My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Sunday, 13 April 2014

Jom Amalkan Antioksidan Tulen

Assalammualaikum..

Hesy.. Sebut je antioksidan.. pakat serbu nak baca entri ni yer..Siapa tak mau awet muda ye tak?? Walaupun umur sudah meningkat tapi penampilan macam orang berumur 20-an.. Remaja gitu.. tak pun muka 'baby face' yang paling orang suka..Ni umur baru 20-an tapi wajah 30-an mesti tak hendak kan kan..??

Jom ambil tahu serba sedikit tentang bahan semulajadi antioksidan ni..

1. Minyak zaiton asli. Sebolehnya cari minyak zaiton dari perahan pertama. Orang cakap yang pure punya. Minyak zaiton dikatakan dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser dan diabetes.

2. Jus buah delima yang tulen tanpa bahan pengawet. Senang cerita, you all makan buah delima tu je lah. At lease memang dah tahu ketulenan rasanya kan..

3. Amalkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran  seperti strawberry, epal, plum, cranberry, brokoli, bayam, asparagus, kubis dan bawang putih.

4. Vitamin E yang boleh diperoleh dari sumber semulajadi seperti buah avokado, kentang, kekacang dan minyak masak sayuran.

5. Madu lebah dikatakan mempunyai aktiviti antioksidan terutama sekali madu lebah yang lebih pekat warnanya mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi.. Kena cari madu lebah yang asli..Tapi susah nak cari dan harganya sangat mahal. Demi antioksidan, mahal pun mahal lah kan..Tak gitu?

p/s : Entri sebelum ini : Telur Halang Kanser Payu Dara

Saturday, 12 April 2014

Telur Halang Kanser Payu Dara

Assalammualaikum..

Hai you all.. Masih dalam mood kesihatan lagi ni.. Erin suka kongsi tentang kesihtan.. Kesihatan sangat penting kepada kehidupan kita.. Jika kita sakit apa kerja pun tak dapat dilakukan sendiri.. Kemudian menyusahkan orang lain.. Betul tak??

Sebut je tentang kanser.. Mesti ramai yang takut.. Ye lah penyakit tu dapat membunuh kita dalam jangka masa yang singkat.. Sesiapa pun tak mahu kena kanser.. Tapi cara pemakanan kita, gaya hidup yang kita amalkan.. Selarikah dengan keperluan kesihatan kita? Tepuk dada.. Tanyalah hati..



Sambil belek-membelek majalah i-sihat.. Erin terbaca suatu info berkaitan telur..Dikatakan pengambilan telur ayam berkemungkinan membantu dan menghalang kanser payu dara. Berdasarkan kajian, wanita yang mengambil sekurang-kurangnya enam biji telur ayam dalam seminggu mampu merendahkan risiko penyakit itu.

So, lepas ni.. makanlah telur ayam banyak-banyak ye kaum wanita..Tapi yang kolestrol tinggi tu makan telur ayam berpada-pada sebab telur kuning mengandungi lemak yang tinggi.. Sebolehnya amalkan pemakanan secara bersedehana.. Wassatiah gitu..

p/s : Entri sebelum ini : Lunas Hutang Dengan Bersedekah

Say No To Salt

Assalammualaikum.

Hai you all...Why i choose that title? Say No To Salt.. As we know.. Without salt some meal have no taste.. Right?? But we didn't know the salt can kill us.. Why?? Because it can attct our heart.. So be careful with your meal..

Cewah.. kecek Inggeris gitu.. Hehehe..


Menurut pakar perubatan cina, jika kita mengamalkan pengambilan garam secara berlebihan nadi kita akan mengeras.. Oleh sebab itu terjadinya tekanan darah tinggi.. Atau 'High blood Pressure'..Bahaya sangat penyakit darah tinggi ni sebab ia akan mendorong kepada sakit jantung dan juga merosakkan buah pinggang dan seterusnya stok..


Keputusan kajian yang dijalankan di negara ini iaitu secara puratanya berjumlah2,575 mg/ sehari di kalangan individu dewasa..

Sebolehnya you all tak payahlah selalu sangat makan di kedai atau restoran sebab kita tak tahu kuantiti garan yang mereka gunakan dalam masakan. Kalau nak sedap memang sakitlah orang cakap.. Yang tak sedap tu ubat...Selain tu garam juga boleh mengakibatkan ulser perut.. Mintak simpang and Nauzubillahiminzalik..

Makanan yang tinggi garam

Sos berperisa seperti kicap, sos cili/ tomato dan sos tiram
Kiub dan stok makanan
Sos salad dan mayonis
Makanan dalam tin
Keropok dan mee segera
Makanan segera seperti nauget dan sebagainya

Garam dalam makanan yang diawet

Telur masin
Ikan Masin
Buah-buah jeruk
Udanmg kering
Belacan
Ikan pekasam

P/S : Kalau boleh jauhi makanan seperti ini demi menjaga kesihatan kita.. Mencegah lebih baik daripada mengubati.. 

Monday, 7 April 2014

Flavettes Vit C Effervescent

Assalammualaikum.. My dear sekalian.. 
Cewah, nak panggil you alls my dear lah.. Mood cinta gitu kan kan..


Eh.. Apa ni?? Ni vitamin C yang selalu Erin ambil pada setiap pagi.. WAJIB okay !!

Setiap orang wajib ambil vitamin C untuk kecantikan dan menjaga kesihatan dalaman dan luaran.. Vitamin C mencegah kita daripada serangan penyakit dan virus.. Tengok orang lain kena selsema dan batuk... Kita okay aje sebab dah maintain dengan vitamin C.. Shuh..Shuh semua kuman dan virus segala bagai kan.....

Now i want to explain about benefit of Flavettes

(Sorry tau sebab Erin beri penerangan dalam bahasa Inggeris)
(Orang Putih cakap PRACTICE MAKE PERFECT)

What is Flavettes Vitamin C Effervescent?

Flavettes Vitamin C Effervescent and Calcium + Vit D is used as a dietary supplement to meet increased Vitamin C and Calcium needs

Calcium is the mineral most closely linked with vitamin status. It is indispensable for the growth and development of bones. Calcium deficiency is common and an adequate supply of this mineral is therefore very important. Vitamin D plays a major role in calcium absorption and bone health.

Instruction

Dissolve one tablet in a glass of water, the effervscent tablet makes a pleasant orange tasting drink

Wednesday, 25 September 2013

Jangan Persendakan CPR

Assalammualaikum..

Haa.. sebut je CPR.. Otak blue terus kau.. Eh, tak tahu ke yang CPR tu bukan bahan mainan atau sekadar gurauan yang macam selalu kita persendakan itu..Tanpa CPR.. banyak nyawa yang hilang melayang.. Sebenarnya peluang untuk dia hidup masih ada.. Tetapi malangnya nasib apabila orang di sekelilingnya hanya mampu melihat dia pengsan tanpa melakukan CPR. Kenapa?? Kalau ada pun yang cuba buat CPR, Tapi tak menjadi kerana kurangnya ilmu tentang bagaimana melakukan pertolongan cemas ini dengan kaedah yang betul..

Menerusi gambar di atas yang menunjukkan langkah-langkah yang perlu ada ketika kita melakukan pertolongan cemas CPR. Cuma yang perlu diubah ialah nombor telefon kecemasan di Malaysia ialah 999. Jangan ambil mudah yer.. Mungkin kita salah seorang yang dapat menyelamatkan nyawa seseorang..

Setelah hembus nafas sebanyak 2 kali.. Kita perlu tekan dada mangsa sebanyak 30 kali tanpa henti. Sebelum menekan dibahagian dada mangsa, kita perlu mencari rangka terakhir sebelum perut dan tekan ditengah-tangah. Jari jemari kita digenggam seperti rajah di atas dan tangan hendaklah diluruskan kepada 90 darjah. Setelah cukup 30 kali memberi tekanan kepada jantung, sekiranya mangsa masih belum sedar. Sila ulang hembus sebanyak 2 kali ke mulut mangsa. Semasa menghembus, kita perlulah memicit hidung mangsa di bahagian paling lembut supaya hembusan kita tidak keluar melalui hidung mangsa.

Okaylah itu sedikit sebanyak yang Erin dapat terang tetang bantuan kecemasan berkaitan CPR ni.. Setiap orang harus mengetahui cara dan kaedah CPR dengan betul bagi membantu mangsa sementara menunggu ambulan datang.

Sebenarnya tadi baru saja habis dengar taklimat berkaitan bantuan kecemasan ni dari wakil PBSM (Bulan Sabit Merah Malaysia). Teruja juga untuk Erin ceburi bidang sukarela PBSM suatu hari nanti..Minat ni..!!

Tuesday, 24 September 2013

Kesihatan : Kanser Serviks

Assalammualaikum..

Ni merupakan entri kedua yang berkisarkan perihal Sakit Puan.. Hmm.. Tetiba dah rasa macam doktor pulak kan.. Nak buat macam mana.. Minat sains di bangku sekolah lagi.. Tetapi tersilap masuk bidang perakaunan.. Maka inilah jadinya.. Bekerja pula bidang pentadbiran.. Wah.. Tersasar jauh dari minatku ini.. Apa boleh buat ini semua sudah ketentuan takdir.. Kita hanya merancang.. Yang menentukan adalah Yang Maha Kuasa..

Apa itu kanser?

Kanser merupakan sel yang terhasil secara tidak normal dalam badan seseorang. Terdapat sekelompok sel kanser yang disebut sebagai tumor dan jika tidak dirawat, tumor ini akan membesar dan merebak ke anggota badan yang lain. Bagi wanita pula, kanser yang paling famous amous ialah kanser payudara dan kanser serviks.

Apa itu serviks?

Serviks adalah bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina (alat sulit perempuan)

Tanda-tanda awal kanser serviks.
  • Perdarahan yang luarbiasa dari vagina (bukan haid)
  • Perdarahan yang banyak
  • Perdarahan yang berpanjangan
  • Perdarahan di antara haid
  • Sakit
  • Kehadiran darah beku
    • Perdarahan dari vagina selepas hubungan seksual
    • Sakit semasa hubungan seksual
    • Perdarahan dari vagina selepas putus haid
    • Keluar cecair yang luarbiasa dari vagina
  • Berbau
  • Bercampur darah
Apa yang menyebabkan berlakunya kanser serviks ini?
  • Memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda.
  • Mempunyai pasangan seks berbilang
  • Mengandung lebih dari 5
  • Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti 'HPV' (Human Papilloma Virus/wart virus)
  • Kurang jagaan kebersihan anggota sulit
  • Merokok (Kajian mendapati merokok boleh membuatkan sistem imun tubuh badan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan dengannya).
  • Kurang daya tahan melawan penyakit, disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu.
p/s : Untuk maklumat lanjut sila rujuk website seperti di bawah ni yer..
http://myservik.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=46&Itemid=54

Kesihatan : Fibroid

Assalammualaikum.. Ha.. Hari ni nak share perkara yang agak serius tentang kesihatan wanita.. Jom baca artikel yang Erin jumpa semasa search di google ni..Bagi yang perempuan..baca sampai habis tau.. yang lelaki pun tak salah untuk ambil tahu.. Info berguna kita kongsi bersama..

Gambar google

KEKERAPAN ketumbuhan fibroid di rahim dan pangkal rahim biasanya 40 peratus pada wanita terutama pada usia subur atau boleh hamil. Seramai 40 peratus wanita dengan fibroid tidak menghadapi sebarang masalah dan tiga perempat wanita yang mempunyai fibroid tidak menyedarinya kerana tidak mempunyai sebarang tanda atau kesakitan. 

Pakar Runding Obsetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. Dharmini Veerakumaran berkata, biasanya doktor hanya dapat mengesan melalui ujian pelvik atau ultrasound. 

“Ini berlaku apabila pesakit mengadu kedatangan haid yang luar biasa banyak atau berterusan lama," katanya semasa ditemui di pejabatnya baru-baru ini. 

Menurut beliau, fibroid boleh berlaku di pelbagai tempat seperti dalam rahim, luar rahim serta pangkal rahim.
“Fibroid bukan kanser dan hanya satu dalam 3,000 kes yang menjadi penyebab kanser kecuali ia sememangnya kanser," katanya. 

Fibroid boleh berlaku sama ada dalam satu biji yang besar atau beberapa biji yang kecil tetapi dalam bilangan yang banyak. 

Biasanya fibroid yang tidak mengganggu pesakit akan dibiarkan saja tetapi saiznya yang semakin membesar dan keras seperti guli kapur menyebabkan pesakit tidak selesa. 

Dr. Dharmini berkata, simptom fibroid bergantung kepada kedudukannya. Misalnya terdapat pesakit yang mengalami darah haid yang banyak dan berterusan lebih daripada tujuh hari, sakit di bahagian ari-ari, kerap kencing, sukar kencing, sembelit dan sakit pinggang. 

“"Fibroid di bahagian luar rahim biasanya menyebabkan haid yang berpanjangan," katanya. 

Pesakit yang mengalami sakit di bahagian ari-ari, haid yang banyak dan sakit apabila melakukan hubungan intim sepatutnya mendapatkan rawatan doktor. 

Ini kerana biasanya wanita yang mengalami fibroid rahim tidak mengalami sebarang kesakitan dan 75 peratus daripada mereka tidak mengetahuinya. 

“Biasanya fibroid akan mengecut apabila wanita mengalami fasa menopaus mungkin kerana pada peringkat itu hormon tidak aktif," katanya. 

Wanita yang hamil dengan fibroid akan mengalami sakit di bahagian rahim menyebabkan keguguran atau bersalin bayi tidak matang kerana rahim mereka tidak boleh berkembang. 

Biasanya ibu yang mempunyai fibroid di rahim biasanya dinasihatkan bersalin secara pembedahan kerana bayi akan bersaing untuk ruang dengan fibroid. 

“Pakar perubatan biasanya akan memberikan penerangan terperinci kepada pasangan yang mempunyai fibroid. 

“"Ibu akan dinasihatkan agar berehat di rumah hingga cukup bulan," katanya. 

Bagaimanapun pembedahan membuang fibroid tidak boleh dilakukan semasa proses bersalin tetapi enam bulan selepas itu. 

Ini kerana ketika proses bersalin, keadaan rahim yang kembang dan kaya dengan salur darah menyebabkan risiko pendarahan. 

“Ini akan menyebabkan risiko rahim rosak dan perlu dibuang," katanya. 

Mengenai rawatan, Dr. Dharmini berkata, tidak terdapat ubat untuk mencairkan fibroid seratus peratus.

Bagaimanapun terdapat ubat suntikan untuk mengecutkan fibroid sementara dengan memberikan ubat untuk menyebabkan menopaus sementara biasanya selama enam bulan. 

Biasanya pesakit mendapat rawatan kerana pendarahan yang teruk akibat fibroid yang besar dan mereka yang memerlukan pemindahan darah. 

“Pesakit akan diberikan ubat untuk menopaus sementara selama enam bulan dan ubat menambah hemoglobin dalam darah," katanya. 

Bagaimanapun fibroid yang besar memerlukan pembedahan antara 10 hingga 20 sentimeter. 

“Jika fibroid bersaiz kecil ia boleh dikeluarkan melalui pembedahan kecil," katanya. 

Ditanya mengenai kemungkinan fibroid tumbuh kembali, katanya, benih yang ada menyebabkan risiko tumbuh memang ada. 

Dr. Dharmini berkata, kini banyak penyelidikan sedang dijalankan untuk mengecutkan fibroid tanpa memberikan kesan sampingan kepada rahim.
Sumber :  Utusan Melayu (M) Bhd2/6/2013


Sunday, 23 June 2013

MaKaNaN RaMaH PeRuT

Assalammualaikum...

Ish..Ish.. Tajuuuuukkk....MAKANAN RAMAH PERUT??
Fuyoooo...!! Tau ke?? Hehehe..Tak tahu ler tuuuuu...

Erin identify kan makanan ini sebagai makanan yang ramah perut kerana..Ia dapat mengempiskan perut anda..Wow...Interesting kan..

Perut buncit.. siapa yang mau kan..Tak cantik...So, nak perut cantik..Jom baca info yang Erin tulis ni..

Tembikai..


Why tembikai?? Sebagaimana yang U all tahu..Buah tembikai memang kaya dengan air.. Kalau makan banyak-banyak boleh kembung perut kot.. so, ia amat sesuai untuk yang berdiet.. 

Blueberry

Kajian terbaru mendapati buah yang kaya dengan anti oksidan ini mampu mengurangkan lemak di perut..Hmm..jom serang blueberry kat TESCO eh.. Mahal kot.. 

Asparagus
Sayuran yang sedap dimasak sup ini merupakan diuretic semulajadi yaang membantu menghilangkan berat air..Apa ni??Entahlah..Hehe..kurang faham sikit dengan info ni.. Hentam je lah tulis..

Salmon

Ikan yang kaya dengan Omega 3 ni dapat membantu sistem pencernaan..Good good.. mudah lawas kay..

p/s :So..itu je infonya nak bagi perut kempis..
(Opps..picture kat atas tu semuanya Erin grap dari google search)

Friday, 21 June 2013

Bahaya Buahan Import

Assalammualaikum...Hey Guys..

Okay nak story kat U all apa yang Erin baca ni..

I know..ramai diantara kita memang suka makan buah-buahan kan..
Tambah-tambah U all ni yang boleh dikategorikan sebagai high taste gituu..
Setakat buah-buahan tempat ni U all tak pandang lah kan..(Hehehe..aku pun sama jer)

Tadi semasa dok baring-baring atas katil..Golek sana ..Golek sini..Sambil baca buku tentang makanan dan kesihtan..Tetiba terbaca satu info ni.. Mak ai.. Takut eden..Tajuknya BAHAN KIMIA TOKSIK DALAM BUAHAN IMPORT..Tu lah U all bangga sangatlah dengan Epal, Oren, Pear, Strawberry, Avocado, Lemon dan so on..Then U all tak tau..Buah-buahan itu telah disembur dengan pelbagai racun before dieksport ke sini..(Eksport tu maksud negara lain lah yang hantar buah-buah tu.. kang salah faham lak.. Bila sampai sini dinamakan buahan import lah..)
 Epal

 Manggo

 Orange

Strawberry

Okay-okay I taip sikit apa yang I baca ni yer..

Tahukah anda ceri disembur dengan racun makhluk perosak sehingga 7 kali sebelum dieksport? Lemon pula disembur, antara dengan 2,4-D (Komponen utama toksin yang digunakan untuk membersihkan hutan dalam Perang Vietnam) Haaa?? Betul ke ni...

Hakikatnya, apabila anda menjamah epal, oren , pisang, mangga dan buah-buahan lain yang kelihatan tiada cacat celanya, anda turut memakan sejumlah bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser..(Waaa...takutnya kena kanser)

Bahan-bahan kimia khusus, yang digelar pati penambah warna, juga mungkin digunakan untuk mewarnakan buah-buahan dan ia disembur atau direndam dalam pelbagai pencuci kimia untuk menghilangkan kotoran dan kulat.

Okay..Any way..if U all nak makan buah-buahan import ni.. make sure basuh sesucinya kulit buah tersebut then kupas kulit..Kulit jangan dimakan pulak yer..

Sekian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer