My LuvLy Followers

Status Terkini :

Hai sahabat blogger sekelian.. Erin nak perkenalkan blog kawan Erin.. jom jadi follower kak ni.. http://daripenaseorangummi.blogspot.com


Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Thursday, 8 August 2013

SeLoKa PaNTuN Di AidiLFiTri

Assalammualaikum..

Tiba-tiba terdetik di hati ini ingin mengarang beberapa rangkap pantun..
Jom layan Seloka Pantun AidilFitri yang Erin karang ni..

Zaaaassss...Layaaaannn...

Ayam berkokok tanda sudah pagi
 Mandi sunat hari raya jangan dilupai
Pergi ke masjid berjalan kaki
Mari menunaikan solat sunat AidilFitri

Indah nian di hari ini
Berbaju kurung songket berwarna-warni
Dara teruna berhias di sana sini
Datangnya AidilFitri anugerah Illahi

Mari kita bersalam-salaman
Tangan dihulur tanda kemaafan
Syawal datang menggantikan Ramadhan
Semoga AidilFitri kali ini penuh keberkatan

Ketupat rendang sedia terhidang
Dihidang kepada tetamu yang datang
Tua muda sibuk bergebang
Kanak-kanak ceria dan riang

AidilFitri Datang Lagi..Semuanya ceria cantik berseri..Hari mulia lagi diberkati..Kanak-kanak juga yang murah rezeki..(Sebab depa dapat duit raya... Huhu.. )

2 comments:

Norhasniza Khalid said...

selamat hari raya.. :)

Norhazlina Mohd. Zaki said...

Selamat Hari Raya....wahh..pandai juga Erin berpantun yerrr...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer

Google+ Followers