My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Saturday, 27 July 2013

KuiH RaYa SpeCiaL

Assalammualaikum..

Yeay.. hari ni Erin dah dapat kuih raya loh..Awal tak.. Erin beli kuih raya..??

Kuih raya ni sangat special pada Erin sebab dibuat oleh my best friend..Nurul..U know Nurul seorang kawan yang tak dapat Erin lupakan..suka duka Erin kongsi bersama dia.. Tapi akhirnya kami terpisah.. Apabila Nurul berhijrah ke Selangor..Walaupun dia stay kat Selangor..Tapi dia tetap orang Kedah kay..

Sekarang ni kami memang jarang berjumpa.. Jika betul-betul dirancang dan Nurul balik kat Kedah baru dapat jumpa Nurul..Masa Nurul kahwin dulu..Erin siap nangis lagi tau.. Sebabnya susah nak jumpa kawan sebaik Nurul..Dia sangat memahami jika Erin ada masalah..Kami sentiasa happy..Selain Nurul..Erin juga berkawan dengan Fiza..Kira kami 3 sejoli lah.. tetapi sekarang ni...Kami bertiga dah jarang berjumpa..Sob..sob..Sedih tak karuan diriku ini..Sabo je lah jemah..Nasib ada mamaniesa yang baik hati berkawan dengan Erin kat office tuu..

Hey Erin..Bukan tadi hang nak tulih pasai kuih ka?? Awat melalut jauh sangat nih...

Okay Fine.. Hehehe..

 Ha.. inilah kuih yang special tu..U all yang suka tengok program realiti TV yakni MASTER CHEF 2.. Mesti kenal my best friend ni.. Dia lah Chef Nina..

 Ha..Kenapa Erin panggil dia Nurul..sebab dah biasa panggil dengan panggilan tu sejak mengenali Chef Nina.. Orangnya cantik, lemah lebut dalam tutur kata dan tak pernah menyakiti hati kawan-kawannya..

Tak sabarnya nak rasa biskut sahabat ku ini..Nina dan Mamanya (Aunty Aza) sangat pandai dalam bidang masakan.. Paling Erin suka dadih Seri Noza..Sedap sampai tak terhingga..Dadih tu memang betul-betul rasa susu sebenar,..

Okay..Tu je yang Erin nak story about my special kuih raya.. ^_@ thanks sudi baca..Kalau tak da yang  nak baca..pasni merajuk tak mau tulis dah.. haha..Erin yang poyo's..

TeRkeNa PaTuKaN ULaR

Assalammualaikum..

Ohoi..semalam ku bermimpi di patuk ular..Then my friend cakap..Haha..ada orang nak masuk meminang hang..Uish..pikir punya pikir ..Tak kan kot..Haha.. Mainan tidur je kot..

Bercerita bab patukan ular ni..Naik seram aih..Sebab ia boleh membawa maut..

(Gambar sengaja diperbesarkan untuk menakutkan kalian.. hehe)

Erin selak-selak majalah..Tetiba terjumpalah info tentang 
RAWATAN KECEMASAN AKIBAT DIPATUK ULAR..

So, Erin rasa that's a nice topic to sharing with u all..

1. Elakkan mengikat atau membuat balutan yang ketat (tourniquet) pada sekita anggota badan yang dipatuk. Ikatan yang terlalu ketat dan lama akan menghalang peredaran darah dan menyebabkan bengkak. Selain ia boleh merosakkan anggota yang akan membawa kepada keperluan untuk pemotongan..Ikat kemas-kemas boleh menyebabkan anggaota U all dipotong.. uish..

2. Jangan sesekali menyedut bisa atau menoreh bahagian yang dipatuk..

3. Elakkan menyapu sebarang krim , ubat tradisional atau antiseptik pada bahagian yang dipatuk.

4. Jangan sama sekali memberi mangsa minuman beralkohol kerana ia boleh meningkatkan penyebaran bisa keseluruh badan dengan cepat.

5. Jangan memberi morfin , aspirin atau ubat-ubatan yang mengandungi aspirin kepada mangsa..

Nice sharing for you..Thank you for reading ^_@

PeRuT TeRBonJoL Ke DePaN

Assalammualaikum...

"Ish..setiap hari makan banyak-banyak..Perut aku pun dan kedepan..Apsal tak kebelakang jer..Uwaaaa...."

Jika anda berhadapan dengan situasi macam ni..Mesti fikir macam-macam nak bagi perut tu kempis semula kan??Tambahan pula apabila si suami yang menegur..

"Eh perut awak dah buncit lah.. 6 bulan yang lepas tak pa lah sebab awak dok mengandungkan Si Iman tuu..Tapi kenapa sampai sekarang dok buncit lagi..Tengok model tu perut dia kempis je..Baru nampak pinggang..Ni saya pun tak dapat detect kat mana pinggang awak dan kat mana pinggul awak..Nampak sama besar je.." - Perli si suami...

Uwaaa... ayat pedih betul terkena penangan ayat dia ...(Aceceh.. macam Erin ni dah kahwin plak kan..Hehehe...Cerita ni ambil dari pengalaman orang lain..)


Hokeh..Jom kita cari solution untuk masalah ini..

Tips Pertama

Sediakan kapur sirih dan limau nipis...Campurkan kedua-dua bahan ini dan sapu di perut U all tu..Kemudian ikat perut dengan bekung dan lakukan pada setiap malam sebelum tidur..

Tips Kedua

Bancuh sedikit asam jawa dengan segelas air panas dan biarkan semalaman..Keesokkan pagi baru U all minum air asam tu.. Jangan lupa amalkan setiap hari..(Hmm..agak-agak nanti boleh sakit perut tak?? Oh lawas kot lepas tu...Hehe)

Tips Ketiga
Sangai kelapa sehingga menjadi minyak dan simpan di dalam bekas..Amalkan menyapu minyak kelapa itu pada perut setiap hari..

Tips Keempat

U all sediakan sedikit daun lidah buaya..Masukkan ke dalam periuk dan tambahkan dengan air asam jawa..Kemudian didihkan dengan api kecil sehingga pekat dan likat..Apabila dah suam..U all sapukan pada perut U all tu..

Sekian 4 tips kempiskan perut disamping mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan dan beriadah.. Sharing is caring..Then sometimes for helping...


Thursday, 25 July 2013

KaMu SaJa.. ^_@

Assalammualaikum..


Hanya kamu saja yang mampu membuatku terbang tinggi
Kamu saja yang mampu membuat tidur ku lena
Kamu saja yang mampu membuat mimpiku indah
Kamu saja yang mampu membuat diriku gembira

Aceceh.. nyanyi plak die..Uish.. sedap kot rentak lagu ni.. 
(Ni al kisahnya pagi tadi lah teruja dengan lagu yang diputarkan oleh DJ Hot FM)

Sambil dok pusing-pusing streng tu..Berkumandanglah lagu ni..Akhirnya tau tajuk..
So, sampai je office on je komputer terus search lagunya.. Ooohh Ainan Tasneem punya lagu..


View plak kat youtube.. Oohhh..gini ke video klip nya.. Not bad lah.. sweet love story.. haha..comey eh Ainan dengan spek berbingkai hitam tu ...dah tu pakai plak pendakap gigi..Yang hero not bad handsome jugak..Dalam video klip tu depa dua orang suka dok exchange note..Sebab apa dok tulis kat note tu then change?? Sebab time tu dok kat library.. kan tak boleh cakap.. Masa mula-mula kenal tu.. dok main hendap-hendap and intai-intai time cari buku kat library.. pastu berkawan baik plak..then hari-hari pergi library..dating ler tuuu... Ooohhh sweeeeetttttt...

Okay-okay sudah.. puasa hokeh.. Hehehe..yo lah..

BeRMoNoLoG a.k.a CaKaP SeORaNg DiRi

Assalammualaikum..

Uish.. tajuk entri kali ni.. Tak bleh bla gituu.. 

Bermonolog a.k.a cakap sorang-sorang..Sapa pernah..Sila angkat tangan.. Jangan tipu tauuuu...

Erin tahu..Time bila U all akan bermonolog ni.. Time dok depan cerminkan.. sama ada masa try baju kat fitting room or masa tengok cermin after make up..Hahaha.. Cakap sorang-sorang..That's normal attitude..Right??

(sila sengetkan kepala anda apabila melihat gambar ini.. Hehehe)

"Ish..aku ni segak tak lagi tak tau.. Nak pi jumpa mata air ni.."

Tu lah contoh bermonolog..Tanpa disedari..Mak dok perhati je tingkah laku kita sambil geleng kepala..Hehe..Ops..Nasib tak sedar kehadiran Mak.. Kalau tak mesti malu-malu kucing gituuuu kan...

Jom Terjah Definisi Monolog
(Sebutnya tahuuu..Bila orang tanya apa itu monolog?? Terus blur..Tadi beriya je ko dok cerita kaaann..)

Monolog ialah percakapan yang panjang dan hanya melibatkan seorang petutur sahaja dan tidak melibatkan pendapat orang lain..Monolog boleh disamakan dengan bercakap atau beromongan secara bersendirian.. Selalunya diamalkan oleh pelakon dalam pementasan teater..

Sebagaimana yang kita tahu kehidupan di dunia ini boleh diibaratkan seperti sebuah pentas dan kita semua adalah pelakonnya yang mempunyai pelbagai watak..

(Hmm.. dari nak cerita tentang monolog..dah masuk bab cerita watak pulak kan.. Okay sebelum melalut lebih panjang dan buat pembaca blog ni boring.. baik stop dulu tajuk ni.. hehehe)

Hokeh...Sekian cerita bab monolog a.k.a cakap sorang-sorang..TQ baca.. Hehehe

Wednesday, 24 July 2013

ToLoNG MeNoLoNg

Assalammualaikum..

Hehehe.. saja je buh tajuk entri macam tu..Sebenarnya Erin tak ada idea nak tulis apa.. Asyik sibuk dengan kerja saja..Tapi dan lagi tolong kawan-kawan Erin 2 or 3 orang wujudkan blog.. Erin cakap kat depa..

"Hangpa ni dok Facebook ja.. syok ka?? Jom la try blogging plak.."

Pastu depa cakap..

"Hang tak pa lah pandai buat blog bagai..Kami tak reti.."

Hehe.. Erin pun bukan pandai sangat tu pun dok view tutorial kat blog blogger lain..Pastu kodek-kodek skit blog Erin..Kira asyik try and error.. Bila dah dapat buat apa yang dipelajari melalui tutorial..syoknya tak tau nak habaq..

So..Bila dah touchup blog..Tetiba hati ni baik lah pulak nak nolong orang nyer..
Then Erin pun tulis lah kat status Facebook Erin tu.. macam ni..

"Sapa nak suruh Erin ciptakan blog untuk dia.. sila PM.. hehe..Erin nak tolong 3 orang yang terpantas sahaja.. Free.. "

Hehe..3 orang je.. lagipun Erin bukan nya pandai sangat..Maka suruh lah depa buat email gmail..Erin tak pandai edit blogskin..buh yang simple yang dah ada kat situ je.. Kalau depa tu nak cantikkan blog depa tu.. pi lah tengok tutorial kat blog orang lain.. Hehe bleh tolong takat tu je..

Akhirnya terjadilah blog kawan Erin yang macam ni.. KLIK SINI..untuk view blog tu..Hehe..Jangan marah nooo Mamaniesa oi..

Monday, 22 July 2013

YumMy WiTh MurGy DaGinG

Assalammualaikum...

Tadi hampa semua berbuka puasa makan apa yer??

After Erin balik keja.. Ini je yang sempat Erin masak.. Selalunya Erin akan masak makanan yang sedap dan simple..Kiranya boleh siap dalam masa tak sampai setengah jam..Nak tahu ke Erin masak apa hari ni..

Jom scroll ke bawah..

Step pertama.. Mee Meggy mesti ada yer.. Tak kira lah jenama apa pun.. Janji perasa kari..Sediakan bahan-bahan seperti dalam gambar pertama tu..(View je lah yer malas nak cerita ^_@)

Potong dadu semuanya kecuali daun sup tu dicincang.. Masukkan semua bahan yang telah dipotong ke dalam 2 biji telur yang telah dipukul.. Kemudian rebus mee meggy dan tos kan..Masukkan mee meggy ke dalam telur dan gaulkan sehingga sebati.. kemudian masukan separuh perencah kari yang sedia ada di dalam pek meggy yang hampa beli tu..(Ingat tu.. separuh sahaja..kalau buh semua perencah tu.. alamat kemasinan lah masakan hampa tu...)


Sediakan kuali dan tuangkan sedikit minyak (Ikut sukatan yang hampa suka) dan tuangkan mee yang telah digaulkan dengan telur ke dalam kuali...

Setelah masak dan kelihatan sedikit garing.. Hidangkan di dalam pinggan dan letakkan sos daging cincang ala sos spagetty ke atas bahan yang digoreng tu..

Taraaa.... Maka terciptalah resepi Murgy Daging  a.k.a Murtabak Meggy Sos Daging Cincang.. Haha.. Nama resepi ni..Erin yang letak.. Cewah.. Kay selamat mencuba..

Ni lah Murgy Daging yang dihidangkan bersama Air Siren..Haaa?? Tak pernah dengar nama air tu.. haha.. Tu air kacukan.. Sirap tambah Oren.. So, Erin panggil ia Air Siren..

Tidak dilupai menu berbuka yang mama  Erin masak.. Mee Meggy Goreng Kerang..

Alhamdulillah..Kenyang.. Masakan di rumah lebih bersih dan suci.. Ingat tuuu...

Kinabalu (Episod 2)

Assalammualaikum..

Entri ni adalah sambungan kepada entri bulan Jun iaitu Kinabalu (Episod 1) ..Cerita lama yang masih segar dalam ingatan.. gilos tak ingat.. Ingat sonang ko Eden nok daki Gunung tu haa...So, publish dulu picture kejayaanku.. Yeay.. Erin berjaya tawan Kinabalu..beb..Tawanan kali kedua sebab dah pernah tawan gunung ni seusia 5 tahun.. Ada percaya??

Yeah..Tak sangka gitu.. Ye lah Erin kan sifatnya lemah lembut.. haha..lemah lah sangat dan lembut lah sangat..Perempuan melayu terakhir..(Perasan sangat-sangat)
* Okay tak yah cerita panjang-panjang sebab picture tu pun dah boleh cerita ke'happy' an Erin kan..
Nak tawan gunung yang tesergam indah ni bukan semudah A,B,C or 1,2,3.. Sebab kami memerlukan 3 bulan untuk mencari stamina.. Pergi Gym (Workout) Swimming dan Joging..Mental pulak kena mantap beb...Kinabalu ni memang mencabar.. Kalau tak percaya..Pi daki sendiri..Mau tau lah..9 jam berjalan..Tak da jalan turun naik.. semuanya jalan naik yang mencuram..
Ni lah trek yang kami lalui..(Sorry Aini..Kak Erin pinjam picture U..Sebab masa tu Erin berlengan pendek..nampak aurat..Hehe)
Masing-masing dah letih walaupun baru pertengahan jalan.. Jauh lagi.. Setiap perhentian.. nak ubat hati.. kami pun bergambar..Snap je..
Haa...mak ai..besou nyer ekau wahai ulat or lipan.. entah tak pasti..Bahaya-bahaya..
Ni kenalan Erin.. Sedang mendaki tetiba nampak adik ni.. dia orang Sabah bah.. ikut geng abang dia mendaki.. Tapi disebabkan keletihan..Abang dia dan geng abang dia telah tinggal dia di separuh jalan..Comey kan adik ni.. Baru form 4 time tu..
Berjaya Erin snap picture yang sangat cantik ni.. SubhanaAllah ciptaan Allah..
Jangan tak tau.. Gunung Kinabalu ni banyak gaung yer..Tersalah langkah..tergolek lah ekau..So, be careful..
Akhir sekali nak jugak publish picture Erin time umur 5 tahun mendaki Gunung Kinabalu ni..Hehehe..Kuatnya Erin walaupun masa tu tecik agi..


Sunday, 21 July 2013

KeNaLi TeMaN SeJaTi

Assalammualaikum..

Macam mana yer nak kenali teman sejati??

Meh sini nak bagi tahuuuuu.....

Teman sejati merupakan teman kita dunia dan akhirat..Si Abu berkawan rapat dengan Si Ali.. Adakah mereka teman sejati?? Jawapannya adalah salah dan salah.. Teman sejati di dunia mungkin kot..Tapi akhirat belum tentu dan pasti..

Sebenarnya Al-Quran Kareem lah peneman kita yang sejati di dunia dan juga di akhirat

Okay..Jom kita ikuti kisah ini..


Hisyam bin Qatadah mengkhabarkan cerita yang didengarinya dari Hasan bahawa ada orang yang mati kemudian dilihat oleh saudaranya dalam mimpi. Lalu saudara itu bertanya kepada si mati.

"Wahai saudaraku, amal apa yang paling afdal yang kamu jumpai?"

Si mati pun menjawab

"Amalan membaca al-Quran."

Dia bertanya lagi kepada Si Mati

"Ayat apa?"

Maka Si Mati menjawab

"Ayat al-Kursiy"

Dia bertanya kepada Si Mati lagi

"Apakah itu dapat membantu manusia?"

Si Mati pun menjawab

"Ya, kamu akan mengetahuinya..Kami mengetahuinya tetapi kami tidak dapat beramal lagi."

Kesimpulan cerita ini..Ternyatalah bahawa bukan manusialah teman sejati kita atau apa sahaja..Kerana al-Quran itu adalah teman kita yang sejati penyuluh di dunia dan di akhirat..

So, Selamat beramal..^_@

KuRmA

Assalammualaikum..

Oooo..Yes..Buat tajuk klasik sikit..Hehe..

Kurma..Buah kurma or masak kurma?? Apa yang U all agak ek??

Buah kurma?? Khasiat ia apa?? Uish.. jangan ditanya.. Banyak sih.. 

Antaranya....

Rahsia Awet Muda
Obvious je U all kalau berbicara tentang awet muda ek..Kalau nak muda meh sini amalkan memakan buah kurma setiap hari.. 3 biji pun dah memadai..

Pemberi Tenaga
Ini pasal lah kita digalakkan memakan buah kurma pada waktu sahur dan waktu iftar agar dapat memberi tenaga kepada tubuh badan.. Buah kurma ni mempunyai serat atau fiber..Bagi yang mengamalkan diet..Dipersilakan mengamalkan pengambilan buah ini yer..

Melancarkan Pelawasan
Sesiapa yang sukar nak lawaskan sesuatu tu..eloklah amalkan memakan buah kurma.. So, mudah je nak buang air besar.. Bila bahan kumbahan dibuang..badan pun terasa ringan..Kesihatan pun terjamin..

Menguatkan Memori
Kalau ada simpton-simpton sukar mengingati sesuatu perkara tu..May be boleh disarankan untuk merajinkan diri memakan buah ni yer.. Orang yang hafal al-Quran selalu amalkan memakan buah kurma ni..Sebab tu mudah je mereka ni menghafal..Paling sesuai untuk pelajar..

Memudahkan Proses Kelahiran
Kepada bakal-bakal ibu..Jangan lupa makan buah kurma selalu agar mudah bersalin..Tak lah jenuh nak teran baby tu nanti..Hal ini kerana buah kurma dapat memberi tenaga dan mengurangkan pendarahan..

Penawar Racun
Buah Kurma ni dapat merawat pelbagai jenis penyakit.. Tapi sebelum makan buah kurma..Haruslah baca Bismillah dulu..Segalanya berlaku di atas kehendak Allah S.W.T

So, Selamat beramal.. ^_@

PoSSing Di TePi LauT

Hehe.. ni dah tak da keja sangat dah ni dok edit picture..Lalu di uploadkan ke blog..Ops..Jangan lihat kat model tu.. Acece.. Lihat je view pemandangan..Erin memang lah suka possing macam ni..Kalau nampak tempat tu cantik skit je.. sure nak jadi model tetiba.. Orang cakap tak elok sangat upload picture kita kat internet ni.. Nanti ada yang buat super impose.. Baru padan.. Tapi picture ni dah di edit.. rasanya tak pe kot..

 Picture ni semuanya snap masa Erin dan Family pergi bercuti di Pangkor Island pada Bulan Mac yang lalu..

ThE SiMPLe DiShEs

Assalammualaikum..

Di bulan puasa ni mesti segala masakan berlegar-legar diruang fikiran U all kan.. Mesti fikir..Berbuka nanti nak masak apa..Untuk sahur nanti nak masak apa.. Kalau pi beli kat Bazar Ramadhan..Hmm.. Faham-faham je lah kan..First sometimes makanan tu nampak sedap.. Tapi bila makan.. Alahai tak sodap..Tak sama masak di rumah..Kebersihan.. Tak yah dipersoalkan lah.. Lebih baik masak.. So, menu.. Search je lah kat buku masakan atau kat internet ni.. lagi pun banyak blog dok tunjuk pasai masakan nih..

Paling mudah bagi Erin..Menyediakan simple dishes..Nak tahu apa?? Hehehe..Jom view picture bawah ni..

Haa.. tudia.. senang disediakan..enak dimakan.. Hehehe..Tapi menu ni sesuai untuk waktu iftar je kot.. Waktu sahur.. takut perut tak boleh terima pulak..

Alahai sesenang 1,2,3.. First rebus je spegetty tu sampai lembut..Kemudian buatkan sos dia..Yang readymade pun okay.. Sos tu dimasak bersama daging cincang dan letaklah lah capsicom (cili benggala)..Kalau nak pedas dan masam lagi..Tambahkan cili hijau (cili melaka) dan Tomato yang dipotong dadu..Akhir sekali goreng telur hancur..So, siap..Taraaa... Boleh lah menjamu selera..Simple tak??

Satu lagi Menu...Lauk pembuka selera di pagi hari waktu sahur..Cer lihat kat bawah ni..

Oh ikan kukus.. Sedap ni..cicah dengan budu.. Tak pun makan bersama kicap..Sedapnya.. nasi akan bertambah berpinggan-pinggan..Tak caya..Try lah buat ikan kukus..Pastu bagi tahu Erin yer..

Itu je nak story morry.. TQ sudi baca.. Hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer