My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Saturday, 12 October 2013

Tanya Mentadak Tentang Cara Tidur?

Assalammualaikum..


Wow.. masih ingat dengan serangga ni?? Siapa biasa nampak atau terjumpa dengan serangga ni, cepat angkat tangan.. Hehe..

Ni kan mentadak.. Kalau rumah penuh lalang mesti akan jumpa Si Hijau ni.. Suka masuk rumah dan hinggutkan badan saja.. Jangan hampiri, nanti dia terbang naik ke badan, siapa yang akan menjerit?? ..Serangga ni pun terbang seperti lipas juga..

Erin masih ingat jenaka orang zaman dulu-dulu.. Kononnya nak tahu macam mana seseorang tu tidur, hanya tanya kepada Mentadak ni... Serangga ni akan buat gaya.. Tapi nampaknya gaya yang sama, hanya beringgut badan.. haha.. Lawak kan... Iyelah usikan orang dewasa kepada kanak-kanak.. Maka, gembiralah  si kanak-kanak.. itu.. TV tak ada..Maka Si penglipur lara pun mulalah berauta sana sini.. Kreatif orang zaman dulu-dulu ni..

Mentadak mentadu..
Erin tidur macam mana??

Nanti Mentadak mentadu tu hanya hinggutkan badan..
Kalau tanya Erin tidur macam mana..
Tetiba dia terbang pula..
Maknanya tipu sangatlah kan..
Tak kan Erin tidur sambil terbang..
Agak-agak lah kan.. Ish,ish..

Nak tahu orang putih panggil apa dekat Mentadak ni.. Hmm.. depa panggil Mantis.. Bukan mancis yer.. Sebut mancis, nanti terbakar pulak.. 

Selain itu, ada juga yang memanggil serangga ni dengan panggilan Cengkadak.. Nasib bukan cempedak.. Kalau tak, kau kena makan dek manusialah wahai Cengkadak.. 

Ini info yang Erin copy dan paste dari wikipedia..

 Sebagaimana serangga lain, mentadak mempunyai tiga segmen badan, dengan kepala, toraks, dan badan (abdomen). Mentadak betina mempunyai serkus yang besar dan kuat. Segmen pertama dari tiga, protoraks, adalah memanjang dan darinya terdapat kaki hadapan yang diubah suai.

p/s : Kalau you all ada cerita atau kisah berkaitan Mentadak Mentadu Cengkada dan Mantis ni.. Bolehlah kongsi di blog ni.. Gambar Mentadak tu Erin snap masa Erin berada di kampung rumah nenek Erin..

Friday, 11 October 2013

Tips-tips Kawal Emosi

Assalammualaikum..

Aih..sampai selsema Erin dibuatnya.. Haa.. Erin sibuk je mengemas majalah-majalah untuk disusun ke dalam rak.. Wah, punyalah banyak.. Maka, perlu dileraikan helaian yang penting.. Yang tak penting kita kikis buang yer.. Hmm..

Sedang kodek-kodek belek majalah-majalah ni.. terjumpalah petua atau tips bagaimana untuk kawal emosi.. Okaylah..Erin share dengan you all yer..



1. Tarik nafas sedalam-dalamnya dan fikirkan akibat tindakan anda jika gagal kawal emosi. Pastinya ia adalah tindakan yang sia-siakan..

2. Minumlah segelas air putih untuk hilangkan segala emosi yang negatif.

3. Kembalikan segalanya kepada Allah, pastinya kita sering lupa pada Allah kalau emosi tidak stabil. Maka perbanyakkan istighfar.

4. Carilah seorang teman yang boleh dipercayai untuk bercerita.. Jika tidak ada.. cubalah bermonolog dengan diri sendiri.

5. Redha dengan apa yang menimpa.. Anggaplah ia sebagai ujian ketika di dunia ini...

Yang Mana Lebih Betul?

Assalammualaikum..

Hai you all..
Sebenarnya dah lama Erin simpan perkara ni di benak fikiran..
Cuma belum terluah di paparan blog ni..
You all pernah terfikir tak macam apa yang sedang Erin fikirkan..??


Trafic light dipanggil sebagai lampu isyarat?
Bukan signal light ke baru boleh sebut lampu isyarat?

Setiap kali kereta Erin menyusuri jalan raya dan bertembung dengan beberapa buah lampu isyarat..
Setiap kali itulah Erin akan terfikir perkara yang sama..

Trafic light tu bukankah lampu trafik atau lampu lalu lintas..??

Iman Mutiara Hati

Assalammualaikum


Hai..Salam Jumaat to you all... Ah.. sibuknya Erin mengalahkan lebah dan semut.. Bukan apa.. Seperti yang tersedia maklum.. Kan pindah rumah.. Nak tulis entri baru yang berlambak-lambak pun tak mampu..Bilik Erin pun hampir 70% siap dikemas.. Tapi masih berselerak sikit-sikit.. 

Nak tunjuk kat blog pun malu aih..Hehe..Internet kat kawasan ni alhamdulillah laju..Steamix pasang di bilik parent Erin di tingkat dua.. Tapi dekat ruang tamu bawah pun dapat line wifi.. Syukurlah kan..

Suasana di rumah ni tenang aje.. Mungkin sebab rumah ni agak besar bagi pendapat Erinlah..Ruang parkir di rumah ni mampu memakirkan sebanyak 4 buah kereta.. Wow.. Macam rumah orang kaya pulak kan.. Tapi kami hanya menyewa di sini.. InsyaAllah kalau ada rezeki nak juga ada rumah sendiri yang macam ni..

Masa family Erin tinggal di Kuarters Guru di Mergong tu, rasanya agak panas sebab tak ada pokok-pokok besar.. Tapi di rumah yang family Erin sewa ni, rasanya agak sejuk..Tak panas sangat.. Syukur Alhamdulillah.. Semuanya rancangan Allah SWT..

Erin pula..Dalam sehari boleh dikatakan asyik turun naik tangga aje.. Wah macam ni bolehlah kuruskan.. Eh, Erin ni gemuk ke?? May be jugak kot..Sebab sekarang ni asyik selera saja nak makan.. Makan nasi putih dan pekasam pun laju je menambah..

Okaylah..itu je yang sempat Erin ceritakan serba sedikit pasal rumah sewa ni...Eh.. Sory ye.. Tajuk entri lain..Lain pula yang Erin ceritakan.. Hehehe

Thursday, 10 October 2013

Bila Ego Menguasai Diri

Assalammualaikum..


Cerita semalam belum kau habiskan
Kini timbul pula cerita hari ini
Kau bergolak dengan pelbagai masalah
Namun hakikatnya kau sendiri tidak terima kebenaran

Kau sering kali propaganda
Kau bilang mereka itu dusta
Sedangkan kebenaran berpihak kepada mereka
Kau buntu dalam dilema yang kau cipta

Sedang mereka sibuk bicara tentang perkara itu
Kau pula mencelah dengan pelbagai auta dan dakyah yang salah
Bila ditegur dan kau mula melenting
Di manakah kesabaran yang kau agung selama ini?

Kau sombong, kau angkuh
Kau tidak mahu terima apa yang diwartakan oleh orang lain
Kau bilang mereka itu salah tafsir
Padahal kau sendiri yang tercela dengan ego yang tak berbelah bagi



Ada Apa Dengan Harta?

Assalammualaikum


Tanpa harta seorang yang berilmu masih mampu untuk teruskan hidup..
Tanpa ilmu.. Harta semakin lama semakin lesap..Harta bernafas dengan adanya ilmu.. Ibarat ilmu itu adalah roh dan harta itu adalah jasad.. Mampukah jasad bergerak tanpa roh??

Wednesday, 9 October 2013

Orang Yang Suka Bermuka-muka

Assalammualaikum



Sejak kebelakangan ni Erin amat tertekan dengan seorang dua rakan sekerja.. Sebenarnya dah lama tertekan dengan perilaku mereka.. Cuma Erin tak adalah nak ambil port sangat. Tapi apabila hal yang tak sepatutnya dibincangkan di pejabat, menjadi topik hangat mereka...Menunjuk kehebatan mereka kerana mereka cakap mereka staff lama dan tahu serba serbi dunia pekerjaan ni.. Menyebabkan Erin dan beberapa staff baru berasa kurang selesa. 

Selain itu mereka juga mengatakan staff baru ni tak reti hormat senior.. Betul kah?? Pada pendapat Erin, mereka yang tak reti hormat junior.. Kadang-kala mereka sesuka hati meninggikan suara apabila memberi arahan..Sedangkan mereka itu bukan berpangkat boss.. Boss pun mereka boleh lawan cakap.. Macam mana nak jadi contoh kepada kami yang baru setahun jagung dalam bidang ni.. 

Erin bukan maksudkan semua yang berperwatakan macam tu.. ada ramai senior yang baik dan berbudi bahasa.. Tapi ye lah kerana nila setitik boleh merosakkan susu sebelanga kan..Erin ada adu juga kepada pihak induk.. Dan mereka cakap mereka kenal dan faham sangat dengan sikap individu-individu yang Erin maksudkan.. Staff pentadbiran induk pun tak berapa berkenan dengan sikap individu yang Erin maksudkan.. Cuma apa yang mampu Erin lakukan ialah bersabar.. Tapi sabar itu ada hadnya.. 

Satu lagi yang Erin tak berkenan adalah sikap mereka yang suka berpura-pura baik dengan kita.. Padahal di belakang, macam-macam mereka cerita pasal kita.. Bukan perihal kita digebangkan di dalam pentadbiran ini saja, malah mereka menceritakan kepada orang luar atau staff dari jabatan lain.. Dan perkara itu Erin rasakan tak relevan sebab tak ada kaitan dengan hal kerja. Dan mereka itu siapa untuk menilai sesiapa pun.. Padahal mereka juga punya kelemahan yang dasyat.. Kenapa perlu jadi MAMI JARUM.. Cucuk sana sini untuk dapatkan perhatian..

Bila mereka baik berlebih-lebihan tu, pasti mereka sedang menutupi apa yang telah mereka perkatakan tentang kita di belakang.. Maka kita pun tidak syak apa-apa.. Tapi kami staff baru tidak sebodoh itu untuk termakan segala pujian mereka yang tidak ikhlas itu.. Kerana hati kami bersihlah kami dapat menilai setiap gerak geri mereka yang suka bermuka-muka di hadapan dan menikam kami (staff baru) di belakang..

Sepatutnya mereka yang senior ini tunjuk contoh yang terpuji kepada kami bukan mengkritik kami yang baru ni.. Teguran dan sindiran juga mengguris hati.. Persekitaran kerja yang tidak seronok dek keranan  kelakuan mereka. Apabila mereka tak datang kerja atau cuti.. Suasana pejabat terus jadi aman dan kami pun bersemangat nak buat kerja.. 

Di pejabat ni, kalau dengar saja suara mereka yang lantang macam halilintar tu pun boleh gugup jantung Erin.. Terus Erin rasa tertekan nak buat kerja.. Mereka pun kadang-kala suka berkumpul dalam pantry.. Bukan makan sangat tapi bergebang je lebih.. Bukan pasal kerja, tapi pasal nak jadi juri dok kritik pasal hal orang lain..

Sepatutnya enviroment kerja adalah seperti golongan profesional.. Tetapi pada pandangan Erin, suasana di sini seperti agak kekampungan dengan minda mereka yang tertutup dan suka ambil tahu tentang hal orang lain berlebih-lebih sehingga mengabaikan hal sendiri.. 

Mereka boleh mengutuk sampai mengaibkan orang lain.. Kemudian bersikap baik di hadapan orang itu..Seperti mana tiada apa-apa yang berlaku.. Erin betul-betul tak faham dengan sikap mereka ini.. Bukan mereka ni muda lagi.. Dalam lingkungan 40-an hingga 50-an.. 

Itu saja luahan hati Erin tentang rakan sekerjaku yang tersangat tak best..

Tuesday, 8 October 2013

Berita Terkini : C-Mart Jitra Runtuh !!

Assalammualaikum..

8 Oktober 2013 - Tadikan Erin teman Nisa pergi rumah mak dia di Jitra Kedah.. Yeah.. waktu nak balik tu mak Nisa bekalkan kami makanan berupa nasi dan beberapa jenis lauk.. Rupanya hari ni adik beradik Nisa berkumpul di rumah mak ayah Nisa.. Mak Nisa jemput kami makan di situ.. Tetapi memandangkan jam sudah hampir ke pukul 2 petang, maka kami terpaksa berundur diri untuk pulang ke pejabat. 

Dalam perjalanan pulang.. Nisa memandu menyusuri jalan C-Mart.. Sebelum itu kami telah dimaklumkan oleh suami Nisa bahawa sebahagian dinding C-Mart roboh dan runtuh.. Fikirku, mungkin tak teruk sangat runtuhnya.. Jadi kami pun menuju ke tempat kejadian.. MasyaAllah dasyat jugalah runtuhan tu.. Nasib ianya berlaku di awal pagi.. Dan Erin tak pasti ada mangsa yang cedera atau pun tidak.. Mungkin dalam berita nanti akan diterangkan dengan lebih detail lagi.. Jom saksikan gambar-gambar yang telah Erin snap melalui telefon Nisa..





Kami tak sempat nak turun dekat situ sebab nak kejar masa untuk pulang ke pejabat..Dasyat tak?? Tengok abang-abang polis tu dengan rider masing-masing.. Hehehe.. Habis berongga C-Mart ni..Salah siapakah semua ini?? Persoalan??? Jom saksikan berita di TV malam ni..

Yeah..Geng Purple !!

Assalammualaikum..


Wah hari ni dah macam hari purple sedunia pula kan.. Tak sangka pula Erin, ramai juga kawan-kawan pejabat pakai baju sama warna.. Memang rasa best bila pakai baju sama warna ni.. 

Sebenarnya hari ni tak rancang pun nak pakai baju warna ungu.. Pakai rembat dan seterika saja..Mesti you all nak tahu siapakah gerangan kawan-kawan Erin tu.. Dari kiri, Wan Mahirah (Bhg gaji) Suhaila / Oshin (Bhg Merekod surat) , Erin (Bhg Pencen) dan Nisa (Bhg Perkhidmatan).. Ni ambik gambar pun guna kamera telefon Wan Mahirah.

Sunday, 6 October 2013

Nah Hai.. Kena Buli

Asssalammualaikum..

"Kau tolong buat kerja ni yer.. Aku tak sempat.. Kau kan orang baru dalam pentadbiran ni.. kena lah buat semua ni..Nanti bagi kat aku segera yer, bos nak.." Seorang senior di tempat kerja memberi arahan kepada aku..Suaranya lembut tapi ternyata arahan seperti bulian.. Padahal itu adalah kerjanya.. Dia bukan bos..Tapi hanya staff biasa..


Wah, wah.. mentang-mentah kita ni staff baru.. Suka suki sahaja dia suruh kita buat kerja yang sepatutnya kerja dia.. Pernah you all ada pengalaman macam ni.. Sila kongsi dengan Erin yer.. Situasi yang Erin alami hampir sama dengan dialog rekaan seperti di atas..

Haruskah buli bulian seperti ini wujud di dalam persekitaran kerja kita?? Persoalan..demi persoalan...

I'm Sorry

Assalammualaikum..


Hai you all.. Eh, Erin ni buat tajuk I'm Sorry pulak kan.. Sebenarnya selama 2 hari Erin tak dapat nak online internet dengan begitu baik. Erin baru pindah rumah.. Maka banyaklah barang yang perlu dikemaskan.. Lagi pun di rumah yang baru Erin pindah ni belum pasang internet. Itulah menyebabkan Erin tak dapat terbitkan entri baru mahupun BW..Kepada yang komen-komen entri Erin tu.. Nanti Erin terjah menerjah ke blog You all yer..

Mulakan hari kita dengan ucapan Bismillah dan sudahinya dengan Alhamdulillah..Semoga hari ini kita semua berada dalam keadaan ceria hendaknya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer