My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Wednesday, 30 October 2013

Jelajah Ke Akuarium UMS

Assalammualaikum..

Masih segar lagi dalam ingatan Erin tentang pengembaraanku ke dunia lautan di Akuarium UMS  di Kota Kinabalu..Tak sangka sebuah pusat pengajian tinggi awam (IPTA) mempunyai akuarium yang sangat menakjubkan..Suasana yang gelap sememangnya mengambarkan kita benar-benar berada di dasar lautan. Bayaran masuk ke akuarium adalah RM5..Kalau tak salah Erin lah..


Kenal tak ni kawan Erin nama dia Si Dory.. Warna biru dan ekornya kuning.. Siapa tengok Finding Nemo, mesti kenal dengan Si Dory ni kan..Erin ni memang suka sangat dengan hidupan laut atau marin ni..


Ni pula spesis lintah laut kot.. Tapi struktur badan dia unik dan cantik kan.. Bolehlah cakap kau memang cantik menarik dan memang de boom.. Hehe



Ni pula apa entah.. Tak ingat pula nama dia..Lembik-lembik macam agar-agar je..


Wow ikan yang bebas berenang ke sana ke mari..


Orang tu cakap "Sabar-sabar, nanti saya kasi lu olang makan yer.." Katanya kepada ikan-ikan itu..


Suasana di akuarium UMS..Usih luas betul kawasannya


Wah Si Penyu pemalu pun ada..Susah tau nak snap gambar Si Penyu ni.. Dia asyik berenang sana sini nak elak dari diambil gambar.. Sabo je lah.. Hehe


And the last one..Erin snap gambar bersama sepupu Erin.. Nama dia Robiatul Adawiyah.. Gaya macam apa entah Erin ni..Huhuhu..

Sepetang Di Kuala Tunjang

Assalammualaikum..

Kadang kala perkara yang tak dirancang tulah yang menjadi.. Last minutes buat plan nak pergi jalan-jalan di petang hari..Tempat pilihan kami sekeluarga ialah Kuala Tunjang..

Seriusly tak plan dan kami pun tak tahu yang nama tempat tu ialah Kuala Tunjang.. Main ikut taya kereta je.. Last-last sampai ke destinasi yang tidak diketahui namanya.. Hehe.. Kuala Tunjang ni terletak berhampiran sempadan Perlis..Suasana petang di Kuala itu ku hayati dengan penuh ketenangan. Semilir anginnya sangat meresap ke jiwa..



Inilah jeti Kuala Tunjang.. Boleh dapat ikan-ikan segar di sini tau..


Ini pulak modelnya.. Hehe.. Ni Erin lah..


Setenang air di Kuala.. Kalau Tuan Hamba orang yang bijak bistari.. Cuba teka Apa yang sedang budak dua orang tu buat yer??


Semilir angin di kuala meruntun jiwaku.. Ku pejamkan mata untuk merasai bayunya.. Cewah.. bermadah pujangga pulak dah..


Jauh di suatu sudut kuala kelihatan usangnya perahu.. Apalah nasib engkau yer perahu usang.. Masihkah berkhidmat kepada nelayan persisir pantai..?



Sesudah menghayati pemandangan dan merasai bayu laut di Kuala tu.. perut pun terasa lapar.. Yerlah makan angin mana nak kenyang kan.. Kat situ ada gerai makanan.. Jadi kami pun singgah.. Ni lah menu yang Erin order.. Bihun sup siam.. Oh sedapnya tak terhingga.. Cakap kat Abah.. Next time boleh singgah lagi sebab sedap dan harga pun berpatutan.. Yeah.. Sekian cerita dari Kuala Tunjang..

Tak Sekepala Tapi Suka

Assalammualaikum..

"Awak walaupun kita ni selalu gaduh-gaduh dan bertengkar.. Tapi saya rasa macam saya dah..." Kata-kata Idham termati di situ.

"Woit apa yang kau cakap ni? Berangan eh." K-on sedia menolak Idham ke belakang. Hampir terjatuh ke longkang tubuh lelaki itu. Dia terkesima dengan tindakan K-on. Betul-betul brutal minah ni.

*****

Di persimpangan ke bilik kuliah, Idham cuba menahan Dina dan Amirah.

"Stop,stop.." Jerit Idham..

"Kau ni apa pasal pula sekat-menyekat kitaorang tengah jalan ni?" Soal Dina. Amirah pula hanya buat muka hairan apabila disekat oleh Idham.

"Korang berdua boleh tolong aku tak?" Sambil dia mencari-cari sesuatu di dalam beg sandangnya.

"Tolong apa? Penting sangat ke Ham? Kitaorang dah lambat ke kelas ni.." Amirah mula bersuara.

"Haa..Aku ada benda nak bagi kat K-on ni..Kalau boleh tolonglah sampaikan benda ni pada K-on?, janganlah korang menular pula ke lempar ke apa yang aku amanahkan ni." Sambil dia menghulurkan sampul surat berwarna coklat itu kepada Dina. Dina menyambut sampul itu dan merasainya.

"Apa benda yang keras sangat dalam sampul ni..Macam CD je.."

"Alah.. Bagi je kat K-on..Dia tu keras kepala sangatlah.. Kalau dia tu jadi awek aku bagus jugak kan..Aku boleh kasi dia lembut sikit ala-ala perempuan melayu terakhir gitu.."

"K lah Ham..Kita orang nak cepat ni..Ngada-ngadalah kau ni.." Dina dan Amirah meninggalkan Idham kerana kelas ekonomi akan bermula beberapa minit lagi. Sebelum kena marah dengan pensyarah, baik mereka segera ke kuliah tersebut.

*****

Di bilik asrama puteri...

"K-on..Tadi ada orang bagi ni kat kau..Benda apa entah..Aku tak berani pulak nak buka sebab dia cakap ni amanah.." Dina menyerahkan sampul itu kepada K-on.

"Amender lah ni.. Macam CD je.." K-on mengoyak sampul tersebut. Ternyata betullah sangkaannya yang kandungan sampul itu ialah sekeping CD.

"Entah-entah CD filem lucah kot." Dina cuba membuat andaian terhadap CD yang diberikan oleh Idham kepada K-on.

"Err..perlu ke aku lihat isinya beb?" K-on pun teragak-agak untuk memasang CD berkenaan. Risau dirinya dikenakan.

"Sebelum tu aku nak tahu siapa yang kirim benda alah ni?" Soal K-on kepada Dina.

"Dia cakap rahsia..Tapi bila kau dah pasang CD tu, dia cakap aku boleh bagi tahu siapa dia kat kau.."

"Okay aku pasang dulu CD ni yer.." Lalu K-on memasukan CD berkenaan ke dalam hard disk laptopnya.




Sesudah mendengar apa yang terkandung di dalam CD tersebut..K-on termenung seketika..Kemudian dia ketawa..Kah,kah,kah.. "Siapa yang jiwang lebih ni bagi kat aku lagu macam ni.. Memang tak boleh blah lah.."

"Id..Idham.." Jawab Dina teragak-agak..

"Tapi lagu tu best juga kan.?" Dina menyoal K-on yang sedari tadi asyik nak gelak saja selepas mendengar lagu tu..

"Lagu tu sweet..Tapi tak mungkin mamat poyos tu boleh suka kat aku..Patutlah dia sanggup joint kelas tekwandoo tu walaupun kaki dia tu kepak tak habis.. Bila dia kick saja, aku tengok dah serupa itik nila nak sudu beras je.. Hahaha.." Bukan main mengekek ketawa K-on..

Sekian.. Cerita ni tak ada sambungan tau.. sebab cerita ni base kepada lagu tu saja.. Okaylah you all.. Selamat mendengar yer..!!

Tuesday, 29 October 2013

Merahnya Apel India



Assalammualaikum.. Hai you all..Wow merahnya Apel India ni..Apa?? You all tak pernah lihat buah ni.. Erin dulu pun jakun jugak tau berkaitan buah Apel India ni.. Pada mulanya My Abah dan My Mama bawa pulang pokok Apel India ni ke rumah untuk ditanam di halaman.. Apa ke pelik namanya.. Bila berbuah pula kecil-kecil saja. Seakan buah cermai pun ada.. Eh lucu pula mendengar namanya.. Dari mana datang nama Apel India ni? Jauh tu..India Mali...Hehe..

Then Erin pun dengan semangatnya search google.. Alahai yang Erin jumpa infonya dalam bahasa Indon sih.. Mungkin Aku bisa translatornya..Waduh,waduh... (Ops, tercakap dalam bahasa Indon pulak kan..) hehehe..

Okay, nama saintifik buah ini ialah  Ziziphus ziziphus..Haha.. comel je nama sainsnya..Di Thailand pula buah ni dipanggil sebagai Pusta..Dan ada juga yang sebut buah ni sebagai Chinese Date. Eerr..betul ke macam kurma.. Tapi rasa dia lainlah.. Masam sungguh aih..Lebih kurang rasa masam macam buah cermai.. Kalau you all suka menyicah garam belacan.. Okay kot masam-masam macam ni..

Erin ni agak nakal sikit tau.. Erin akan petik buah ni dan bagi kawan-kawan rasa.. Nampak je merah macam manis kan.. sekali makan.. Mak ai...berkerut segala dahi meraka semua.. Hehe.. Tulah Erin suruh rasa dan gigit sikit je.. Tapi ada yang letak sebiji terus dalam mulut.. Habis tu apa lagi..Dah masuk mulut tak kan nak luah balik.. Telan je lah buah yang masam berdengung tu..

After rasa buah tu..Majoriti yang cakap bahawa buah tu masam tapi tak boleh nak buat perbandingan buah Apel India ni masam sama macam buah lain... Erin memang setuju dengan pendapat mereka tu..

Selain dipanggil Apel India, Chinese date dan Pusta, ia juga dikenali sebagai buah Widara.. Amboi bukan main lagi ye engkau wahai buah yang comel.. Banyak betul nama kau.. Kalau buat kad pengenalan ni..Page depan je penuh nama kau..

Buah Apel India ni sekali berbuah merimbun buahnya.. Dari jauh nampak macam buah ceri.. Cantik sangat bila buah tu masak dan berwarna merah menyala..

Kalau you all pernah makan atau rasa buah ni.. Apalah kiranya kita berkongsi pengalaman bercerita tentang buah yang unik ni kan.. :-)

Susahnya Nak Berurusan

Assalammualaikum...


"Puan, boleh saya bertanya tentang status surat yang telah saya hantar bertarikh 4 Januari 2013 tu?" Tanyaku dengan penuh lemah lembut..

"Eh, saya ni tak buat tugas tu. Awak pergi tanya pada staff lain!! Tak nampak ke saya tengah banyak kerja ni..!!" Jawabnya tanpa memandang ke wajah ku..Dan sibuk dia melakukan kerjanya. Aku berdiri di hadapannya dilihat seperrti tidak wujud.

Dengan hati yang agak kecewa dengan layanan staff itu. Aku pun berlalu pergi bertanya kepada staff lain di pejabat berkenaan.

Alhamdulillah, pertanyaanku disambut baik dengan senyuman.. Dalam hati berasa amat hairan..Kenapalah pelanggan yang datang berurusan dilayan sebegitu rupa. Jika marah-marah rezeki pun payah nak lekat tau.. 

Ini telah menjadi ikhtibar kepadaku supaya melayan sesiapa saja yang datang berurusan di pejabat walaupun itu bukan tugas ku.. Akan ku sambut pertanyaan mereka dengan senyuman dan cuba membantu sedaya-upaya.. Sebolehnya tidak mahu orang lain berasa kecewa dengan apa yang berlaku kepada diriku..

p/s : Ingatlah hari ini kita membantu dan melayan orang lain dengan baik dan berbudi bahasa.. Kita pasti akan mendapat ganjaranya.. Jika aku mengalaminya hari ini, aku menganggap ia sebagai ujian dan dugaan dan dalam hatiku berazam tidak akan melakukan hal demikian kepada orang lain walaupun aku berada dalam apa jua keadaan.

Kerja itu ibadah, sama juga seperti kita menunaikan solat.. Bolehkah kita memohon doa kepada Allah SWT dengan nada yang kasar?? Keikhlasan dalam bekerja akan membuatkan diri kita sentiasa berasa tenang.. Ya Allah berikan aku kekuatan dalam mengharungi kerjayaku ini.. Dalam mencari rezeki yang amat mencabar.. Aku redha Ya Allah jika ini ujian kepada hamba Mu ini...

Rindukan Aksi Miss Kamera

Assalammualaikum..

Ehem..ehem.. hai you all..tadikan terjumpalah gambar-gamabr Erin masa giat je meng'snap gambar dengan menggunakan kamera DSLR.. Ni lah salah satu hobi Erin pada masa lapang..Kenapa Erin suka kepada kamera.. Iye lah sebab bagi Erin setiap gambar ada ceritanya yang tersendiri. Lagi-lagi bila ambil gambar pemandangan. Lagipun terdapat pelbagai teknik untuk mengambil gambar ni.. Erin pun masih belajar tentang fungsi kamera DSLR ni...Kamera ni bukan Erin yang punya.. Tapi My Abah yang punya.. Erin belum mampu lagi nak beli kamera DSLR ni.. InsyaAllah akan beli satu pada masa hadapan..





Dan akhirnya Miss Kamera telah disnapkan gambarnya.. Hehehe..
Lokasinya di Taman Tasik Jubli Emas Jalan Suka Menanti
Masanya pada waktu petang.. @_^

Rambut Sihat Dengan Telur

Assalammualaikum..


Tahukan bahawa rambut kita akan sihat dan berkilau jika menambahkan telur di dalam syampu yang kita guna.. Bunyi pun pelik..Entah-entah you all pun fikir perkara yang sama macam Erin sedang fikir ni.. Err..tak bau hanyir ke nanti?? Betul tak??

Sebagaimana yang kita tahu telur sememangnya kaya dengan sumber protein dan ia berfungsi untuk menguatkan akar rambut dan dapat menghindarkan rambut yang kusam.

Tapi agak-agaklah kan bila nak taruk telur mentah tu atas kepala..Fikir dua tiga kali jugak ni..Ni pun petua yang Erin dapat dari majalah..

Mari sini Erin nak bagitahu cara-caranya..

Pertama sekali, kita perlukan 1 biji telur mentah, 1 sudu makan minyak zaitun, 1 sudu makan perahan lemon dan 1 sudu makan syampu.. Eh sudu makan.. bukan nak suruh makan syampu tuuu...Huhuhu..

Kedua..Gaulkan semua bahan tadi dalam satu mangkuk sehingga sebati..Kemudian basahkan rambutdan sapu campuran tadi secara lembut. Dan akhir sekali cuci rambut hingga bersih dengan air sejuk. Lepas tu guna perapi rambut dan bilas sekali lagi..Siap..!!

Monday, 28 October 2013

Benarkah Aku Bukan Lagi Di Hatimu?


Assalammualaikum..


Bersebal hatiku dek kerana kata-katamu itu,
Lumrahkah engkau bicara begitu?
Kau tidak pedulikan lagi aku siapa
Malah kau cuba usir perasaan sayangku terhadapmu

Biarpun aku bukan insan yang sempurna,
Sekurang-kurangnya kau beri alasan yang boleh aku terima,
Aku bukan pengemis di jalanan,
Aku juga manusia sepertimu yang punya maruah..

Masa kau tiada sesiapa,
Akulah yang engkau sapa,
Tapi bila kau sudah ada semuanya,
Kau lupa aku siapa..

Bukan pernah untuk aku ungkitkan semuanya,
Tapi dek sikapmu yang alpa, aku terpaksa bersuara,
Jika kau dah tak suka
Biarlah aku undur dalam duka dan lara..

Terima kasih di atas segalanya..

Best ke jadi Blogger?

 Assalammualaikum..



"Umi,umi..adik hairanlah kenapa kakak ni asyik ambil gambar makananlah, gambar bajulah gambar benda atau barang..semua gambar tu nak buat apa?" Syafikah bertanya kepada Uminya..Syafikah baru berumur 5 tahun.

"Kakak tu, mesti dia nak masukan dalam blog dia." Jawab Umi..

"Blog tu apa? Boleh minum macam cool blog tu ker?" Soal dia sambil menggaru-garu kepalanya tak gatal tu. Setahu dia minuman ice blanded juga dipanggil seakan perkataan itu.

"Umi..Kakak tu rajinkan hari-hari buat kerja guna komputer, sampai adik nak main games pun dia tak kasi..Kalau macam tu, Umi beli tab lah satu kat adik..Senang adik nak main games.." 

"Kakak tu bukan dia buat kerja sangat tapi dia sibuk je berblog..Uish, adik mintak tab? Amboi adik..tab tu mahal kot.." Jawab Umi sambil tersenyum kepada Syafikah.

Beginilah hairanya orang lain apabila melihat telatah dan gelagat seorang yang bergelar blogger.. Kadang-kala orang tertanya-tanya apa yang best sangat berblog ni? Eerrr..Hanya blogger je yang tahu apa matlamat mereka berblog..Lain orang lain pandangan dan pendapat..

Sunday, 27 October 2013

Sweet Dreams My Dear..!!

Assalammualaikum



Ha..you all dah dengar ke lagu yang sweet tu dari Encik Mimpi.. Kerana lagu Encik Mimpi ni.. Erin sampai termimpi-mimpi dowh.. Hehe..Dari lagu yang dikarang oleh Encik Mimpi ni.. mula lah Erin dok berangan nak karang cerita pula kan.. Sweet tahap best.. Apalah Erin ni asyik suka yang sweet-sweet je kan.. Ye lah hidup yang sweet-sweet ni buat hari kita ceria.. Tak lah mendung saja kan.. 

Tambah-tambah cuaca di kawasan Erin ni asyik hujan saja sejak kebelakangan ni.. Sejuk-sejuk dengar lagu yang setenang lagu Encik Mimpi atau Mr Dreamy ni lagi lah teruja kan..Tapikan kalau you all biasa dengar rentak lagu ni macam lagu cerita korea.. Err..Erin dah tak ingatlah tajuk cerita tu.. Ke tajuknya Sweet Dreams jugak??

Okaylah selamat mendengar.. !!! ^_^

PERKARA YANG DIBENCI OLEH KAUM HAWA


Assalammualaikum..

Kebanyakan lelaki tidak sedar bahawa ada perbuatan mereka dibenci oleh kaum wanita. Ada juga segelintir lelaki yang menyalahkan wanita apabila wanita itu kerap merajuk dan marah tanpa sebab.


Jom semak perkara yang dibenci oleh kaum hawa terhadap lelaki

1. Panas Baran
Pantang je silap sikit nak melenting, nak bersilat dan sebagainya. Hal ini membuatkan wanita itu berasa fobia dan meluat.

2. Mengongkong
Segalanya nak kena kawal selia. Perkara ini amat merimaskan wanita.

3. Ego
Perkara ni kebanyakan lelaki buat. Bila bergaduh saja, semuanya cakap salah wanita.

4, Main Kayu Tiga
Ni paling dibenci oleh wanita. Pantang digoda sikit oleh wanita lain terus hanyut.

5. Tidak Sensertif Terhadap Perasaan Wanita
Kiranya tidak memahami. Kadang kala buat macam tak tahu saja dan tak beri perhatian langsung.

6. Pentingkan kawan-kawan
Sanggup batalkan temu janji semata-mata ingin menonton bola sepak atau diajak melepak oleh kawan-kawan lelaki.

7. Tidak Tahu Menghargai
Tidak tahu menghargai pengorbanan wanita. Apa salahnya sesekali belikan wanita itu hadiah, walaupun ia sekecil Cuma.

8. Penipu
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu dan kerap memberi alasan yang tidak munasabah. Ada juga lelaki yang sanggup mungkir janji dan membuatkan wanita itu tidak lagi mempercayai dirinya. Sikap ini boleh menjadikan wanita itu cuba menjauhi lelaki tersebut.

p/s : Sumber majalah.. Erin pun dah lupa nama majalah tu...Huhu

Apa Sebabnya MIGRAIN?


Assalammualaikum

“Adoi.. Sakitnya kepala aku ni..” Aimi Syakila memicit-picit dahinya. Berkerut kening kelihatan seperti bercantum. Sakit sangat kepalanya. Rasa berdenyut-denyut. Pernah sekali dia mengalami sakit kepala yang teramat sangat sehinggakan dia menarik-tarik rambutnya dan hampir dia menghantukkan kepala ke dinding akibat kesakitan yang amat sangat..

“Errr..Kau ni migrain ke Sya?” Soal Elina kepada Aimi Syakila. Elina hanya memanggil Aimi Syakila dengan panggilan ringkas sebagai Sya.

Kelihatan wajah Aimi semakin merona merah menahan sakit. Tanpa pengetahuan yang luas berkaitan migrain, Elina segera memberi minum air putih kosong kepada Aimi Syakila.



Persoalannya.. Apakah itu Migrain?

Migrain merupakan sakit kepala yang berlaku berulang, berdenyut-denyut dan selalu terjadi di sebelah kepala sahaja. Ada juga kes yang bermula di sebelah kepala sahaja dan kemudiannya melarat kedua-dua belah kepala.

Dalam kes yang lebih teruk, migrain ini menyebabkan pening (nausea), muntah, cirit-birit, pengekalan cecair badan (retebtion of fluid) dan sensitif kepada bunyi dan cahaya.

Teori mengenai migrain disebabkan oleh pengembangan saluran darah sahaja tidak boleh dibuktikan sepenuhnya. Sebenarnya saraf (nervous system) bertindak balas terhadap perkara-perkara yang menyebabkan migrain seperti stress. Ini menyebabkan spasm disaluran darah yang kaya dengan saraf seperti arteri di tapak otak kepala. Spasm ini menutup atau mengecilkan beberapa saluran arteri yang membekalkan darah ke otak

Apabila ini berlaku, pengaliran darah ke otak adalah berkurangan. Pada masa yang sama, platlet  (partikel yang berfungsi mengawal pembekuan darah) melekat antara satu sama lain dan ini menyebabkan bahan kimia serotonin dikeluarkan oleh badan. Serotonin ini mengecilkan lagi saluran darah arteri – jadi mengurangkan lagi bekalan darah ke otak.

Pengurangan pengaliran darah ke otak ini menyebabkan bekalan oksigen ke otak berkurangan. Itulah sebabnya tanda-tandanya seperti pendengaran dan percakapan yang terganggu sama seperti tanda-tanda orang yang kena strok (angin ahmar).

Bila bekalan oksigen berkurangan, ada saluran darah arteri yang membuka lebih luas untuk memenuhi permintaan tenaga daripada otak. Pembesaran saluran darah arteri ini mengeluarkan bahan yang menyebabkan kesakitan iaitu prostaglandins daripada tisu-tisu dan sel-sel darah. Bahan-bahan yang menyebabkan inflamasi (pembengkakan) seperti neuropeptides dan yang menyebabkan meningkatnya sensitiviti kepada rasa sakit juga dikeluarkan. Bahan-bahan ini juga menyebabkan pengembangan saluran darah arteri yang menyebabkan terjadinya migrain.

Sebab-sebab berlakunya migrain

1. Keturunan

2. Pemakanan – bahan perisa, keju, coklat, kekacang, alkohol. Faktor lewat makan juga boleh mendorong kepada migrain.

3.Hormon – gangguan hormon yang tidak menentu.

4. Mengandung

5. Pil Perancang – kerana mengandungi oestrogen yang boleh menyebabkan migrain.

6. Menopause (Putus Haid)

7. Tidur yang tidak teratur

8. Pengambilan ubat-ubatan yang berlebihan

9. Perubahan cuaca

10. Bunyi bising yang terlalu kuat

11. Bau yang terlalu kuat

12. Terlalu banyak menonton TV, bermain video game, skrin komputer

13. Stress dan tekanan emosi yang keterlaluan

14. Jantina – Perempuan lebih kerap mengalami migrain berbanding lelaki

CERITA : MANUSIA PALING MALAS


Assalammualaikum


Pada suatu masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin. Tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku paling malas.

Katanya : Saya adalah paling malas.

Raja pun bertanya : Apa tahap malas awak?

Lalu jawab lelaki tersebut : Kalau saya hendak makan, ada orang yang menyuapkan.

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : Saya lebih malas lagi daripada dia,Tuanku.

Tuanku pun bertanya kepada dia : Sampai tahap mana pula malas awak tu?

Maka jawabnya : Kalau saya makan pun, sampai ada orang tolong kunyahkan.

Maka raja pun terdiam...

Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata : Sayalah yang paling malas, Tuanku.

Raja pun bertanya : Bagaimana pula tahap kemalasan awak?

Budak itu pun menjawab : NAK CERITA PUN MALAS!

Memang dasyat betul budak lelaki itu kan..Kalau dah nak cerita pun malas.. Memang dia seorang yang pemalaslah.. Hehehe.. Cerita dongeng yang dikutip daripada Diari Muslimah 1433H – 1434H (2012)

TAHUKAH ANDA? (1)


Assalammualaikum..


Dalam dunia ni masih banyak yang kita tak tahu.. Maka apa yang Erin tahu sikit-sikit ni, apalah kiranya Erin dapat kongsi dengan you all kan kan..

1. Wanita lebih kerap berkelip mata daripada lelaki iaitu hampir sekali ganda.

2. Wanita lebih kerap senyum berbanding lelaki.

3. Dua juta sel darah merah mati setiap saat.

4. Kodok tidak seperti katak kerana ia tidak boleh melompat.

5. Tidak seperti binatang lain, Kangaroo tidak boleh jalan mengundur.

6. Ayam adalah lebih banyak di muka bumi berbanding manusia.

7. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

8. Badak air mampu berlari lebih pantas berbanding manusia.

9. Air liur manusia dikatakan lebih mujarab untuk mengubati luka dikulit yang terbakar.

10. Kebanyakan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati

p/s : sumber rujukan Diari Muslimah Tahun 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer