My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Wednesday, 18 September 2013

Jenis Cendawan dan Khasiatnya

Assalammualaikum

Siapa suka makan cendawan..?? Sila angkat tangan.. Sedap tak cendawan?? Mestilah sedapkan..Tambahan pula cendawan goreng celup tepung.. Lagilah sedap medap.. Hehe..You all nak tahu tak, cendawan ni pun banyak khasiat tau.. Jom scroll ke bawah dan baca..

 Cendawan Sisir / Kukur

Ia mengandungi Schizophyllan iaitu bahan dalam ubat antitumor dan kanser selain dikatakan dapat membantu meningkatkan system imuniti tubuh, anti-radangan, anti-bakteria, anti parasit dan melindungi hati.
.
Cendawan kukur merupakan jenis cendawan klasik yang selalu ditemui di mana-mana kawasan yang terdapatnya kayu mati terutamanya batang kayu getah dan lain-lain. Disebabkan sifatnya yang tahan lasak, ia mudah tumbuh dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi.

Cendawan Lin Zhi

Cendawan Ling zhi secara semula jadi tumbuh liar di dalam hutan di mana jumlahnya sangat sedikit dan sukar didapati. Ling zhi adalah mikroorganisma berkhasiat semula jadi yang ajaib. Hanya spesis terbaik sahaja yang akan memberikan keberkesanannya kepada kesihatan kita dan mengubati pelbagai penyakit.
..
Di antara khasiatnya ialah melancarkan proses penghadaman, membersihkan darah, meneutralkan bisa, melindungi hati, mengawal atau melawan usus, tonik untuk selesema, mengawal tekanan jantung, menghilangkan batuk, mengeluarkan kahak, mententeramkan fikiran, mencegah kanser dan mengubati resdung.

Cendawan Tiram Putih
Jenis cendawan tiram pula iaitu Abalome atau nama saintifiknya Pleurotus cystidiosus, Pleurotus flabellatus (tiram merah jambu); Pleurotus citrinopileatus (tiram kuning); Pleurotus florida (tiram putih) dan Pleurotus sajor-caju ( tiram kelabu) dikatakan berupaya mengawal atur darah, merendahkan tekanan darah, mengurangkan kandungan glukosa dan lipid, meningkatkan system imuniti bagi melawan jangkitan virus dan bacteria, menghalang pertumbuhan tumor dan agen anti oksida...


 Cendawan Shitake


Shiitake kering diproses dengan cara dijemur di bawah sinar matahari dan perlu direndam di dalam air sebelum dimasak. Walaupun ada yang menganggap cendawan shiitake sebagai sayuran namun sebenarnya cendawan shiitake adalah sejenis kulat yang tidak ada akar, bunga atau biji. Terdapat pelbagai khasiat dan nilai perubatan cendawan shiitake. Antaranya, pelbagai asid amino, banyak vitamin dan mineral seperti vitamin A, B, B12, C, D dan niasin.
..
Kajian mendapati bahawa kebaikan cendawan shiitake adalah disebabkan bahan aktif lentinan yang terdapat di dalamnya. Antara nilai perubatan cendawan shiitake adalah kebolehannya untuk memberi tenaga kepada system imun, menguatkan kebolehan system imun bagi menentang jangkitan dan penyakit.
..
Malah dikatakan lentinan menunjukkan daya efektif yang tinggi daripada sesetengah ubat terutamanya bagi menentang influenza dan penyakit lain. Ia juga diguna sebagai terapi imun untuk kanser paru-paru, usus, serviks dan payudara, merencat kejadian semula kanser, meningkatkan sistem imun dengan merangsang limfusit dan makrifaj melawan bacteria, virus, sel tumor dan toksin.
Cendawan Jarum Emas

Cendawan Jarum Emas dikatakan merupakan agen toksik kepada sel tumor, meningkatkan system imuniti tubuh serta menghalang jangkitan kulat dan virus. Selain agen anti radangan dan aktiviti pelindung gen – menghalang kerosakan DNA.

Cendawan Telinga Kera

Cendawan ini dipercayai dapat merawat gangguan kardiovaskular iaitu memecahkan darah beku didalam jantung manusia. Khasiat lain cendawan ini seperti menurunkan tekanan darah, merendahkan paras kolesterol dan juga lipid. Kajian menunjukkan cendawan jenis ini mampu melindungi kerosakan DNA dan juga antioksidan yang baik. Ada yang mendakwa cendawan ini membantu mengurangkan berat badan.

9 comments:

sha (chirp chirp) said...

wow, betul2 buat kajian pasal cendawan ni :D

Aku Penghibur said...

alhamdulilah terima kasih kerana infonya ..cendawan goreng tepung pon sedap

pha is said...

1st time dengar pasal cendawan telinga kera tuh..

Cik Mun said...

dulu mun xmakan tp skrang dah jatuh cinta pulak dgn cendawan ni..

S.K.A said...

bgusnya info ni =) he3 sy suka mkn cendawan..nk2 sup cendwan..sedap2..

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

banyak juga khasiat cendawan.. aiza suka makan cendawan tiram tu je, sedang digoreng celup tepung.. :D

Norhazlina Mohd. Zaki said...

Cendawan sisik is the best...teringat masa kecik2 dulu..kalau takder lauk, hari kena pi joging, cari kayu api, cuti skolah..pi kutip kat kebun getah belakang umah...mak goreng kunyit atau buat masak lemak..sedap..macam daging wooo....

Tetamu Istimewa said...

Bnyak khasiatnya kan. Tapi dalam keluarga saya cendawan memang tak popular. Kami tak berapa suka.

brademaxx said...

Baik sekali... Ada informasi berkaitan cendawan shitake. Terbaik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer

Google+ Followers