My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Wednesday, 14 October 2015

Resepi : Cucur Ayam KFC

Assalammualaikum..
firstly nak ucapkan SALAM MAAL HIJRAH kat you all...
So, apa azam baru tahun ni?
Cepat betul kan masa beredar..
Sekejap je kita dah melangkah ke tahun 1437 Hijiriah..
Maka umur pun semakin meningkat..

Ngomong panjang pula Erin ni..
Hari ni ialah hari pelepasan untuk semua rakyat Malaysia..
Yang kena kerja tu..kesian..tak apa..teruskan kerja anda..
Sebab kerja itu juga ibadah..

Jom kita masak nak tak..
Pagi ni Erin masak Cucur Ayam KFC..
Sebenarnya Erin tak nak membazir ayam KFC yang tak habis di makan..
Dah dua hari tersadai kat dalam peti sejuk tu..
So, dengan prihatinnya..Erin cuba create something supaya ayam tu laku..

Bahan-bahan yang diperlukan ialah :


Isi ayam KFC yang disiat-siat


Hiriskan daun sup, bawang, dan cili merah..
Jika nak pedas lagi..Boleh cuba cili padi hijau..


Tepung gandum..Erin guna empat senduk kecil


 Minyak masak..jangan guna minyak petrol or minyak gas pulak yer..hihi

Garam separuh sudu kecil dan gula satu sudu besar..


Gaulkan tepung gandum dengan air kosong suhu biasa dengan sudu sehingga tepung tu jadi likat..


Masukan isi ayam, daun sup, bawang dan cili merah..
gaul hingga rata..Ops jangan lupa garam dan gula juga digaul mesra yer..


Panaskan minyak dengan api yang sederhana panas..
Kemudian.....


Masukkan tepung yang digaul tadi ke dalam kuali dengan menggunakan sudu..
Yang ni ikut suka you all lah nak buat cucur tu jadi bentuk apa..
Nak kecil ke nak besar ke.. Ikut kesukaan masing-masing..

Maka....


Inilah hasilnya.. macam-macam bentuk ada..haha..
Tak apa..janji bila makan rasa sedap dan enak.. Tak gitu Cik Jah?

Sekian Resepi dari Blog Puteriairyn..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer