRi RaYa KeDuA

Assalammualaikum..

Wah..teruja gituuu..hari ni..acara yang selalu kami lakukan di kampung pada hari raya kedua pada setiap tahun ialah..berkumpul sanak saudara beramai-ramai dan adakan open house..

Hmm..hmm..bukan siang tauu..we all buat malam..Ala ala dinner BBQ gituuu..

Kambing bakar bergolek..satay kajang..nasi Arab..laksa..nasi ulam..sayur keladi..nasi impit kuah kacang..kuih samosa..dan macam-macam lagi..haha..malam sat lagi makan lag sampai lebam..

So..Erin mempersembahkan beberapa keping gambar pra dinner BBQ..best weh..sampai tak tau nak habaq..

Bicara Kasih

Dalam rindu aku mencari jawapan
Jawapan yang kau karang penuh persoalan
Aku cuba menghuraikan apa yang tersirat
Ternyata bukan mudah untuk aku temui jawapan itu

Aku pasrah andai tiada jodoh diantara kita
Aku rela kau bahagia walaupun bukan denganku
Aku redha jika kau bukan milikku
Kerana aku agungkan apa yang ditentukan oleh Illahi..
Aku melepaskan kau walaupun aku sayang..kerana tiada lagi kasih mu untuk aku..

Biarpun kau telah beralih arah dariku..
Aku tetap menghargaimu yang pernah hadir dalam hidupku..
Aku hanya mahu kau bahagia dengan siapa pun pilihanmu kelak..
Biarpun derita ku rasakan..Aku tetap tersenyum melihat kau bahagia disisi dia...

Biarkan hatiku berbicara tanpa kau memahami yang kau adalah insan yang aku sayangi walaupun tak dapat aku miliki dan hidup bersamamu nanti..

Thursday 8 August 2013

SeLoKa PaNTuN Di AidiLFiTri

Assalammualaikum..

Tiba-tiba terdetik di hati ini ingin mengarang beberapa rangkap pantun..
Jom layan Seloka Pantun AidilFitri yang Erin karang ni..

Zaaaassss...Layaaaannn...

Ayam berkokok tanda sudah pagi
 Mandi sunat hari raya jangan dilupai
Pergi ke masjid berjalan kaki
Mari menunaikan solat sunat AidilFitri

Indah nian di hari ini
Berbaju kurung songket berwarna-warni
Dara teruna berhias di sana sini
Datangnya AidilFitri anugerah Illahi

Mari kita bersalam-salaman
Tangan dihulur tanda kemaafan
Syawal datang menggantikan Ramadhan
Semoga AidilFitri kali ini penuh keberkatan

Ketupat rendang sedia terhidang
Dihidang kepada tetamu yang datang
Tua muda sibuk bergebang
Kanak-kanak ceria dan riang

AidilFitri Datang Lagi..Semuanya ceria cantik berseri..Hari mulia lagi diberkati..Kanak-kanak juga yang murah rezeki..(Sebab depa dapat duit raya... Huhu.. )

Wednesday 7 August 2013

We'll be miss Ramadhan N Saying Welcome To Syawal

Assalammualaikum..


Hey U all.. Raya mana tahun ni?? 

Whatt?? Now dah ada kat kampung halaman masing-masing.. Alhamdulillah..Selamat sampai.. Kepada yang baru nak bertolak esok.. Make sure drive carefully yer..check dulu kenderaan tu..Baru boleh jalan-jalan beraya idakk..??

Wah.. Esok berbaju barulah semuanya yer?? Kan sunat memakai pakaian yang baru pada AidilFitri.. Tak kisahlah sama ada baju tu berapa harganya.. Janji baru kan..

After solat hari raya.. First yang kita akan ziarah dulu ialah makam sanak saudara yang telah kembali ke Rahmatullah kan.. Sedih terkenangkan insan yang telah pergi dulu mengadap Illahi.. Apapun destinasi kita adalah sama dipenghujung hayat..

Kepada Tok Wan Pin..Tok Tiah..Pak Tam Arshad..Pak Long Pa..Tok Su Jariah dan yang lain yang telah kembali di sisi Allah Yang Maha Esa.. Erin doakan kalian gembira di hari raya dan tergolong dikalangan orang-orang yang beriman dan dikasihi oleh Allah SWT..

Dikesempatan ini..Erin ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri kepada semua yang mengenali diri Erin samaada secara langsung atau tidak langsung.. (Cewah ayat macam celebriti pulak kan.. Hehe...) Dan Erin menyusun sepuluh jari tangan..(Sepuluh je..Lagi sepuluh tu jari kaki.. Hehe) Memohon ampun dan maaf sekiranya ada bahasa serta tutur kata yang menyinggung hati kalian.. 

Erin doakan kalian semua bergembira dihari raya.. Dan hati-hati ketika beraya.. Dalam gembira kita mesti beringat yer..Jika malang itu dapat dihidu.. Pasti kita lebih berjaga-jaga..Tapi malangnya itu tidak berbau..Jadi kita perlu berwaspada..

Kepada Adik-adik yang suka main mercun tu.. Hati-hati lah yer.. Jangan nanti sampai jeremen muka..Jari sepuluh tinggai tiga saja.. Tak mau gituuu yer.. (Apalah yang seronok sangat depa ni dok main mercun..Tapi tak da mercun tak da suasana raya pulak kan..)

Okay.. Jom Raya.. Yeahh....

Upin dan Ipin

Assalammualaikum..
Hihi..sapa suka tengok kartun ni?? Cepat angkat tangan..jangan tipuuu..
Bestkan tengok upin dan ipin ni..tapi tu lah...asyik dok ulang-ulang je ceritanya..apa pun kartun upin dan ipin ni tak jemu tengok..sama macam cerita P.Ramlee..tengok pi lah berapa kali pun tetap best dan fresh..
Bukan kanak-kanak saja yang suka akan kartun upin dan ipin ni..golongan dewasa pun suka..semoga industri kartun di Malaysia ni terus maju dan mewujudkan jalan cerita yang bermanfaat dan penuh teladan kepada semua golongan..

Keterbatasan menulis blog

Assalammualaikum..

Bila diri ini berada di kampung halaman yang tak ada wifi amatlah keterbatasan melayari internet tersangatlah dirasai..tapi tak apalah..untuk beberapa hari je kan..

U all nak tahu tak? Hari ni Erin rasa sangat teruja bila dapat membuat balutan ketupat daun palas..U all pun tahukan..Nak balut ketupat tu perlukan kemahiran juga..Akhirnya Erin dah pandai buat balutannya..seronok dapat buat beberapa biji ketupat tuu..hihi..(itu pun nak cerita jugak kan kan..)

Suasana lebaran Aidilfitri yang bakal menjelang tak lama lagi..Kian dirasai..Dan bulan yang penuh barakha bakal meninggalkan kita..Antara suka dan duka sepanjang tahun adalah suatu kenangan dan memori yang sukar dilenyapkan dari kotak fikiran..Dan setiap hari yang mendatang itu penuh dengan warna warni serta corak coreng kehidupan..

(Erin dah mula buat ayat puitis..hihi..terpengaruh dengan ayat novel kot)

p/s: nak wish selamat hari raya kat U all..tapi nak tunggu entri esok..malam ni Erin kat kampung..esok balik rumah kejap then petang raya balik semula ke kampung...oh kampung tempat lahirku..Merbau Pulas nama tempatnya..apa tak tahu dimana?  Sila hendaknya search Google yer..

Monday 5 August 2013

AkU DaN BusiNeSs

Assalammualaikum..

Wah dah ada kerja dengan government pun mahu berbusiness lagi.. Hehehe.. Erin memang minat berniaga.. Rasanya memang ada skill sejak dari universiti lagi kot..Kadang-kadang bukan kita cari customer.. Tapi customer yang cari kita.. Bagi business kat kita.. 

Jika berniaga tak ada pelanggan.. Tak guna jugak..Bukan??

Sebenarnya Erin amat-amat bersyukur ke hadrat Illahi kerana kurniakan diri ini dengan pelbagai kebolehan.. Alhamdulillah yang tidak terhingga..

Ini al-kisah Kuih Samosa ku.. Sebenarnya Erin buat tujuan untuk makan-makan saja.. Tapi tak sangka dan disangka.. Ramai yang tempah samosa yang Erin buat.. Siap mereka minta Erin buatkan samosa frozen..

Erin pun cubalah business ni.. Sepeket kuih samosa yang belum digoreng..Erin jual RM3.20.. Dalam sepeket mengandungi 8 biji samosa..Ini bermakna sebiji yang Erin jual berharga 40 sen..

Ini kuih samosa yang Erin buat lain dari yang lain.. Sebab Erin menggunakan perencah sup..Bahan-bahannya pula adalah lobak merah, ubi kentang, batang salari, bawang besar, daging lembu yang dipotong dadu, lada sulah, cili merah atau capsicum dan sedikit perasa sup.. Ditumis pula sengan bawang putih..

Nak buat kuih samosa ni tak susah pun.. semudah A,B,C sahaja.. hehe.. yang penting kita tahu bagaimana nak membalut dan melipat kulit samosa tersebut..

Selain menjual samosa secara tak langsung.. Erin juga ada menjual produk kesihatan Miera Bellah dan Virgin Coconut Oil.. Produk kesihatan ni.. Erin jadikan diri Erin sebagai Testimonial.. Apabila berkesan.. barulah berani nak jual pada orang lain..

Haa.. Apa lagi bakat yang Erin ada??

Erin juga boleh menjahit manik pada baju kurung.. Pernah ambil tempahan.. Alhamdulillah dapat untungnya.. Memang suka sangat berniaga.. Nabi Muhammad pernah bersabda bahawa 99% punca rezeki adalah datang daripada perniagaan.. Memang betul sangat-sangat..Apabila kita berniaga.. duit semakin bertambah dan jarang nak susut..

Sunday 4 August 2013

CoMmEnT MoDeRaTioN FoR HaRi RaYa

Assalammualaikum..

Apsal dengan tajuk entri Erin ni?

Ye lah Comment Moderation tu apa yang ada pada bahagian setting blog kita semua..

Erin dah adjust dari Always kepada Never..

Tujuannya..??

Supaya bila Erin online blog guna my Xperia.. Erin boleh view segal;a komen U all..Application blog yang ada pada Xperia Erin ni macam pelik skit.. Kalau letak moderation..Nanti Erin tak boleh view komen U all.. Ye lah.. Sepanjang cuti beraya.. Erin akan update blog hanya menggunakan Xperia yang kecil tu..Malas nak bawak balik Laptop..

Seperkara lagi.. aktiviti blogwalking jugak tak dapat dilakukan.. huhu.. Melainkan Erin dah hafal link blog U all tu.. Huhuhu.. sedih tak dapat blogwalking..

Apapun hope U all enjoy with Ur Eid Fitri Holiday..Kita tak payah blogwalking lah yer.. Kita Footwalking ke rumah berhari raya je lah..

1 JaM HiLaNg 1000 KaLoRi

Assalammualaikum..

"Oh noo..berat badanku bertambah"

U all mesti akan kata macam tu kan bila jarum penimbang tu akan bergerak seolah-olah melebihi 90 darjah..Kalau jarum tu terletak pada paras 50 darjah atau kurang pasti U all rasa badan U all tu berada ditahap selamat..Tapi jika lebih?? Hmm.. mulalah nak runsing tuuu..


(picture by google search)

Setiap masalah ada penyelesaiannya..

First sekali..U all perlulah beli tali skipping..Kalau nak jimat..Tak payah beli..Just sediakan tilam berspring..Hehe..

Why??

Sebab Erin nak ajar U all melompat dan lompat sampai lemak semuanya cair..Haha..U all tahu tak dengan melompat U all dapat mengurangkan segala lemak yang berkumpul dalam badan..Disamping mendapat bentuk tubuh badan yang cantik.. Tapi harus diingatkan melompat tu patut padan je lah yer.. Kalau melompat sampai terpeliot tu.. Bukan salah hamba..Kerana tuan hamba yang terlebih melompat.. hehe..

p/s : Sebenarnya nak publish entri ni after raya.. tapi memandangkan I don't have any idea to write any entri.. So, i decide to publish this entry.. Huhuhu..The next entry will be coming soon..Now mood nak raya okay.. yeeehaaa... ;-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer