My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^
Showing posts with label MaSaKaN. Show all posts
Showing posts with label MaSaKaN. Show all posts

Wednesday, 14 October 2015

Resepi : Cucur Ayam KFC

Assalammualaikum..
firstly nak ucapkan SALAM MAAL HIJRAH kat you all...
So, apa azam baru tahun ni?
Cepat betul kan masa beredar..
Sekejap je kita dah melangkah ke tahun 1437 Hijiriah..
Maka umur pun semakin meningkat..

Ngomong panjang pula Erin ni..
Hari ni ialah hari pelepasan untuk semua rakyat Malaysia..
Yang kena kerja tu..kesian..tak apa..teruskan kerja anda..
Sebab kerja itu juga ibadah..

Jom kita masak nak tak..
Pagi ni Erin masak Cucur Ayam KFC..
Sebenarnya Erin tak nak membazir ayam KFC yang tak habis di makan..
Dah dua hari tersadai kat dalam peti sejuk tu..
So, dengan prihatinnya..Erin cuba create something supaya ayam tu laku..

Bahan-bahan yang diperlukan ialah :


Isi ayam KFC yang disiat-siat


Hiriskan daun sup, bawang, dan cili merah..
Jika nak pedas lagi..Boleh cuba cili padi hijau..


Tepung gandum..Erin guna empat senduk kecil


 Minyak masak..jangan guna minyak petrol or minyak gas pulak yer..hihi

Garam separuh sudu kecil dan gula satu sudu besar..


Gaulkan tepung gandum dengan air kosong suhu biasa dengan sudu sehingga tepung tu jadi likat..


Masukan isi ayam, daun sup, bawang dan cili merah..
gaul hingga rata..Ops jangan lupa garam dan gula juga digaul mesra yer..


Panaskan minyak dengan api yang sederhana panas..
Kemudian.....


Masukkan tepung yang digaul tadi ke dalam kuali dengan menggunakan sudu..
Yang ni ikut suka you all lah nak buat cucur tu jadi bentuk apa..
Nak kecil ke nak besar ke.. Ikut kesukaan masing-masing..

Maka....


Inilah hasilnya.. macam-macam bentuk ada..haha..
Tak apa..janji bila makan rasa sedap dan enak.. Tak gitu Cik Jah?

Sekian Resepi dari Blog Puteriairyn..

Friday, 29 May 2015

Cucur Bilis Kesukaan My Abah

Assalammualaikum..

Hai you alls.. Lama kan Erin tak menulis entri di blog ni.. Sebab apa yer?? Hehe..tak ada sebab kot.. May be dah jadi malas nak menulis blog sebab asyik update status di Intagram dan Facebook saja..

So di malam yang shadu ni terasa nak tulis entri tentang cucur bilis pulak.. Haish...Menu paling senang dan selalu Erin masak di waktu-waktu kelaparan.. Abah bukan main puji lagi.. Siap cakap cucur bilis yang Erin buat sedap lah..Hari-hari jamu cucur ni pun abah suka... Cewah.. Semakin kembang kepala i.. You know.hahaha..


Haha.. Dengan tidak segan dan malu-malunya menunjukkan cucur bilis yang tak seberapa ni

Resepinya mudah saja..Sebab Erin lebih suka masukan beberapa ulas bawang kecil (dihiris halus-halus), cili besar yang warna merah dan segenggam ikan bilis.. Adunan 3 scoop tepung gandum tu masukan sedikit garam dan gula secukup rasa.. gaul semua bahan-bahan tu kemudian goreng sampai kekuning-kuningan.. 

Yang penting gaul semua adunan tu dengan air masak biasa je.. tak panas dan tak sejuk.. Gaul satu arah saja sampai sebati.. 

SEKIAN ^_^

Thursday, 20 February 2014

Hidangan Dari Dapur Ku

Assalammualaikum..

Hai you all..Haaa.. Sekali keluar tentang hidangan kan.. Hehehe.. Erin bab makan laju aje..Hidangan ni tak semua yang Erin masak.. Ada sebahagian my Mama yang masak..Tapi masakan my mama sangat sedap dan kesemuanya Erin suka..Eeerrr..Jangan ingat my mama je yang pandai masak tau.. Erin dan adik pun mewarisi bakat memasak jugak .. Hehehe


Lauk pauk ni my mama yang masak.. Ringkas dan sedap.. Ada Ikan keli goreng bawang cabai, Sayur labu, budu (wajiblah kalau mu tu orang kelantan) dan ulam-ulaman.. Cukuplah untuk kami berempat.. Kenyang sudah.. Alhamdulillah..


Haaa.. Ini pula hidangan Erin yang masak.. Alah, Erin ni memang suka masak nasi goreng kan..
Nak tahu nasi goreng ni jenama apa? Erin bagi nama nasi goreng udang butter.. 
Hehehe..My Abah cakap sedap..


Ni Pek Nga.. Apa you all tak pernah dengan nama hidangan ni.. Kalau tak tahu.. Just nga nga je lah yek.. Hehehe..Pek Nga ni makanan orang utara jugak kot.. Adoi, main kot-kot pulak Erin ni kan..Entahlah sebab tak pasti..NI pun my mama yang masak... Senang je ni.. Just letak kelapa parut, tepung gandum, gula dan garam.. Gaul semua.. Letak butter sikit kat kuali dan tempek lah Pek Nga ni.. Pek Nga ni sedap dicicah dengan Gulai Ikan Termenung (Ikan Kembung)


Ni haaa.. Laksa.. Tak kenal ke?? Mestilah kenalkan.. Laksa Kedah kau..My mama yang masak..Hehehe.. asyik my mama je.. Erin ni masak satu hidangan je kan.. Alah.. Nanti Erin publish entri tentang hidangan yang Erin masak pulak.. Senang je nak masak laksa ni.. Just bland bawang besar, cili kering dan bunga kantan..Kemudian perlukan asam gelugur, garan dan serbuk perasa.. Ops..Jangan dilupakan isi ikan yang telah direbus bersama asam gelugur tu yer.. Haa..sapa kata Erin tak pandai masak.. Hehehe..

Okay.. Setakat itu saja entri pasal hidangan-hidangan dari dapurku ini.. @_^

Sunday, 28 July 2013

SoS TiMuN AyaM

Assalammualaikum..

Tu dia tajuk masakan.. Haha.. Tak bleh blaa...dan blaaaa blaaa blaaa....

Sos Timun Ayam..Hang bagi nama apa ni cik Erin oi...Dengar nama pun hangpa mesti tak bleh nak imagine lagi kan.. Erin dah habaq.. Erin suka masak makanan yang simple, sedap lagi berkhasiat dan lagi tak membazir (Bahasa yang rosak telah ku gunakan..uwaaa...)

Mai cini nak upload picture nyer..

Ooooo...Inilah Sos Timun Ayam Nyer...Nampak sedap tak ?? (Angkat kening)
Sebab apa Erin  kata tak membazir..So, Sila rujuk picture di bawah ni..(Sos peket yang kita selalu dapat dari KFC atau Mc Donal's)
Maka.. Erin mempersembahkan cara-cara memasaknya.. Sila rujuk semua gambar di atas.. Hehe.. Malas nak explain..^_@

TQ for reading.. Dan selamat mencuba..Cuba jangan tak cuba.. Sapa tak cuba.. rugi tau..Sebab ia simple, sedap dan selera.. kiranya pakej 3 S.. hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer