My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Monday, 5 August 2013

AkU DaN BusiNeSs

Assalammualaikum..

Wah dah ada kerja dengan government pun mahu berbusiness lagi.. Hehehe.. Erin memang minat berniaga.. Rasanya memang ada skill sejak dari universiti lagi kot..Kadang-kadang bukan kita cari customer.. Tapi customer yang cari kita.. Bagi business kat kita.. 

Jika berniaga tak ada pelanggan.. Tak guna jugak..Bukan??

Sebenarnya Erin amat-amat bersyukur ke hadrat Illahi kerana kurniakan diri ini dengan pelbagai kebolehan.. Alhamdulillah yang tidak terhingga..

Ini al-kisah Kuih Samosa ku.. Sebenarnya Erin buat tujuan untuk makan-makan saja.. Tapi tak sangka dan disangka.. Ramai yang tempah samosa yang Erin buat.. Siap mereka minta Erin buatkan samosa frozen..

Erin pun cubalah business ni.. Sepeket kuih samosa yang belum digoreng..Erin jual RM3.20.. Dalam sepeket mengandungi 8 biji samosa..Ini bermakna sebiji yang Erin jual berharga 40 sen..

Ini kuih samosa yang Erin buat lain dari yang lain.. Sebab Erin menggunakan perencah sup..Bahan-bahannya pula adalah lobak merah, ubi kentang, batang salari, bawang besar, daging lembu yang dipotong dadu, lada sulah, cili merah atau capsicum dan sedikit perasa sup.. Ditumis pula sengan bawang putih..

Nak buat kuih samosa ni tak susah pun.. semudah A,B,C sahaja.. hehe.. yang penting kita tahu bagaimana nak membalut dan melipat kulit samosa tersebut..

Selain menjual samosa secara tak langsung.. Erin juga ada menjual produk kesihatan Miera Bellah dan Virgin Coconut Oil.. Produk kesihatan ni.. Erin jadikan diri Erin sebagai Testimonial.. Apabila berkesan.. barulah berani nak jual pada orang lain..

Haa.. Apa lagi bakat yang Erin ada??

Erin juga boleh menjahit manik pada baju kurung.. Pernah ambil tempahan.. Alhamdulillah dapat untungnya.. Memang suka sangat berniaga.. Nabi Muhammad pernah bersabda bahawa 99% punca rezeki adalah datang daripada perniagaan.. Memang betul sangat-sangat..Apabila kita berniaga.. duit semakin bertambah dan jarang nak susut..

5 comments:

mirza syazwina said...

wah pandaila boleh jahit manik dekat baju,betul tu kalau berniaga ni rezeki melimpah :)

Norhasniza Khalid said...

mama tempah boleh...?

Cik Misya (Aimi Syahirah) said...

Hi dear! Nak duit raya free?http://www.aimisyahirah.com/2013/08/contest-saya-nak-duit-raya-cik-misya-v2.html

HafRizah Sweet said...

assalamualaikum erin...bagus2, betul 99% punca rezki dtg dr perniagaan.... nnt bolehla sy kirim kat erin jahit manik ye..heheee

Aniq Bukhary said...

Wahhh.. bisnesswomen rupanya.. I like business.. Nak tanya skit, terima tempahan online ke??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer

Google+ Followers