My LuvLy Followers

Status Terkini :

Hai sahabat blogger sekelian.. Erin nak perkenalkan blog kawan Erin.. jom jadi follower kak ni.. http://daripenaseorangummi.blogspot.com


Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Monday, 24 February 2014

Only RM1 - McD Brekkie Wrap

Assalammualaikum..

Hai semua.. Hari ni masa drive nak datang office pagi tadi Erin dengar kat radio Hot FM pasal Brekkie Wrap McD hanya RM1.. Teruja dengan iklan tu.. Sampai je office terus bagitahu kat kawan-kawan Erin.. Lepas tu baru Erin perasan kat paper The Sun yang selalu Erin ambil kat Seven Eleven pun ada iklan pasal Brekie Wrap tu..


Tiga hari je tau promotion tu diadakan iaitu 10, 17 dan 24 Februari 2014.. Dari jam 7 pagi sehingga 10 pagi..Tadi masa nak beli Brekkie Wrap tu, Erin ada tanya.. berapa banyak jumlah Brekkie Wrap yang ditawarkan dengan harga RM1 ni.. Staff McD tu cakap ia limited hanya 500 bungkus sahaja.. Dan setiap pelanggan hanya boleh beli 2 bungkus sahaja..Jadi.. Erin pun beli lah dua bungkus Brekkie Wrap.. Ni tinggal satu je.. satu lagi dah masuk perut.. Hehehe..Sedap jugak lah Brekkie Wrap ni..

Kesimpulannya dapat jugak Erin dan kawan-kawan Erin merasa produk McD yang murah tu..Walaupun dapat duit BR1M.. Still nak berjimat cari makanan yang murah.. ^_^

17 comments:

Fizalinolie said...

Haritu hubby try nak beli. Asyik habis je. Tak merasa lagi brekkie wrap ni :)

puteri airyn said...

Memang ramai Fiza yang nak beli brekkei wrap ni pada harga RM1.. Erin pun nasib sempat..Kesian customer belakang Erin tak sempat.. Sebab penawaran terhad.. pukul 9.30 dah tutup order untuk brekkei wrap yang RM1 tu...

mirza syazwina said...

alaa,tempat miza ni bukan ada mcd pun..hahaa..sedih sungguh T-T

Farah Waheda Wahid said...

dah terlewat untuk tahu...ha ha ha...dah nak masuk tengah hari dah ni...salam isnin dear...

puteri airyn said...

Owh ye ke tak da McD kat tempat Mirza? Laa.. jangan sedih.. brekkie wrap ni pun marai yang tak sempat beli dengan harga Rm1 sebab penawaran terhad..

puteri airyn said...

Farah Wahida.. Huhuhu.. Tu lah.. Kalau entri ni diterbitkan semalam mesti sempat kan.. Tapi ramailah yang serbu McD tadi.. Naik rimas Erin.. Hehehehe..

Lieya Von Jay said...

alahai kak erin tak sempat jugak la saya nak beli huhu

puteri airyn said...

Huhuhu.. Lieya.. Kak Erin pun baru dengar kat radio hat FM pagi tadi.. tak sempat nak tulis entri kat blog.. :(

Izzaty Zaty said...

sedap memang sedap tapi kecik bebeno. tak puas rasa ._.

puteri airyn said...

Izzati Zaty.. Memang kecik.. tapi kenyang.. hehe.. cukuplah untuk sarapan pagi.. :)

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

wah.. nampak sedap tu erin.. aiza kalau ke mcD slalu cari big mac je.. hehe..

puteri airyn said...

Hai Aiza.. Hmm.. sedap jugak lah.. walaupun kecik tapi kenyang.. Lagipun promosi RM1.. Erin pun beli lah..

Pha Is said...

laa.. dah terlepas. baru je tahu..

puteri airyn said...

Haa..dah lepas dah pha is..kak erin pun nasib sempat beli..

Nory Zoulkefle said...

sedapppnyer...weekend ni nak gi makan jugaklah...

aswadz said...

x pernah try lagi mknn yg nih.

Tetamu Istimewa said...

Tak tahu la pula. Melepaslah saya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer

Google+ Followers