My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Saturday, 19 April 2014

Kenapa Susah Sangat Nak Dapat Pekerjaan?


Assalammualaikum..


Zaman sekarang nak dapat pekerjaan dengan setaraf kelayakan sijil yang kita ada memang susah.. Persaingan bukan main sengit lagi..

Tidak hairanlah kenapa ada lepasan ijazah masih menganggur atau sekadar kerja biasa-biasa saja..

Dari pandangan Erin, hal ini mungkin berlaku disebabkan oleh beberapa faktor

Pointer rendah tak capai 3.0 ke atas
Ada sesetengah syarikat atau agensi yang lebih memandang kepada CGPA di atas sijil sebelum mengetahui kemampuan you all untuk bekerja.

Cara berpakaian dan penampilan
CGPA dah okay.. Penampilan pula out.. Tak guna juga.. Interviewer tu tengok you all selekeh, dia pun tak yakin yang you all mampu buat kerja. Pakai tie pun senget.. Pakai tudung pun tak terururs.. Penampilan korporat tu penting yer dear...

 Cara percakapan
Sebolehnya, masa temuduga tu cuba elak dari bercakap macam orang yang berlagak.. Merendah diri sikit tak apa.. Janji you all tu dapat kerja.. Kalau penemuduga tu bercakap dalam bahasa inggeris.. You all pun balas la dalam bahasa inggeris juga.. Kalau penemuduga tu guna bahasa melayu, jangan you all cakap bahasa inggeris.. Sebab tu orang cakap masuk kandang kambing mengebek.. Masuk kandang lembu mengeboh.. Hehe

Terlalu memilih kerja
Apa jawatan pun you all terima lah dulu. Kadang kala pihak majikan nak tengok komitmen kita. Kalau bagi kerja orang bawahan pun kita tak mampu nak buat. Macam mana majikan nak naikan taraf kita sebagai pegawai. Kesimpulannya buat je apa yang majikan suruh tanpa banyak membantah. Orang yang suka bantah, memang tak lambatlah kena buang kerja..Ada pepatah yang mengatakan BOSS ALWAYS RIGHT...Tak suka macam mana pun mesti ada kesabaran...

Sunday, 13 April 2014

If You Are Single

Assalammualaikum..


Hai you all.. Siapa bangga sebab dia single?? Eh.. Tak bangga? Kenapa.. Meh woyak ke ambo ni...Single is better because double is trouble.. Mesti you pernah dengar ungkapan macam ni kan..

Bagi Erin single ke.. Double ke..Yang penting hidup kita happy.. Yang tak happy tu kita kena hindari.. Tapi tolong katakan TIDAK KEPADA COUPLE... Couple before marry.. is not better.. Aish.. Cakap apa lah Erin ni kan.. Dalam Islam tak ada istilah couple-couple ni.. Yang Islam sarankan sebelum pasangan berkahwin, mereka haruslah TAARUF dahulu yakni berkenal-kenalan antara satu sama lain... Dan tempoh TAARUF itu tidaklah terlalu lama.. Selalunya akan berkenalan dalam tempoh dua atau tiga bulan macam tu.. Kemudian bertunang.. Tempoh bertunang itu pula adalah tempoh dimana pasangan membuat perancangan untuk menikah dan majlis pernikahan..

Apa yang kita rasa apabila kita SINGLE?

Pertama sekali kita tak payah nak jaga hati orang lain.. Hehehe...Nak pergi mana pun tak payah minta izin.. Tapi jangan lupa.. Kita masih di bawah jagaan ibu dan bapa..Apa pun sila maklumkan..

Yang kedua...Jimat bil dan kredit telefon.. Of couse lah.. Siapa yang nak call kita kan..Suasana tenang gitu.. Pergi mana kalau tertinggal telefon pun rasa okay saja...

Yang Ketiga... Nak beli handbeg mahal ke, baju mahal ke..dan apa-apa saja keinginan.. Tiada siapa yang halang..Best ooo... Hehe

Yang keempat... Hmm... you all pulak lah yang bagi tahu Erin.. No idea dah ni.. 

p/s : Entri sebelum ini : Jom Amalkan Antioksidan Tulen


Jom Amalkan Antioksidan Tulen

Assalammualaikum..

Hesy.. Sebut je antioksidan.. pakat serbu nak baca entri ni yer..Siapa tak mau awet muda ye tak?? Walaupun umur sudah meningkat tapi penampilan macam orang berumur 20-an.. Remaja gitu.. tak pun muka 'baby face' yang paling orang suka..Ni umur baru 20-an tapi wajah 30-an mesti tak hendak kan kan..??

Jom ambil tahu serba sedikit tentang bahan semulajadi antioksidan ni..

1. Minyak zaiton asli. Sebolehnya cari minyak zaiton dari perahan pertama. Orang cakap yang pure punya. Minyak zaiton dikatakan dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser dan diabetes.

2. Jus buah delima yang tulen tanpa bahan pengawet. Senang cerita, you all makan buah delima tu je lah. At lease memang dah tahu ketulenan rasanya kan..

3. Amalkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran  seperti strawberry, epal, plum, cranberry, brokoli, bayam, asparagus, kubis dan bawang putih.

4. Vitamin E yang boleh diperoleh dari sumber semulajadi seperti buah avokado, kentang, kekacang dan minyak masak sayuran.

5. Madu lebah dikatakan mempunyai aktiviti antioksidan terutama sekali madu lebah yang lebih pekat warnanya mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi.. Kena cari madu lebah yang asli..Tapi susah nak cari dan harganya sangat mahal. Demi antioksidan, mahal pun mahal lah kan..Tak gitu?

p/s : Entri sebelum ini : Telur Halang Kanser Payu Dara
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer