Diriku bagaikan terumbang ambing dalam mencari jalan mengenal Tuhanku iaitu Allah Yang Maha Berkuasa.. Kadang kala aku bagai putus asa apabila cabaran demi cabaran yang aku lalui.. amat sukar diterjemahkan melalui kata-kata..Setiap kali solat, air mataku mencurah-curah mengalir mengenangkan setiap cabaran yang ku lalui.. Aku hampir meruntuhkan iman ku apabila aku diuji dengan perkara yang membuatkan aku marah.. Memang marah itu adalah sifat atau amalan syaitan nirajim..laknatullah..Aku tahu setiap kejahatan yang orang lain lakukankan kepadaku adalah dengan kehendak Allah Yang Maha Esa..
Aku terima segala ketentuan Allah.. Sebolehnya aku mahu memaafkan kesalahan orang lain kepadaku.. sebagaimana yang Allah suruh.. sebagaimana yang Nabi Muhammad lakukkan.. Begitu mulia sikap Rasul pilihan itu..Aku bukan nabi.. yang maksum.. tetapi aku sedaya upaya utk melakukan wasiat Rasulullah itu.. Selaluku baca wasiat Rasulullah kepada wanita muslimah..Tetapi untuk mengaplikasi sesuatu yang baik itu ku rasa terlalu sukar.. cabaran demi cabaran datang bertubi-tubi kepada ku..setiap kali diuji..Aku hanya mampu menadah tangan berdoa kepada Allah Yang Maha Esa agar segalanya dipermudahkan.. Aku tahu tanpa kehendak Allah semuanya tidak akan berlaku.. Hanya aku hamba yang kerdil memohon perlindungan Allah..
Tiada apa yang ku harapkan..Jika ada yang menasihati aku kepada perkara yang baik.. aku akan ikuti sebab yang baik itu adalah dari Allah..Perkara yang tidak baik pula akan ku anggap sebagai suatu cabaran dan ujian.. Inilah warna-warni dunia..suka duka disini mungkin mematangkan aku..Aku terima ini sebagai qada dan qadar Illahi.. Aku percaya semua itu..seperti yang terkandung dalam rukun iman..Orang yang baik sentiasa dikelilingi para malaikat..itu yang ku mahu.. dikelilingi oleh para malaikat.. sentiasa bersama mereka.. kerana malaikat sentiasa patuh kepada suruhan Allah Subhana Wa Taala...Hati ini milik Allah Subhana Wa Taala.. Semoga hatiku ini bersih dari sifat yang tercela..Supaya Allah sentiasa melindungi diri ini dibawah rahmat NYA..