My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Wednesday, 10 November 2010

Tips Untuk Menjadi Individu Menarik

Setiap manusia menginginkan diri yang nampak menarik. Pelbagai cara dilakukan agar diri kelihatan cantik dan menarik..Sesiapa sahaja akan teruja apabila berbicara tentang perkara itu..Kali ini buku Tip Menjadi Individu Menarik, ingin saya kongsikan bersama pengikut blog saya ini.. Jika ditanya 100 orang apakah definisi 110 jawapan yang berbeza...Ia seperti suatu soalan subjektif bukan..bergantung kepada pendapat dan pandangan masing-masing. Tip yang pertama ialah FAKTOR FIZIKAL..Ia memainkan peranan yang penting, bak kata pepatah Inggeris " First Impression"..Apa dari mata turun ke hati..??? hehe..Faktor fizikal dapat dilihat iaitu melalui pandangan pertama, kita melihat seseorang itu menarik. Iaitu, kurus, tinggi, gempal, berkulit putih atau sawa matang dan sebagainya..Apabila kita melihat ada individu yang memiliki kelebihan fizikal maka kita percaya mereka adalah tergolong dalam individu menarik..Fakto fizikal membina estim diri..Orang yang memiliki keelebihan fizikal membina konsep diri yang positif mengenai dirinya..Selain itu, kita jugak cenderung meminati sesuatu pada seseorag yang kita lihat menarik pada pandangan kita. Setiap orang ada minatnya yang tersendiri. Contohnya, pada bahagian anggota tertentu seperti mata yang bulat dan bersinar, lenggok jalan, cara ketawa dan sebagainya. Walaupun ia bukan sesuatu yang segala-galanya tetapi cukupmenjadi pembuka kepada perhubungan yang lebih mendalam...

Dalam erti kata yang lain pula..tidak perlu tunggu untuk menjadi cantik seperti model supaya menarik..Kadang-kadang soalan seperti ini bermain difikiran iaitu bilakah kita akan jadi seperti Angelina Jolie atau Brad Pitt?? Jawapannya adalah lebih baik kita lupakan saja soalan itu, dan lihatlah apa yang ada pada diri sendiri dan berkatalah bahawa kita mempunyai kelebihan tetapi kita tidak perasan akan kelebihan itu...Oleh itu, tidak perlu lah wajah secantik selebriti atau dramatis untuk kita menjadi menarik..dan beringat lah jangan pula kita mengubah kejadian Tuhan untuk kelihatan cantik dan menarik seperti melakukan pemedahan plastik..Berdosa tau.. Sebab Tuhan lebih mengetahui akan setiap ciptaan NYA...

Ada yang beranggapan faktor material memainkan peranan penting untuk seseorang itu jadi menarik..benarkah pernyataan ini..???Jadi Kaya raya mesti jadi menarik?? Mungkin juga..jika seseorang itu berpakaian berjenama seperti jeans levis, baju original john Master, atau berkereta besar seperti BMW..kita akan kelihatan menarik..?? Mungkin ya mungkin tidak..terserah kepada anda..Yang penting Ukur baju di badan sendiri..hehe...

Jangan kena tipu dengan harta benda, Apabila orang itu dilihat menarik kerana faktor material, sifat menariknya terlekat kepada harta tersebut, bukan kepada diri mereka sendiri. Berfikirlah mengapa seseorang itu menjadi kaya harta..mungkin dia berpendidikan tinggi dan berjawatan bagus..

Hurm..FAKTOR PANDAI BERCAKAP..ayatnya berbunyi seperti ini " Dia Pandai, yakin dan petah dalam berbicara. Melalui jenaka yang bersahaja dia bisa membuat orang lain terhibur dan menjadikan daya penarik pada dirinya...Petah menyusun kata-kata merupakan satu bakat yang boleh dimilik oleh sesetengah individu. Kepetahan bercakap tidak memerlukan seseorang yang berpendidikan tinggi atau luas pengetahuannya, cukuplah dia pandai bercakap di kedai kopi ataupun bersembang kosong di tepi jalan. Namun ia tidak cukup untuk menjadikan seseorang itu nampak menarik. Apa yang penting, kepetahannya bercakap mesti menyebakan orang lain tertarik kepadanya. Apabila berbicara tentang komunikasi pula..ia merupakan suatu perkara yang agak sukar daripada bercakap. Haal ini kerana seseorang yang boleh bercakap, belum tentu boleh berkomunikasi dengan baik. Unsur komunikasi yang baik adalah bagaimana seseorang itu mengatur langkah pecakapannya agar sesuatu yang diucapkan menjadi menarik dan menjaga hati orang lain. Daripada komunikasi yang baik, melambangkan keperibadian yang tinggi serta ketinggian ilmu seseorang..

To be continue....banyak lagi yang perlu kita ketahui...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer